Friday, December 23, 2011

Membuat transformasi baru


Bismillah.........

24/12/2011-----> bermakna seminggu sudah aku tanpa nasi!..
tetapkanlah hati ini,.. aku ingin berubah! yeah!!...

membuat satu transformasi baru adalah susah sebenarnya.. tapi aku yakin aku boleh buat. tapi perlukan sedikit kekuatan dari dalam diri sendiri untuk berubah..


so mulai hari ini aku perlu tekad, supaya usaha ini akan berhasil!..
" no more rice in my life!"

so, mulai minggu ni, saat ini aku perlu berkorban supaya usaha diet aku berhasil.. doakan ea kawan!!

ALLAHUMMA ameen....

Sunday, December 18, 2011

Risalah Hati Fara Nasha


Bismillah...

"pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan"
tiba - tiba hati tergerak nak dengar lagu ni malam ni.. kenapalah dengan aku ni??..
entahlah keliru jugak dengan soal hati ni.. memang susah nak faham..huhu

aku tak faham dengan diri sendiri??

betul kot, sebab aku pon tak tahu nak buat keputusan dengan soal hati ni..
kadang - kadang berbunga, tapi kadang - kadang KOSONG..
memang tak faham..

kadang - kadang aku jadi tak yakin. tapi kadang - kadang aku tak nak fikir..


tapi............

kalau aku nak tetapkan hati je, mesti ade syaitan datang untuk meragui apa yang aku tetapkan dalam hati ni..

ya ALLAH......

lemahnya aku!!...

_____________> mesti korang semua tertanya - tanya kenapa kan??..

sebenarnya aku cuba untuk tetapkan hati aku ni.. tapi tulah x berjaya lagi.. semasa aku bermusafir hari tu aku berdoa :

" ya ALLAH jika dia (A) benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia (A) bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu"

sepanjang perjalanan aku tenang tanpa sebarang gangguan. berbunga - bunga hati masa tu..

tapi....

setelah aku selesai solat asar, aku bersalaman dengan semua musafir - musafir yang berada di situ, sampai je dekat sorang musafir ni aku tersentap!

ya ALLAH.....

hatiku berdetik :

" dia bukan untuk aku kot, never give up fara! "

aku terpanar melihat wajah musafir yang tenang tu, tapi tiba - tiba hatiku berdetik sedemikian..

apakah maksudnya???.....

seterusnya setibanya ke destinasi yang di tuju..

alhamdulillah sampai jugak dengan selamat.. tiba - tiba aku terlihat seorang kenalan lama si (B) yang pernah singgah di hatiku satu ketika dahulu di situ..

hatiku terus berdoa :

" ya ALLAH tetapkanlah hatiku dengan si A"..
amin.......

susahnya... kenapa dengan aku ni? sentiasa tak memahami isi hati sendiri..

.............................................................

selepas pulang dari bermusafir tiba - tiba datang seorang teman membawa satu hajat

" fara, aku rasalah kaulah orang yang terbaik untuk tegur dia (A), aku tengok dia (A) bagos, berkepimpinan, berwawasan, tapi sayanglah dari sudut akademik dia (A) tak jaga, aku tengok subjek dia (A) sikit je dia ambil, lepas tu ade yang gagal pulak tu, pointer pun cukup - cukup makan je, aku bukan ape, aku rasa kaulah orang yang sesuai untuk bimbing dan tegur dia (A), aku yakin kau boleh"

sapa seorang sahabat...

ya ALLAH mampukah aku??..

--------------------------------

ketika di rumah :

" kita rasa akak sesuai je dgn dia (A), kita suka je tengok akak dengan dia, kita doakan semoga betemu jodoh".

hati aku " serious aku kosong, tak tahu nak kata ape, xde rase suka, cinta , sayang semua tak ada, yang ade KOSONG"..

kenapa??...

----------------------------------

ketika di telefon dengan seorang sahabat :

" kau ni memilih sangatla fara,janganlah macam tu"..

kompius aku??... bukan memilih, masalahnya aku masih tak yakin lagi..

subhanaallah....

aku masih mencari hikmah kenapa aturan ALLAH sebegini, setiap kali aku ingin menetapkan hati dengan si (A), bayangan si (B) akan muncul seolah - olah menghalang aku untuk menerima si (A)..

tapi..

mereka tak kan tahu yang aku berdoa untuknya, mungkin aku tidak layak untuk mereka, aku perlu berubah menjadi lebih solehah dan berilmu supaya setaraf dengan mereka..

apapun...

jika ALLAH telah tetapkan aku sama ada dengan si (A) atau si (B) ataupun dengan sesiapa sekalipun aku redha dengan aturannya. DIAlah yang maha mengetahui segala - galanya..

Next to our program


bismillah...

Alhamdulillah bersyukur ke atas ilahi kerana di beri peluang untuk bernafas sekali lagi di muka bumi ini..

syukur alhamdulillah...

pergh!! lama sgt dah x update blog ni.. berabuk da rasenye.. hehe maaf la sem ni agak pax masa terlalu sibuk dengan aktivit sampai semua kerja tertangguh..

tapi bersyukur sangat sebab allah masih lagi memberi peluang untuk aku meneruskan satu lagi program untuk kelab aku sendiri..

semoga keluarga yang di inginkan akan tercapai di dalam kelab orator PRISMA..

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam

Nasihat untuk diri sendiri dan semua :

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan memberikan kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her/him, you won’t touch her/him.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslim/ muslimah.
Just hold her/him in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way...

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

p/s : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…