Tuesday, March 22, 2011

cerpen oh cerpen..

mmmmmm,,,semakin hari semakin tenat...hahaha.. mencari mood untuk menulis cerpen semula.. tapi ketandusan idea... bukan kerana apa.. mungkin kerana keletihan.. huhu.. banyak lagi urusan yang perlu di lakukan... asih!!..

pening2... haha... ade lagi 1 bahas untk di selesaikan... tapi entah bile aq nak start pon aq xtaw...hhuhu fara jagn malas!!!!...

aku keliru~~~

Cinta adalah segala – galanya…mmm kadangkala aku keliru dimmanakah aku akan menjumpai kekasih hatiku…aku sering tertanya – tanya.. adakah dia milikku..ataupuntidak?? aku keliru…dan aku cune untuk menafikan diri ini untuk tidak menyukainya..dengan aku beralih arh untuk menyukai org yang Aaku tidak pernah kenali.. mengapakah ini semua berlaku? Aku keliru aku terpaksa telan dan sembunyikan cintaku..kerana ku tiddak yakin yang dia adalah untukku..
Teringat kata – kata seorang sahabt
“jodoh kita semua adalah dekat dengan kita”
Mungkinkah dia? Aku keliru lagi..aku memang tidak mahu untuk memikirkannya.. tetapi kadangkala perasaan itu datang dengan tiba – tiba.. adakah aku harus untuk meleraikan perasaan ini buat sementara?
Mmm..dia memang baik…seringkali mengambil berat tentangku… seringkali memberi nasihat untuk.. seringkali bertukar – tukar pendapat dengan ku.. namun ku tidak yakin dia mencintaiku??
Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali… cukuplah sekadar apa yang pernah berlaku… aku tidak pernah berterus terang dengannya bahawa aku amat menyanyanginya…
Aku tidak minat dengannya? Dan Aku juga tidak menyukainya, tetapi aku menyanyanginya!
Apakah persoalan ini akan berakhir dan bertemu dengan sebuah jawapan yang pasti?
Aku keliru lagi??
Permainan di dalam hidup ini seringkali membuatkan aku tertanya –tanya.. kadangkala aku tersungkur di kala aku bertarung di medan ilmu… dan kadangkala ku tepis segala halangan yang mendatang…
Tetapi kali ini… keadaan keliru itu datang lagi??
“macam mana sekarang?”
Isthikharah demi isthikharah aku lakukan untuk menemui kepastian… namun masih belum ku temui.. mungkin kali ini allah mahu mengujiku sejauh manakah kekuatan iman ku untuk menghadapi ujian ini….

Saturday, March 12, 2011

mencari semangat yang hilang!

pagi ini lepas jer aku selesai solat subuh, aku terus online kat enset aku.. mm macam tu la kebiasaannya.. pagi - pagi lagi aku dah berfikir, macam mane aq nak study ni?? mood aku btol2 hilang..

esok jer nak exam!.. dari pagi aku menatap buku sampai ke petang tapi yang masuk sikit je..?? kenapa jadi macam ni!! aku tak boleh jadi macam ni.. aku bukan belajar kat malaysia aku belajar kat jordan! bisik aku sorang diri"

mm,,nak cite pasal jordan ni sebenarnya banyak lagi ilmu yang aku belum dalami lagi.. sedih pulak rasenya.. tapi aku btol3 tekad nak dalami semua yang ada kat sini..

teringat masa aku terpaksa ghiab sebab nak g lawan badminton.. fisrt game aku menang, masuk game kedua aku jadi ragu2 sebab aku tak sedap hati ghiab kelas! aku bisik dalam hati aku badminton bukan penentu hidup aku!

dan nak di jadikan cerita aku kalah kat second game.. mm xde rezeki nak wat macam mane.. lagi 1 hati aku betol2 tak tenang sebab terpaksa ghiab kelas...

..................................................................

tym abes je exam tanzim hari tu, lepas je kua dari qhoa' di bani hasyim tiba - tiba budak cina kelas kami tegur,
"keif imtihan?"
"mmm,baina baina, mush sukbah wa mush sahil! "
jawabku...
yela memang exam tu pening sketla.. sebab dawair dah ar tulisan kecik3.. pening aq nak bace.. tp alhamdulillah aku boleh jawab...

"ya allah bi sur'ah!"
tibe2 satu suara kat belakang kami.. rupe3nya budak cina tu panggil.. kami pun terpinga - pinga nape dy panggil ni??

"lesh?"
"ila mat'am al an!"
jawab daud budak cina tu..
mm kami dah la xbawak duit.. macam mane ni.. nak tak nak kene ikot gak ni.. mmm kami pun naik teksi sampai ke mat'am..
rupa- rupanya daud nak belanja kami makan tengah hari.. terkejut giler kami...
pergh!! memang terbaiklah.. satu sorang broasted dy belanja.. dah la banyak bende tu.. last2 kami bungkus bawak balik sebab x abes makan..huhu

tapi ape2 pon memang bestla..terima kaseh daud!!

moral : berkawan biar beribu, sebarkanlah ukhuwah di seluruh dunia~~ sesungguhnya islam itu indah...

andai itu takdirnya

Di rumah..

Aroma masak lemak cili api merewang ke seluruh sudut dapur, di tambah santan dan di kacau sehingga betul – betul masak. Beberapa minit kemudian masak lemak cili api sudah tersedia untuk santapan tengah hari ini. Mak begitu tekun sekali,dalam menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, sesekali kami berbual – bual semasa memasak.
“mak, senang je kan nak masak ni” soalku
“yela, dari sekaranglah belajar..nanti kalau dah kahwin susah, takkanlah nak bagi suami makan maggi je”..balas mak
“eh, maggi pun sedap apa,” balasku
“budak ni, pandai pulak nak menjawab, lari laki kau karang baru tau,” detus mak
“hehe, ala mak nadia belum kahwin lagi, calon pun tak ada nak pikir kahwin”. Tergelakku
“hah, baguslah kalau macam tu, belajar dulu, dah selesai belajar barulah pikir pasal kahwin” balas mak
“baiklah mak..”
“mmm,yela tu jangan – jangan sudah ada yang berkenan, tapi apa – apa alasan sekali pun mak dengan abah nak kamu selesaikan belajar, lepas tu baru boleh pikir – fikir pasal kahwin ! tegas mak..
“baiklah mak, nadia dengar cakap mak dan abah. Nadia akan belajar sungguh – sungguh.”…
“macam tu la anak mak” makku melemparkan senyuman kepadaku.
Pada tengahhari itu kami sekeluarga makan dengan penuh berselera sekali, kerana lauk masak lemak cili api adalah makanan kegemaran keluarga kami.
……………………………………………………………………………………………………………………………

Kau hadir dalam hidupku

Malam itu seperti biasa aku membuka akaun facebookku untuk ‘berchating” dengan kawan – kawan lamaku.
Cuti semesta ini tiada apa – apa aktiviti yang aku lakukan, hanya sekadar menolong mak di kedai . Lama aku termenung di depan skrin laptopku untuk memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk mengisi kebosanan semasa cuti ini. Tiba – tiba chating facebooku terdapat meseg from king black.
“siapa dia ni??” bisiku sendirian..
Tanpa membuang masa aku membalas mesegnya. Dan terus berkenalan melalui facebook dan dia terus menjadi kawanku yahoo messenger.
Hari demi hari kami berhububung di alam maya. Perkenalan dan berbual dengan Mr king black sangat selesa. Dia sering bertukar – tukar pandangan dan fikiran. Lastas mencetuskan otakku untuk berfikir. Kadangkala kami berbual mengenai pelajaran, walaupun pengkhususan kami berbeza yang mana aku hanyalah seorang mahasiswi diploma pentadbiran dan dia seorang mahasiswa sarjana syariah islamiah, namun itu tidak menghalang bagi kami untuk berkongsi ilmu sesama sendiri. Maka ukhuwah kami pun terjalin walaupun hanya di alam maya namun tiada penghalang untuk kami dalam menjalinkan ukhuwah.
Bukan hanya berkongsi pelajaran sahaja, bahkan kami juga sering berbual – bual mengenai isu semasa yang berlaku kini.
Chat room :
King black : macam mana dengan hadis yang saya bagi semalam? dah baca belum?
Nadia : mmm, saya dah baca, tapi masih kurang fahamlah,..
King black : oh yeke, takpe lah, biar saya terangkan.
Nadia : bagus juga macam tu..
King black : daripada abu hurairah R.A, “rasulullah bersabda, akan datang kepada manusia tahun – tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta di katakana benar dan orang yang benar di katakana berdusta. Orang yang khianat akan di beri pengang amanah dan orang yang amanah di katakana pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ruwaibidhah, sahabat bertanya apakah ruwaibidhah itu? Nabi menjawab, orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.
Nadia : mmm, kenapa pulak jadi macam tu? Teruknya..
King black : memang teruk, kalau kita teliti betul – betul hadis tu, perkara – perkara yang di sebutkan oleh nabi dah ada dah sekarang, Cuma sedar atau tak je.
Nadia : mmm,betul – betul. Perkara – perkara tu, sebenarnya dah berlaku pun pada zaman moden ni. Inilah yang dikatakan dunia akhir zaman.!
King black : pandai pun, dan inilah yang di katakana fitnah dajjal. Fitnah dajjal adalah fitnah intelektual. Yang mana sesuatu yang sangat abstrak yakni, menukar yang baik kepada buruk dan buruk kepada baik.!
Nadia : dahsyatnya.. masyaallah, semoga kita di jauhkanlah dari fitnah dajjal ! nauzubillah..!
King black : insyaallah banyak – banyakkanlah berdoa, semoga kita semua terselamat dari fitnahnya. O.k lah nadia saya kene out ni.. asalamualaikum
Nadia : waalaikumussalam.


“Mmm,betul jugak ckp Mr king black tadi, macam – macam dah berlaku kat dunia ni, ya allah jauhkanlah semuanya.. amin “ bisikku
……………………………………………………………………………………………………………………………..
Di kampus..

Hari berganti hari, aku dapat rasakan kami semakin akrab, walaupun hanya berhubung di alam maya, namun tidak menjadi penghalang untuk kami berbual - bual dan bergurau senda sesama sendiri. Kadangkala aku membahagikan masa untuk belajar dan hadiah untuk diriku setelah berjaya menamatkan satu bab pelajaran adalah melayari internet, sekaligus berbual – bual bersama Mr king black.
Chat room
Nadia : selamat pagi, uit awal bangun??
King black : selamat pagi, eh, mestilah awal tak macam orang tu !
Nadia : eh, mana ada.. saya bangun awal tau tak?
King black : yeke??
Nadia : yela, kawan saya kata kalau bangun lambat nanti tak dapat suami penyanyang!
King black : oh yeke?.. mm macam mana kalau dapat suami penyanyang tapi tak bertangungjawab?
Nadia : mmm, entahlah, susah pula nak jawab soalan tu..hehe..
King black : gurau jelah, saja je nak tengok awak tu macam mana..
Nadia : nakal ek, mmm sabar je la..
King black : hehe, jangan marah ye.. mm dalam pilihan jodoh ni semuanya di tentukan oleh allah, kita sebagai hamba perlulah berserah dan banyak – banyakanlah berdoa supaya mendapat jodoh yang terbaik.
Nadia : insyallah, mmmmmm…saya ada membaca satu hadis tau, yang membawa maksud rasulullah berpesan “wahai ali, ada tiga perkara jangan di tunda – tunda, apabila solat telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang lelaki yang sepadan meminangnya.”
King black : wow, dah boleh jadi ustazah dah ni! .. mm tapi ada kena mengena ke dengan perbualan kita hari ni? Hehe
Nadia : haha, memangla tak ada, tapi saja je, nak bagi juga hadis untuk hari ni..hehe.. maksud hadis tu jika seorang perempuan telah datangnya seorang lelaki yang baik masuk meminangnya maka jangan di tangguh – tangguhkan!
King black : oh, maknanya dah ada calonlah ni?? So, cepat – cepatlah ye.. !
Nadia :eh ke situ pulak, calon tak ada lagilah, macam mana nak kahwin??
King black :oh, ingatkan dah ada calon, tadi, bolehlah saya merasa nasi minyak awak nanti.. hehe
Nadia : hah, dah – dah jangan nak memandai – mandai !..
King black : eh, merajuk pulak dia, saya gurau je tadi, maafkan saya..
Nadia : tau takut!, o.k saya maafkan..
King black : terima kasih.
Nadia : o.klah saya ada kerja ni, saya out dulu.. salam
King black : wasalam
………………………………………………….

Disinilah segalanya tercipta. Aku langsung tidak sedari yang dia telah mengetuk pintu hatiku yang sekian lama tertutup untuk mana – mana lelaki.
Dia hadir bagaikan menyinari kehidupanku. Dia selalu berkongsi ilmu denganku dan memberi nasihat untuk menjadi wanita solehah. Teringat aku pada kata – katanya supaya aku mendengar lagu wanita nyanyian dehearty, dan mengambil ibrah daripada lagu tersebut.
wanita
Kau di gelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja di rindui yang biasa
Malahan adam turut sunyi tanpa hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk di junjung
Tapi dekat di bahu untuk di lindung
Dekat jua di hati untuk di kasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi.

Lagu nyanyian dehearty mengusap – usap gegendang telingaku. Seni katanya penuh makna tersirat dan tersurat untuk ku fahami dengan teliti.
“uit mak cik berangan ek?!” Sergah Ilyani dari belakang
“uh, semangat. Nasib baik jantung aku masih stabil ! kalau tak dah masuk icu kau tahu! Aku berpura – pura marah. Ilyani terus tergelak. Aku kemudianya tersenyum kepadanya
“apa yang kau fikirkan ni?” soal Ilyani
“tak ada apelah” balasku pendek
“jangan nak tipu aku, aku tengok dari raut wajah kau pun aku dah tau yang kau ni macam memikirkan sesuatu, cakaplah mana tahu aku boleh tolong”.. Ilyani cuba memancingku
“mmm, macam mana aku nak hilangkan perasaan suka kat seseorang? “Soalku ringkas
“oh, macam tu ke masalahnya, mm sebenarnya sukar untuk memahami soal hati dan perasaan ni, sebab ia melibatkan hati. Dan ada satu hadis meriwayatkan seseorang yang menyimpan perasaan cinta dan memendamkannya dengan menjaga kehormatan dirinya hingga ajal, dia dikira syahid! Ujar Ilyani.
“betul ke?.. dahsyatnya, memedam perasaan pun boleh syahid! Sungguh besar nikmat allah.” Balasku
“mmm, aku rasalah baik kau berdoa dan mohon petunjuk dari allah, mana tahu dapat ketenangan. Satu je aku nak pesan jaga hati kau tu betul – betul dan bantulah dia untuk menjaga imannya!. Doa banyak – banyak kalau ada jodoh tak kemana! Terang Ilyani.
“baiklah, aku dah faham sekarang, terima kasih kerana bagi nasihat kat aku, insyallah aku akan ingat pesan kau tu”. Balasku
“eh, tak payah lah nak berterima kasih, kita kan kawan, mestilah saling ingat mengingati.”
Aku terus melemparkan senyuman kepada Ilyani.
Ilyani terus menyambung kerjanya sebentara tadi sementara aku, terus berfikir mengenai kata – kata yang Ilyani lontarkan sebentar tadi.
“ya allah jika tabahkanlah hatiku ini, kuatkanlah aku untuk menjaga hatiku dan imanku. Jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku, kau jauhilah dia dariku!”
……………………………………………………………………………………………………………………………….


Empat tahun kemudian,

“cik, ada tetamu ingin bertemu dengan cik”
“benarkan dia masuk”
“baik cik”..
Kini, empat tahun sudah berlalu, aku telah pun menamatkan pelajaranku di peringkat tinggi pada dua tahun lepas. aku kini telah pun bekerja di salah sebuah syarikat yang terletak di kawasan Bandar baru salak tinggi.
Semua impian dan harapanku telah pun tercapai . Kini aku telahpun mencecah 25 tahun. Namun belum lagi mempunyai pendamping hidup.
Setelah habis waktu berkerja aku terus pulang ke rumah, laju kereta pacuan empat rodaku meluncur terus ke rumah.
Di rumah aku tinggal bersama seorang kawanku yang berkerja di kawasan yang sama. Selalunya waktu habis berkerja kami adalah sama kira – kira jam 4 petang kami selesai bertugas.
Setibanya di rumah, Ilyani telah pun sampai lebih awal dariku
“uit penat nampak hari ini?” soal Ilyani
“mmm,beselah banyak sikit kerja yang perlu di selesaikan” balasku kepenatan
“dah, jom masuk, pergi mandi lepas tu kita makan, aku dah masak dah untuk lauk malam ni”
“yeke??,,,wow, bestnya.. terima kasih,sayang kau lebih”balasku
“eleh, baru la nak sayang?, dah – dah pergi mandi cepat!”
“baiklah, cik puan”..selorohku
Aku masuk ke rumah dan meletakkan barang – barang ku di tepi katil, dan terus bersiap – siap untuk mandi.
Malam itu kami makan dengan penuh berselera sekali, dengan menu nasi berlaukan sambal sotong sememang makanan kegemaranku.
Selesai makan kami pun berbual – bual di ruang tamu sambil menonton television.
“wei, kau ingat tak mrs king black yang aku cerita kat kau dulu?”
“aah, ingat – ingat, kau macam mana dengan dia?. Senyap je aku tengok?”
“mmm,tula pasalnya, aku pun keliru ni, lepas je habis graduate hari tu, dia ada cakap dia nak kumpul duit untuk kahwin”
“owh yeke, mmm, entah – entah dah kahwin kot, yela sekarang kan dah lebih dua tahun kita graduate.”
“mmm, entahlah betul juga,cakap kau tu, tapi hati aku ni still tak boleh lupakan dialah, lagi pun kita ni orang bekerjaya, lelaki mana nak kat kita, semuanya takut tau tak?”
“mmm,memanglah, tapi doa jelah mana tau satu hari nanti mrs king black kau tu muncul, tiba – tiba dia ajak kahwin, tekejut kau nanti”.
“hahaha, mustahil macam drama bersiri la pula.,hahaha”
“haha, o.k mana tau kan, tu semua allah yang tentukan, kita hanya mampu berdoa kepadanya”
“amin, mmm o.klah wei, jom tidur esok kang bercinta nak bangun, dah la kerja kat office tu macam gunung”
“o.k – o.k jom, aah aku pun banyak benda nak di selesaikan esok!”
“selamat malam”
“selamat malam juga”

………………………………………………………………………………………………………..
Kring………….kring…………….deringan bunyi telefon mengangu tumpuan kerjaku. Kerutan di dahi hilang dan di gantikan dengan senyuman apabila melihat nama si pemanggil. Insan yang selalu di rindui siang dan malam.
“Assalamualaikum mak,” sapaku lembut
“waalaikumussalam, nadia tengah buat apa tu? Sibuk ke?” soal emak
“nadia kat office ni, tengan siapkan kerja sikit. Mak sihat? Abah macam mana?”
“Alhamdulillah, kami sihat. Mmm, sebenarnya mak dan abah ada hal penting nak bagitau kat nadia ni. Nadia boleh balik tak hujung minggu ni?”
“hal apa yang penting sangat tu sampai tak dapat bagitahu dalam telefon?” Seloroh nadia
“adalah ni soal masa depan nadia,hujung minggu ni nadia balik tau”
“yelah –yelah, mak..
“o.klah mak ada keje sikit, assalamualaikum”
“waalaikummusalam”
Setelah memutuskan talian telefon, aku mula berfikir seorang diri mengenai perkara apakah yang ingin di sampaikan oleh emak ku? Soal masa depan? Berlegar – legar persoalan di benak fikiranku. Fikiranku mula melayang entah kemana.
“mmm, perkara apa lah yang nak mak aku bagitau tu, macam penting sangat je!” desus hatiku
……………………………………………………………………………………….
Angin bertiup sempoi – sempoi bahasa. Kelihatan sekumpulan kanak – kanak sedang riang bermain kejar – kejar di halaman rumah. Permandangan pada waktu petang di kawasan rumahku sungguh indah sekali. Aku termenung jauh melayangkan fikiran. Segala beban kerja di office ku lontarkan dan sengaja ku biarkan otakku kosong untuk seketika.
Suasana sungguh damai sekali, namun tidak sedamai hatiku. Mak masih belum menyampaikan hal tersebut. Ingin sahaja meminta emak sampaikan berita sewaktu tiba di rumah sebentar tadi, namun dek kerana aroma sambal sotong kegemaranku membantutkan pertanyaan malah menaikkan selera untuk makan. Aku tersenyum mengenangkan.
“hai, anak dara tak elok senyum sorang – sorang”… sergah emak
Aku terus melemparkan senyuman kepada mak dan abah yang berada di depanku.
“ingat kat sapa la tu?”. Abah berseloroh.
“ish, mana ada, tak ingat kat sapa – sapa pun, Cuma suka tengok budak – budak tu main, teringat zaman nadia masa kecil – kecil”. Balasku
“oh, yeke? Ingatkan teringat kat seseorang tadi”. Usik abah lagi
“eh, hal apa yang mak dan abah nak beritahu hari tu?”
Haji zamri dan hajah mazidah mulai risau. Raut pada wajah mereka sedikit berubah. Bimbang hal yang akan di sampaikan olehnya akan mengangu fikiran nadia. Namun haji zamri yakin nadia mampu menghadapinya dengan matang kerana umurnya juga telah pun mencecah 25 tahun.
“ada orang datang bertanya” abah memulakan cerita
“datang bertanya? Tanya apa?” aku tidak faham
“macam ni, ………..” emak mula menyusun kata.
“ada orang datang merisik nadia”
“siapa?”
“orang kuala Langat. Keluarga encik arif”
“encik arif? Siapa tu?” aku ingin kepastian
“kawan lama abah kamu” ibu mula menerangkan
Aku mendiamkan diri, sambil berbisik dalam hati. “siapa pula encik arif ni, selama ni tak pernah tahu pun abah ada kawan yang nama arif.. aish”..
“mereka datang untuk merisik nurul untuk anak mereka, kalau tak silap namanya farhan”. Abah mula bersuara.
Aku memandang tenang wajah abah sambil tangannya mengapai sampul surat yang abah hulurkan.
“itu gambar orangnya. Nadia fikirlah masak – masak sebelum memberi jawapan. Apa sekali pun jawapan nadia, mak dan abah sokong,” tambah abah.
Malam itu, aku susah hendak melelapkan mata, apa yang di lontarkan oleh mak dan abah pada petang itu sungguh menghantui diriku.
Aku terus membuka laci dan mengambil sekeping gambar yang abah bagi pada petang tadi. Aku terus melihat gambar itu sambil berfikir..
“mmm, siapa dirimu, kenapa kau pilih aku untuk jadi suri di hatimu?”
Pelbagai persoalan bermain – main di fikiran. Teringat semula satu hadis yangku baca pada empat tahun yang lepas, satu hadis yang menerangkan jika perempuan di datangi seorang lelaki untuk meminangnya jika lelaki itu sepadan dengannya maka jangan di tangguh – tangguhkan.
Bagaimana aku harus memberikan jawapan, sedangkan hatiku masih menyintai insan yang bernama mrs king black, walaupun aku tidak mengenalinya di alam nyata namun hatiku mulai terusik apabila dia datang dalam hidupku, membawa segala cahaya dan mendorongku untuk terus berjaya.
“awak, mana awak ni? Kenapa awak terus senyap menyepi. Saya buntu sekarang ni. Saya sayangkan awak, tetapi awak tidak sedar semua itu. Tapi sekarang ni dah ada orang masuk meminang saya. Apa harus saya lakukan. Saya tak nak kecewakan hati kedua orang tua saya. Awak maafkan saya!”
…………………………………………………………………………………………………………………..
“kamu berdua memang sepadan. Bagai pinang di belah dua. Bagai cicin dan permata,” kata ilyani sambil meneliti gambar yang aku berikan.
“yani, jangan main – main ni soal masa depan aku ni!” balasku
“kau suka dia tak?”
Dahiku berkerut dan terdiam apabila mendengar soalan yang di ajukan oleh ilyani.
“orang kata, diam tanda suka. Betul tak?”
“mmm,entahlah, masalahnya aku tak pernah kenal farhan pun, tiba – tiba nak kahwin dengan dia, macam mana tu. Kau tak rasa pelik ke?”
“kenapa kau cakap macam tu?, nadia, allah menciptakan manusia berpasang pasangan dan saling melengkapi bukan?, dan perkahwinan adalah satu proses kita berkenalan tanpa melakukan sebarang maksiat. Ingat tu!”
Aku diam membatu, memikirkan apa yang di lontarkan oleh ilyani sebentar tadi.
“isthikharahlah, insyallah allah akan tunjukkan yang terbaik!.. tegas ilyani.
“baiklah”. Balasku
Tiga minggu berlalu begitu sahaja, kali ini aku mesti yakin dengan keputusanku, keputusan yang akan mengubah masa depanku, dan kali ini aku tidak mahu mengecewakan sesiapa. aku yakin allah lebih mengetahui segala – galanya yang terbaik untukku.
Seperti firmannya di dalam surah al baqarah,
“ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, allah lah yang lebih mengetahui”.
Justeru aku akan berusaha untuk menerima sesiapa sahaja yang telah allah catatkan namanya untuk menjadi pendampingku. Insyaallah.
Setelah aku memberitahu keputusanku kepada kedua ibu bapaku, mereka begitu gembira mendengar jawapan dariku setelah sekian lamanya. Maka majlis perkahwinan kami akan berlangsung pada bulan depan.
…………………………………………………………

Seperti yang di rancang, majlis perkahwinan kami berlangsung dengan penuh meriah sekali. Hatiku berdebar – debar untuk menjadi raja sehari. Ramai tetamu yang hadir pada hari itu.
“aku terima nikahnya nadia bt zamri dengan mas kahwin RM300 tunai”.. lafaz farhan
“sah”…
Dengan sekali lafaz, aku telah pun sah menjadi isteri kepada muhamad farhan bin arif. Jantung ku berdebar – debar semasa acara membatalkan air sembahyang.
“terima kasih kerana sudi menjadi suami abang”. Bisik farhan kepadaku sambil mencium dahiku lembut.
“terima kasih juga kerana sudi menjadi pendamping hidup nadia.” balasku
Selesai sudah majlis perkahwinan kami, kini aku akan memikul beban yang lebih berat iaitu menjadi seorang isteri .
Malam itu, kami sekeluarga mengemas rumah setelah selesainya majlis pada petang tadi. Aku dan suamiku mengemas di bahagian depan rumah.
“sudah – sudahlah tu farhan, ada orang yang kemaskan nanti, kamu tu letih pergi rehat”.. ujar mak
“tak ada lah mak, sikit je ni, sekejap lagi farhan berhentilah.” Farhan melemparkan senyuman kepada emak.
“err, abang”. Suara ku kaku
“ye, sayang.”
“berhentilah, mari sini minum air yang nadia buat ni”.
“o.k sayang.” Balas suamiku
Farhan terus datang dekat menghampiriku dan terus duduk di sebelahku tanpa di pinta.
“mmm, sedapnya, sayang ke yang buat?” soal suamiku manja
“yela, habis sapa lagi.” Balasku manja
“lah, patutlah sedap, manis macam tuannya.”
“eh, ada – ada je abang ni. Mmm, nadia nak tanya sikit boleh tak.” soalku
“boleh, tanya jelah sayang, kalau soalan tu abang boleh jawab abang jawab,” suamiku melemparkan senyuman kepadaku.
“mmmm, macam mana abang yakin yang nadia ni jodoh abang?, mm kenapa tiba – tiba je abang terus nak kahwin dengan nadia, pastu dah la kita tak pernah jumpa dan tidak pernah kenal pun?..soalku panjang lebar
Suamiku tergelak, mendengar soalan yang bertubi – tubi yang kau lontarkan kepadanya.
“hahaha, sebab tak kenal la abang nak kahwin dengan nadia, kan ada pepatah melayu cakap tak kenal maka tak cinta”. Balas suami ku pendek
“mmm, sebenarnya dulu nadia ada minat kat seseorang, tapi nadia tak pernah kenal pun dia. Tapi tiba – tiba dia menghilang entah kemana, nadia sedih sangat, tapi insyaallah sekarang nadia akan cuba menyintai abang sepenuh hati nadia.” Aku cuba berterus terang.
“oh, yeke?..nadia kenal dia kat facebook ke?, dan namanya king black, betul tak?. Soal suamiku ringkas.
“a’ah, mana abang tahu ni?” aku terperanjat dengan apa yang di katakan oleh suamiku.
“sebenarnya abanglah king black tu, mesti nadia tertanya –tanyakan kemana king black tu menghilangkan?. Abang sebenarnya bukan menghilang tapi masa tu, abang di mesir menyambung pengajian dan setelah selesai abang tunaikan janji abang untuk melamar nadia menjadi isteri abang. Tapi sekarang nadia tak perlu risau sebab king black tu dah ada di sisi nadia untuk selamanya”.. balas suamiku.
Aku terkejut dengan kata – kata yang di lontarkan oleh suamiku sebentar tadi.
“ya allah, betulke ni?,, ke nadia bermimpi sekarang.” Soalku meminta kepastian
“betul nadia, pecayalah. King black yang dulu nadia kenal di alam maya, sekarang dah pun ada di depan nadia, dan akan sentiasa menemankan nadia untuk selamanya.”
Suamiku memelukku erat, dan mencium dahiku lembut.
“terima kasih ya allah, kerana segalanya telah kau rancang dengan rapi, orang yang dulu aku sayang telah pun menjadi suamiku”. Bisiku dalam hati.