Monday, April 30, 2012

Pilihanraya Kampus PRISMA Jordan



Pengalaman saya sepanjang bekerja menjadi SPR PRISMA, pilihanraya kampus 2012/2013 memang seronok. hanya lafaz kesyukuran mampuku lafazkan kehadratnya di atas segala urusan..

Pada mulanya memang sukar untukku menerima lamaran ini di sebabkan kekangan "imtihan" yang sedang bergelut dengan diri. namun di sebabkan keikhlasan dan rasa tanggungjawab bersama aku menerima lamaran ini dengan hati yang terbuka.

pada tanggal 10 april 2012, meeting pertama di adakan di bayt PRISMA. pada mulanya aku langsung tidak tahu siapa yang akan bekerja dengan team SPR kali ini.  "first meeting" yang agak terkejut sebab allah memberikan kami sekeluarga oratorian bekerja bersama di dalam team SPR.

so, tiada masalah, kerana kami sudah saling faham memahami antara satu sama lain. gerak kerja seterusnya kami lakukan demi PRISMA tercinta. dari "pembersihan data sehinggalah hari mengundi dan pengumuman calon" kami lakukan dengan teliti.

di sebalik itu juga, pelbagai kutukan, kritikan orang luar terhahap team SPR. tetapi kami sedaya upaya untuk kuatkan diri. namun saya akui, kadangkala diri ini cepat melenting tatkala kritikan itu tidak relevan ataupun sekadar gurauan oleh pihak yang tidak bermoral dan bertauliah !

berjalan waktu malam menghantar borang, tatkala orang lain sebuk menelaah buku pelajaran, berjalan pada waktu petang mengutip borang tatkala orang lain sebuk berehat dan bermain. namun penat lelah itu saya tidak rasakan kerana keikhlasan menghilangkan segala keletihan.

tatkala menghitung hari untuk tamatnya perjalanan SPR ini, tiba - tiba diri ini di "fitnah" oleh sekelompok mahasiswa islam. pada mulanya saya lumpuh seolah - olah tiada kaki, semangat yang membara terpadam sendiri. saya bagaikan lalang yang di tiup angin. kesedihan di saat itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. namun segalanya di atasi dengan "matang".
mungkin ada yang cemburu pada diri ini. saya akui, dengan sikap yang mudah mesra dengan semua orang dan suasana, mungkin tidak semua orang boleh mengikuti diri ini. di sebabkan itu "fitnah" di beri.


aku terus bersabar, menghitung hari untuk menghabiskan perjalanan SPR ini. aku cuba untuk kawal emosi & diri supaya lebih rasional dan profesional. memang sukar untuk memuaskan hati semua orang. tapi saya cuba untuk memuaskannya dan ahkirnya tidak berjaya.lantas diri ini kecewa. Namun saya yakin ALLAH sentiasa ada di sisi diri, DIAlah yang lebih tahu segala - galanya yang terbaik untuk diri.

tanggal 27 april 2012,  seusai meeting bersama calon yang menang, maka berakhirnya kerjaku ini. ALHAMDULILLAH syukur ke hadratmu YA ALLAH kerana memudahkan urusan ini. namun di hati kecil ini, aku sangat berpuas hati bekerja dengan team SPR kali ini. terima kaseh semua ! ukhuwah sampai ke syurga.


credit to : abg aiman, kak minah, wewe, tuan suady, bro jepah, nida, tieya, afifah, mek ti, azrin, syamim, raihan, hasyimi, nawawi, munaya, sakinah, =)



Perjuangan itu Pengorbanan




AHHHH......
28 APRIL 2012 

SEJARAH TERCIPTA LAGI...
SEJARAH KEBANGKITAN RAKYAT
SEJARAH KEGAGALAN NEGARA DEMOKRASI
SEJARAH KETAKUTAN PEMIMPIN
SEJARAH KEGAGAHAN PIHAK BERKUASA



SEJARAH MUNGKIN BERULANG
BERULANG DI MANA?

CERITANYA BERMULA DI SINI
HIMPUNAN BERSIH 2007 TELAH MENUMBANGKAN SEKURANG2 5 BUAH NEGERI YANG MANA KELANTAN TERUS MENGUKUHKAN KEDUDUKAN...


NAMUN PERAK DIJATUHKAN DENGAN MELACURKAN PEMILIHAN KERAJAAN OLEH RAKYAT..

APAKAH INI DEMOKRASI?

BERSIH 2007 JUGA MENYEBABKAN KERAJAAN MEMERINTAH TERPUTUS SATU TANGAN UNTUK MEMERINTAH PADA PRU 2008..

MALANG SUNGGUH MALANG..


BERSIH 2011 TERUS DIANJURKAN KERANA TUNTUTAN BERSIH 2007 BELUM DITUNAIKAN OLEH KERAJAAN :

1.KITA TUNTUT MEREFORMASIKAN UNDI POS
2.KITA TUNTUT AKSES MEDIA YANG ADIL
3.KITA TUNTUT BERSIHKAN SENARAI PEMILIH/PENGUNDI
4.KITA TUNTUT KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
5.KITA TUNTUT HAPUSKAN RASUAH
6.KITA TUNTUT MASA BERKEMPEN MINIMA 21 HARI
7.KITA TUNTUT PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL
8.KITA TUNTUT JANGAN GUNA POLITIK KOTOR

BERSIH TERUS MENJADI IGAUAN NGERI KERAJAAN SEHINGGAKAN SELURUH MEDIA DIARAH MENGECAM SEKERAS-KERASNYA BERSIH DENGAN CARA :

1.MENANGKAP SESIAPA SAHAJA YANG MEMAKAI BAJU KUNING
2.MENGHARAMKAN 91 INDIVIDU DARI MEMASUKI KUALA LUMPUR
3.PELAKON2 TURUT DIPERGUNAKAN UNTUK IKLAN PENDEK DI TELEVISYEN
4.GURU, PELAJAR, PENUNTUT IPTA DAN IPTS DIUGUT DENGAN TINDAKAN KERAS
5.DICANANG TANGKAPAN KEPADA PESERTA BERSIH


APAKAH INI SEMUA...
UNDANG2 YANG DIGUBAL DI PARLIMEN MEMBENARKAN RAKYAT BERHIMPUN NAMUN YANG TERJADINYA ADALAH, BUAT UNDANG2 PIJAK UNDANG2 CAMPAK DI LUBANG NAJIS.

MEMALUKAN....


NAMUN ANAK MUDA INI SEDAR SELAGI, P.K DIBERI ILMU UNTUK MENULIS AKAN KU TULIS, 
SELAGI P.K INI BELUM MATI KUASA YANG DIBERIKAN PERLU DIGUNAKAN..

KERANA MEREKA DI LUAR BATASAN MANUSIA
SEPATUTNYA SEKIRANYA RAKYAT MENGGANGKAT SENJATA BARULAH PIHAK BERKUASA MENGGANGKAT SENJATA..

NAMUN INILAH NEGARA YANG DIOMONG SEBAGAI NEGARA D.E.M.O.K.R.A.S.I.


TAKUTNYA KEBANGKITAN RAKYAT SEHINGGAKAN SANGGUP MEMBUNUH RAKYAT.

RAKYAT DAN P.K TIDAK BUTA DAN JAUH SEKALI TERLEPAS PANDANG BAHAWASANYA KERAJAAN HARI INI PENUH TEKANAN :

DARI KANAN RASUAH YANG MENGEJAR
DARI KIRI KEGILAAN KUASA YANG MENGHAMBAT
DARI ATAS RAKYAT SEMAKIN MENEKAN
DARI BAWAH KEPERCAYAAN KIAN RAPUH

DARI MANA2 RAKYAT SEKARANG TELAH MEMINTA CAMPUR TANGAN ALLAH SUPAYA KERAJAAN INI DIKUBURKAN TERUS SELAMANYA....

KERANA BERSIH ITU  BERSIH
KERANA BERSIH ITU TUNTUTAN
KERANA BERSIH ITU AGAMA
KERANA BERSIH ITU PERJUANGAN
KERANA BERSIH ITU MALAYSIA

AYUH BERSAMA MEMBINA SEBUAH KERAJAAN BARU KERAJAAN RAKYAT MALAYSIA

BERSIH2 PILIHANRAYA BERSIH!!!!!


*JADIKAN WARNA KUNING SEBAGAI WARNA KEBANGKITAN RAKYAT..
*AYUH SEDARKAN PEMIMPIN BAHAWA RAKYAT TIDAK BOLEH DIBELI SEWENANGNYA..

الله اكبر
PEDANG VS PEDANG
TULISAN VS TULISAN
SENAPANG VS SENAPANG

SUARA RAKYAT VS WATER CANON,GAS PEMEDIH MATA,COTA... =,=




Fara Nasha
AL al Bayt Universiti
The Hashimate kingdom of Jordan
                                                

Sunday, April 29, 2012

Semakin Hampir


Aku lahir ke atas dunia dengan izinMU,
 Lahirku saat rasul dan sahabat, para tabi' dan tabi'en telah tiada,
 Zamanku adalah Zaman pemerintahan ISLAM TIDAK LAGI BERKUASA.

Aku terbit di tengah masyarakat islam,
Namun islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka,

aku kuatkan azam untuk menyertai mereka,
cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini.
generasi seusiaku yang sakit,
 lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu.
 sibuk dengan cinta yang penuh noda,

aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna.
 namun aku sedar  bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna.
 dan tugasku adalah berusaha.

gagal jatuh di cela tak di terima itu perkara biasa.
 aku terus berdoa agar aku di tetapkan hati.
 bukan nilaian harta yang aku cari, bukan juga kerana nama ingin di kenal sebagai insan yang baik dan mulia. cukuplah redhamu sebagai harga.
bantulah hambamu ini,
 sedarkanlah generasiku.
aku yakin islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti!

Fara Nasha
Hayy janubi Mafraq Jordan


Sunday, April 22, 2012

Keluhan Hati Fara Nasha







Bismillah...

Bersyukur ke hadratnya kerana masih lagi di beri nikmat hidup, kesihatan, dan sebagainya. Alhamdulillah kalimah keramat yang mampu saya lafazkan tatkala diri ini, tersepit pelbagai amanah dan tanggungjawab, namun masih lagi di beri kesempatan untuk menjegah blog yang sedia usang ini..

Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini, saya akui kadangkala diri ini langsung tidak terdaya untuk memikulnya selaku hamba ALLAH yang kerdil lagi hina. tatkala kesedihan dan tekanan menjegah diri, saya hanya mampu berserah segala - gala penyelesaian itu adalah dari ILLAHI..

Namun, di dalam kesibukan mengejar arus dunia yang semakin hari semakin canggih ini, dalam sedar atau tidak, kita banyak di lekakan dengan pelbagai "syaitan - syaitan dunia" yang langsung tidak kita sedari. amat mengecewakan apabila kita sebagai seorang yang beragama islam tewas dengan dugaan sekecil itu.

selaku sebagai seorang mahasiswa islam, saya akui perkara - perkara sebegitu memang sukar untuk di kawal bila mana antivirus "iman" tidak "power" untuk membunuh "virus - virus" yang degil.

  "bercouple & bertunang" bukan tiket untuk menghalalkan segala - gala.

perkara sebegini secara umumnya kita sudah maklum, "islam tidak pernah menghalalkan cara". namun kita perlu akui, islam tidak pernah menyusahkan hamba - hambanya..bagi saya, "bercouple" tidak salah, tetapi perlulah di garisi dengan garis panduan yang betul iaitu dengan cara berkahwin.

seterusnya, saya percaya ada segelintir masyarakat kita mengangap "bertunang" adalah satu tiket sebelum ke alam "perkahwinan". ada yang berpandangan apabila sudah "bertunang", sudah halal segala - galanya. boleh "bersayang, abang","berskype", dan sebagainya. saya tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi amat mengecewakan saya apabila orang yang melakukannya adalah mahasiswa "islam" sendiri !

kemana hilangnya maruah kita sebagai mahasiswa "islam"? kita tahu melenting apabila ada sebahagian entiti memperlekehkan kita! tapi dalam sedar atau tidak kita sudah lama membawa fitnah ke dalam "ilmu & agama" kita!..

"Fitnah dunia"

fitnah sering berlaku di mana - mana sahaja, tidak kiralah di mana sekalipun kita berada. namun sekali lagi perkara yang mengecewakan saya adalah, tatkala fitnah itu bermaharajalela di dalam kalangan "mahasiswa islam".

kita belajar agama, kita tahu mana buruk mana yang baik, tetapi kita langung tidak pandai mengaplikasikan ilmu yang kita ada di dalam kehidupan seharian kita. sekali lagi kita "menzalimi ilmu" yang kita ada.!


perjalanan kehidupan banyak mengajar saya erti kematangan hidup, saya akui banyak kelemahan diri yang perlu di perbaiki. namun apabila diri di lontarkan pelbagai "fitnah" oleh sekelompok "mahasiswa islam".
pada mulanya diri ini longlai, tidak berdaya mengharungi seorang diri.

namun apabila segalanya saya serahkan kepada ALLAH, sekali lagi  saya yakin, semangatku kembali padu, jiwaku semakin tenang untuk meneruskan kehidupan pada hari yang mendatang. aku percaya dengan kata - kataNYA :

      "ALLAH tidak akan membebani seorang hamba itu, dengan bebanan yang tidak dia mampu".


# tatkala diri di "fitnah" untuk melakukan sesuatu perubahan,
aku percaya jika kawan - kawan tiada di sisi, tetapi ALLAH sentiasa di sisiku

aku yakin, apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan,
adalah untuk kemajuan, bukan berpaksikan hawa & nafsu semata.

aku adalah aku, berdiri di atas kaki sendiri,
tiada seorang entiti memaksa diri,
tiada seorang entiti mempermainkan diri!

segala keputusan dan pilihan adalah di tangan nafsi!

#tatkala perasaan kecewa menjegah diri,
"fitnah" di canang sana sini,
namun apa yang mengherankan diri,
orang yang membawa "fitnah" lebih mulia dari diri ini!

"betul orang kata rambut sama hitam, hati lain - lain"

* sangat terkilan, tetapi saya yakin ALLAH lebih tahu segala - galanya..

Keluhan hati Fara Nasha
Menanti Mujahid Kekasih ALLAH.
Peguam Syari'e bi'iznillah












































Sunday, April 15, 2012

Takdir belum berpihak padaku..

Ya Allah, 
hari ini aku berasa amat takut….
takut menghadapi hari esok…
takut menghadapi hari-hari yang bakal berlalu….


ya Allah…
bagaimanakah aku bisa meluahkan apa yang terpendam di lubuk hatiku? 


Ya Allah,
hanya padaMu aku menyerahkan segala takdirku….

Ya Allah, 
Subhanallah…
Ya Allah, 
Setiap kali aku mengatakan aku redha, 
Ya Allah,
Aku ingin menjadi seorang abid yang mendambakan cinta Tuhannya…


sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang ada dalam hatiku…
mungkin aku bisa menipu manusia, menipu diriku sendiri….
tapi aku tidak kan pernah bisa membohongi Mu….

hati ku sudah terlalu berat memendam perasaan hatiku ini…
kadang kala terasa ingin berkongsi dengan manusia, 
tapi tidak mungkin aku bisa melakukannya….

aku ingin sekali mengorbankan hatiku untuk melihat insan itu bahagia…
aku ingin sekali memberikan senyuman tanda aku ikhlas melepaskannya pergi….
tapi…
aku tidak kuat ya Allah…!

ku genggam erat kalamMu…
.ku kuatkan alunan kalamMu walaupun air mata ini tidak bisa memberikan noktahnya…


ya Allah, 
walaupun aku tidak kuat,
 tapi aku tahu Engkau sentiasa ada untukku…
walupun aku jatuh, Engkau sentiasa memberikan kata-kata cinta dari kalamMu….



 jika benar dia bukan yang terbaik untukku, 
Engkau berikanlah pengganti yang terbaik buatku…
tumbuhkan lah apa yang telah patah…
suburkan lah hatiku dengan cintaMu yang tidak pernah pudar….
berikanlah aku ketenangan dalam meneruskan sisa hidupku yang mungkin sudah hampir ke penghujungnya…

aku ingin menjadi seorang abid yang zuhud pada dunianya….
aku ingin menjadi abid yang merindukan titah Rabbnya…
semoga aku bisa terus kuat menempuh hari yang bakal berlalu… 


keranaku tahu....
takdir itu bukan milikku….




#redha dgn apa yg berlaku,
mungkin dia bukan yg terbaik untukku..




     Fara Nasha
**menanti mujahid kekasih illahi...















Sunday, April 8, 2012

Ya ALLAH Aku Jatuh CINTA





Cukup cintai ia dalam diam…
bukan karena membenci hadirnya…

tapi menjaga kesuciannya..
 bukan karena menghindari dunia…
tapi meraih surga-Nya .
.bukan karena lemah untuk menghadapinya…
tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
karena hadirmu..

 tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaan,,
 karena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
 karena hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan 
karena tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?


"…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
karena tiada yang tahu rencana Tuhan…

 mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
 karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…
 serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya… 




“ Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. ” (Umar bin Khattab ra.)"

Wednesday, April 4, 2012

Persidangan Dewan Piala Presiden 1

Bismillah..

Persidangan Dewan Piala Presiden PRISMA
Lokasi : Bayt PRISMA mafraq Jordan..
Tarikh : 30/03/2012

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, lafaz kesyukuran ku panjatkan kepada tuhan yang esa.
syukur kehadratnya kerana memudahkan urusanku dari segala sudut...

aku pasti segalanya akan sempurna jika tawakal dan redha di serahkan kepada yang esa. kini genaplah 4 tahun umurku menjejakan kaki di arena ini. namun ku pasti banyak lagi kekurangan diri ini. yang pasti aku perlu belajar untuk memperbaiki diri.

aku punya target tersendiri di dalam arena ini, begitu juga rakan - rakan seperjuangan ini.. semoga ALLAH sahaja yang merahmati perjuagan ini..

gambar di sebalik tabir persidangan, terima kasih  sahabat robani kerana sanggup menjadi speaker dewan terjun, dan the most thanks to my BOSS! suady yang banyak menyumbangkan idea, masa, dan tenaga, dalam menjayakan program ini.

dan beribuan kemafaan di pohon, kerana tidak dapat jadi "the best" timbalan pengerusi orator 2011/2012 dan teamate semasa bersidang..





terima kaseh "bro huzaifah" selaku teamate saya! terima kaseh atas bantuan, tunjuk ajar dan sokongan anda, semoga ALLAH sahaja yang dapat membalasnya. beribuan kemaafan di hulurkan kerana tidak dapat jadi teamate yang terbaik..





walaupun singah sana persidangan agak sederhana, namun kami percaya wadah yang kami mahu bawakan bukanlah kejayaan di pentas ini, tetapi kejayaan apabila terjun ke dalam pentas pentarbiyahan  masyarakat kelak.

walaupun penat lelah, sakit, luka dan duka terpaksa di terima di dalam arena
namun saya percaya setiap sesuatu pasti ada hikmahnya..
belajar dari pengalaman untuk  menjadi seorang yang matang.

Terima kasih ya ALLAH..
Terima kasih rakan seperjuangan persidangan dewan piala presiden
"abdullah suady, huzaifah, nihat"
Terima kasih penyumbang bakti program
"raihan & kak ana"
Terima kasih PRISMA JORDAN
Terima kasih Oratorians PRISMA dan semua yang memberi sokongan.
Moga ALLAH memberi kita kekuatan untuk yang akan datang..!








sangat terkesan dengan pertarbiyahan, terima kasih semua semoga kita bertemu semula di persidangan dewan MPPMJ kelak..