Wednesday, May 9, 2012

Warkah buatmu Sahabat

Bismillah...




Mungkin semua tertanya - tanya kenapa saya still letak di FB saya gambar UNISZA, status study di UNISZA, walhal kini saya sudah dua tahun tinggalkan UNISZA, dan saya juga telah berada di bumi yang telah saya impi - impikan sejak tingkatan 3 lagi iaitu JORDAN.


pengalaman dan perjalanan hidup memang betul - betul mengajar saya erti kehidupan. di UNISZA saya belajar erti kematangan hidup. saya belajar erti "berdikari", "kerjasama","tolong - menolong", dan yang paling penting erti "persahabatan".


ye! memang di JORDAN pun ada semua itu, mungkin suatu hari nanti apabila saya sudah tiada di bumi ini saya akan mengenangkan semula. "JORDAN" adalah tempat yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya! 


berbalik kepada UNISZA tadi, saya tersangat kagum dengan erti "PERSAHABATAN" disini.. pada mulanya dari selangor ke terengganu seorang diri. dan first day dalam kelas pun saya sendiri. saya langsung tidak mengenali sesiapa pun di bumi terengganu itu. sesudah hari berganti hari, ALLAH itu maha adil, DIA mengurniakan saya seorang Sahabat yang sangat memahami.






sejak itu kami sentiasa bersama. sampaikan ada yang mengatakan kami "adik -beradik" lain emak dan ayah. Dia melengkapi kekurangan diri ini. suka duka kami lalui bersama, kami berkongsi minat dan cita - cita yang sama.. 








Hari tidak selalunya cerah, dengan di takdirkan ALLAH kami terpisah juga di bumi yang fana ini. mungkin perpisahan ini akan mengajar kesetiaan di dalam "persahabatan"..









Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya.
 Memang benar kata hatiku,
 kau hanya tetamu hatiku yang singgah hanya seketika.
 Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim. 
Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. 
Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. 
Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup
 hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.


Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam.
 Ada mulanya dan tiada penghujungnya,
 seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya.
 Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya.
 Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan.
 Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. 


Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, 
aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika.




p/s : Masih terkenang tatkala diri ini di timpa kemalangan sewaktu final exam
 kemalangan mengakibatkan diri ini tidak boleh berjalan,
 awak bersusah payah membantu saya, awak sanggup bangun awal hantar saya pergi ambil exam,
 yang pada itu exam bermula pada pukul 10pagi,  awak sanggup pergi bersama saya seawal jam 7pagi.
 pada waktu itu saya akui diri ini degil, walhal boleh sahaja saya menggunakan "wheel chair" untuk ke dewan peperiksaan.
tetapi di saat itu saya cuba kuatkan diri untuk  berjalan kaki menggunakan "tongkat" ke dewan peperiksaan.
dan di saat itu juga kemanisan ukhuwah terasa. dan kini akan ku sematkan ianya dan akan terus berkekalan hingga ke syurga..

kami semua satu keluarga "diploma Pentadbiran Islam".. Semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan hingga ke akhirnya... terima kasih YA allah... =)

Fara Nasha 
AL al Bayt Universiti JORDAN
Fiqh Wa Usuluh..
















No comments:

Post a Comment