Monday, June 25, 2012

Bercerita dengan Hati


Andai cinta itu suci,
akanku luahkan segala hasrat hatiku ini padamu,
namunku tidak mampu,
hanya kudratku mengadu hasrat hatiku ini padaNYA..

Andai memori silam itu kembali,
tidakkan aku putar ia ke memori itu,
keranaku tidak mahu hati ini selalu bercerita tentangmu..
kernaku tidak sanggup membebankan kamu dengan dosaku.

Andai hati ini sepi,
akanku jaga bersama kalam dari penciptamu,
bukan bermain sambil bercerita dengan hati,
tentang betapa kagumnya aku kepadamu..

Andai dalam menjaga hati ini,
kadangkala aku alpa,
hati selalu mengajakku untuk bercerita tentangmu,
sedangkan aku haruslah mengajak hati ini
untuk bercerita tentang kehebatan penciptamu..

hati ini selalu tersenyum,
tatkala melihat kamu bahagia,
hati ini selalu akan bersemangat
tatkala melihat kamu bermujahadah..


tapi kenapa?
hati ini memilih kamu?
aku tertanya - tanya...
adakah hati ini salah memilih?
sedangkan banyak lagi insan yang boleh di pilih...

Hati,..
aku berharap kau tidak telalu berharap dengan pilihan ini,
aku khuatir kerana kita telah dikecewakan dengan harapan itu,
aku tidak mahu ianya berulang kembali,
yang aku mahu kau selalu gembira bersamaku untuk hari - hari mendatang...


ps : kepada kamu, aku akan selalu berdoa kepada pencipta kita,
supaya pilihan aku ini, akan di timbang tarakan, aku tidak terlalu berharap, kerana engkau pun
punya pilihan untuk memilih dan berharap untuk menjalani hidupmu..

-- Tiada siapa yang tahu nota hati ini, melainkan pencipta kita semua --



Saturday, June 9, 2012

Sujud Terakhirku

Bismillah....

ya ALLAH,
kenapa hatiku ini meonta - ronta,
mengharapkan kepastian serta keredhaanmu..

ya ALLAH,
aku hanyalah manusia yang lemah..
berdiri berpaksikan kudratmu.
mengharapkan segala pertolongan darimu..

ya ALLAH,
kini baruku berasa,
hidup di dunia ini memerlukan seorang pendamping,
seorang mujahid yang setia menemani,
setia berkorban demi agamamu..

ya ALLAH,
apakah yang telah melanda diri ini?
tatkala melihat perasaan hati,
kadangkala indah, kadangkala sepi..

ya ALLAH,
aku cuba untuk menipu diri ini,
cuba untuk melenyapkan perasaan ini,
namun aku tidak berjaya,
kadangkala aku cemburu, kadangkala aku gembira
tatkala melihat si "dia" sedang gembira..

ya ALLAH,
seinfiniti kesyukuran, kerana kau telah memberikan aku segumpal perasaan ini,
namun aku tidak yakin, aku mampu atau tidak untuk menjaganya.
aku mahu belajar dari diri sendiri,
belajar dari cinta itu,
supaya keredhaan mu akan ku kecapi..

ya ALLAH,
siang dan malamku ku panjatkan doaku kepadamu,
tidak lekang dari bibirku menyebut nama seorang mujahid itu di dalam doaku,
namu ya ALLAH, aku hanyalah aku,
hanya mampu berserah kepadamu,

kerna ku percaya,
segala pergantungan hanyalah padamu,
bukan pada manusia yang janjinya palsu.

ya ALLAH,
jika benar mujahid di dalam doaku itu,
di perkenankan hidup bersamaku,
aku mahu, dia menjadi pendampingku,
untuk terus dekat kepadamu.

untuk terus berjuang bersama - samaku untuk agamamu,
tiada lain yang ku pinta wahai mujahid,
diri ini hanya insan biasa,
tiada rupa, dan tiada juga harta,

aku tidak mahu, kamu menyukai aku kerana semua itu,
kerna aku insan yang hina dan juga miskin di sisiNYA.

yang aku mahu, kau menjadi imamku,
menjadi perisai perangku untuk bersama - samaku,
berjuang mempertahankan agama yang mulia itu..

tujuan matlamatku mungkin berbeza denganmu,
aku punyai prinsip hidup sendiri,
punyai pendirian hidup setegas diri ini,

maafkan aku, jika haluan dan cara kita berbeza
tapi yang pasti matlamat dan hadaf kita serupa !

ya ALLAH...
perkenankanlah.........



p/s : wahai mujahid itu, aku menunggumu
siang dan malamku, di setiapkali sujud terakhirku,
tidak pernah lekang dari bibirku menyebut namamu di dalam doaku,
jika itu, takdir yang ALLAH telah tentukan, tiada apa yang mampu ku ucapkan
hanyalah doa kesyukuran kepada pencipta kita yang maha kuasa..


Fara Nasha
Hayy Janubi

**menanti mujahid itu



















Tuesday, June 5, 2012

Belajar dari cinta

Bismillah..

syukur ke hadratnya kerana masih di beri nafas untuk meneruskan kehidupan ini. Alhamdulillah2x..
entry mengenai cinta sekali lagi, cinta yang membuat aku tertanya - tanya, adakah dia mempunyai hati dan persaan yang sama.

susah untukku akui, tatkala melihat diri yang egois ini, mungkin cinta dan perasaan itu kurniaan ilahi, maka aku semadikan di dalam hati. puasku selami diri ini, untuk menghilangkan rasa cinta  yang tersimpul di dalam diri. bukan ku tidak sudi, tetapi cukuplah diri ini menyempurnakan cinta diri kepada ilahi..

perjalanan yang ku lalui, penuh pancaroba, kadangkala aku jatuh di medan sendiri, mengharapkan cinta yang pasti,bukan cinta manusia khayalan hakiki. aku akui, diri ini tidak layak mencerobohi perasaan yang mula mekar di dalam diri,  tatkala melihat dia semakin gigih menimba ilmu, semakin bersemangat untuk merubah diri kearah kebaikan nafsi, tahniah! namun di sebabkan egois diri, lantaran hati ini terpaksa melenyapkan perasaan ini.

diri ini, tidak cukup sempurna untuk menandingi dirinya. aku kagum dengan dirinya, berilmu, berbudi bahasa, berakhlak mulia, cukup tidak setandingi dengan diri ini yang hina. Mimpi akan ku biarkan ianya mimpi, mungkin ianya bukan kenyataan untuk diri. Tetapi aku yakin dengan kurniaan ILAHI, jika tiba saatnya nanti pasti akan ku temui cinta seorang lelaki sejati..

#sukar untuk menterjemahkan perasaan ini, sungguh tidak layak menerima cintanya yang suci. aku akur dengan ketentuan ilahi, mungkin perasaan sedikit ini, akan ku kuburkan di pasak bumi. bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi,. tetapi jika di pendam dan di luahkan kepada ILAHI pasti cinta itu akan lebih suci..



Fara Nasha
Hayy janubi Mafraq

Friday, June 1, 2012

Aku menunggumu kerana ALLAH, duhai calon imamku





Ini bukan sekadar kata..
Agar kamu jatuh hati padaku..
Namun ini adalah kejujuranku..
Mengapa aku berkata seperti ini ?
Kerana aku menyukai orang yang mencintai-NYA
Mencintai RASUL-NYA..
dan dengan keteguhanmu bisa mengajakku untuk semakin mencintai-NYA..
AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH
Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu ..mengapa demikian?
Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku..
dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH..


AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH
Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian.. tetapi mengapa ?
Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan..
dan kerananya ku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku..
yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA.
Aku tahu terlalu banyak yang harus kuperbaiki
Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu..
Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA ..
Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan untuk selamanya..
Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri ..
Bila benar ada dalam hidupku..
Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhai-NYA…
Aku mencintaimu kerana ALLAH..
Aku merindukanmu kerana ALLAH..
Aku menunggumu kerana ALLAH..
Di raga manakah kamu bersemayam ?
Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin..
Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. .
Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA. .
YA ROBBI. .
Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku…
Bila saudara dan teman tak lagi cukup menemani kehidupanku…
Maka hari itu yang aku tunggu..
Penantiku pasti kerana ENGKAU tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-MU..