Bismillah...
warkah ini peringatan untuk kita bersama,
andai perjuangan itu senang pasti tiada yang akan kecundang,
andai persahabatan itu sakti pasti tiada siapa yang di sakiti.
tetapi,
jika manusia suka berandaian, pasti ianya tidak akan menjadi reality..
kerana perjuangan itu tersangat payah dan memerlukan pergorbanan
kerana persahabatan itu tersangat rapuh dan ia memerlukan sokongan..
sahabat,
hari ini aku tahu kau tengah di uji,
hari ini aku tahu kau sedang berasa hati
dan hari ini aku tahu kau masih ternanti - nanti..
maaf sekali lagi andai warkah ini menganggu dan terlalu puisi buat kau !..
aku bukanlah seorang yang pandai menegur, dan juga bukan seorang pengkritik..
tetapi hari ini, saat ini, aku terpaksa menegur perbuatan itu, kerana aku khuatir jika tidak dosa itu aku berkongsi bersama..
sejujurnya aku kecewa kerana sedikit pun kau tidak jujur dengan aku, terlalu banyak rahsia yang kau pendam sampaikan aku tertanya - tanya?? tetapi tuhan maha kaya, segalanya di bongkar depan mata. dan segala persoalan telah terjawab sendiri.
kenapa aku senyap & menyendiri?
sejujurnya itu bukan aku, mesti kau tahukan? kalau aku marah pasti aku akan senyap dan terus menyendiri. mungkin sejak akhirnya ni, aku terlalu banyak masalah dan papper work yang perlu di selesaikan. dan mungkin sedikit sebanyak menganggu emosi aku.
tetapi, aku lihat kau semakin hari semakin pelik? handset tidak pernah lekang dari telinga, tak kiralah waktu apa pun.. pada mulanya aku bersangka baik, "mungkin borak dengan kawan kot malam - malam ni".. tetapi akhirnya tekaan aku tipis.
sejujurnya aku tak kesah, kau nak "in relation" dengan sesiapa pun sebab itu hak kau,.. tapi kau kene ingat hak ALLAH kene jaga.. kita pelajar agama "syariah".. oversea lagi tu? takkan kita pun nak buat benda sama macam orang lain..
**jangan ZALIM dengan ILMU yang kita ada !
#kita belajar fiqh ahwal syahsiah 1 sama2x
#tanzim usrah sama2x
banyak yang sama, takkan sedikit pun ilmu itu tidak terkesan pada diri?
memang lumrah bercouple kene ?
memang lumrah bercouple kene bergayut berjam - jam ea?
memang lumrah bercouple kene jumpa kat jamiah kat mana - mana tempat free ea?
memang lumrah bercouple kene letak gamba besar pakwe or makwe kat dalam bilik ea?
memang lumrah bercouple bile lepas jumpa nanti lelaki jalan depan perempuan jalan belakang ea?
memang lumrah bercouple kene mention kat facebook ea?
owh, macam ni ke? cara couple student "syariah?" waaa so sweeeeet >.<" !
Mungkin persoalan ini kau boleh jawab sendiri, kenapa aku senyap dan kenapa aku menyendiri. ada sedikit terkilan di dalam hati, tatkala melihat sahabat sendiri begitu,sebab suatu ketika dahulu kau pernah marahkan seseorang dengan perbuatan itu, tetapi kini ujian itu berkunjung pula pada dirimu.. mungkin ujian bercouple itu tidak terkene lagi pada diri aku ! namun sekiranya aku di uji tegurlah aku !..
p/s : maaf sekali lagi andai warkah ini menganggu ruang rehatmu !
terbanglah jauh wahai sahabat, tetapi ingatlah sejauh manapun kita terbang di langit itu,
jangan lupa pada tanah yang terlalu banyak berbakti pada kita semua manusia..
kita student agama, kita bukanlah prefect sangat, ramai lg student course lain yang perfect dari kita.
tetapi, kita student agama, kita belajar ilmu agama, kat tanah syam bumi anbiya barakah lagi tu, so jangan sesekali kita ZALIMI ILMU itu..
Fara Nasha
Hayy Janubi Mafraq Jordan
Aku bukan "syadid" & "warak"
tetapi aku semakin banyak ILMU yang
aku dapat semakin takut aku dengan ALLAH.
#KITA PENYELAMAT ANAK BANGSA ! TAKKAN KITA NAK BUAT PERKARA YANG SAMA??
selamat berfikir & beramal !
***doakan aku chambering lawyer dan seminar lawyer balek nanti ! =)
No comments:
Post a Comment