Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah hari berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969". Semua ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
PUNCA-PUNCA TERCETUSNYA PERUSUHAN
1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun pada zaman pendudukan Jepun telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
3. Pihak pembangkang mengeluarkan slogan-slogan sensitif semasa perarakan apabila mereka memperoleh pencapaian yang gemilang dalam pilihan raya pada 10 MEI 1969.
4. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
5. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
6. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang...
kini sejarah itu telah lama berlalu, maka segala yang buruk itu kita jadikan sempadan dan yang baik kita tauladan.. mari bersama bersatu untuk negara kita malaysia!
---> ayuh! kita tawan putrajaya!
kembalikan pemimpin berwibawa di malaysia!
Fara Nasha
Hayy Janubi Jordan
No comments:
Post a Comment