Friday, October 21, 2011
Hai debat
- Debat -
apa itu debat? kenapa nak berdebat? boleh ke berdebat?
apa itu debat?
satu perkataan hasil cantuman 5 huruf yang BERBEZA D E B A dan T kalau dalam English, akan ada repetation untuk "E". debat tu apa? seni bebelan? sukan orang yang cakap nak menang jer ? ILMU? setiap orang ada persepsi yang berbeza. bagi saya, debat yang pertama adalah ILMU.
Kenapa ILMU?
apa maksud Ilmu? pelbagai pendefinisian akan diberi.ramai la yang akan bukak pelbagai kitab semata-mata untuk menjelaskan apa itu ilmu. Ilmu pelita hidup.. ilmu itu cahaya dan sebagainya. Kenapa debat itu ilmu. Saya percaya, debat memberi ilmu, maka ia adalah ilmu. Sebagai pelajar, contohnya saya, mengambil jurusan Pendidikan Matematik serta sains dan Komputer. Hidup dikelilingi nota,rumus serta formula matematik. Tidak dilupakan juga “coding-coding” java script, apatah lagi C++. Kitab falsafah pendidikan juga jangan dilupa. Itulah kitab yang senantiasa perlu dikendong.
NAMUN,
Adakah ilmu dalam hidup saya perlu untuk dilimitasi kepada perkara itu sahaja? Saya juga mahu tahu macam mana pergerakan ekonomi,kenapa kebergantungan dunia kepada US berlaku? Apa berlaku pada bretten wood, Apa yang berlaku dalam krisis ekonomi Malaysia 1998. Siapa George sorros. Itu belum lagi isu berkaitan IMF. Pernahkah anda tahu apa itu IMF. Ya, saya tahu, ia menyebabkan Indonesia gawat sehingga sekarang. Tahukah bagaimana ia boleh Berlaku? Tidak bukan? Namun dalam debat, dengan usul-usul seperti
* · IMF Ibarat Lintah
* · Dunia Perlukan Blok Ekonomi
* · Dewan ini menyokong penubuhan matawang Asean
Dan sebagainya lagi. Dengan usul-usul sebegini, saya yakin dan pasti, terbuka hati kita untuk mencari apa itu IMF, kenapa ASEAN nak buat matawang baru? US tak bagus ke? Apa itu blok ekonomi dan sebagainya.Ilmu. Bukan ilmu berkaitan ekonomi sahaja debat ni, kita akan disajikan dengan berita alam sekitar.Protokol Kyoto.Apakah Itu? Deklarasi Rio? Earth Hour,Owh, hari tutup lampu selama sejam, namun pengisian, adakah kita tahu? Saya bukan mahu katakan orang masuk debat ini semuanya berilmu. Anda silap. Kami yang berdebat ini adalah orang yang sentiasa mahu mencari ilmu. Mahu tahu apa itu ilmu. Kerna, itulah hakikat sebenar ilmu. Tidak pernah punya penghujung. Infiniti. Ibarat petrol kepada kerata, debat pemangkin untuk kita meneruskan lembaran pencarian ilmu. Dalam debat, kita tidak mahu digelar tidak tahu. Kita senantiasa mahu tahu. Betul kan? Sedangkan bercakar dan bercakap dengan kawan dan guru-guru pun kita mahukan pendapat kita diterima, sedangkan dalam debat. Lebih-lebih kalau dalam pertandingan. Namun , pendapat yang bagaimana mahu diterima, pasti pendapat yang penuh dengan ILMU dan HIKMAH. Berbicara tentang ilmu, ia tak akan habis. Masuk soal kedua. Debat itu Seni.
Kenapa SENI?
Seni apa? Seni ukir? Patung apa nak diukir? Debat tidak mengukir patung. Ia mengukir pemikiran. Ya. Ia mengukir pemikiran. Sudah saya katakan, pendapat yang diterima adalah pendapat yang disarung dengan ILMU dan disadur dengan HIKMAH. Bagi saya seni dalam debat menjadikan ia hikmah. Pemikiran akan sentiasa diasak dengan pelbagai persoalan,pertikaian. Andai berdebat tajuk latihan atlet luar negara meningkatkan prestasi atlet(terkenang usul Debat Daerah Kuala Pilah). Selaku kerajaan yang mencadang, pasti akan bermain selamat. Cukup untuk kita katakan, atlet-atlet yang menjalani latihan di luar negara mampu untuk mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam kejohanan sukan seperti sukan sea dansebagainya. Itu kes kerajaan. Namun pasti pembangkang akan tampil dengan seribu satu persoalan, pertama, kalau sebelum menjalani latihan di luar negara, noraseela Khalid dah mampu sumbang emas untuk negara, maka , apa justifikasi Meningkatkan prestasi atlet tersebut? Atau, pembangkang akan bertanya, sukan sea tempoh lalu, noraseela Khalid gagal sumbang pingat,respon? Lihat,Soalan-soalan begini la yang akan ditanya. Tajam atau tidak, bagaimana kita letakkan sebagai kes yang menentukan segala-galanya. Namun sebagai kerajaan, takkan kita nak diam sahaja. Takkan nak tunjukkan kita sudah menyerah kalah? Disaat kita cuba menyelamatkan kes, SENI-SENI setiap pendebat akan tertonjol. Ada yang cantik, diadun dengan penggunaan bahasa yang cermat. Ada juga yang comot,dengan persembahan yang orang kata “nak menipu pown tak-confident” + penggunaan dan penyusunan bahasa dalam “argument” yang berterabur. Namun, itulah yang dinamakan seni. Kita akan ukir. Ibarat mengukir kayu untuk dijadikan replika, diawalnya memang jelas kelihatan comot dan hodoh kayu tersebut dan tiada apa-apa, namun jangan putus harapan. Teruslah mengukir. Simboliknya, samalah dengan kita untuk mungukir pemikiran kita. Makin diukir, insyallah bertambah baik dan cantik. JANGAN DIHARAP RAHMAT ILAHI DISAAT-SAAT AKHIR SAHAJA. : )
sudah tibakah waktu itu?
sudah tibakah waktu itu?
Mungkin juga!!
Tapi,
adakah diri ini sudah bersedia untuk menjadi seorang wanita dalam hidup seorang lelaki?
Sudah bersediakah diri ini untuk melayari dunia rumahtangga yang adakalanya dilanda ombak besar tanpa diduga?
Mampukah diri ini mempertahankan layar yang dibentangkan oleh nakhoda kehidupan rumahtangga nanti?
Mampukah diri ini menjadi seorang ibunda yang mithali dan membentuk keperibadian anak2 ke Jalan Allah..
Ya Allah, masih banyak yang perlu diperbaiki.
Masih Banyak....
Namun, kupanjatkan doaku agar tidak terpesong jauh dari ajaran Mu..
Biarlah diri ini dipertemukan dengan si Dia yang sememangnya tertulis untuk diri ini.
.. Ameen...
rindu itu indah
Bismillahirrahmanirrahim....
teringat sewaktu cuti musim panas, sewaktu itu aku pulang ke malaysia beraya di tanah air, tanah tumpahnya darahku.
baru sekejap ku berada di malaysia, banyak panggilan untuk menjadi guru sementara,..
padehal, cuti sebulan.. dahsyat kan..
sebenarnya aku langsung takde pengalaman bekerja.. inilah pengalaman pertamaku mengaja di sekolah rendah [KAFA] berdekatan dgn rumah ku.
melayan kerenah budak- budak memang letih, tapi seronok..
soalan yang tidak dpt ku lupakan, dari anak muridku adalah :
"ustazah, ustazah da kahwin ke?"
"ustazah dah ade boyfriend?"
"mak, saya kate ustazah cantik.."
"saya suke, ustazah aja saya"
*** hari last aku di sekolah tu..
"ustazah jgnla pegi nanti kteorg rindu kat ustazah"
"tapi klau ustazah nak pegi jugak, xpela"
sedih dan pilu..namun demi cita - cita ke bumi jordan aku melangkah semoga kite di temukan lagi wahai anak muridku~
Andainya lelaki tahu
Assalammualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
*Semoga ada yang memahami.. InsyaAllah....
Subscribe to:
Posts (Atom)