Monday, January 30, 2012

Dakwah Itu Cinta

bismillah....


dakwah itu cinta
Memang seperti itu dakwah..
Dakwah adalah cinta... Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.
Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu.
Berjalan, duduk, dan tidurmu.

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai.
Lagi-lagi memang seperti itu .Dakwah Menyedut saripati energimu.

Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat yang diturunkan Allah.
Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. tetapi tidak ada lagi orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. itu memang itu yang diharapkannya, mati sebagai jiwa yang tenang.


Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak! Justeru kelelahan. Justeru rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”.
Justeru kerana rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani, justru kerana rasa sakit itu selalu mengintai ke mana.

kemana pun mereka pergi, akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.

Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka.
Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.
Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar.
Tapi seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman.

Karena itu kamu tahu...........


Dan mereka adalah target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk, sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang. “
Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta.

Mengajak kita untuk terus berlari...

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

Kalau iman dan syaitan terus bertempur. Pada akhirnya salah satu harus mengalah!

Saturday, January 28, 2012

Benar Ini RUmah Kita

Mari kita mencari titik persamaan..
Jangan di besarkan titik perbezaan..
Di situlah bermulanya titik perpaduan kita..
Di situ juga bermulanya titik perpecahan kita..

Benarkah ini RUMAH kita??
Benar sayangku...
Duduklah di atas kerusi..
 Jangan duduk di lantai sahaja...

RUMAH ini RUMAH kita??
Memang benar sayang...
Sudah terang lagi nyata..
Jangan sengketa..
Sesama kita jangan sengketa..

RUMAH ini RUMAH kita..
Jangan biarkan orang lain yang menjaganya..
RUMAH ini RUMAH kita..
Di tangan kita..
Baik buruknya di tangan kita..

Benarlah ini RUMAH kita..
walaubagaimana pun rupanya..
ianya tetap RUMAH kita..

Marilah bersama - sama membangunkannya..
menentukan hala tujunya..
Generasi baru akan lebih terpelihara..

Sayangilah RUMAH kita..
Walau apapun cabaranya...


"Kita jangan leka dalam perjuangan, kalau kita gagal, anak kita akan teruskannya, kalau anak kita gagal cucu kita akan teruskannya."





Friday, January 27, 2012

Bisikan Cinta Disulami JIHAD


Aku menjeling di tepitingkap, walaupun samar –samar aku memandang ukiran awan yang berombak sertacahaya keemas – emasan di kaki langit subhanallah. Permandangan di atas kapalterbang begitu cantik sekali sungguh besar nikmat ciptaan ALLAH di muka bumiini. Suasana di dalam “flight” senyapseakan – akan semua penumpang di dalam keletihan. Tiba – tiba fikiranku melayang mengetukmindaku ke satu bayangan imiginasi di benakku.

“ tak lamalagi dapat lah kau menantu ye ida” sapa seorang makcik kepada mamaku
“eh, diani belajar lagi. Tunggu habis belajar la.. kerja rumah pun tak reti buat lagi” balasmamaku
Pipi aku kemerah –merehan menahan malu, di sebabkan perbualan itu aku tegelak kecil di dalamhati.
apalah mak cik ni,aku calon pon tak ada lagi, ni kan pulak nak kahwin, ilmu pun tak banyak lagi”desus hatiku
Sebenarnya akubukanlah seorang yang bersetuju dengan perkahwinan semasa muda. Dan bukanlah aku menolak habis – habisanperkahwinan di usia remaja, namun di sebabkan beberapa pengalaman danpemerhatian aku, pada realitinya kehidupan berumah tangga adalah keputusan yangteramat bagus untuk mengelakkan daripada terjebak dengan gelumang maksiat.Namun kematangan dalam menguruskan rumah tangga itu adalah penting daripadamenjadi “raja sehari”. Dan kini aku berpengang dengan janji ALLAH,DIAlah sebaik – baik perancang.


Ting tong….
ladies andgentlements, we have landed at Queen Alia international airport, please remainon your seat untill the flight is fully stop.”
Suara paramugarimemencahkan suasana di dalam pesawat “gulfair lines” yang aku naiki. Aku tersedar daripada lamunan indah sebentar tadi, terkebil – kebil mataku apabila seorangparamugari datang kepadaku memberitahukapal terbang akan mendarat sebentar lagi dan menyuruhku untuk bersiap sedia.
Alhamdulillah,akhirnya pesawat MV 9301 kini mendaratdengan jayanya tanpa sebarang masalah. Kini aku telah tiba di bumi Jordansetelah habis sebulan aku bercuti di Malaysia.
Aku menghirup udaradi bumi anbiya ini dengan penuh ketenangan, sebulan aku meninggalkan bumi bertuahJordan ini namun tiada satu punperubahan, semuanya adalah sama. Kritikku di dalam hati.

Tahunini adalah tahun akhir pengajianku di bumi barokah ini, masih lagi berbakidua fasal (semester) jika tiada halangan yang mendatang. Di usiayang mencecah 22 tahun ini, kini aku bertekad sefasal sebelum aku tamatpengajian aku ingin mencari mujahid yang berjuang di medan ilmu di bumi inijuga.
Akubukanlah seorang yang “demand” tetapi di sebabkan matlamat danpenganganku untuk bersama – sama menengakkan lagi agama islam ini, aku yakinaku perlukan seorang ustaz ataupun seorang mujahid yang bersama – sama inginberjuang dan sematlamat denganku.
………………………….............


“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!”Seorang muslimin bangun membentak. “ Aii.. ada juga yang berani rupanya”,runggutku di dalam hati.

“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakankita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakansyariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Inibukan kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak ramai. Sudahbanyak kali, tetapi aku masih tidak dapat mengenali identitinya.

“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki,boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlaluyakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzimseperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”

Suasana semakin bising seketika. Apabila seorangpembentang kertas kerja seperti Ustaz Imran ditentang di khalayak ramai, iasatu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Hassan ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’pada malam ini.

“Ana rasa enta sudah salah faham terhadappandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi bolehdigunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yangpaling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakarsendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengantangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting,kerelaaan!”



“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustazberpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikankedaulatan Islam di bumi kita?”

“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih bolehbergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”

“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetujudengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu
mengambiltempatnya kembali.
Aku terkasima sendirian.Mataku tekaku apabila melihat reaksi dia melontarkan idea dan penghujahandengan penuh keyakinan.




........................................................................







“Kau kenal dia Raudah?”
Aku memulakanpertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Raudah berhenti menyuap nasi arab, memaku matanya kewajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yangbegitu berani menongkah pendapat ustaz Imran di tengah – tengah khalayak.

Suasana di mat’am Bukhari(restoran bukhari) yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ininampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukkuberbicara dari hati ke hati dengan Raudah sahabat karibku sepanjang pengajiankudi sini.

“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadakutentang syabab (pemuda), lagi – lagi syabab di sini. Hai, sudah kau jualkahprinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”
Memang hebat Raudah kalau diberikan peluang untuk menyindir diriku.Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke siniatau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

“Jawab soalan aku dulu..”
“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kaupun tahu erti cinta…” Raudah belumpuas lagi menyindir nampaknya.

Jawab soalan aku dulu..” Aku memohonuntuk kali kedua.

“Baiklah sofiya, aku tahu sejak malam tu kausebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni sofiya hanya akan ‘kalah’dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajakberbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalahmembosankan!”
“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

“Ok.. , rasanya namanya Muhammad Faris ALHakimi. Seorang yang ceria , pandai berhujah dengan idea tersendiri, sehingga“sometimes” orang yang mendengar panas telinga jadinya dan yang paling pentingdia suka menulis mengenai isu – isu ilmiah mahupun semasa sama macam kau.Menurut abangku yang serumah dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelumpukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "

“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangunlewat Raudah.. ok, teruskan.”

“Kalau kat rumah, dia ni suka baca Al-Quran,tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia taksuka..” Raudah dengan selambamenceritakan segala-galanya.

‘Lagi.. negatifnya?”

Negatifnya.. banyak..” Raudah tersenyumsejenak. Lalu menyambung,

“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana.Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akansetuju dengannya, sebab kau kan tidak suka lelaki yang main – main dalam


pelajaran, al maklumlah pelajarmumtaz (cemerlang), “muaaddal /(pointer)” turun jadi jaid jiddan je pun kau dahmenangis macam dapat rasib (gagal)”. Seloroh Raudahkepadaku.
“ada – ada jela kau ni,teruskan lagi”... aku mendengarnya dengan penuhbersemangat.
Tapi...... jika aku menyatakan sesuatu.”

“Apa dia..? Negatifkah?”

“Tidaklah negatif sangat, namun bertentangdengan aliranmu. Dia suka terlibatdengan semua pergerakan atau kelab, dan yang mana aku lihat di langsung tiadapegangan yang kukuh dalam sesuatu perkara. Dan dia juga terlibat dengan satugerakan,.... rahsia.Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yangtidak selari dengan undang-undang demokrasi.”“Gerakan militankah?” terang Raudah melanjutkan ceritanya.

“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktivitimereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj (cara)mereka berasaskansemangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan merekakepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklahibu bapa mereka sendiri!!” akumenjelaskan mengenai gerakan rahsia itu.

“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”
“Sama macam kita semua,memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih denganmarhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidakmacam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyakdari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hubungandengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamasdan Briged Aqsa di Palestin!
Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepadajemaahnya melebihi ketaatan seorangsuami yang bertanggungjawab kepadaku ?”
Aku mengutarakan soalanbonus untuk Raudah.

“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawabsebagai suami dan ayah. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsiagerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercintadengan bulan sahaja!”


………………………………


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih si dia.Dia bukanlah yang terkacak di bumi ini. Aku pasti, tidak juga yang terkaya.Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yangterbaik untukku. Ciri-ciri muslimin sejati terserlah ketara pada dirinya yangmembuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yangteratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlahdari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan olehRaudah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yangberlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

“hah, termenung je kerja kau ye!” gertak Raudah
“fuh, semangat.. kau ni kalau tak mengenekanaku satu hari tak sah!” nada suarakuseakan – akan kemarahan.
“maaflah, aku saja je, gurau – gurau manjakata orang. So, macam mana? What your decision?”
“mmmm.. entahlah masih lagi mencari jawapan”
“kau, jangan lama – lama sofiya, kene kebasbaru tahu”
“ooopss, hello....bukan aku terhengeh –hengeh dengan dia ok!, Cuma aku tertarik dengan perwatakan dia. Tapi aku taknak jadi perigi mencari timba.” Cebik mulutku seakan – akan tidak menyukai.
“kau ni, nak cakap tak pandaikan marah, kankita dah ambil madah sirah nabawiyyah! Yang mana khadijah sendiri meminangrasullullah. Tapi ada caranya bukan suka – suka sahaja. Sejarah sudahmembuktikan, so tak salah bagi aku kalau kita nak mengulangi sejarah semula.Kerana hadaf kita adalah sama untuk menengakkan agama ISLAM di mata dunia”.
“baiklah ustazah, tapi Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepadapakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju,barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkandalam sirah??. Persoalannya sekarang siapa yang ingin menjadi orang tengah?
“aish kau, ni...... baytmuslim kan ada apalah gunanye Bayt Muslim tu!. Desus Raudah
“bagus jugak otak kau niek,kenapalah aku tak terfikir pasal Bayt Muslim”.. aku tergelakkecil bersama Raudah.
Mungkin keputusan Raudah adalah betul,sebelum pulang ke Malaysia aku ingin mencari seorang Mujahid di sini. Sekarangaku Cuma berserah segala – galanya kepada yang ESA.

Perbualan kami di sulamidengan lagu “permata yang di cari” dari kumpulan DE-HEARTY, dari corong – corongradio di dalam bilik kami. Akhirnya aku terlelap di buaikan dengan lirik –lirik lagu itu.


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


...................................................



“kawan ustazah sudah fikirkan masak-masak ke..?”

“Bukan setakat masak, ana rasa sudah pun hangus rentung. Cuma bagi pihak ustaz, adakahdia setuju menerima kawan ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang diamiliki.

“Ustaz Hakimi orangnya famous. Siapalah kawanana ini. Dan dia juga rasakan tak layak sebenarnya.”
Raudah merendahkan diri namun dalam intonasi suarayang masih terkawal.

“Ini bukan soal famous atau tidak.Sekurang-kurangnya, sebelum dia pulang ke Malaysia dia sudah menjumpai Mujahid di sini. Dantidak salah lagi kalau ustazah sofiya memilih ustaz Hakimi kerana mereka inimempunyai cita – cita yang sama”.Sambung ustazah Syuhada isteri kepadaustaz Khairul.

Dan Sofiya memilih ustazHakimi kerana dia yakini Ustaz Hakimi boleh menjadi ketua keluarga serta membimbingnya anak-anaknya nanti.” Raudah berterus-terangmengenai isi hatiku. Dari mana datangnya kekuatan untukberbuat demikianpun dia sendiri tidak tahu.
“Ustazah betul –betulkahdengan hasrat kawan ustazah itu, tidak main-mainkan ?” soal ustazah Syuhada.

“Hanya orang yang tidak adaperasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.” Balas Raudah.
Setelah itu, Raudah pulangke rumah dengan hati yang gembira. Dan terus menyampaikan pengkhabaran beritagembira itu kepadaku.
“alhamdulillah , selesai akudah sampaikan semua hasrat hati kau kat ustazah Syuhada, sekarang kau kenebanyak – banyak berdoa ok!.. terang Raudah
mmmmmmm.....insyaallah...”aku terdiam sambil tersenyum sendirian.
“Ya ALLAH, kau rahmatilahkeputusanku ini. Semoga segalanya di permudahkan, sekarang aku berserah segala – galanya kepadamu”. Amin doaku didalam hati.

.....................................

Sudah lima bulan aku di tiba di tanah airku, namun suasana pembelajaran di tanah ‘anbiya’ masih tenginyang – ngiyang di dalam fikirianku. Di tanah itusebenarnya jauh lebih mencabar dari apa yang kuperolehi di bumi Malaysia ini.Benarlah kata orang, bumi anbiya’ ini mengajar kita berdikari.
Kini aku bergelar peguammuda. Di sebabkan terlalu sibuk dengan kerja, hilang seketika soal cinta daribenak fikiranku. Namun kadangkala bayangannya tetap mendatangi ruang mataterutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering dia tegaskan padanku..

“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar,namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..”
dan dia akan terus menyambung,

“Mungkin tanggungjawab ana pada enti cukupdituntut, namun tanggungjwab ana pada perjuangan jihad lebih-lebih lagidituntut..”

Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengankata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taatkepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang danperjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialahlangkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.

Hari itu, selepas aku menyelesaikan tugas dipejabat yang terletak di Ibu NegaraKuala Lumpur, seperti biasa aku akan singgahberehat di Ciber Café berdekatan pejabatku yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Kubuka laman web Utusan Online, tiba – tiba mataku merayap ke satu tajuk beritayang cukup menarik perhatianku,


“SEORANG PEMUDA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGANBERANI MATI DI TEL AVIV”


Tel Aviv-Yafo adalah sebuah kota pesisir dan merupakansebuah kota metropolitan di Israel. Selama lapan bulan iaitu dari bulan Mei sampai bulan Disember 1948, kota ini direbutnya dengan Yerusalem.

Tel Aviv juga merupakan ibu kota de facto Israel. Meskipun Israel telah menetapkan Yerusalem sebagai ibu kotanya,hanya dua negara yang mengakuinya sebagai ibu kota: El Salvador dan Kosta Rika. Semua negarayang mengakui Israel masih menganggap Tel Aviv sebagai ibu kota de jure dan menempatkan semua kedutaannya di sana.

Kota Tel Aviv sendirimemiliki penduduk sekitar 393.900, tetapi daerah metropolitannya memilikipenduduk sekitar 3.250.000 jiwa.

Pada bulan Julai 2003, pusat kota Tel Aviv ditetapkan oleh UNESCO sebagai Situs Warisan Dunia, karena arsitekturnya dalam gaya Bauhaus.

Kota kosmopolitan ini juga memiliki komunitas Arab (Palestina) yang cukupbesar. Pada tahun 1950, kota Tel Aviv digabung dengan kota Jaffa menjadi TelAviv-Yafo. Komunitas Arab terutama berada di Yafo atau Jaffa.


Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebutapabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-maildari Raudah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

“Sofiya, kau apa khabar? Sofiya , aku adasatu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaabangku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannyauntuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiahke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akandisyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Sofiya, kau lihat tajukberita hari ini, pemuda yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan kepada abangku untuk menjaganya. Maafkanaku Sofiya..!!”
Serta merta ku teringat panggilan telefondarinya beberapa hari yang lepas,

“sofiya , kalaupun cinta kita tidak bertautdi dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cintaperjuangan ke jalan islam..!!”

Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapatialam di sekelilingku gelap gelita!

...................................................

Sudah lapan bulan berlalu,peristiwa tujuh bulan lepas masih segar di dalam ingatanku. Namun aku masihtidak percaya yang Hakimi sudah tiada, selagi tiada bukti jelas yangmenunjukkan dia sudah tiada aku tidak akan percaya, selagi aku masih tidakberjumpa dengan jasadnya.

“enti menangis..?”
Tiba – tiba ada satu suaramenyapa aku dari belakang. Aku cepat – cepat menyesat air mata yang terkeluarsebentar tadi.

“Untuk apa saya menangis,”
jawabku teresak – esak sambil tidak menoleh.

Aku langsung tidakmengetahui siapa yang menegurku, tapi yang pasti suara itu seperti pernah ku dengari sebelum ini. Akuterus berpaling melihat siapakah pemilik kepada suara tadi.
Ya ALLAH.... aku terkesima,mataku terkebil – kebil, puas aku mengesat mataku berkali – kali untuk pastikanapa yang aku lihat bukan khayalan.
“errrr............”
“ya, ana Hakimi, tunang enti.” Balasnyasambil tersenyum manis
“betul ke apa yang sayalihat ni, akh...” aku tidak dapat meneruskan kata – kata
“betul, apa yang enti lihatsekarang ini adalah betul, ana Muhamad Faris AL Hakimi percayalah”.
Aku terpinga – pinga, sambilmenggaru kepala yang tidak gatal.
“habis berita tujuh bulanlepas macam mana?” soalku
“mmm, lupakan pasal itu, anamintak maaf sangat – sangat dengan enti kerana ana senyap langusng tidakmemberikan khabar berita dari jauh.”
tapi kenapa?..........”aku masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapannya.
“pada waktu itu, di Tel avivsuasana kucar kacir, ana sendiri tidak ingat apa yang berlaku, tetapi apabilaana sedar, ana sudah di selamatkan olehseorang pemuda yang baik hati, ana cubauntuk menghubungi pihak berkuasa di malaysia tetapi gagal, dan akhirnya ana diselamatkan oleh pihak berkuasa di sana dan terus mereka memberikan rawatansebelum menghantar pulang ana ke Malaysia” sambung Hakimi.
“maknanya berita tujuh bulanlepas adalah palsu atau......”
“mengenai berita tujuh bulanlepas, memang benar ada seorang pemuda terbunuh di dalam serangan itu, tetapimayatnya hancur dan tidak dapat di kenalpasti sepenuhnya.”
“owh.....sedihnya, teruksungguh serangan zionis yang tidak berperhati kemanusiaan itu” desusku
“lupakan sahaja cerita yanglepas, sekarang ana ingin menebus segala kesalahan ana pada enti. Maafkan ana,kali ini ana betul – betul sedar perjuangan memerlukan sayap kiri, errr.... denganlafaz bismillah..sudikah enti menjadi sayap kiri perjuangan ini?”
Aku tersenyum tidak berkataapa – apa.
“akhitidak main-mainkan saya?” soalku lagi

“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkanperasaan orang lain.” Kini Hakimi tekad dengan keputusannya.

“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah saya..” Aku terus mematikanperbualan, pantas dan cepat.
Akuterus berjalan meninggalkan Hakimi sendirian. Tanganku ligat menekan butangtelefon untuk menghubungi Raudah mengenai berita gembira ini untuk di kongsibersama.

Dialah putera hatiku..
Disaat kita berjumpa..
Kau berjaya menawan hatiku..
Bayanganmu sering muncul di dalam mimpiku
Adakah benarku telah jatuh cinta pada dirimu...??
Ku tersenyum..
Kerna teringat mata kita sering bertembung...
Matamu...
Seyumanmu...
Aku menanti kedatanganmu..
Sehingga kini...
Aku bersyukur kerana telah di temukan semula...
Alhamdulillah, kini aku bersyukur kepada yang esa keranaMuhamad Faris AL Hakimi sudah sahmenjadi milikku, benar orang kata penantian satu penyiksaan, tetapi tidakbagiku, kerana aku yakin dengan janji ALLAH.
Dan akhirnya cinta ini adalah cinta perjuangan yang suci disulami dengan jihad kepada illahi.
~Muhamad Faris ALHakimi dan Nur Aliya Sofiya ~

Tuesday, January 24, 2012

Musafir itu ukhuwah, Hikmah ALLAH itu indah

Bismillah....

 alhamdulillah akhirnya selesai juga fatrah imtihan nihae.. Dan cuti yang ada ini aku penuhkan dengan aktiviti - aktiviti yang penuh manfaat.. insyaallah oklah, 16hb/1/2012 yang lepas berlangsungnye jaulah jordan Akhawat PRISMA.. kali ini pengalaman aku bukanla sebagai seorang peserta macam tahun lepas..


 kali ini aku adalah sebagai seketeriat perlaksana program yang mana kene mengendalikan jaulah bersama perlaksana perlaksana yang lain.. pada mulanya aku terima jawatan ini dengan hati yang terbuka, walaupun berat disudut hati kerana takut memikul amanah yang ALLAH bg..risau kalau - kalau tidak terlaksana sepenuhnya.. namun amanah perlu di langsaikan supaya tidak di soal di akhirat kelak..

 pertama sekali, sebelum kami bertolak ke jaulah, kami ajk perlaksana merewang untuk memasak kepada semua peserta.. kami memasak untuk sarapan pagi, tengah hari serta makan malam sekaligus pada malam itu.. perghhh!! memang tak tidur di buatnya..

 keesokan paginya perjalanan untuk menyelusuri seluruh jordan bermula seperti yang di rancang.. alhamdulillah perjalanan ini tak ada apa - apa halangan..sepanjang perjalanan aku melihat kebesaran tuhan apabila mataku merayap melihat di seluruh pelusuk ciptaan tuhan..


 subhannallah cantik sungguh ciptaan yang esa.. aku terdiam terkaku apabila melihat padang pasir terbentang luas di depan mataku..


 sepanjang bermusafir pelbagai karenah dan ragam manusia aku jumpa..ade yang senyap, ada yang tidur sahaja sepanjang perjalanan, dan ada yang berborak tanpa henti..


 pengalaman mengajar kita erti kesabaran, bak kata orang - orang dahulu, untuk mengetahui peragai sebenar seseorang, kita boleh lihat semasa dia bermusafir.. alhamdulillah aku bersyukur kerana aku di uji dengan sedikit dugaan sepanjang permusafiran.. aku menganggap dugaan ini sebagai satu rahmat kerana sepanjang aku hidup baru kali pertama aku di uji dengan ujian seberat ini..

 namun aku tetap bersyukur kepada illahi kerana, memberikan aku kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan lebih profesional..hakikat pada mulanya aku lemah jatuh tidak terdaya, tapi dengan berkat dan semangat yang ada aku bangkit untuk menghadapi dugaan ini.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan hikmah allah itu adalah indah..


 akhirnya dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang berlaku aku mendapat satu hikmah yang mana, sepanjang bermusafir aku di temukan dengan seorang ukhti yang masa waktu dahulu aku begitu janggal untuk berukhuwah dengannya.. namun allah itu maha adil, dia mahu menunjukkan yang mana ukhuwah sesama islam itu adalah indah..


 banyak ilmu aku pelajari dengannya sepanjang perjalanan bermusafir, aku begitu teruja apabila mendengar sejarah - sejarah mengenai jordan yang sebelum ini aku langsung tidak perlu tahu mengenainya..

 alhamdulillah terima kasih ya ALLAH!!!

            ~ Musafir itu ukhuwah, Hikmah ALLAH itu indah ~

Saturday, January 14, 2012

cinta tak harus memiliki

bismillah...

hari nie, tak tawla kenapa dengan aku, perasaan bercampur baur sometimes sedih, sometimes happy dan sometimes senyap tak taw nak kata ape...

mungkin aku jadi mcm ni, sbb tekedu apabila penantianku selama ini, tidak tidak berbalas.. mungkin salah aku, sebab aku senyap tidak berkata apa - apa..

mungkin, aku terlalu ego, sehingga DIA sanggup lupakan aku untuk selamanya.. kali ini aku redha dengan takdir.. mungkin aku bukan miliknya.. aku pasrah..

sekian lama perasaan itu aku pendam dan akhirnya aku terima jawapan yang mengecewakan.

ye! aku tahu aku salah, sebab aku terlalu ego untuk memberi respon kepada DIA.. sebab aku yakin janji ALLAH itu pasti.. tidak semudah itu untuk aku lepaskan cintaku kepada seseorang lelaki yang belum pasti menjadi milikku..


namun kini ku akur, DIA bukan lagi milikku,,, aku pasrah.. dan aku yakin yang DIA bukan MUJAHID yang aku nantikan..

aku perlukan seorang MUJAHID yang memahami aku, untuk bersama - sama berjuang untuk menengakkan agama ISLAM ini..

----------> Menanti MUJAHID kekasih hati..

Monday, January 2, 2012

selamat datang 2012

selamat tahun baru kepada semua pembaca blog.
semoga dengan kedatangan tahun baru 2012 ini akan menjadi satu semangat yang baru kepada kita untuk terus maju ke hadapan :

--> kepada pelajar - pelajar sekolah semoga lebih bersemangat untuk menempuh sesi pembelajaran baru di tahun yang baru.

---> kepada mahasiswa - mahasiswa di unversiti pula, semoga lebih bersungguh dalam menimba ilmu ALLAH yang luas ini, dan semoga ilmu - ilmu itu dapat di sampaikan dan berguna kepada ummah.

kepada para pekerja pula, semoga lebih berdedikasi dalam melaksanakan kerja serta amanah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

semoga dengan kedatangan tahun baru 2012 ini, akan menjadi titik pemulaan kepada kita semua untuk terus maju ke hadapan..

salam tahun baru dari tanah syam