Tuesday, January 24, 2012

Musafir itu ukhuwah, Hikmah ALLAH itu indah

Bismillah....

 alhamdulillah akhirnya selesai juga fatrah imtihan nihae.. Dan cuti yang ada ini aku penuhkan dengan aktiviti - aktiviti yang penuh manfaat.. insyaallah oklah, 16hb/1/2012 yang lepas berlangsungnye jaulah jordan Akhawat PRISMA.. kali ini pengalaman aku bukanla sebagai seorang peserta macam tahun lepas..


 kali ini aku adalah sebagai seketeriat perlaksana program yang mana kene mengendalikan jaulah bersama perlaksana perlaksana yang lain.. pada mulanya aku terima jawatan ini dengan hati yang terbuka, walaupun berat disudut hati kerana takut memikul amanah yang ALLAH bg..risau kalau - kalau tidak terlaksana sepenuhnya.. namun amanah perlu di langsaikan supaya tidak di soal di akhirat kelak..

 pertama sekali, sebelum kami bertolak ke jaulah, kami ajk perlaksana merewang untuk memasak kepada semua peserta.. kami memasak untuk sarapan pagi, tengah hari serta makan malam sekaligus pada malam itu.. perghhh!! memang tak tidur di buatnya..

 keesokan paginya perjalanan untuk menyelusuri seluruh jordan bermula seperti yang di rancang.. alhamdulillah perjalanan ini tak ada apa - apa halangan..sepanjang perjalanan aku melihat kebesaran tuhan apabila mataku merayap melihat di seluruh pelusuk ciptaan tuhan..


 subhannallah cantik sungguh ciptaan yang esa.. aku terdiam terkaku apabila melihat padang pasir terbentang luas di depan mataku..


 sepanjang bermusafir pelbagai karenah dan ragam manusia aku jumpa..ade yang senyap, ada yang tidur sahaja sepanjang perjalanan, dan ada yang berborak tanpa henti..


 pengalaman mengajar kita erti kesabaran, bak kata orang - orang dahulu, untuk mengetahui peragai sebenar seseorang, kita boleh lihat semasa dia bermusafir.. alhamdulillah aku bersyukur kerana aku di uji dengan sedikit dugaan sepanjang permusafiran.. aku menganggap dugaan ini sebagai satu rahmat kerana sepanjang aku hidup baru kali pertama aku di uji dengan ujian seberat ini..

 namun aku tetap bersyukur kepada illahi kerana, memberikan aku kekuatan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dengan lebih profesional..hakikat pada mulanya aku lemah jatuh tidak terdaya, tapi dengan berkat dan semangat yang ada aku bangkit untuk menghadapi dugaan ini.. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan hikmah allah itu adalah indah..


 akhirnya dengan pelbagai mehnah dan tribulasi yang berlaku aku mendapat satu hikmah yang mana, sepanjang bermusafir aku di temukan dengan seorang ukhti yang masa waktu dahulu aku begitu janggal untuk berukhuwah dengannya.. namun allah itu maha adil, dia mahu menunjukkan yang mana ukhuwah sesama islam itu adalah indah..


 banyak ilmu aku pelajari dengannya sepanjang perjalanan bermusafir, aku begitu teruja apabila mendengar sejarah - sejarah mengenai jordan yang sebelum ini aku langsung tidak perlu tahu mengenainya..

 alhamdulillah terima kasih ya ALLAH!!!

            ~ Musafir itu ukhuwah, Hikmah ALLAH itu indah ~

No comments:

Post a Comment