- DIA bese2 je ad rupe la manusia la...( xkan aq suke kat haiwan kot)...
- ada kot ciri org yg aq minat..
- alim...(jgn salah tafsir) alim kat sini bermaksud bnyk mengetahui ilmu2 agama...
- lagi hebat arab kot dari aq..(tercabar ni )
- pandai bace quran dan org tetarik tuk dgr tym DIA bace.. ( sampai aq pon cair..hehhehe)
- DIA simple je...
Wednesday, March 24, 2010
"SINGLE IS BETTER,minat2 LUMRAH MANUSIA"
Thursday, March 18, 2010
Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi'ie R.a Pembangun Mazhab Syafie
As Syafi'e di lahirkan pada bulan Rejab tahun 150 hijrah di Kampung Ghuzah, wilayah Asqalan yang letaknya di dekat pantai Lautan Putih (laut mati) bahagian tengah Palestin.
Tempat kelahiran Imam Syafie sebenarnya bukanlah tempat kediaman ayahandanya kerana tempat ayahandanya adalah di Kota Mekah, daerah Hijjaz. Beliau lahir di Ghuzah (Ghaza) ketika kedua orang tuanya berada di kota tersebut untuk suatu keperluan. Kemudian kerana takdir ALlah S.W.T ayahandanya wafat di sana,s edangkan as Syafie masih dalam kandungan ibunya. Tidak beberapa lama, lahirlah beliau dalam keadaan selamat di Kampung Ghuzah, iaitu tempat kediaman seorang keluargannya. Dengan demikian, imam as syafie termasuk seorang warga negara Hijaz di Kota Mekah
Diriwayatkan ketika Imam As Syafie dilahirkan di kampung Ghuzah, ibunya memberi nama MUhammad. Berselang bebarapa hari sampailah berita dari negeri Baghdad Iraq bahawa Imam Abu Hanifah wafat dan telah dimakamkan di Baghdad sebelah timur.
Diriwayatkan ketika Imam As Syafie dilahirkan di kampung Ghuzah, ibunya memberi nama MUhammad. Berselang bebarapa hari sampailah berita dari negeri Baghdad Iraq bahawa Imam Abu Hanifah wafat dan telah dimakamkan di Baghdad sebelah timur.
Riwayat lain menerangkan bahawa pada saat kelahiran as Syafie, keluarga beliau telah mengadakan perkiraan bahawa hari wafatnya (meninggalnya) Imam Abu Hanifah adalah bertepatan dengan hari kelahiran as Syafie. Berdasarkan riwayat ini, sebahagian ahli tarikh (sejarah) mencatat bahawa hari lahir dan tahun kelahiran Imam Asy Syafie bertepatan dengan hari wafatnya Imam Abu Hanifah r.a sehingga muncul ungkapan."Telah tenggelam satu bintang dan muncul bintang yang lain."
Menurut riwayat lainnya, pada bulan dan tahun kelahiran Asy Syafie wafat pula Imam Ibnu Juraij al Makki r.a, seorang alim besar di Kota MEkah yang terkenal sebagai Imam Ahli Hijjaz.
Berdasarkan peristiwa kewafatan kedua imam besar itu, para ahli meramalkan bahaw aperiadi Asy Syafie akan menggantikan kedudukan mereka tentang kemahirannya dalam urusan ilmu pengetahuan agama..
Riwayat lain menerangkan bahawa pada saat kelahiran as Syafie, keluarga beliau telah
Friday, March 5, 2010
si penghisap markah
Thursday, March 4, 2010
balek mid sem sorg2
SOLAT DAN KITA
Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu.
Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :
1. Tahap ilmu:
Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.
Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.
2. Tahap kedua: Menundukkan hati
Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.
Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.
3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah
Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat seawal umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun dan ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya.
Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat. Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila membicarakan soal solat ini, kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.
Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :
Solat merupakan tiang agama:
Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.
Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.
Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.
Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:
Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).
Mengandungi ikrar setiap hamba:
Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.
Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :
Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:
Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.
Bermacam-macam bentuk ibadah:
Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.
Melibat seluruh anggota lahir dan batin:
Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.
Wednesday, March 3, 2010
shortage doctor in malaysia
Doctors or more known as a physician is a doctor who has specialized expertise in one or more branches in the medical field. For example cardiology, Endokrinologi, oncologist, nephrologist and others.
Basically, a person who has approval as a doctor is a middle level in the field. Therefore, to obtain a higher level of expertise they need through training and testing for 2-3 years before a physician recognized by the department recognizes the expertise that they want to involve
countries are now actually getting serious about the shortage of doctors.
Recently, the Ministry of Health estimates that lack of doctors in the country increasingly acute. General knowledge in most Malaysian students studying in the medical field "Unscheduled university" on their own initiative and spending for which they must sit for the examination of medical qualifications in India.
However, places are limited and waiting for more than 1 year and date of adding to their pain served in Malaysia. So many students who have finished switching direction to work in other countries.
The government should look at this issue more seriously for the national interest and ensure the doctor of this university unschedule also be given appropriate attention.
Shortage in medical not due solely because the doctors who have passed the level of compulsory service in government hospitals to private hospitals run, but the study in local university limited indirectly cause parents who take the initiative to send their children outside the University countries (unschedule university) that provides an opportunity to study with a moderate cost.
I suggest, that the time has come to Malaysia to open eyes by own medical students, because it is one of the major steps to increase the number of doctors.
Government action to introduce 1Malaysia clinic recently was a very commendable. By delivering health services and care for the welfare of the people, this effort can not be easy in view .. I say congratulations
In the meantime, the Government and the Ministry of Health also expressed forcefully by the doctor shortage. How serious this problem, so doctors are forced to take imports.
Not all people want to serve the nation by itself? at least, that is what they wanted. Grant opportunities. Give them a chance to serve ... ..
"People first, preferred Achievement"-I expect this slogan can be realized in our case.
kewafatan rasulullah s.a.w
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, dan bapa kamu satu. Kamu semua daripada Adam, dan Adam dijadikan daripada tanah."
"Sesungguhnya semulia-mulia orang di sisi Allah ialah orang yang paling banyak berbakti kepada Allah, yakni orang yang paling bertaqwa kepada Allah."
"Tidak ada kelebihan antara seorang yang bukan bangsa Arab melainkan dengan taqwanya, yakni dengan amal kebajikan dan dengan taat setianya kepada Allah. Taat kepada Allah ialah dengan menunaikan kewajipan yang di wajibkan dan dengan meninggalkan larangan-larangan yang di larang olehnya."
Setelah 3 bulan baginda kembali dari menunaikan hajinya yang terakhir, baginda jatuh sakit. Penyakit Rasulullah semakin hari semakin bertambah berat dan membimbangkan.
Orang Islam Madinah khasnya kaum Ansar telah berhimpun berhampiran Masjid tempat kediaman Rasulullah. Baginda pun keluar dipapah oleh Saidina Ali bin Abi Talib dan Al-Abbas.
Rasulullah yang keluar dengan kepala berlilit kain itu lalu duduk di atas tangga mimbar dan berucap kepada orang ramai yang menunggu di situ.
"Wahai orang-orang islam. Aku mendapat tahu bahawa kamu sekalian begitu bimbang akan kewafatan Nabi kamu. Adakah pernah berlaku seorang Nabi, sebelum daripadaku diutuskan oleh Allah hidup kekal, tidak wafat? Ketahuilah sesungguhnya aku akan meninggalkan kamu, kembali ke rahmatullah dan kamu sekalian juga akan menurut saya. Aku suka berpesan kepada kamu sekalian, wahai orang Ansar, supaya sentiasa berbaik-baik dengan orang Muhajirin. Begitu juga orang Muhajirin hendaklah berbaik-baik dengan orang Ansar!"
Pada hari Isnin, 13 Rabiul-Awal tahun ka 11 Hijrah, bersamaan 8 Jun 632 Masihi, Rasulullah pun wafat setelah selesai menjalankan tugas dan kewajipannya menyampaikan agama Allah dan menyempurnakan amanah Allah dalam usianya 63 tahun.
Demi berita ini di ketahui oleh Abu Bakar, Abu Bakar pun datang menuju ke Mayat baginda yang sedang tertutup dengan kain penutup. Abu Bakar membuka kain penutup itu lalu memandang wajah Rasulullah sambil berkata:
"Demi kemulian dua ibu bapaku, sesungguhnya engkau wahai Rasulullah telah hidup sebagai orang yang amat mulia, engkau juga amat mulia pada masa wafat. Dengan wafatnya engkau, putuslah zaman kenabian, sedangkan wafatnya nabi-nabi yang lain sebelum engkau, zaman kebangkitan nabi-nabi masih berlaku."
"Maha besar sifat engkau wahai Rasulullah, sesungguhnya tangisan tidak memadai untuk mengenangkan engkau, sebagai seorang makhluk yang agung dan mempunyai keistimewaan yangtidak ada pada orang lain. Wahai Tuhanku, sampaikan salamku kepadanya. Wahai Muhammad, ingatlah kami sewaktu engkau di sisi Tuhan!"
Setelah selesai Abu Bakar berkata-kata demikian, beliau pun berucap keluar mendapatkan ornag ramai lalu membuat ucapan yang bersejarah kepada mereka."
"Wahai sekelian yang hadir! barangsiapa yang menyembah Nabi Muhammad maka sesungguhnya Nabi Muhammad telah wafat, tetapi barang siapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah hidup selama-lamanya. Dia tidak akan mati.Sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, telah lalu sebelumnya beberapa orang pesuruh Allah yang lain. Sekiranya dia wafat atau terbunuh maka janganlah kamu kembali menjadi sesat. Barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu tidak akan memudaratkan Allah. Allah akan membalas hambanya yang Syukur!"
Sehingga kini, makam Rasulullah di dalam Masjid Madinah Sering dikunjungi oleh umat Islam.