Tuesday, May 29, 2012

ya ALLAH, aku cinta dia















Ya Allah,
 Aku cinta dia yang ketakwaannya menjadikan dia luar biasa.'
 Aku cinta dia
 dengan kesederhanaannya
 Aku cinta dia dengan keindahan akhlaknya.
 Aku cinta dia dengan tutur santun bahasanya.

Tapi,
aku tidak pasti dia milikku ataupun tidak.
 Ikhlaskan aku, Tuhan ku. Sungguh ku pasrah terhadap keputusan Mu.
 Tapi Allah, izinkanlah aku menangis sekedar menangisi rapuhnya hatiku,

Ya Allah..
Jika memang dia bukan milik ku,
jangan beri aku harapan dalam hati.
Jika memang dia tak akan kembali,
 jangan dia Engkau hampirkan ke sini lagi.
 Engkau Maha tahu apa yang ada dalam hati ku, tapi ku ridha dengan keputusan-Mu Biarkanlah,
ku gantikan cinta ini dengan cinta-Mu, sebuncah rindu yang melebur menjadi rindu kepada-Mu. ”Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.”(Q.S Al-Baqarah:2)



Fara Nasha
hayy janubi mafraq

Sunday, May 20, 2012

Adakah Dia bakal Imamku?







Bismillah...


first thing first, mohon kemaafan seandainya warkah ini tersentuh hati sesiapa, yang pasti ianya tiada kene mengena antara hidup dan mati,..hehe ^_^


untuk mengisi kekosongan masa, sempena final exam ni, just tinggal empat lagi papper, sebelum berakhirnya tirai fasal thani 2012 kali ini..


Alhamdulillah2x  tu sahaja yang mampu di lafazkan kerana sudah selesai dua papper dengan jayanya.. bersyukur kepadaNYA kerana memudahkan urusan dunia ini..


untuk kali ini, mungkin satu coretan kenangan akan saya tinggalkan di dalam hidup, dan mungkin pemuda ini bukan di takdirkan untukku, tapi saya percaya dengan janjiNYA, segalanya akan terjawab kelak.. DIA telah merancang sebaik - baik perancangan untuk hamba - hambanya.


tetapi, pemuda ini telah mencuri hati ini buat sekian kalinya, mungkin perasaan ini akanku biarkan ianya berlalu dan pergi, kerana diri ini tidak yakin akan  memiliki hati sucinya,..


terima kasih buat sekian kalinya kerana telah hadir untuk mewarna - warnikan kehidupanku ini.. bersyukur ke atas ilahi kerana telah menemukan kami di alam ini..


ramai, yang kata kamu semakin berubah ke arah positif?, tapi saya masih di kaburkan lagi dengan ini, tetapi jika ianya benar, berusahalah dan teruskanlah perjuangan bersama ilmu - ilmu di sini, semoga apabila kita sampai di medan sebenar kelak, kita bersama - sama dapat bertempur di dalam masyarakat kelak.


akhirnya....



buat bakal imamku, 
akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku,
agar tibanya saat ijab kabul itu, 
aku takkan memberatimu memikul dosa dosaku, 
dosa auratku, dosa lidahku
aku mengharapkan solehmu,
 meskipun aku bukanlah solehah,   
  akann ku cuba menjadi isteri solehah, 
agar kita sama sama mampu membina istana d akhirat..
aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum 
kepada seorang lelaki bernama suami. 
yang ingin dibimbing itu aku. ♥ ;)


"tidak  ditemuykan jalan lain oleh  dua  orang  yang  bwecinta,
 kecuali BERNIKAH" -ibnu majah








                                       #sekadar hiasan =)













Fara Nasha
Hayy Janubi Mafraq









Saturday, May 12, 2012

Sejarah Hitam Malaysia


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah hari berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969". Semua ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

PUNCA-PUNCA TERCETUSNYA PERUSUHAN

1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun pada zaman pendudukan Jepun telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

3. Pihak pembangkang mengeluarkan slogan-slogan sensitif semasa perarakan apabila mereka memperoleh pencapaian yang gemilang dalam pilihan raya pada 10 MEI 1969.

4. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

5. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

6. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang...



kini sejarah itu telah lama berlalu, maka segala yang buruk itu kita jadikan sempadan dan yang baik  kita tauladan.. mari bersama bersatu untuk negara kita malaysia!

---> ayuh! kita tawan putrajaya! 
kembalikan pemimpin berwibawa di malaysia!





Fara Nasha
Hayy Janubi Jordan















Friday, May 11, 2012

Cinta Si Warna Biru

#Persahabatan kita di Uji

Teman,
Terlebih dahulu inginku memohon seinfiniti kemaafan
andai warkah ini menganggu ruang hidupmu..
andai warkah ini, menganggu waktu sibukmu..

Teman,
maafkanlah diri ini,
seandainya pernah menguris hati dan perasaanmu
aku, adalah manusia biasa,
yang mengharap sepenuh pergantungan kepada yang ESA..

Namun ku akui, tatkala diri ini lemah dan di uji,
aku mencari - cari kemanakah kekuatan diri..
namun aku langsung tidak menjumpai..

sewaktu aku di uji dan mengetahui punca di lemparkan sebegini,
aku tidak menyalahkan sesiapa kecuali pada diri,
aku cuba untuk mencari kekuatan diri,
namun diri ini hanyalah manusia yang lemah,
diri ini jatuh, lantas air mata membasahi pipi..

selama tiga minggu aku mencari kekuatan diri,
namun sedikit pun tidak ku jumpai,
di saat itu aku tersangat lemah..
tiada siapa di sisi, tiada siapa yang peduli..

aku meratapi hari demi hari di tanah ini seorang diri,
cuma mengharapkan sepenuhnya kepada ILLAHI,
aku langsung tidak menyalahkan dirimu,
kerana aku amat menghormatimu sebagai sahabatku,.

hari semakin hari aku lalui,
semakin banyak yang aku selongkari tentang fitnah diri,
mulai hari itu, aku mulai hilang kepercayaan kepada manusia di duniawi..
kerana lemparan itu di beri oleh manusia yang sangatku cintai dan kagumi..


tapi...
tidak mengapa teman,
aku redha dengan suratan perajalanan ini..
hidup tidak selalunya cerah, kadang - kala kita akan di uji jua di medan sendiri..



Teman,
Matahari silih berganti, bulan pula akan bersedia mengambil posisi,
begitu juga di dalam persahabatan ini..
akan ku biarkan segala yang pahit di bawa oleh bulan untuk melenyapkannya di kala malam sunyi,
dan akan ku bawa segala yang manis bersama sinar mentari setiap hari..



Akhirnya Teman,
Mohon seinfiniti kemaafan sekali lagi,
segala yang terjadi aku tidak pernah menyalahkan komuniti,
kecuali menyalahkan terhadap kecuaian diri..
mungkin ku akui, ada yang cemburu pada diri,
lantas mereka mencemari perhubungan ini..

Teman,..
aku tersangat rindukan saat kita bersama,
mengharungi suka dan duka bersama,
gelak tawa bersama,
di saat itu kita berkongsi pelbagai memori bersama,..

Teman...
semoga kita lebih matang melayari perhubungan ini,
yang keruh biarkan ia pergi bersama ombak tsunami,
yang indah kita semadikan di sanubari,
semoga ALLAH merahmati perhubungan persahabatan ini..







# terpaksa menyembunyikan kekusutan sewaktu di minta memberikan pandangan sebagai seorang mahasiswa islam,..

**Maaf sekali lagi, aku tidak sanggup lalui detik - detik sebegini lagi,
kamu pun lebih memahami diri, apabila di timpa masalah pasti akan memikirkannya seinfiniti.
aku tidak mahu melukai hati sesiapa, aku cuba untuk menjaga hati semua manusia,
tetapi mungkin di saat ini aku tersungkur dengan diri sendiri, aku tidak dapat menjaga
semua hati insan di sisi.. aku tidak kesah, jika keadilan ini tidak berpihak pada diri, biarkan keadilan itu
akan di nilai oleh masa dan ketika sendiri..

 Maafkan diri ini ='( ...

#hanya ku pinta padamu, maafkan diri ini...
aku akui aku memang tidak dapat jadi sahabat yang terbaik untuk dirimu..
serba salah selalu menyelubungi diri, maaf sekali lagi..




Fara Nasha
Hayy Janubi

**Gelombang imtihan nihaie..
ayuh MUMTAZ sekali lagi..



































































































Wednesday, May 9, 2012

Warkah buatmu Sahabat

Bismillah...




Mungkin semua tertanya - tanya kenapa saya still letak di FB saya gambar UNISZA, status study di UNISZA, walhal kini saya sudah dua tahun tinggalkan UNISZA, dan saya juga telah berada di bumi yang telah saya impi - impikan sejak tingkatan 3 lagi iaitu JORDAN.


pengalaman dan perjalanan hidup memang betul - betul mengajar saya erti kehidupan. di UNISZA saya belajar erti kematangan hidup. saya belajar erti "berdikari", "kerjasama","tolong - menolong", dan yang paling penting erti "persahabatan".


ye! memang di JORDAN pun ada semua itu, mungkin suatu hari nanti apabila saya sudah tiada di bumi ini saya akan mengenangkan semula. "JORDAN" adalah tempat yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya! 


berbalik kepada UNISZA tadi, saya tersangat kagum dengan erti "PERSAHABATAN" disini.. pada mulanya dari selangor ke terengganu seorang diri. dan first day dalam kelas pun saya sendiri. saya langsung tidak mengenali sesiapa pun di bumi terengganu itu. sesudah hari berganti hari, ALLAH itu maha adil, DIA mengurniakan saya seorang Sahabat yang sangat memahami.






sejak itu kami sentiasa bersama. sampaikan ada yang mengatakan kami "adik -beradik" lain emak dan ayah. Dia melengkapi kekurangan diri ini. suka duka kami lalui bersama, kami berkongsi minat dan cita - cita yang sama.. 








Hari tidak selalunya cerah, dengan di takdirkan ALLAH kami terpisah juga di bumi yang fana ini. mungkin perpisahan ini akan mengajar kesetiaan di dalam "persahabatan"..









Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya.
 Memang benar kata hatiku,
 kau hanya tetamu hatiku yang singgah hanya seketika.
 Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim. 
Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. 
Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. 
Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup
 hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.


Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam.
 Ada mulanya dan tiada penghujungnya,
 seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya.
 Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya.
 Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan.
 Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. 


Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, 
aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika.




p/s : Masih terkenang tatkala diri ini di timpa kemalangan sewaktu final exam
 kemalangan mengakibatkan diri ini tidak boleh berjalan,
 awak bersusah payah membantu saya, awak sanggup bangun awal hantar saya pergi ambil exam,
 yang pada itu exam bermula pada pukul 10pagi,  awak sanggup pergi bersama saya seawal jam 7pagi.
 pada waktu itu saya akui diri ini degil, walhal boleh sahaja saya menggunakan "wheel chair" untuk ke dewan peperiksaan.
tetapi di saat itu saya cuba kuatkan diri untuk  berjalan kaki menggunakan "tongkat" ke dewan peperiksaan.
dan di saat itu juga kemanisan ukhuwah terasa. dan kini akan ku sematkan ianya dan akan terus berkekalan hingga ke syurga..

kami semua satu keluarga "diploma Pentadbiran Islam".. Semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan hingga ke akhirnya... terima kasih YA allah... =)

Fara Nasha 
AL al Bayt Universiti JORDAN
Fiqh Wa Usuluh..