Tuesday, March 27, 2012

Rintihan seorang hamba

Dalam kesibukan ini,
aku adalah aku...
seorang hamba yang mengharapkan sepenuhnya,
harapan kepada ilahi..

aku seorang hamba yang kerdil dan hina,
tiada pertolongan selain daripadanya aku meminta..
setiap sesuatu urusanku, aku berserah segala - galanya pada yang esa..

aku yakin dan pasti,
dalam kesibukan ini,
jika niat dan tujuan kita betul,
serta berserah segala - galanya kepada yang esa,
pasti DIA akan menolong di setiap sudut urusan kita,
walaupun sesukar mana,
pertolongan itu pasti akan tiba..

alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH  kerana memudahkan urusan  ini...
semoga niat ini akan tetap dan tidak berbelah bahagi..


Friday, March 23, 2012

Teguran kepada para daie





Bismillah..

alhamdulillah masih lagi di beri nikmat nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. dunia yang penuh pancaroba untuk kita lalui, barangsiapa yang lalai dengan kekayaan dan kesenangan dunia tanpa menghiraukan amalan akhirat maka dia adalah orang yang paling sia - sia sekali hidup di dunia ini.

dunia penuh dengan pancaroba, seharusnya kita sebagai seorang hamba ataupun khalifah di muka bumi ini perlulah bersama - sama menjalankan satu gerak kerja iaitu "amal makruf nahi munkar"..

ya, memang saya akui, lambakan gerak kerja dakwah yang murni ini sedang giat aktif di jalankan. namun ada sedikit pembaharuan yang perlu di kemaskinikan oleh para pendaie pada hari ini.

hari ini kita perlu mengkaji masalah "muasorah" yang sedang menular di dalam masyarakat kita. kita juga perlu mempelajari gaya @ uslub dakwah dengan cara yang betul sebelum terjun ke dalam kancah masyarakat.

seperti contoh kita sebagai seorang daie ingin berdakwah kepada "mat rempit". jangan fikir kita sudah ada moto sama dengan mereka kita sudah "masuk" dengan mereka. ataupun pendekatan yang mudah kita ingin berdakwah kepada "kaki lepak". jangan fikir kita sudah melepak sama dengan mereka kita pakai "cap" sama dengan mereka kita sudah "masuk" dengan mereka.

kadangkala, berdakwah di facebook juga tidak salah, ianya adalah salah satu alternatif baru untuk berdakwah di zaman serba canggih kini. namun kita perlu ingat apabila ingin melontarkan sesuatu pandangan yang mana kita ingin menegur mereka, saya suka untuk galakkan kepada para pendaie sekalian mengunakan satu alternatif iaitu menghantar "private meseg" kepada pihak yang berkenaan.

ya, memang betul teguran itu untuk renungan bersama. tetapi jika anda@ pendaie meninggalkan komen di wall mereka, dan komen itu juga menyentuh sensitiviti ataupun niat untuk membetulkan apa yang salah, mungkin dengan cara itu kita sudah memalukan mereka. anda @pendaie perlu ingat bukan anda sahaja yang berkawan dengan mereka di facebook, mungkin beribu kawan mereka di alam itu yang akan baca "komen" anda. dengan ini secara tidak langsung anda telah memalukan mereka di depan khalayak ramai.


Maka saya menyeru kepada para pendaie sekalian betulkan semula niat anda untuk berdakwah. bukan saya kata anda terpesong serta tersasar di landasan. dan bukan saya kata anda salah. tetapi anda perlu fahami dan menjiwai mereka supaya "meseg" dakwah yang kita ingin sampaikan akan berkesan.

sebenarnya manusia ini suka kepada kelembutan dan belaian. maka kita sebagai para pendaie perlu membelai dan memberikan sedikit kelembutan kepada mereka @ masyarakat. uslub dakwah yang matang serta niat yang ikhlas pasti akan membuahkan hasil berkesan.

kadangkala, memang saya akui ada di kalangan masyarakat kita yang "degil". namun kita sebagai pendaie haruslah sabar dan bertimbang rasa dengan mereka. kita seharusnya perlu menghiaskan uslub dakwah kita dengan pelbagai cara supaya dakwah kita cantik, terkesan dan mudah di terima masyarkat.

awas! jangan sesekali memalukan masyarakat di khalayak ramai!. jaga maruah mereka. jaga hati mereka. biarkan kita sengsara sementara , kerana janji ALLAH itu indah untuk selamanya.


























ceritatera Fara Nasha



Bismillah..

Bermulanya dengan gurauan semata dan akhirnya bertukar gurauan kepada realiti. ya ALLAH sungguh ku tidak sangka..

ini bukan bidang saya, cuma saya minat ke arah itu, tetapi dengan minat segala - galanya akan berubah, minat dapat mengatasi segala - galanya.

hari ini bagaikan mendapat teman baru, teman kepada sang kasih, datanglah si perindu, kisah rindu debat, aku tidak bisa menipu, kerana aku mengenali diriku, aku memang sangat rindukan kisah ini..


segalanya bermula di sini, aku mempelajari segala ilmu di sini. walaupun pada mula agak "bengong" sebab saya langsung tidak pernah terlibat dengan debat seumur hidup saya, hatta di sekolah saya cuma pernah mewakili "forum, & syarahan bahasa arab".. debat, sewaktu di dalam kelas sahaja.


tetapi, pada permulaan ini, kami berjaya sehingga ke semi final, ini adalah permulaan yang sangat terbaik. kami yang padanya zero0% langsung tidak tahu apa itu debat, dan akhirnya dapat mengetahui sedikit ilmu mengenai debat. - Terima kaseh Geng Orator UDM -


ku sangka panas sampai ke petang, rupa- rupanya hujan di tengahhari.. pada tanggal 9/92010, aku di hujani dengan kegembiraan bercampur kedukaan. aku menerima surat tawaran ke timur tengah. dan aku pasti YA! pada jawapan diri, kerana aku sememangnya ingin berjuang di medan ini sejak di bangku sekolah lagi.


di medan ini, hati sunyi seketika kerana dunia ini sangat berbeza dengan dunia UDM. ya ALLAH aku sangat merindui kawan - kawan aku! gelak tawanya, gurau sendanya..


Namun perjuangan ini pasti aku akan teruskan. demi masa depan dan cita - cita. segala yang manis akan ku pahat di dalam kamus kehidupan ini. terima kasih seadanya.



di medan ini aku bertarung dengan ilmu - ilmu yang akan menjadi bekalan kepadaku sebelum pulang ke tanah air tercinta. suka duka, pahit manis akan ku telan demi mengutip mutiara yang berada tanah syam bumi barakah ini....


pada mulanya aku fikir minat debat aku akan berakhir tatkala aku melangkah keluar dari UDM, tetapi ALLAH mengetahui segala - galanya apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati hambanya.


"terima kasih, bro huzaifah & khairy atas kerjasama dari anda.. maaf andai tidak dapat jadi teamate yang terbaik"..

terpanggil apabila untuk memberikan persembahan debat pada majlis maulidur rasul di tanah gersang bumi mafraq barakah ini... dan akhirnya terus ke "debat 1 malaysia" di EMJ..


"jutaan terima kasih, kepada teamate kak farhana, bro huzaifah, sulaiman, suady, dan khairy..saya mintak maaf salah dan silap kerana tidak dapat menjadi teamate yang baik..





dan kini, kaki ini terus melangkah dari satu tahap ke satu tahap... walaupun kadang kala aku rebah, tetapi aku perlu bangun semula kerana perjuangan masih belum tamat...

Terima kasih kepada keluarga oratorians..!




"Apabila berpetah, jangan sampai tersalah langkah,
Apabila berkata, beringat badan akan binasa,
Apabila menghakimi, jangan sampai salah ditafsiri,
Apabila bertingkah, beringat sebelum melangkah,
Apabila berucap, jangan terlalu meninggi diri,
Apabila berdebat, beringat
jangan menyerah sebelum kalah!"






Thursday, March 22, 2012

Bekalan Hidup


Bismillah..


saya bersyukur kepada ALLAH kerana di lahirkan di dalam keluarga ISLAM, di kurniakan seorang abah dan mama yang sangat penyanyang kasihnya tiada sempadan dan tanpa belah bahagi. saya bersyukur kerana keluarga telah memberi pendedehan pendidikan agama sejak saya kecil lagi.

saya di hantar ke sekolah agama yang di pilih khas oleh keluarga di atas persetujuan diri saya sendiri. semua yang di aturkan oleh mama dan abah adalah yang terbaik untuk saya. Dengan bekalan yang sedikit inilah adalah bekalan saya untuk menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran ini.

Gadis berumur awal 20an seperti saya ini pastinya akan melalui pelbagai mehnah dan cabaran, lebih - lebih lagi hidup musafir berjauhan dengan keluarga tercinta. semuanya perlu berdikari. Pernah suatu ketika saya jatuh, hingga tidak terdaya untuk meneruskan perjuangan ini. Namun berkat doa mama dan abah, saya bangkit kembali meneruskan perjuangan bermisi ini demi tanah air dan islam tercinta.


 "bersama ayahanda tercinta, sebelum berangkat ke ufuk timur JORDAN, terima kasih abah kerana telah memberi didikan agama yang secukupnya kepada angah, semoga dengan bekalan ini angah dapat mengembangkan lagi supaya nasib maruah bangsa dan agama dapat terbela" -bakal peguam syariah-
                             



" bersama ibunda tercinta, terima kasih mama kerana memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak - anakmu, semoga dengan berkat doa mama, angah dapat menjadi insan yang berguna pada masyarakat kelak.. "



"ini teman gaduh saya semasa di rumah, sangat - sangat merindui mereka, farhana nadia & farain nabila.. "


                                 
" ini adalah saya,siapa yang mengenali diri ini pasti akan tahu saya macam mana.. terima kasih kepada semua kerana memberikan sokongan kepada saya untuk terus berjuang di medan ini"


"suatu ketika dahulu, ingin aku berjalan di atas baraan api,
kerana ingin ku tahu,
 bagaimana rasa kesakitan dan perit ketika berjuang..

dan kini,
baraan api itu sedangku lalui,
menahan perit dan manis sewaktu berjuang...

baraan api ini semakin marak,
tatkala diri sudah mula sampai di kemuncak perjuagan..

namun,
tatkala aku berada di pengakhiran sekalipun,
aku tidak akan padam bara api ini,
kerana aku tidak ingin terasa bahagia
sehingga melalaikan diri untuk terus berjuang..."




**kini berada di tahun 2, sem 5 universiti al al bayt JORDAN.. semoga perjuangan di medan ini akan ku lalui dengan tabah dan penuh kesabaran. DOAKAN SAYA!




































Tuesday, March 20, 2012

Nota Hati Fara Nasha




Bismillah...





tinta kali ini, berkaitan dengan cinta...
cinta diantara adam dan hawa....

nasihatku pada mu hawa,..
simpan dan pendamlah rasa cinta itu..
dan luahkan pada Allah kerana Allah pemberi cinta itu. 
jangan kita zahiri kerana takut milik kita yang di Loh Mahfuz itu mendapat kita dalam kerugian yang nyata..

"ya Allah, 
andai mujahid itu milikku dan tercatat di Loh Mahfuz...
satukan hati kami ..


ya Allah..
andai mujahid itu hanyalah perasaan dari syaitan,
usirlah perasaan ini...


ya Allah...
hilang bersama senja merah dipetang hari..
dan tidak muncul bersama bulan yang menyinari malam..
tetapkan hati ini untuk terus menanti dia yang tercatat di Loh Mahfuz..."


ALLAHUMA AMEEN..

"tatkala hati, berbicara tentang cinta.. aku akui jiwa meronta inginkan kepastian.. namun aku yakin janji tuhan itu pasti.. semoga selama penantian seorang mujahid akan menjadi satu pentarbiyahan di dalam diri ini.. semoga akhirnya akan ku temui seorang mujahid yang di cari -  cari"...

Fara Nasha
hayy janubi JORDAN
menanti seorang mujahid 





Friday, March 16, 2012

Menanti Mr Right..







Wahai Wanita Solehah...


Jangan risau akan jodohmu,
Kerana Muslimin yang bijaksana itu
Tidak akan terpaut pada wanita
Hanya kepada kecantikan , 
lirikan senyuman,
Pada bicara manja yang menggoda
Atau pada pujuk rayu seorang wanita
Yang meruntuhkan imannya. 


Wahai Wanita Solehah...


Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita,
Andai belum sampai jodohmu,
Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinan,
Bagi memimpin dirimu,




Kerana pada wanita itu........


Pasti ada kekurangan dan
Lelaki yang benar-benar layak
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…








Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
“..Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…” 














Wednesday, March 14, 2012

Belajar Dari Kesilapan


AKU BELAJAR DARI KESILAPAN MASA LALU..
SILAP DIRI INI KERANA TERLALU MENGIKUTI SEADANYA..

LALU..........


AKU BELAJAR  UNTUK TIDAK TERLALU MEMPERCAYAI,
AKU BELAJAR  UNTUK TIDAK TERLALU MENERIMA,
AKU BELAJAR UNTUK TIDAK TERLALU MEMBERI,


DAN KINI...


AKU TERUS BELAJAR,
AKU BELAJAR UNTUK  MENERIMA KEKURANGANNYA,
AKU BELAJAR UNTUK MENERIMA SAHABAT SEADANYA,
AKU BELAJAR UNTUK MEMAAFKAN SESIAPA SAHAJA.

TAPI....


SATU PERKARA YANG PERLU AKU BELAJAR,
WAJIB UNTUKKU MEMPERCAYAINYA..

"SUKAR UNTUK MENDAPATKAN SEORANG SAHABAT, TETAPI JIKA KITA TELAH MENJUMPAINYA, JANGANLAH KITA MENGECEWAKKANNYA"

#Sakit apabila menerima satu pendustaan
#bertambah mengecewakan apabila pendustaan itu terjalin persahabatan
#walau mcm mne pun, saya tetap terima awak seadanya.

p/s --> sahabat : belajar dari kesilapan, jangan biarkan ianya berulang kembali.
            saya      : belajar dari pengalaman hidup agar lebih berhati - hati dalam 
                           menempuh warna - warni  kehidupan.            
                           















Tuesday, March 13, 2012

Jodoh Itu Rahsia ALLAH

Bismillah...

kehidupan dan perjalanan di dunia ini saling memerlukan kepada pengalaman. tanpa pengalaman maka perjalanan itu sungguh tidak bermakna.

begitulah sebuah perjalanan di dalam sebuah kehidupan..

"eh, fara lama dah x nampak DIA, tym akak jalan dgn fara nila baru akak nampak DIA.. jodoh tu, jodoh"
sapa akak @ rakan seperjuangan aku di sini..

" mengarut je akak ni, kebetulan jela"
balasku, dengan kaku bersulam hilang seribu kata.

dalam soal begini tidak perlu di ulas panjang lebar, kerana jodoh dan pertemuan adalah di tangan yang esa. pendirian aku hanya satu, jika baik hubunganku dengan ALLAH, maka baiklah hubunganku dengan segala yang di ciptakannya.

"fara, muka DIA sama macam kaulah"
jelas seorang sahabat

"ni lagi mengarut, celah mana entah"
balasku, dengan nada bersahaja.

kata orang tua - tua, jika muka ada iras - iras JODOH kuat, tak tahula sejauh mana kesahihan kata - kata tersebut. tapi apapun sebagai seorang muslim yang beragama islam kita seharusnya yakin dan percaya dengan janji ALLAH.

"fara kau sesuaila dengan dy, aku tak tipu!"
sampuk seorang sahabat.

"yela tu, aku tak rasa macam tu"
aku terkaku tidak tahu untuk meneruskan kata - kata


sesuai ke, tidak ke itu semua kerja tuhan, kita sebagai manusia hanya boleh berdoa dan bertawakal supaya di kurniakan jodoh yang terbaik untuk diri kita. supaya dengan terdirinya sebuah masjid maka akan banyaklah yang akan mengimarahkan rumah allah (menyebarkan agama allah).


#Jika di tanya saye pasal JODOH

--> PRINSIP saya cuma satu "jodoh kita, adalah orang yang terdekat dengan kita"
-->JAGA HUBUNGAN dengan ALLAH, insyaallah orang akan ramai suka dengan kita
--> DOA dan TAWAKAL adalah senjata

:: " jika kita tidak di kurniakan dengan si DIA, tidak mengapa jangan bersedih kerana aturan can caturan ALLAH itu adalah yang terbaik untuk hambanya" ::
























Saturday, March 10, 2012

Debat, Dakwah Dan Islam


Bismillah...

Dalam menjalani era arus kemodenan dakwah dunia hari ini, kita sering di lupakan dengan beberapa faktor yang membawa kepada ketidak matangan di dalam berdakwah itu. hakikatnya method dan cara dakwah ini menjadi bahan gelak tawa, serta perbalahan sesama sendiri.

kita harus sedar, kita di lahirkan di atas muka bumi sebagai khalifah. maka tugas dan amanah kita perlu di lunaskan supaya tidak di persoalkan di akhirat kelak. pada hari ini, apa yang saya lihat pergaduhan sesama sendiri sering berlaku, akibat daripada "masing - masing nak tunjuk bagus".

adakah ini yang harus di perjuangkan untuk ummah kita?.. persoalan saya, perlukah kita nak bergaduh sesama sendiri untuk mencapai matlamat dan hadaf yang sama?, ataupun sekadar hendak menunjukkan kehebatan diri kepada semua!.

menarik perhatian saya, lewat malam semalam pada tanggal 9/3/2012, apabila saya mengposkan satu nama kumpulan untuk para peserta daie untuk aktiviti di tempat saya, apa yang mengejutkan saya, apabila hebahan itu mendapat kekangan dan akhirnya membawa kepada bibit perpecahan!.

saya bukan hendak bergaduh sesama sendiri, namun apa yang mengecewakan saya adalah, kenapa perlu meninggalkan "komen" di dalam group khalayak ramai?! kenapa jika tidak berpuas hati terus sahaja menghantar "private messege" kepada saya?! mungkin dengan cara itu kita boleh bawa berbincg bersama. perlukah kita sebagai para pendaie jika di beri sedikit cabaran terus melenting tidak tentu pasal?!

kejadian lewat malam ini sungguh menyedihkan saya, lantas air mata kali kedua menitis di bumi syam tanah gersang MAFRAQ ini. saya amat kecewa dengan sikap "ANDA"!. saya taknak tahu apa sekalipun motif anda, namun apa yang saya inginkan, anda perlulah menjadi seorang yang terbuka dan berani menerima cabaran, ini baru sahaja cabaran kecil di medan bersama, belum tiba masanya lagi anda duduk di medan yang amat - amatlah mencabar saya harap anda faham!

walaupun kadangkala saya seorang yang pengecut, saya akui. namun tatkala berbicara mengenai berjalan di medan dakwah lantas hati kecil terus menjadi berani, bukan glamour yang saya inginkan, dan juga bukanlah pangkat dan pujian yang saya mahukan. tapi apa yang saya mahukan adalah "ILMU", supaya saya dapat bersama - sama berjuang di medan ini demi untuk agama islam tercinta.

bagi saya, di medan perdebatan bukan untuk menunjukan kehebatan diri, bagi yang pandai berhujah, dan bukan untuk menunjukkan kebodohan diri bagi yang baru hendak belajar berhujah. namun pada hakikatnya di medan inilah perlu kita pelajari ilmu "softskill", "isu semasa", "fakta - fakta kes", dan pelbagai lagi.

mungkin bagi pelajar yang bukan di dalam bidang agama, mengangap "DEBAT" ini hanyalah sebagai satu pergaduhan untuk mencari satu penyelesaian. namun berbeza dengan pelajar jurusan agama, perdebatan ini bukanlah untuk mencari "siapa betul dan siapa yang salah" tetapi pada hakikatnya ia adalah satu platform untuk melatih diri sebagai seorang pendaie untuk menyampaikan hujah berserta fakta kes berpandukan nas - nas al quran kepada masyarakat kelak..


## berjuang di medan ini teramatalah sukar
lantaran diri tertanya - tanya,
adakah aku layak untuk menghadapinya?
adakah aku mampu untuk mengharunginya?


aku hanyalah manusia biasa,
berdiri di atas paksi agama
berjuang untuk mendaulatkan agama
agar zaman khalifah dapat di tegak semula..



--INSAN KERDIL--
Fara Nasha
Hayy Janubi MAFRAQ
Universiti AL al BAYT JORDAN























Monday, March 5, 2012

FITNAH ISTIKHARAH

Sebut sahaja solat sunatIstikharah, yang tergambar dalam minda kita ialah solat untuk memilih pasanganatau mencari jodoh. Ramai yang beranggapan apabila selesai melakukan solat ini,apabila mendapat petunjuk melalui mimpi itu adalah petunjuk ALLAH. Tanggapanini adalah satu tanggapan yang salah kerana, mimpi boleh di kategorikan kepadadua bahagian iaitu mimpi dari ALLAH dan mimpi mainan dari syaitan. Itulahtanggapan songsang masyarakat hari ini, khususnya orang melayu yang beragamaislam mengenai solat sunat ini.

Ada juga peristiwa apabila dilamar oleh seseorang pemuda, jawapan yang di jawab setelah melakukan solatistikharah “maaf ustaz, ana tak jumpa ustaz dalam istikharah ana.”Kadang – kadang Istikharah tidak datang melalui mimpi, istikharah juga bolehdatang melalui ketenangan jiwa untuk memilih atau membuat sesuatukeputusan. Kelemahan di dalam segenapmasyarakat hari ini suka mengunakan solat ini sebagai satu wadah yang membawakepada fitnah di dalam agama.

Untuk mengelakkan daripada fitnahistikharah ini berleluasa, sebenarnya kita perlu tahu apa tujuan solat sunatini di lakukan, serta kelebihan dan manfaatnya kepada ummat islam.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Solat sunat Istikharah membawamaksud “meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam setiap sesuatu urusan”. Istikharah adalah senjata orang beriman dalam menghadapi urusan agar dapatmembuat pilihan yang tepat. Urusan itu tidak sahaja melibatkan pemilihanbakal pasangan tetapi turut merangkumi soal-soal seharian yangberkaitan dengan rumah, kenderaan, kerja dan sebagainya.

Kesimpulannya solat sunat istikharah iniadalah untuk memohon petunjuk dari ALLAH tentang perkara yang menimbulkankeraguan dalam kehidupan seharian untuk membuat sesuatu penentuan atau pilihan.

Solat istikharah sebenarnya dilakukanbagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah iaitu meramalkan masadepan berpandukan kepada berhala dan syaitan. Ini bagi mengelakkan golongantersebut mengambil kesempatan atas kejahilan manusia bahawa kononnya merekamengetahui masa depan.

Dalam hadis daripada Jabir r.a.,beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepadakami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surahdaripada al-Quran. Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginanuntuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat diluar solat wajib. (Riwayat Bukhari)

Malah, menurut al-Imam al-Nawawi, seseorang yang melakukan istikharah,maka dadanya akan terbuka luas untuk sesuatu urusan, malah dia akan terlihatkebaikan pada perkara yang akan dilakukan atau sebaliknya. Al-Zamlakanipula mengatakan: “Jika seseorang mengerjakan solat istikharah dua rakaat,maka hendaklah dia setelah itu melakukan perkara yang kelihatan baginya, samaada dia berasa senang ataupun tidak, kerana kebaikan itu berada dalam jiwanya,sekalipun jiwanya tidak menyenanginya.”

Tiada sebarang keterangan yang menunjukkan seseorang yang bersolat sunat iniakan memperoleh petanda tertentu melalui mimpi atau sebagainya. Namun begitujika berlaku petunjuk seperti itu ia merupakan nikmat Allah. Urusan yangdilakukan itu akan dipermudahkan oleh Allah dan diberikan keberkatan. Sekalipundi dalam keadaan yang lain, Allah akan memberikannya sesuatu kebaikan yanglain. Malahan dia akan sentiasa mendapat kebaikan dalam semua urusannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada YangMaha Kuasa untuk memilih atau membuat sesuatu keputusan,dengan mengharapkan sebulatpengharapan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jikakeraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solatistikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kaliberturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satudaripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa.Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaikdari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusanyang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa iniadalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besarkemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklahtetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Akhir kalam, untuk menghasilkan solat istikharah yangmatang, kita perlulah melapangkan jiwa daripada segala kelazatan dunia sertaberserah segala – galanya kepada ALLAH yang ESA. Ada juga perkara,apabila telah melakukan istikharah untuk memilih pasangan, hatikita semakin hilang cinta kepada orang yang kita kehendaki, mungkin dari situALLAH sengaja hendak menguji kita bahawa, setiap manusia perlu mencintaisepenuh – penuh cintanya kepada sang pencipta (ALLAH), sebelum mencintaimanusia.


Dari Anas ra. katanya Rasulullahbersabda:
“Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku (ALLAH)daripada mencintai ibu bapaknya, anaknya dan manusia umumnya.” (HR shahih Bukhari )

Friday, March 2, 2012

mainan tidur

Bismillah...

sejak 3 hari berturut - turut ni, aku pun tak tahu kenapa aku mimpi bende yang pelik - pelik, selalunya bila aku mimpi mesti bangon keesokaan paginya aku akan lupa.. namun berbeza dengan minggu ni, dah 3 hari berturut = turut aku mimpi bende yang pelik..

aku bukan tak nak percaya pada mimpi, sebab yang aku tahu mimpi terbahagi kepd 2, mimpi dari syaitan dan mimpi ilham dari ALLAH..  mungkin mimpi yang datang tu cume mainan tido sahaja.. tapi yang aku nak tergelaknya.. tym aku mimpi orang sarungkan aku cincin... bile aku cek - cek tafsir mimpi "kamu akan berumah tangga ". mimpi memakai kalung "akan mempunyai pasangan hidup yang baik dan jujur"... mimpi makan nasi" akan mendapat harta"..

"kahwin + pasangan yang baik + harta = ???" apekah semua ni?... semakin keliru diri ini... ya ALLAH jika benar jodohku hampir dekat, kau titipkanlah di dalam hatiku dan hatinya agar mencintaimu lebih dari segala - galanya. agar kami dapat berjalan menuju ke arah keredhaanmu.. AMIN ya rabb....

-- diri yang semakin kompius--
semoga menjadi satu tarbiyah untuk diri.