Friday, March 23, 2012
Teguran kepada para daie
Bismillah..
alhamdulillah masih lagi di beri nikmat nafas untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana ini. dunia yang penuh pancaroba untuk kita lalui, barangsiapa yang lalai dengan kekayaan dan kesenangan dunia tanpa menghiraukan amalan akhirat maka dia adalah orang yang paling sia - sia sekali hidup di dunia ini.
dunia penuh dengan pancaroba, seharusnya kita sebagai seorang hamba ataupun khalifah di muka bumi ini perlulah bersama - sama menjalankan satu gerak kerja iaitu "amal makruf nahi munkar"..
ya, memang saya akui, lambakan gerak kerja dakwah yang murni ini sedang giat aktif di jalankan. namun ada sedikit pembaharuan yang perlu di kemaskinikan oleh para pendaie pada hari ini.
hari ini kita perlu mengkaji masalah "muasorah" yang sedang menular di dalam masyarakat kita. kita juga perlu mempelajari gaya @ uslub dakwah dengan cara yang betul sebelum terjun ke dalam kancah masyarakat.
seperti contoh kita sebagai seorang daie ingin berdakwah kepada "mat rempit". jangan fikir kita sudah ada moto sama dengan mereka kita sudah "masuk" dengan mereka. ataupun pendekatan yang mudah kita ingin berdakwah kepada "kaki lepak". jangan fikir kita sudah melepak sama dengan mereka kita pakai "cap" sama dengan mereka kita sudah "masuk" dengan mereka.
kadangkala, berdakwah di facebook juga tidak salah, ianya adalah salah satu alternatif baru untuk berdakwah di zaman serba canggih kini. namun kita perlu ingat apabila ingin melontarkan sesuatu pandangan yang mana kita ingin menegur mereka, saya suka untuk galakkan kepada para pendaie sekalian mengunakan satu alternatif iaitu menghantar "private meseg" kepada pihak yang berkenaan.
ya, memang betul teguran itu untuk renungan bersama. tetapi jika anda@ pendaie meninggalkan komen di wall mereka, dan komen itu juga menyentuh sensitiviti ataupun niat untuk membetulkan apa yang salah, mungkin dengan cara itu kita sudah memalukan mereka. anda @pendaie perlu ingat bukan anda sahaja yang berkawan dengan mereka di facebook, mungkin beribu kawan mereka di alam itu yang akan baca "komen" anda. dengan ini secara tidak langsung anda telah memalukan mereka di depan khalayak ramai.
Maka saya menyeru kepada para pendaie sekalian betulkan semula niat anda untuk berdakwah. bukan saya kata anda terpesong serta tersasar di landasan. dan bukan saya kata anda salah. tetapi anda perlu fahami dan menjiwai mereka supaya "meseg" dakwah yang kita ingin sampaikan akan berkesan.
sebenarnya manusia ini suka kepada kelembutan dan belaian. maka kita sebagai para pendaie perlu membelai dan memberikan sedikit kelembutan kepada mereka @ masyarakat. uslub dakwah yang matang serta niat yang ikhlas pasti akan membuahkan hasil berkesan.
kadangkala, memang saya akui ada di kalangan masyarakat kita yang "degil". namun kita sebagai pendaie haruslah sabar dan bertimbang rasa dengan mereka. kita seharusnya perlu menghiaskan uslub dakwah kita dengan pelbagai cara supaya dakwah kita cantik, terkesan dan mudah di terima masyarkat.
awas! jangan sesekali memalukan masyarakat di khalayak ramai!. jaga maruah mereka. jaga hati mereka. biarkan kita sengsara sementara , kerana janji ALLAH itu indah untuk selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment