" Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya
andainya kamu tidak ikhlas menyintainya kelak kamu akan berlaku kejam
dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita.."
Bismillah
Hari ini aku terleka dek kerana dunia yang sementara
Sibuk mencari cinta manusia yang tidak pasti kesudahannya
Hari ini aku di buai oleh dek kerana satu lamunan
Lamunan yang tidak tahu apakah realiti dan pengakhiran
Hari ini aku di himpit dengan pelbagai persoalan
Persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya semua insan
Hari ini aku di hujani dengan pelbagai rencah kehidupan
Rencah yang menjadi penentu adakah aku tabah menjalani masa depan
Hari ini aku di uji dengan godaan dunia yang amat menyakitikan
Godaan yang membawa aku mengerti sebuah kehidupan
Hari ini aku di lemparkan dengan pelbagai perasaan
Perasaan yang menjadi warna warni kehidupan
p/s : Sukar untuk di ungkapkan dengan kata - kata, apa yg mampu hanya ku luahkan sebagai kata, kamu adalah kamu, dan aku adalah aku, jangan jadikan ianya sebagai masalah dalam mencari cinta Illahi, aku hanya sebagai "SAHABAT" dan tidak lebih dari itu
tatkala usia meningkat dewasa, persoalan "CINTA" telah lenyap buat sementara, mungkin dek kerana masalah dunia yang perlu ku tangani demi kebaikan bersama..
~owh I have some problem now ! T_t , It not about "LOVE" ok ! ~
Fara Nasha
Hayy Janubi