Friday, December 23, 2011

Membuat transformasi baru


Bismillah.........

24/12/2011-----> bermakna seminggu sudah aku tanpa nasi!..
tetapkanlah hati ini,.. aku ingin berubah! yeah!!...

membuat satu transformasi baru adalah susah sebenarnya.. tapi aku yakin aku boleh buat. tapi perlukan sedikit kekuatan dari dalam diri sendiri untuk berubah..


so mulai hari ini aku perlu tekad, supaya usaha ini akan berhasil!..
" no more rice in my life!"

so, mulai minggu ni, saat ini aku perlu berkorban supaya usaha diet aku berhasil.. doakan ea kawan!!

ALLAHUMMA ameen....

Sunday, December 18, 2011

Risalah Hati Fara Nasha


Bismillah...

"pernah ada rasa cinta antara kita kini tinggal kenangan"
tiba - tiba hati tergerak nak dengar lagu ni malam ni.. kenapalah dengan aku ni??..
entahlah keliru jugak dengan soal hati ni.. memang susah nak faham..huhu

aku tak faham dengan diri sendiri??

betul kot, sebab aku pon tak tahu nak buat keputusan dengan soal hati ni..
kadang - kadang berbunga, tapi kadang - kadang KOSONG..
memang tak faham..

kadang - kadang aku jadi tak yakin. tapi kadang - kadang aku tak nak fikir..


tapi............

kalau aku nak tetapkan hati je, mesti ade syaitan datang untuk meragui apa yang aku tetapkan dalam hati ni..

ya ALLAH......

lemahnya aku!!...

_____________> mesti korang semua tertanya - tanya kenapa kan??..

sebenarnya aku cuba untuk tetapkan hati aku ni.. tapi tulah x berjaya lagi.. semasa aku bermusafir hari tu aku berdoa :

" ya ALLAH jika dia (A) benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia (A) bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu"

sepanjang perjalanan aku tenang tanpa sebarang gangguan. berbunga - bunga hati masa tu..

tapi....

setelah aku selesai solat asar, aku bersalaman dengan semua musafir - musafir yang berada di situ, sampai je dekat sorang musafir ni aku tersentap!

ya ALLAH.....

hatiku berdetik :

" dia bukan untuk aku kot, never give up fara! "

aku terpanar melihat wajah musafir yang tenang tu, tapi tiba - tiba hatiku berdetik sedemikian..

apakah maksudnya???.....

seterusnya setibanya ke destinasi yang di tuju..

alhamdulillah sampai jugak dengan selamat.. tiba - tiba aku terlihat seorang kenalan lama si (B) yang pernah singgah di hatiku satu ketika dahulu di situ..

hatiku terus berdoa :

" ya ALLAH tetapkanlah hatiku dengan si A"..
amin.......

susahnya... kenapa dengan aku ni? sentiasa tak memahami isi hati sendiri..

.............................................................

selepas pulang dari bermusafir tiba - tiba datang seorang teman membawa satu hajat

" fara, aku rasalah kaulah orang yang terbaik untuk tegur dia (A), aku tengok dia (A) bagos, berkepimpinan, berwawasan, tapi sayanglah dari sudut akademik dia (A) tak jaga, aku tengok subjek dia (A) sikit je dia ambil, lepas tu ade yang gagal pulak tu, pointer pun cukup - cukup makan je, aku bukan ape, aku rasa kaulah orang yang sesuai untuk bimbing dan tegur dia (A), aku yakin kau boleh"

sapa seorang sahabat...

ya ALLAH mampukah aku??..

--------------------------------

ketika di rumah :

" kita rasa akak sesuai je dgn dia (A), kita suka je tengok akak dengan dia, kita doakan semoga betemu jodoh".

hati aku " serious aku kosong, tak tahu nak kata ape, xde rase suka, cinta , sayang semua tak ada, yang ade KOSONG"..

kenapa??...

----------------------------------

ketika di telefon dengan seorang sahabat :

" kau ni memilih sangatla fara,janganlah macam tu"..

kompius aku??... bukan memilih, masalahnya aku masih tak yakin lagi..

subhanaallah....

aku masih mencari hikmah kenapa aturan ALLAH sebegini, setiap kali aku ingin menetapkan hati dengan si (A), bayangan si (B) akan muncul seolah - olah menghalang aku untuk menerima si (A)..

tapi..

mereka tak kan tahu yang aku berdoa untuknya, mungkin aku tidak layak untuk mereka, aku perlu berubah menjadi lebih solehah dan berilmu supaya setaraf dengan mereka..

apapun...

jika ALLAH telah tetapkan aku sama ada dengan si (A) atau si (B) ataupun dengan sesiapa sekalipun aku redha dengan aturannya. DIAlah yang maha mengetahui segala - galanya..

Next to our program


bismillah...

Alhamdulillah bersyukur ke atas ilahi kerana di beri peluang untuk bernafas sekali lagi di muka bumi ini..

syukur alhamdulillah...

pergh!! lama sgt dah x update blog ni.. berabuk da rasenye.. hehe maaf la sem ni agak pax masa terlalu sibuk dengan aktivit sampai semua kerja tertangguh..

tapi bersyukur sangat sebab allah masih lagi memberi peluang untuk aku meneruskan satu lagi program untuk kelab aku sendiri..

semoga keluarga yang di inginkan akan tercapai di dalam kelab orator PRISMA..

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam

Nasihat untuk diri sendiri dan semua :

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan memberikan kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.


Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her/him, you won’t touch her/him.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslim/ muslimah.
Just hold her/him in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way...

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)

p/s : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…

Friday, October 21, 2011

Hai debat



- Debat -

apa itu debat? kenapa nak berdebat? boleh ke berdebat?

apa itu debat?

satu perkataan hasil cantuman 5 huruf yang BERBEZA D E B A dan T kalau dalam English, akan ada repetation untuk "E". debat tu apa? seni bebelan? sukan orang yang cakap nak menang jer ? ILMU? setiap orang ada persepsi yang berbeza. bagi saya, debat yang pertama adalah ILMU.

Kenapa ILMU?

apa maksud Ilmu? pelbagai pendefinisian akan diberi.ramai la yang akan bukak pelbagai kitab semata-mata untuk menjelaskan apa itu ilmu. Ilmu pelita hidup.. ilmu itu cahaya dan sebagainya. Kenapa debat itu ilmu. Saya percaya, debat memberi ilmu, maka ia adalah ilmu. Sebagai pelajar, contohnya saya, mengambil jurusan Pendidikan Matematik serta sains dan Komputer. Hidup dikelilingi nota,rumus serta formula matematik. Tidak dilupakan juga “coding-coding” java script, apatah lagi C++. Kitab falsafah pendidikan juga jangan dilupa. Itulah kitab yang senantiasa perlu dikendong.

NAMUN,

Adakah ilmu dalam hidup saya perlu untuk dilimitasi kepada perkara itu sahaja? Saya juga mahu tahu macam mana pergerakan ekonomi,kenapa kebergantungan dunia kepada US berlaku? Apa berlaku pada bretten wood, Apa yang berlaku dalam krisis ekonomi Malaysia 1998. Siapa George sorros. Itu belum lagi isu berkaitan IMF. Pernahkah anda tahu apa itu IMF. Ya, saya tahu, ia menyebabkan Indonesia gawat sehingga sekarang. Tahukah bagaimana ia boleh Berlaku? Tidak bukan? Namun dalam debat, dengan usul-usul seperti

* · IMF Ibarat Lintah
* · Dunia Perlukan Blok Ekonomi
* · Dewan ini menyokong penubuhan matawang Asean

Dan sebagainya lagi. Dengan usul-usul sebegini, saya yakin dan pasti, terbuka hati kita untuk mencari apa itu IMF, kenapa ASEAN nak buat matawang baru? US tak bagus ke? Apa itu blok ekonomi dan sebagainya.Ilmu. Bukan ilmu berkaitan ekonomi sahaja debat ni, kita akan disajikan dengan berita alam sekitar.Protokol Kyoto.Apakah Itu? Deklarasi Rio? Earth Hour,Owh, hari tutup lampu selama sejam, namun pengisian, adakah kita tahu? Saya bukan mahu katakan orang masuk debat ini semuanya berilmu. Anda silap. Kami yang berdebat ini adalah orang yang sentiasa mahu mencari ilmu. Mahu tahu apa itu ilmu. Kerna, itulah hakikat sebenar ilmu. Tidak pernah punya penghujung. Infiniti. Ibarat petrol kepada kerata, debat pemangkin untuk kita meneruskan lembaran pencarian ilmu. Dalam debat, kita tidak mahu digelar tidak tahu. Kita senantiasa mahu tahu. Betul kan? Sedangkan bercakar dan bercakap dengan kawan dan guru-guru pun kita mahukan pendapat kita diterima, sedangkan dalam debat. Lebih-lebih kalau dalam pertandingan. Namun , pendapat yang bagaimana mahu diterima, pasti pendapat yang penuh dengan ILMU dan HIKMAH. Berbicara tentang ilmu, ia tak akan habis. Masuk soal kedua. Debat itu Seni.

Kenapa SENI?

Seni apa? Seni ukir? Patung apa nak diukir? Debat tidak mengukir patung. Ia mengukir pemikiran. Ya. Ia mengukir pemikiran. Sudah saya katakan, pendapat yang diterima adalah pendapat yang disarung dengan ILMU dan disadur dengan HIKMAH. Bagi saya seni dalam debat menjadikan ia hikmah. Pemikiran akan sentiasa diasak dengan pelbagai persoalan,pertikaian. Andai berdebat tajuk latihan atlet luar negara meningkatkan prestasi atlet(terkenang usul Debat Daerah Kuala Pilah). Selaku kerajaan yang mencadang, pasti akan bermain selamat. Cukup untuk kita katakan, atlet-atlet yang menjalani latihan di luar negara mampu untuk mengharumkan nama negara dengan sumbangan pingat dalam kejohanan sukan seperti sukan sea dansebagainya. Itu kes kerajaan. Namun pasti pembangkang akan tampil dengan seribu satu persoalan, pertama, kalau sebelum menjalani latihan di luar negara, noraseela Khalid dah mampu sumbang emas untuk negara, maka , apa justifikasi Meningkatkan prestasi atlet tersebut? Atau, pembangkang akan bertanya, sukan sea tempoh lalu, noraseela Khalid gagal sumbang pingat,respon? Lihat,Soalan-soalan begini la yang akan ditanya. Tajam atau tidak, bagaimana kita letakkan sebagai kes yang menentukan segala-galanya. Namun sebagai kerajaan, takkan kita nak diam sahaja. Takkan nak tunjukkan kita sudah menyerah kalah? Disaat kita cuba menyelamatkan kes, SENI-SENI setiap pendebat akan tertonjol. Ada yang cantik, diadun dengan penggunaan bahasa yang cermat. Ada juga yang comot,dengan persembahan yang orang kata “nak menipu pown tak-confident” + penggunaan dan penyusunan bahasa dalam “argument” yang berterabur. Namun, itulah yang dinamakan seni. Kita akan ukir. Ibarat mengukir kayu untuk dijadikan replika, diawalnya memang jelas kelihatan comot dan hodoh kayu tersebut dan tiada apa-apa, namun jangan putus harapan. Teruslah mengukir. Simboliknya, samalah dengan kita untuk mungukir pemikiran kita. Makin diukir, insyallah bertambah baik dan cantik. JANGAN DIHARAP RAHMAT ILAHI DISAAT-SAAT AKHIR SAHAJA. : )

sudah tibakah waktu itu?



sudah tibakah waktu itu?



Mungkin juga!!

Tapi,

adakah diri ini sudah bersedia untuk menjadi seorang wanita dalam hidup seorang lelaki?

Sudah bersediakah diri ini untuk melayari dunia rumahtangga yang adakalanya dilanda ombak besar tanpa diduga?

Mampukah diri ini mempertahankan layar yang dibentangkan oleh nakhoda kehidupan rumahtangga nanti?

Mampukah diri ini menjadi seorang ibunda yang mithali dan membentuk keperibadian anak2 ke Jalan Allah..


Ya Allah, masih banyak yang perlu diperbaiki.

Masih Banyak....

Namun, kupanjatkan doaku agar tidak terpesong jauh dari ajaran Mu..

Biarlah diri ini dipertemukan dengan si Dia yang sememangnya tertulis untuk diri ini.


.. Ameen...

rindu itu indah


Bismillahirrahmanirrahim....



teringat sewaktu cuti musim panas, sewaktu itu aku pulang ke malaysia beraya di tanah air, tanah tumpahnya darahku.

baru sekejap ku berada di malaysia, banyak panggilan untuk menjadi guru sementara,..
padehal, cuti sebulan.. dahsyat kan..

sebenarnya aku langsung takde pengalaman bekerja.. inilah pengalaman pertamaku mengaja di sekolah rendah [KAFA] berdekatan dgn rumah ku.

melayan kerenah budak- budak memang letih, tapi seronok..

soalan yang tidak dpt ku lupakan, dari anak muridku adalah :

"ustazah, ustazah da kahwin ke?"
"ustazah dah ade boyfriend?"
"mak, saya kate ustazah cantik.."
"saya suke, ustazah aja saya"



*** hari last aku di sekolah tu..

"ustazah jgnla pegi nanti kteorg rindu kat ustazah"
"tapi klau ustazah nak pegi jugak, xpela"

sedih dan pilu..namun demi cita - cita ke bumi jordan aku melangkah semoga kite di temukan lagi wahai anak muridku~

Andainya lelaki tahu


Assalammualaikum wbt..

Bismillahirrahmanirrahim...


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

*Semoga ada yang memahami.. InsyaAllah....

Saturday, July 30, 2011

ukhuwah itu indah 3

bismillah

Hari ini, aku, aisyah, kak asma, kak nisa, dan raihan.. turun ke markaz lugha untuk mencari kebenaran..

bismillahitawakaltualallah!..kaki kami melangkah..
"rabbi yasir, wala tuasir ya karim".. doaku di dalam hati..

setibanya di sana, ku lihat semua syabab sudah lama berkumpul di tepi markaz lugha.

"sabar ea semua.. insyaallah kita tunggu doktor sampai".. sampuk seorang sahabat..

kami menanti dengan penuh kesabaran.. sebelum itu kami berpesan kepada kawan - kawan yang tidak lepas itu untuk membaca buku atau formula - formula yg ada.. takut - takut doktor bagi untuk menjawab ujian semula..

sementara itu, aku terus bertanya kepada pegawai yang bertugas di situ..

"maalish,..hal duktur omar maujud?" soalku
"la.. mumkin ba'da sa'ah huwa maujud.. balas pegawai arab itu

dengan penuh kesabaran kami menanti kehadiran doktor omar. doktor omar adalah rais markaz lugha di situ..

akhirnya.. saat yang di tunggu - tunggu telah pun tiba. doktor omar telah tiba di pejabatnya.. aku dan beberapa kawan seperjuanganku, aisyah, raihan, firdaus dan juga halim masuk ke dalam pejabat doktor omar untuk berbincang mengenai masalah ini..

kami pun memulakan perbincangan kami :

aku memulakan bicara.. setelah itu di sampuk oleh kawan - kawan yang lain.

"hal..mumkin li imtihan kaman mara' ya duktur?" soalku
"la.. mustahil!, walakin iza alamat sab'a wa arba'in ana usaid".. balasnya

"geram betul aku dengan doktor ni. keras kepala betul entah apa entah dia nak lagi dengan pelajar melayu kat sini".. rungutku dalam hati

"doktor nahnu nurid nasyuf alamat thulab mush najah, bi sier?" balasku lagi
"o.k mafi musykilah.." balas doktor aminah pembantu doktor omar.

kami terus mengikut doktor aminah ke pejabatnya untuk melihat markah kawan - kawan yang tidak lepas. kalau ikutkan qanun tiada seorang pun yang boleh melihat markah melainkan doktor. tetapi nasib kami bertuah, kami dapat lihat markah - markah 5 orang pelajar itu.

"sufyan sab'a wa homsin, syamim sitta wa homsin, azrin sitta wa homsin, asma tis'a wa arba'in, jamil hamsa wa homsin".. terang doktor

"doktor.. hal jaid soh??" sampuk raihan

" syu, jaid!!?".. seolah - olah kemarahan..

kami terdiam seketika..

"ya ALLAH takdelah teruk sangat markah budak - budak ni.. tadi doktor omar cakap kalau 47 dia akan tolong!".. aku bersuara kepada kawan - kawanku

" a'ah la.." sampuk mereka.

" ecah, raihan.. pergi naik pejabat doktor omar balik cakap markah dyorang o.k je! xpe bia aku, firdaus dengan halim setelkan kat sini".. terangku

kami berbincang setika di dalam bahasa melayu. yang pasti doktor langsung tidak memahami bahasa pertuturan kami dan strategi kami.

sementara itu aku, firdaus dan halim berbincang dengan doktor aminah. untuk pengetahuan semua, doktor aminah adalah seorang yang sangat garang dan tegas, kalau keputusan dia A,A lah jawapan dia..

"rabbi ya sir wala tuasir ya karim".. doaku di dalam hati..

kami meneruskan perbincangan :

" doktor, jamil maratai fi mustawa rabi'e, doktor taqul iza man thulab maratai fi mustawa rabi'e, saufa najah fi imtihan. walakin leish JAMIL mush najah?" soalku.

" akid, jamil maratai fi mustawa rabi'e?" soal doktor

" naam, huwa mai'e fi fasal madi,".. balasku

" syuwai".. balas doktor

sementara itu doktor terus menyemak data - data nama pelajar. dan akhirnya doktor jumpa nama JAMIL di dalam satu fail.

" o.k khalas Jamil najah!".. balas doktor

kami tersenyum dan mengucap kesyukuran.. sebelum itu aku cuba untuk berbincang mengenai 4 orang pelajar yang tidak lepas ini :

" syuwai, duktur, mumkin nanhu nurid munaqasyah jaidan ma'aki?" saol kami

" la, la.. mustahil la".. balas doktor aminah

keras betul hati orang - orang arab ni.. bisikku

kita rancang plan sampai C, rupanya dia sudah rancang plan sampai Z.
sungguh teruji di saat itu..

namun kami tetap bersyukur kerana telah berjaya keluarkan seorang kawan kami dari markaz lugha itu..

Apakah nasib dan kesudahan 4 orang lagi pelajar itu?
adakah mereka juga berjaya ataupun tidak?

sama - samalah kita doakan kejayaan mereka..

"UKHUWAH ITU INDAH"

ukhuwah itu indah 2

bismillah

kakiku terus melangkah menuju ke markaz lugha.. semua kertas yang di tampal di dinding aku cek.. untuk mencari namaku..

semua mustawa aku cek.. akhirnya namaku tercatit di bahagian pelaja khirij..
ALLHAMDULILLAH..

mataku merayap ke tempat lain,..melihat siapa lagi yang tidak lepas selain kak asma??
rupa - rupanya ada lagi 4 orang syabab pun senasib seperti kak asma..

tetapi aku musykil,, kenapa JAMIL pun tak lepas jugak? padahal dia sudah dua kali di dalam mustawa robe'..
politik apakah kali ini mereka lakukan? bisikku dalam hati..

setelah puasku meratap satu persatu nama di dinding.. aku terus berjalan pulang menuju ke sakan (asrama). belum sempatku keluar, aku terlihat di satu sudut..

gaya macam aku kenal je syabab - syabab ni.. aku terus mendekatkan diri, telihat salah seorang syabab wajahnya sayu menahan kesedihan..

"eh, jamil, amin, dengan azrul tu.." aku terus menyapa mereka..

"mmm, doktor ade tak hari ni?? kalau ada kite boleh bincang baik - baik dengan doktor kenapa dia tak bagi lepas??" soalku

"semua doktor takde.. dyorang da keluar".. balas amin

" mmm, xpelah kalau macam tu, esok kita turun sama - sama untuk selesaikan masalah ni, esok pastikan pelajar - pelajar yang tak lepas tu ade la.." balasku

" insyaallah.. ana cube kumpulkan".. balas amin..

aku terus beredar dari tempat tu.. sambil tu pelbagai persoalan demi persoalan bermain di fikiranku..

kesian juga apabila melihat kawan bersedih, bagi aku mereka bukan tidak pandai, dan bukan juga pemalas.. mesti ada sesuatu ni! desusku..

setibanya di sakan. aku terlihat, kak asma menangis keseduan. sayu di jauh sudut hati ini.. aku perlu tolong kawan - kawan aku! tegasku di dalam hati..

ukhuwah itu indah 1

bismillah

fasal soifi (musim panas) ini tidak sama dengan fasal - fasal yang lain. kali ini aku melangkah ke satu tapak ke satu tapak ke depan.. namun pada fasal ini, aku di uji sekali lagi dengan satu ujian yang amat perit untuk ku telan.

seperti negara - negara lain, sebelum masuk ke dalam universiti, pasti mempunyai pusat bahasa.. masuk kali ini, aku sudah 3 kali masuk kedalam pusat bahasa tersebut., akibat kegagalan demi kegagalan. aku mencari satu punca serta sebab dan akibat kenapa aku tidak berjaya pada fasal awal dan fasal thani??

pelbagai soalan bermain - main di dalam fikiranku,

"apa lagi yang tidak cukup ni?" desusku dalam hati

sedangkan segala persediaan aku susun dengan rapi..namun kegagalan juga natijahnya..

astagfirullahalazim... aku beristigfar panjang...

berdoa memohon petunjuk dari ilahi, adakah kali ini aku di uji lagi??

teringat kata - kata seorang senior yang mana pada ketika itu aku bersamanya pergi ke IRBID untuk bermain boling..

"fara kene ingat, duduk kat tanah syam ni banyak dugaannya.. kadangkala kita sahaja yg tidak nampak, jangan jadikan ujian itu satu kesusahan, tapi jadikan ujian itu sebagai satu pengalaman! "

tersentak apabila terdengar kata - kata yang keluar dari mulutnya.. ya ALLAH, aku amat berdosa denganmu, aku tidak pernah bersangka baik dengan apa yg berlaku.. ya ALLAH ampunkan aku..

aku meratap kesedihan...rupa - rupanya janji ALLAH itu indah..di sebalik kesusahan aku terima manisnya..

fasal soifi ini, aku tekad untuk keluar dari markaz lugha ini!!
bisikku dalam hati..

ya ALLAH panasnya,, bahang sungguh bumi syam ini tatkala pada musim panas. dengan kudrat yang ada aku melangkah meneruskan perjuangan di sini..

sehinggalah hari peperiksaan akhir..

"alhamdulillah selesai semuanya.. harap - harap lepaslah kali ni" desusku dalam hati
namun di sebalik kegembiraan aku termenung jauh di satu sudut..

"susah jugak soalan tadi.. aku risau kalau - kalau ada kawan - kawan yang tidak dapat menjawab dengan baik".. aku memikirkan kerisauan...

selang beberapa hari kemudian.. result pun di tampal di dinding markaz lugha.. belum sempat untukku ke sana..

tiba - tiba, telefon bimbitku berbunyi. menandakan meseg masuk..

"salam, tahniah fara.. semua akhawat lepas kecuali k. asma'.."

aku tersenyum kegembiraan. dan terus bersiap - siap untuk ke markaz lugha,.. setelah itu bertalu - talu meseg masuk ke inboxku..

"ALHAMDULILLAH terima kasih ya ALLAH".. lafazku dengan penuh kesyukuran..
namun di sebalik kegembiraan itu.. aku sayu apabila teringatkan kak asma. ya ALLAH, sungguh hebat dugaan dia di tanah syam ini..

siapakah MUHAMMAD FARIS AIMAN AL HAKIMI??

bismillah..

haha.. dalam kesibukan dgn exam nilah... kawan - kawan wat hal..huhu ada plak yang bertanya siapakah gerangan si faris ni??

adakah boyfriend? tak pun tunang? tak pun??????????
banyak betol tanda tanya di sini..
saja je nak bagi persoalan kat dalam kepala kawan - kawan sume.. huhu

actuallay faris ni xpenah wujud pon dalam hidup aku, nama ni di cipta oleh aku sendiri untuk my future son.. haha

sedap tak name tu??.. aku berkenan dgn name faris dari dulu lagi.. tp x tawlah akan wujudkah manusia ini atau pun tidak.. hehehe..

so, jgnlah korang kompius2 lg.. i'm still single but not available.. hehe :)

Tuesday, July 26, 2011

DI SEBALIK 9 JULAI

Di sebalik kekacauan perhimpunan bersih, rupa – rupanya kita di tenggelami dan di kaburi dengan berita – berita dunia, yang melibatkan Negara – Negara islam sendiri antaranaya adalah :

1. Perpecahan Sudan.
Kemerdekaan Sudan selatan daripada Sudan menjadikan Negara ini bukan lagi negara terbesar di bumi Africa. Setelah selama 20 tahun mengharungi peperangan saudara antara kerajaan utara yang mana majoritinya adalah Arab Muslim dan selatannya pula yang terdiri daripada pemberontak Kristian, ia berakhir dengan pemisahan wilayah selatan itu daripada kerajaan islam.

Situasinya hampir sama dengan kemerdekaan Timur Timor daripada Indonesia beberapa tahun yang lalu. Peperangan antara kedua-dua pihak melangkaui batas kemanusiaan hingga menyaksikan ICJ mengeluarkan waran tangkap kepada Presiden Sudan Omar Basyhir.
Berita ini disambut dengan kesedihan oleh ummat islam kerana wilayah kristian yang merdeka itu menyimpan kira-kira 80% sumber minyak Sudan. Namun, salah siapa?



2. Revolusi Syria dan Libya.


Pihak pembangkang Syria berpakat untuk tidak menyertai dialog kebangsaan tajaan pemerintah. Hingga kini angka korban di bumi Syam itu mencecah ribuan. Wartawan dihalang daripada membuat liputan, hanya video-video telefon bimbit sahaja menjadi bahan tontonan masyarakat dunia ke atas apa yang berlaku di sana.

Basyar Asad dan konco-konconya Syiah Alawin memang benar-benar menjajah bumi barakah itu. Kini rakyat bangkit dan meneruskan perjuangan menuntut reformasi pemerintahan. Sudah berpuluh-puluh ribu ahli politik dan ulama yang syahid dan hilang sejak pemerintahan singa itu, negara yang dikenali silent kingdom itu kini bergegar.

Berbanding dengan Libya yang dikenakan tindakan oleh Majlis Keselamatan PBB, nampaknya usaha tersebut sukar di Syria kerana mendapat sokongan daripada Rusia dan China. Kesudahannya apa yang berlaku di Syria, Allah sahaja yang tahu.

Situasi yang berbeza di Libya, saat-saat ini, Gadafi masih cuba meniupkan semangat kepada rakyatnya agar menyokong beliau. Dengan seruan jihad menentang kuffar, Gadafi begitu terdesak dengan pemberontak yang diisytiharkan pemerintah yang sah oleh dunia hanya beberapa km sahaja daripada Tripoli.


Apa yang sedang berlaku di atas dunia ini? Kadang kala kita keliru apa yang sudah berlaku dan sedang berlaku, persoalannya disini adakah semua permasalahan ini ada kaitan antara satu sama lain? Ataupun ada dalang di sebalik apa yang sedang berlaku?

AMBIGA SEBAGAI KETUA



Datuk Ambiga juga merupakan peguam kepada Lina Joy yang mana ingin keluar dari agama islam melalui mahkamah sivil. Dikalangan mereka juga ada yang menimbulkan isu bahawa kita memberi penghormatan ataupun berketuakan dengan seorang yang kafir.
Jika di teliti dan di fahami, ada benar juga apa yang di katakan yang mana kita memberi penghormatan tehadap beliau.
Kita perlu ingat,selain wakil hak asasi manusia di PBB, datuk ambiga juga adalah Bekas Presiden Majlis Peguam yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.

Terdapat 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan antaranya :



1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.



2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Di sini jelas sekali, apa yang kita lihat perjuangan ambiga yang mana seolah – olah ingin menghapuskan islam di bumi Malaysia. Berbalik kepada BERSIH sebentar tadi, jika perhimpunan itu berjaya di laksanakan mungkin ada sesuatu yang tidak di duga akan berlaku. Kemungkinan besar ambiga ingin menjadi ketua dalam sesebuah parti. Hal ini, memang tidak logic namun tidak mustahil akan berlaku. Jika kita lihat, di mana beliau berjaya menarik puluhan ribu rakyat untuk berhimpun pada 9 julai yang lalu.

Di sini saya bukan hendak memburukkan mana – mana pihak, namun kita perlu ingat, cara kita bercakap, berfikir serta menyuarakan sesuatu perlulah berdasarkan fakta. Jika di teliti latar belakang Ambiga ini sungguh mustahil untuk kita percaya namun semua fantasi sudah menjadi reality dimana tindakan – tindakan beliau adalah :

1.Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorg wanita islam yg murtad.

2. Menganjurkan forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan org bukan islam masuk islam.

3. Pendokong dan Penggerak IFC (Inter Faith Comission/Suruhanjaya Antara agama) yg pernah mengatakan bahawa perceraian dalam islam adalah zalim dan juga menyokong pluralisme agama.

4. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat islam yang nak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.

5. Penyokong kuat kpd seorng wanita India yg nak mohon jadi peguam syarie, namun permohonan beliau ditolak.

Inilah perjuangan beliau, saya khuatir jika perhimpunan itu berjaya, mungkin akan berlaku sedikit kekacauan di pihak ambiga. Bukanlah saya menyokong kerajaan 100% namun, pada hari ini kita perlu berfikir secara rasional serta menilai dan melihat kes – kes sebegini dari pelbagai sudut. Jangan menerima dan menilai dari satu sudut sahaja.

Mungkin ada cara lain untuk kita atasi, selain daripada berhimpun. ini adalah pandangan saya,saya tidaklah menyebelahi mana - mana pihak, cuma ingin berkongsi buah fikiran bersama. semoga kita semua dapat mencari satu jalan supaya SPR akan terus bersih dari segala - galanya.

TUNTUTAN BERSIH 2.0



Selaku mahasiswa luar Negara, saya berpandagan tuntutan ini adalah satu kewajipan yang patut kerajaan nilai demi kemaslahatan bersama. Lewat ini, kalau kita membaca akhbar ataupun mendengar berita di radio mahupun televisyen, berita mengenai Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 menjadi tajuk wajib. Bagi mereka yang jarang mengambil tahu hal-ehwal semasa, pendek kata BERSIH ini adalah suatu perhimpunan demi menyuarakan 8 tuntutan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah tuntutan mereka:

1. Bersihkan senarai pengundi.
2. Mereformasi undi pos.
3. Menggunakan dakwat kekal.
4. Masa kempen minima 21 hari.
5. Media yang bebas dan adil.
6. Pengukuhan institusi awam.
7. Hentikan rasuah.
8. Hentikan politik kotor.

“SALAH satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal kepada mereka yang telah membuang undi. Tuntutan penggunaan dakwat kekal ini telah disuarakan oleh Bersih bagi tujuan menghalang pengundian dua kali. Amalan ini telah dipraktikkan oleh beberapa negara termasuk India, negara pengamal demokrasi terbesar dunia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada awalnya bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal ini. Malah kerajaan BN yang menang selesa pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 turut mempersetujuinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abdul Raman Suliman dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 5 September 2007 berkata, keputusan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada PRU ke-12 (8 Mac 2008) bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.”

Jika di fikir secara teliti terdapat beberapa isu yang mempunyai keraguan. saya berpendirian terdapat sedikit keraguan di bahagian tuntutan bersih 2.0 iaitu pengunaan dakwat kekal. Pada hari ini saya bukanlah berpihak pada mana – mana pihak. Tetapi setelah di fahami dan di kaji, saya berpendapat pengunaan dakwat kekal masih lagi perlu di kaji.

Atas rasional, saya katakan mengikut kepada factor masyarakat Malaysia yang beragama islam. Jika pengunaan dakwat kekal ini di sahkan. Saya khuatir akan berlaku tidak sah apabila seseorang itu hendak berwudu’. Hal ini kerana pengunaan dakwat kekal itu masih lagi ragu – ragu untuk di gunakan.

Majlis fatwa juga belum memberi sebarang jawapan mengenai isu ini. Mengikut laporan, ujian keatas dakwat kekal perlu di lakukan di tiga buah makmal. Dan setiap ujian di dalam 1 makmal memakan belanja berpuluh – puluh ribu ringgit.

Mahasiswa peneraju masa depan negara

Salam satu Malaysia

Isu bersih di lihat dengan pelbagai perspektif berdasarkan dasar latarbelakang masyarakat yang berbeza. Ada yang melihat bersih mengikut emosi tanpa menyiasat apa motif bersih diadakan, ada yang melihat bersih dari sudut perlembagaan dan undag – undang Negara. Namun segala perspektif dan pandangan itu adalah satu method untuk kita gabungkan, berdasarkan kefahaman setiap individu.

MAHASISWA SEBAGAI PENGERAK

Pada hari ini, kita sudah jelas yang mana mahasiswa adalah satu agen utama untuk mengerakan dasar kemajuan Negara pada masa akan datang.
Berbalik kepada isu bersih sebentar tadi, kadangkala kehidupan mahasiswa yang menjadikan university sebagai hamba, tanpa menghiraukan dunia luar adalah sangat tidak bagus, hal ini kerana sebagai mahasiswa kita perlu mengetahui isu semasa baik di dalam dan di luar negara.

Saya melihat dari satu sudut yang mana ramai mahasiswa kita yang menyokong serta memperjuangkan demostrasi bersih ini. Namun apabila di tanya apakah matlamat serta tuntutan bersih? , mereka diam seribu bahasa.

Mahasiswa inikah yang akan kita lahirkan?

Mahasiswa yang mandom, serta tidak menilai sesuatu berita itu mengikut dasar fakta dan berfikir. Namun mengambil berita itu tanpa membuat sebarang penilaian dan kajian mengenai kesahihan berita tersebut.

Kadangkala sedih apabila melihat kehidupan mahasiswa di luar sana. Mereka suka menerima sesuatu berita yang belum pasti kesahihannya tanpa membuat sebarang kajian dan penilaian.

Itu yang saya dapat lihat, baik mahasiswa luar Negara mahupun dalam Negara sama sahaja tiada lebih dan kurangnya..

setelah di lontarkan pelbagai tomahan yang mana mengatakan mahasiswa mandom, lesu , serta tidak berdaya saing.. mampukan kita sebagai mahasiswa duduk diam sahaja??
bangkitlah wahai anak bangsa! untuk memartabatkan lagi maruah bangsa!

Wednesday, May 18, 2011

alahai student islamic oiii...?!

bismillah.........



dengan nama allah aku membuka tinta blogger ni...kononye nak post sumthink newla.. tp aku xsure la benefit x tuk korg sume,. tp ape pon...juz nak bg perkongsian je..

baiklah... jari aku pon dah menari nari dah ni nak tulis satu artikel yang selalu bermain - main dalam fikiran aku ni..

perkara yg nak aku bincangkan ni bukannye pasal ape pon.. juz menengur kawan kawan di luar sana,. aku bukanlah layak untuk menengur korg sume... tapi.. as a muslim aku perlu untuk lakukan semua itu demi maruah agama aku...

ada dua persoalan kat sini aku nak ajukan kat korg semua...

o.klah persoalan yg pertama :

Dari pemerhatian aku, sebgai seorang mahasiswa islam...

Sebenarnya lah... aku nak tanya sikit la kat student3 kat luar sane tu.. baik dalam negara or luar negara...

kenapa ek, student3 pengajian islam tidak melambangkan ciri2 islam tu?

jgn marah ek, dgn soalan aku ni.. ye! aku taw aku x perfect sgt mcm korg.. tp atas nama satu agama, aku perlu menjelaskan ape yg korg x jelas kt sini..

o.klah kenapa aku tanya soalan macam tu kat korg?? :

dasar pemerhatian akulah, kebanyakannya.. pelajar pengajiannya islam jugalah menyumbang kepada kebobrorokan agam islam itu sendiri.. atas rasional apa aku katekan kt sini :-
1. jika di perhatikan memanglah student islamic ni belajar tentang islam.. tp an,. aku ase blajar klaw tak berkat dan tak ikhlas tak gune gak.. sory la gune bahasa kasar.. tp seriouslly aku nak ckpkan.. dah korg tu taw mna yg haram, mana yg halal lepastu sebok nak berkapel, sebok nak pakai baju tak cukup kain tu pasai pa?

aku tak ckp la semua pelajar islamic wat mcm tu..tp adekan sebahagian student islamic yg wat mcm tu!..

bukan aku nak marah, tp korg pikir2 lah sendiri korg dah besa.. tp aku rase kecewa dan terkilan.. sebb korg ni memang la asal dari sekolah agama kan.. ye la klaw x dari sekolah agama mcm mne korg dpt kos islamic ni kan.. korg belajar kerana ape ek??...
tajdid niat balik ek, muhasabah diri tu.. siapakah kita sebenarnya dan apekah hala tuju kita...

ingat maruah agama terletak pada kita sebenarnya.. kitalah yg bakal pemimpin pada masa akan datang.. jgn belajar kerana terpaksa.. kita juga adalah pendakwah.. !!

2. selesai satu kes... yg keduanya pulak.. aku nak tanya pulak budak2 yg sebok nak belajar kat middle east ni...

o.klah dulu la, tym aku kat skolah aku pikir law nak blaja kat middle east ni kene dpt result gempak2.. law xdpt result gempak kompem xdpt g... tp an setelah aku berjaya ke middle east ni.. tanggapan aku kepada perkara itu meleset..

nak taw x kenapa?? sebenarnyelah.. klaw nak blajar kat oversea ni lakan... korg xyah pikir susah2 pon.. asal ade duit, jalanlah... even result korg x gempak mana pon.. kompem dpt.. tu la.. dunia~~

abaikan perkara tu.. masuk kpd topik asal kita...

persoalan kepd student middle east :

kenapakah allah takdirkan kita belajar di bumi berkat ini??
apakah tujuan dan matlamat kita datang ke sini?

adakah, untuk berkenal kenalan dgn org arab?.,tak pun adakah untuk melancong?, ataupun datang sini, nak usha2 anak dara org pastu kawen!!

hah!! kahwin???.... isu yg best bila nak kupaskan... korg mesti suka la... tipulah kalau dalam seminggu tu x cite pasal kahwin kan??.. bg aku tak salah pun kalau nak mencari pasangan hidup.. tapi.............


banyak tapinya... bukan aku tak sokong pun budak3 yg nak kahwin awal ni, memang bagos.. sebbnya kurglah gejala maksiat tu.. btol x?!

tp, tujuan kita dtg sini untuk belajar!... ( skema sgt la ko ni.. bknnye kt skolah lg, dah kt u la wei..!) .. ye, aku taw la kita dah kat u,, tp aku sedih dgn sikap korg semua.. korg langsung tak peduli apa yg belaku kt dunia skunk!.. o.klah dunia tu telalu besarkan... korg langsung x peduli tentang negara kita..

(dah, kahwin pon boleh pikir la wei..)..ye..memang lepas kahwin boleh pikir pasal negara kita... tp kan, korg ade terbace x, berapa ramaikah org skunk ni, kahwin lepas tu cerai??...

kes baru3 ni, di laporkan seramai 1,135 pasangan yg bercerai usia perkahwinan tak sampai setahun.. persoalannya di sini, atas rasional apakah mereka berkahwin?? adekah sekadar melepaskan hawa nafsu?

faktor2 belaku penceraian di sebabkan tak pandai nak uruskan rumah tangga..

tu baru kes kat terengganu.. kat tmpt lain kite tak kira lagi.. so mcm mane ni.. warga2 middle east??

adekah kamu semua mahu mengikut langkah mereka semua?? nauzubillah..

bangkit warga2 middle east... jgn asyik tidur di baluti hirom yg tebal.. bangkit banyaklagi misi untuk anak bangsa perlu kita lakukan..

semoga misi dan usaha kita mendapt redha allah...

~selamat hari guru ~


selamat hari guru kepada warga pendidik seluruh dunia... tanpamu aku tidak kan berjaya!!.................

especially to cikgu cikgu, ustaz dan ustazah, pensyarah dan doktor di :

1 . tadika kemas...

2 . sekolah kebangsaan salak

3 . sekolah rendah agama kampung giching

4 . sekolah menengah rendah agama nilai

5 . sekolah agama menengah bandar baru salak tinggi

6 . sekolah agama menengah tinggi tengku ampuan rahimah

7 . universiti sultan zainal abidin

8 . universiti al al bayt jordan

seinfiniti terima kasih di ucapkan kepadaa warga - warga pendidik semua.. semoga khidmat kalian di berkati untuk mendidik anak bangsa...

"SELAMAT HARI GURU "

mengisi borang persatuan peguam islam malaysia..

waaaaaa...baru - baru ni persatuan peguam islam malaysia ade wat offer kat pelajar2 timur tengah yg berminat dalm bidang guaman.. aku juga tak lepaskan peluang keemasan ni, untuk mengisi borang tu... tp the prob is... kene wat essay plak.. essay dlm bahasa inggeris dan arab..aish... ni yg aku lemah ni... tp abah pesan..isi je borang tu...wat ape yg dia nak... kita cube... dpt ke xdpt belakang cerita...

...o.k2 abah...angah isi... tp essay aku rase mcm kelakar la.. al maklum la aku ni taklah hebat sgt bi..mcm membe3 aku yg len.. tp neway aku cube yg terbaik... doakn kejayaanku...:)


essay............ kenapa sya layak di pilih ke program ini !...
bacelah... bahasa inggerisku yg tak la sehebat korg..huhu

Why am I eligible for this program.

When dealing with the judicial system of Islam, we can not shy away from dealing with lawyers who defend child sharia law is put to them in the syariah court. Islamic legal system is comprehensive and covers various aspects of life.

The transformation we need to do to achieve efficiency in the legal system. For me, I am eligible for this program because I was a student in the field of fiqh wal motion (Islamic law), in the middle eastern country Jordan. I was also able to speak and communicate in foreign languages, namely Arabic and English.

While in school, I was entrusted to be the leader of the hostel in 2005/2006.Subsequently I was appointed to the ranks as a student council leader (exco settlements and logistics) in 2007/2008. At university I was given the responsibility as a member of the committee on the administration of Islam and Islamic societies in contemporary Islam at the university faculty Sultan Zainal Abidin. Subsequently appointed as Secretary of the club at the university orator Islamic mafraq al albayt University of Jordan.

In addition, I also have been involved in the competition Arabic lectures and forums at the secondary school level. Next, I started looking at the experience of debating club at the university orator Sultan Zainal Abidin. Various bucket on my experience, including the independence debate tournament trophy at the university dean HEPA Sultan Zainal Abidin, until the election contest between the university debate on the king of Malaysia.

Learning activities are not stopped the debate, and I take so I was able to pursue Al al Bayt University of Jordan. in Jordan, I made the presentation ceremony in conjunction with Maal Hijrah debate. Later in 2010 represented the university in the style of parliamentary debate competition, themed "Malaysia an immune appreciation program" the office of Malaysian students at the Jordan.

According to the leadership and experience and skills that I have mentioned, so I think I definitely qualify for the program sponsored post-graduate diploma in collaboration with the association of Muslim lawyers Malaysia lawyers (PPMM). I also hope that this application can be considered.

ape2 pon....dalam essay ni mestila kene banggakan diri kan..even aku tak suka.. tapi nak buat mcm ne..huhuh.. neway semoga permohonan untuk jadi lawyer ni di terima.. amin...

Sunday, May 15, 2011

cita - citaku impianku~






kehidupan ku sering di kaitkan dgn warna warni kehidupan... kadang kala aku jatuh tersungkur...namun aku bangun untuk menempuhi cabaran seterusnya... kawan3 juga turut mewarnai kehidupanku... terima kaseh ya allah...~~~


pengorbanan menuntut ilmu pasti banyak mehnahnya... allah menguji kepada hambanya yg mampu sahaja...


inilah saya..bercita - cita sebagai seorang peguam lagaknya... namun akan ku buktikan cita- citaku sehinga tercapai..amin

Thursday, May 12, 2011

merenung masa depan..

fuh!!! lame gile x bukak blog ni.. rase mcm dah berabuk la plak... sory3 kepd all my fren.. actually... busy sgt la... sory ek..

kehidupan.. sering dikaitkan dgn pengalaman suka dan duka.. saat ini aku lemah tidak terungkap dengan kata2.. itulah kehidpan..

terungkai satu permasalahan tika mana aku di uji... kenapa dunia ini penuh dgn ketidak adilan,, sedangkan allah menyuruh setiap manusia bertindak secara adil dan saksama.. namun dewasa kini ramai masyarakat baik segi islam ataupun tidak mereka sering tidak berlaku adil.. salah siapakah semua ini??

namun kita sebagai pelajar ataupun mahasiswa seharusnya mencari bagaimanakah harus untuk menyelesaikan permasalahan ini..

mencari permasalahan serta menyelesaikannya.. tidak pun berfikir untuk mencari kesangsiannya...

dewasa kini, jika satu persatu kita lihat baik dari segi sudut pendidikannya, politiknya mahupun ekonominya.. kesemua itu harus di kaji semula.. banyak permasalahn yg akan timbul jika apa yg terlaksana di malaysia kini berterusan..

jika kita fikr dari satu sudut, bagaimanakah negara malaysia kini?? adakah sebuah negara islam yg betul2 islam? ataupun islam sekadar nama??... fikir3kan serta renung2kanlah...

baiklah, jgn marah jika saye katekan malaysia islam atas nama!!... kerana ape??? kerana kita lihat, kebanyakan remaja kini bagaimana cara pakaian serta pergaulan mereka?? pergaulan bebas serta banyaknya berlaku penzinaan!! jika di tanya tentang islam?? apa jawapan mereka??!!

masalah - masalah inilah yang akan menyebabkan islamophobia!!... bagaimana kita hendak menarik agama lain untuk masuk islam, sedangkan org yg beragama islam sendiri tidak tahu ape tu islam!!...

mengenai isu agama islam mahu di tukar di malaysia!! baiklah... saye memang tidak bersetuju... tetapi mustahil untuk di ubah kerana malaysia mempunyaai perlembagaan, perlembagaan tidak boleh di pinda oleh sesiapa, hatta perdana menteri sendiri!!..

saya pun memang tidak bersetuju jika islam ditukar,,,tetapi kita harus ingat!! perkara2 yg mendatangkan islamophobia itu sebenarnya datang dari siapa??? dari umat islam sendiri.. kita perlu muhasabah diri kita sebagai umat islam... kemanakah arah tuju kita sebagai hamba allah.. ataupun islam sekadar nama...

saya percaya, kebanyakan org di malaysia kini, islam atas nama.. namun dari segi ibadat langsung tidak berlandaskan islam..kenapakah semua ini harus berlaku??? kemanakah tittle sebuah negara islam itu??!!!!!

kenapa kita perlu marah jika org kristian mahu mengambil alih agama??? saya rasa tidak perlu kot... bukan saya berniat untuk jadikan kristian sbg agama rasmi... tetapi kita harus ingt...jika semua perbuatan kita seperti pergaulan bebasnya, zina, riba, kelab malam, dan pelbagai lagi umat islam lakukan... tidakah perbuatan ini menyerupai orang yahudi????!!!

renung2kanlah... janganlah kita hendak bergaduh sesama sendiri, menuduh parti itu salah, parti itu kafir, parti itu islam... saya tidak mahu untuk menyokong mana2 pihak,,, dan bukannya untuk menjadi rakyat yang di atas pagar... sebagai seorang mahasiswa saya akan lebih banyak berfikir untuk kebaikan negara malaysia kini dan selamanya.....

tepuklah dada, tanya iman anda.. jika mahu malaysia aman sebagai sebuah negara islam sebenar bukan islam sekadar nama!!....

Tuesday, March 22, 2011

cerpen oh cerpen..

mmmmmm,,,semakin hari semakin tenat...hahaha.. mencari mood untuk menulis cerpen semula.. tapi ketandusan idea... bukan kerana apa.. mungkin kerana keletihan.. huhu.. banyak lagi urusan yang perlu di lakukan... asih!!..

pening2... haha... ade lagi 1 bahas untk di selesaikan... tapi entah bile aq nak start pon aq xtaw...hhuhu fara jagn malas!!!!...

aku keliru~~~

Cinta adalah segala – galanya…mmm kadangkala aku keliru dimmanakah aku akan menjumpai kekasih hatiku…aku sering tertanya – tanya.. adakah dia milikku..ataupuntidak?? aku keliru…dan aku cune untuk menafikan diri ini untuk tidak menyukainya..dengan aku beralih arh untuk menyukai org yang Aaku tidak pernah kenali.. mengapakah ini semua berlaku? Aku keliru aku terpaksa telan dan sembunyikan cintaku..kerana ku tiddak yakin yang dia adalah untukku..
Teringat kata – kata seorang sahabt
“jodoh kita semua adalah dekat dengan kita”
Mungkinkah dia? Aku keliru lagi..aku memang tidak mahu untuk memikirkannya.. tetapi kadangkala perasaan itu datang dengan tiba – tiba.. adakah aku harus untuk meleraikan perasaan ini buat sementara?
Mmm..dia memang baik…seringkali mengambil berat tentangku… seringkali memberi nasihat untuk.. seringkali bertukar – tukar pendapat dengan ku.. namun ku tidak yakin dia mencintaiku??
Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali… cukuplah sekadar apa yang pernah berlaku… aku tidak pernah berterus terang dengannya bahawa aku amat menyanyanginya…
Aku tidak minat dengannya? Dan Aku juga tidak menyukainya, tetapi aku menyanyanginya!
Apakah persoalan ini akan berakhir dan bertemu dengan sebuah jawapan yang pasti?
Aku keliru lagi??
Permainan di dalam hidup ini seringkali membuatkan aku tertanya –tanya.. kadangkala aku tersungkur di kala aku bertarung di medan ilmu… dan kadangkala ku tepis segala halangan yang mendatang…
Tetapi kali ini… keadaan keliru itu datang lagi??
“macam mana sekarang?”
Isthikharah demi isthikharah aku lakukan untuk menemui kepastian… namun masih belum ku temui.. mungkin kali ini allah mahu mengujiku sejauh manakah kekuatan iman ku untuk menghadapi ujian ini….

Saturday, March 12, 2011

mencari semangat yang hilang!

pagi ini lepas jer aku selesai solat subuh, aku terus online kat enset aku.. mm macam tu la kebiasaannya.. pagi - pagi lagi aku dah berfikir, macam mane aq nak study ni?? mood aku btol2 hilang..

esok jer nak exam!.. dari pagi aku menatap buku sampai ke petang tapi yang masuk sikit je..?? kenapa jadi macam ni!! aku tak boleh jadi macam ni.. aku bukan belajar kat malaysia aku belajar kat jordan! bisik aku sorang diri"

mm,,nak cite pasal jordan ni sebenarnya banyak lagi ilmu yang aku belum dalami lagi.. sedih pulak rasenya.. tapi aku btol3 tekad nak dalami semua yang ada kat sini..

teringat masa aku terpaksa ghiab sebab nak g lawan badminton.. fisrt game aku menang, masuk game kedua aku jadi ragu2 sebab aku tak sedap hati ghiab kelas! aku bisik dalam hati aku badminton bukan penentu hidup aku!

dan nak di jadikan cerita aku kalah kat second game.. mm xde rezeki nak wat macam mane.. lagi 1 hati aku betol2 tak tenang sebab terpaksa ghiab kelas...

..................................................................

tym abes je exam tanzim hari tu, lepas je kua dari qhoa' di bani hasyim tiba - tiba budak cina kelas kami tegur,
"keif imtihan?"
"mmm,baina baina, mush sukbah wa mush sahil! "
jawabku...
yela memang exam tu pening sketla.. sebab dawair dah ar tulisan kecik3.. pening aq nak bace.. tp alhamdulillah aku boleh jawab...

"ya allah bi sur'ah!"
tibe2 satu suara kat belakang kami.. rupe3nya budak cina tu panggil.. kami pun terpinga - pinga nape dy panggil ni??

"lesh?"
"ila mat'am al an!"
jawab daud budak cina tu..
mm kami dah la xbawak duit.. macam mane ni.. nak tak nak kene ikot gak ni.. mmm kami pun naik teksi sampai ke mat'am..
rupa- rupanya daud nak belanja kami makan tengah hari.. terkejut giler kami...
pergh!! memang terbaiklah.. satu sorang broasted dy belanja.. dah la banyak bende tu.. last2 kami bungkus bawak balik sebab x abes makan..huhu

tapi ape2 pon memang bestla..terima kaseh daud!!

moral : berkawan biar beribu, sebarkanlah ukhuwah di seluruh dunia~~ sesungguhnya islam itu indah...

andai itu takdirnya

Di rumah..

Aroma masak lemak cili api merewang ke seluruh sudut dapur, di tambah santan dan di kacau sehingga betul – betul masak. Beberapa minit kemudian masak lemak cili api sudah tersedia untuk santapan tengah hari ini. Mak begitu tekun sekali,dalam menyediakan makanan untuk kami sekeluarga, sesekali kami berbual – bual semasa memasak.
“mak, senang je kan nak masak ni” soalku
“yela, dari sekaranglah belajar..nanti kalau dah kahwin susah, takkanlah nak bagi suami makan maggi je”..balas mak
“eh, maggi pun sedap apa,” balasku
“budak ni, pandai pulak nak menjawab, lari laki kau karang baru tau,” detus mak
“hehe, ala mak nadia belum kahwin lagi, calon pun tak ada nak pikir kahwin”. Tergelakku
“hah, baguslah kalau macam tu, belajar dulu, dah selesai belajar barulah pikir pasal kahwin” balas mak
“baiklah mak..”
“mmm,yela tu jangan – jangan sudah ada yang berkenan, tapi apa – apa alasan sekali pun mak dengan abah nak kamu selesaikan belajar, lepas tu baru boleh pikir – fikir pasal kahwin ! tegas mak..
“baiklah mak, nadia dengar cakap mak dan abah. Nadia akan belajar sungguh – sungguh.”…
“macam tu la anak mak” makku melemparkan senyuman kepadaku.
Pada tengahhari itu kami sekeluarga makan dengan penuh berselera sekali, kerana lauk masak lemak cili api adalah makanan kegemaran keluarga kami.
……………………………………………………………………………………………………………………………

Kau hadir dalam hidupku

Malam itu seperti biasa aku membuka akaun facebookku untuk ‘berchating” dengan kawan – kawan lamaku.
Cuti semesta ini tiada apa – apa aktiviti yang aku lakukan, hanya sekadar menolong mak di kedai . Lama aku termenung di depan skrin laptopku untuk memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk mengisi kebosanan semasa cuti ini. Tiba – tiba chating facebooku terdapat meseg from king black.
“siapa dia ni??” bisiku sendirian..
Tanpa membuang masa aku membalas mesegnya. Dan terus berkenalan melalui facebook dan dia terus menjadi kawanku yahoo messenger.
Hari demi hari kami berhububung di alam maya. Perkenalan dan berbual dengan Mr king black sangat selesa. Dia sering bertukar – tukar pandangan dan fikiran. Lastas mencetuskan otakku untuk berfikir. Kadangkala kami berbual mengenai pelajaran, walaupun pengkhususan kami berbeza yang mana aku hanyalah seorang mahasiswi diploma pentadbiran dan dia seorang mahasiswa sarjana syariah islamiah, namun itu tidak menghalang bagi kami untuk berkongsi ilmu sesama sendiri. Maka ukhuwah kami pun terjalin walaupun hanya di alam maya namun tiada penghalang untuk kami dalam menjalinkan ukhuwah.
Bukan hanya berkongsi pelajaran sahaja, bahkan kami juga sering berbual – bual mengenai isu semasa yang berlaku kini.
Chat room :
King black : macam mana dengan hadis yang saya bagi semalam? dah baca belum?
Nadia : mmm, saya dah baca, tapi masih kurang fahamlah,..
King black : oh yeke, takpe lah, biar saya terangkan.
Nadia : bagus juga macam tu..
King black : daripada abu hurairah R.A, “rasulullah bersabda, akan datang kepada manusia tahun – tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta di katakana benar dan orang yang benar di katakana berdusta. Orang yang khianat akan di beri pengang amanah dan orang yang amanah di katakana pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ruwaibidhah, sahabat bertanya apakah ruwaibidhah itu? Nabi menjawab, orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai.
Nadia : mmm, kenapa pulak jadi macam tu? Teruknya..
King black : memang teruk, kalau kita teliti betul – betul hadis tu, perkara – perkara yang di sebutkan oleh nabi dah ada dah sekarang, Cuma sedar atau tak je.
Nadia : mmm,betul – betul. Perkara – perkara tu, sebenarnya dah berlaku pun pada zaman moden ni. Inilah yang dikatakan dunia akhir zaman.!
King black : pandai pun, dan inilah yang di katakana fitnah dajjal. Fitnah dajjal adalah fitnah intelektual. Yang mana sesuatu yang sangat abstrak yakni, menukar yang baik kepada buruk dan buruk kepada baik.!
Nadia : dahsyatnya.. masyaallah, semoga kita di jauhkanlah dari fitnah dajjal ! nauzubillah..!
King black : insyaallah banyak – banyakkanlah berdoa, semoga kita semua terselamat dari fitnahnya. O.k lah nadia saya kene out ni.. asalamualaikum
Nadia : waalaikumussalam.


“Mmm,betul jugak ckp Mr king black tadi, macam – macam dah berlaku kat dunia ni, ya allah jauhkanlah semuanya.. amin “ bisikku
……………………………………………………………………………………………………………………………..
Di kampus..

Hari berganti hari, aku dapat rasakan kami semakin akrab, walaupun hanya berhubung di alam maya, namun tidak menjadi penghalang untuk kami berbual - bual dan bergurau senda sesama sendiri. Kadangkala aku membahagikan masa untuk belajar dan hadiah untuk diriku setelah berjaya menamatkan satu bab pelajaran adalah melayari internet, sekaligus berbual – bual bersama Mr king black.
Chat room
Nadia : selamat pagi, uit awal bangun??
King black : selamat pagi, eh, mestilah awal tak macam orang tu !
Nadia : eh, mana ada.. saya bangun awal tau tak?
King black : yeke??
Nadia : yela, kawan saya kata kalau bangun lambat nanti tak dapat suami penyanyang!
King black : oh yeke?.. mm macam mana kalau dapat suami penyanyang tapi tak bertangungjawab?
Nadia : mmm, entahlah, susah pula nak jawab soalan tu..hehe..
King black : gurau jelah, saja je nak tengok awak tu macam mana..
Nadia : nakal ek, mmm sabar je la..
King black : hehe, jangan marah ye.. mm dalam pilihan jodoh ni semuanya di tentukan oleh allah, kita sebagai hamba perlulah berserah dan banyak – banyakanlah berdoa supaya mendapat jodoh yang terbaik.
Nadia : insyallah, mmmmmm…saya ada membaca satu hadis tau, yang membawa maksud rasulullah berpesan “wahai ali, ada tiga perkara jangan di tunda – tunda, apabila solat telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya, dan perempuan apabila telah datang lelaki yang sepadan meminangnya.”
King black : wow, dah boleh jadi ustazah dah ni! .. mm tapi ada kena mengena ke dengan perbualan kita hari ni? Hehe
Nadia : haha, memangla tak ada, tapi saja je, nak bagi juga hadis untuk hari ni..hehe.. maksud hadis tu jika seorang perempuan telah datangnya seorang lelaki yang baik masuk meminangnya maka jangan di tangguh – tangguhkan!
King black : oh, maknanya dah ada calonlah ni?? So, cepat – cepatlah ye.. !
Nadia :eh ke situ pulak, calon tak ada lagilah, macam mana nak kahwin??
King black :oh, ingatkan dah ada calon, tadi, bolehlah saya merasa nasi minyak awak nanti.. hehe
Nadia : hah, dah – dah jangan nak memandai – mandai !..
King black : eh, merajuk pulak dia, saya gurau je tadi, maafkan saya..
Nadia : tau takut!, o.k saya maafkan..
King black : terima kasih.
Nadia : o.klah saya ada kerja ni, saya out dulu.. salam
King black : wasalam
………………………………………………….

Disinilah segalanya tercipta. Aku langsung tidak sedari yang dia telah mengetuk pintu hatiku yang sekian lama tertutup untuk mana – mana lelaki.
Dia hadir bagaikan menyinari kehidupanku. Dia selalu berkongsi ilmu denganku dan memberi nasihat untuk menjadi wanita solehah. Teringat aku pada kata – katanya supaya aku mendengar lagu wanita nyanyian dehearty, dan mengambil ibrah daripada lagu tersebut.
wanita
Kau di gelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja di rindui yang biasa
Malahan adam turut sunyi tanpa hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk di alasi
Bukan dari kepala untuk di junjung
Tapi dekat di bahu untuk di lindung
Dekat jua di hati untuk di kasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi.

Lagu nyanyian dehearty mengusap – usap gegendang telingaku. Seni katanya penuh makna tersirat dan tersurat untuk ku fahami dengan teliti.
“uit mak cik berangan ek?!” Sergah Ilyani dari belakang
“uh, semangat. Nasib baik jantung aku masih stabil ! kalau tak dah masuk icu kau tahu! Aku berpura – pura marah. Ilyani terus tergelak. Aku kemudianya tersenyum kepadanya
“apa yang kau fikirkan ni?” soal Ilyani
“tak ada apelah” balasku pendek
“jangan nak tipu aku, aku tengok dari raut wajah kau pun aku dah tau yang kau ni macam memikirkan sesuatu, cakaplah mana tahu aku boleh tolong”.. Ilyani cuba memancingku
“mmm, macam mana aku nak hilangkan perasaan suka kat seseorang? “Soalku ringkas
“oh, macam tu ke masalahnya, mm sebenarnya sukar untuk memahami soal hati dan perasaan ni, sebab ia melibatkan hati. Dan ada satu hadis meriwayatkan seseorang yang menyimpan perasaan cinta dan memendamkannya dengan menjaga kehormatan dirinya hingga ajal, dia dikira syahid! Ujar Ilyani.
“betul ke?.. dahsyatnya, memedam perasaan pun boleh syahid! Sungguh besar nikmat allah.” Balasku
“mmm, aku rasalah baik kau berdoa dan mohon petunjuk dari allah, mana tahu dapat ketenangan. Satu je aku nak pesan jaga hati kau tu betul – betul dan bantulah dia untuk menjaga imannya!. Doa banyak – banyak kalau ada jodoh tak kemana! Terang Ilyani.
“baiklah, aku dah faham sekarang, terima kasih kerana bagi nasihat kat aku, insyallah aku akan ingat pesan kau tu”. Balasku
“eh, tak payah lah nak berterima kasih, kita kan kawan, mestilah saling ingat mengingati.”
Aku terus melemparkan senyuman kepada Ilyani.
Ilyani terus menyambung kerjanya sebentara tadi sementara aku, terus berfikir mengenai kata – kata yang Ilyani lontarkan sebentar tadi.
“ya allah jika tabahkanlah hatiku ini, kuatkanlah aku untuk menjaga hatiku dan imanku. Jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku, kau jauhilah dia dariku!”
……………………………………………………………………………………………………………………………….


Empat tahun kemudian,

“cik, ada tetamu ingin bertemu dengan cik”
“benarkan dia masuk”
“baik cik”..
Kini, empat tahun sudah berlalu, aku telah pun menamatkan pelajaranku di peringkat tinggi pada dua tahun lepas. aku kini telah pun bekerja di salah sebuah syarikat yang terletak di kawasan Bandar baru salak tinggi.
Semua impian dan harapanku telah pun tercapai . Kini aku telahpun mencecah 25 tahun. Namun belum lagi mempunyai pendamping hidup.
Setelah habis waktu berkerja aku terus pulang ke rumah, laju kereta pacuan empat rodaku meluncur terus ke rumah.
Di rumah aku tinggal bersama seorang kawanku yang berkerja di kawasan yang sama. Selalunya waktu habis berkerja kami adalah sama kira – kira jam 4 petang kami selesai bertugas.
Setibanya di rumah, Ilyani telah pun sampai lebih awal dariku
“uit penat nampak hari ini?” soal Ilyani
“mmm,beselah banyak sikit kerja yang perlu di selesaikan” balasku kepenatan
“dah, jom masuk, pergi mandi lepas tu kita makan, aku dah masak dah untuk lauk malam ni”
“yeke??,,,wow, bestnya.. terima kasih,sayang kau lebih”balasku
“eleh, baru la nak sayang?, dah – dah pergi mandi cepat!”
“baiklah, cik puan”..selorohku
Aku masuk ke rumah dan meletakkan barang – barang ku di tepi katil, dan terus bersiap – siap untuk mandi.
Malam itu kami makan dengan penuh berselera sekali, dengan menu nasi berlaukan sambal sotong sememang makanan kegemaranku.
Selesai makan kami pun berbual – bual di ruang tamu sambil menonton television.
“wei, kau ingat tak mrs king black yang aku cerita kat kau dulu?”
“aah, ingat – ingat, kau macam mana dengan dia?. Senyap je aku tengok?”
“mmm,tula pasalnya, aku pun keliru ni, lepas je habis graduate hari tu, dia ada cakap dia nak kumpul duit untuk kahwin”
“owh yeke, mmm, entah – entah dah kahwin kot, yela sekarang kan dah lebih dua tahun kita graduate.”
“mmm, entahlah betul juga,cakap kau tu, tapi hati aku ni still tak boleh lupakan dialah, lagi pun kita ni orang bekerjaya, lelaki mana nak kat kita, semuanya takut tau tak?”
“mmm,memanglah, tapi doa jelah mana tau satu hari nanti mrs king black kau tu muncul, tiba – tiba dia ajak kahwin, tekejut kau nanti”.
“hahaha, mustahil macam drama bersiri la pula.,hahaha”
“haha, o.k mana tau kan, tu semua allah yang tentukan, kita hanya mampu berdoa kepadanya”
“amin, mmm o.klah wei, jom tidur esok kang bercinta nak bangun, dah la kerja kat office tu macam gunung”
“o.k – o.k jom, aah aku pun banyak benda nak di selesaikan esok!”
“selamat malam”
“selamat malam juga”

………………………………………………………………………………………………………..
Kring………….kring…………….deringan bunyi telefon mengangu tumpuan kerjaku. Kerutan di dahi hilang dan di gantikan dengan senyuman apabila melihat nama si pemanggil. Insan yang selalu di rindui siang dan malam.
“Assalamualaikum mak,” sapaku lembut
“waalaikumussalam, nadia tengah buat apa tu? Sibuk ke?” soal emak
“nadia kat office ni, tengan siapkan kerja sikit. Mak sihat? Abah macam mana?”
“Alhamdulillah, kami sihat. Mmm, sebenarnya mak dan abah ada hal penting nak bagitau kat nadia ni. Nadia boleh balik tak hujung minggu ni?”
“hal apa yang penting sangat tu sampai tak dapat bagitahu dalam telefon?” Seloroh nadia
“adalah ni soal masa depan nadia,hujung minggu ni nadia balik tau”
“yelah –yelah, mak..
“o.klah mak ada keje sikit, assalamualaikum”
“waalaikummusalam”
Setelah memutuskan talian telefon, aku mula berfikir seorang diri mengenai perkara apakah yang ingin di sampaikan oleh emak ku? Soal masa depan? Berlegar – legar persoalan di benak fikiranku. Fikiranku mula melayang entah kemana.
“mmm, perkara apa lah yang nak mak aku bagitau tu, macam penting sangat je!” desus hatiku
……………………………………………………………………………………….
Angin bertiup sempoi – sempoi bahasa. Kelihatan sekumpulan kanak – kanak sedang riang bermain kejar – kejar di halaman rumah. Permandangan pada waktu petang di kawasan rumahku sungguh indah sekali. Aku termenung jauh melayangkan fikiran. Segala beban kerja di office ku lontarkan dan sengaja ku biarkan otakku kosong untuk seketika.
Suasana sungguh damai sekali, namun tidak sedamai hatiku. Mak masih belum menyampaikan hal tersebut. Ingin sahaja meminta emak sampaikan berita sewaktu tiba di rumah sebentar tadi, namun dek kerana aroma sambal sotong kegemaranku membantutkan pertanyaan malah menaikkan selera untuk makan. Aku tersenyum mengenangkan.
“hai, anak dara tak elok senyum sorang – sorang”… sergah emak
Aku terus melemparkan senyuman kepada mak dan abah yang berada di depanku.
“ingat kat sapa la tu?”. Abah berseloroh.
“ish, mana ada, tak ingat kat sapa – sapa pun, Cuma suka tengok budak – budak tu main, teringat zaman nadia masa kecil – kecil”. Balasku
“oh, yeke? Ingatkan teringat kat seseorang tadi”. Usik abah lagi
“eh, hal apa yang mak dan abah nak beritahu hari tu?”
Haji zamri dan hajah mazidah mulai risau. Raut pada wajah mereka sedikit berubah. Bimbang hal yang akan di sampaikan olehnya akan mengangu fikiran nadia. Namun haji zamri yakin nadia mampu menghadapinya dengan matang kerana umurnya juga telah pun mencecah 25 tahun.
“ada orang datang bertanya” abah memulakan cerita
“datang bertanya? Tanya apa?” aku tidak faham
“macam ni, ………..” emak mula menyusun kata.
“ada orang datang merisik nadia”
“siapa?”
“orang kuala Langat. Keluarga encik arif”
“encik arif? Siapa tu?” aku ingin kepastian
“kawan lama abah kamu” ibu mula menerangkan
Aku mendiamkan diri, sambil berbisik dalam hati. “siapa pula encik arif ni, selama ni tak pernah tahu pun abah ada kawan yang nama arif.. aish”..
“mereka datang untuk merisik nurul untuk anak mereka, kalau tak silap namanya farhan”. Abah mula bersuara.
Aku memandang tenang wajah abah sambil tangannya mengapai sampul surat yang abah hulurkan.
“itu gambar orangnya. Nadia fikirlah masak – masak sebelum memberi jawapan. Apa sekali pun jawapan nadia, mak dan abah sokong,” tambah abah.
Malam itu, aku susah hendak melelapkan mata, apa yang di lontarkan oleh mak dan abah pada petang itu sungguh menghantui diriku.
Aku terus membuka laci dan mengambil sekeping gambar yang abah bagi pada petang tadi. Aku terus melihat gambar itu sambil berfikir..
“mmm, siapa dirimu, kenapa kau pilih aku untuk jadi suri di hatimu?”
Pelbagai persoalan bermain – main di fikiran. Teringat semula satu hadis yangku baca pada empat tahun yang lepas, satu hadis yang menerangkan jika perempuan di datangi seorang lelaki untuk meminangnya jika lelaki itu sepadan dengannya maka jangan di tangguh – tangguhkan.
Bagaimana aku harus memberikan jawapan, sedangkan hatiku masih menyintai insan yang bernama mrs king black, walaupun aku tidak mengenalinya di alam nyata namun hatiku mulai terusik apabila dia datang dalam hidupku, membawa segala cahaya dan mendorongku untuk terus berjaya.
“awak, mana awak ni? Kenapa awak terus senyap menyepi. Saya buntu sekarang ni. Saya sayangkan awak, tetapi awak tidak sedar semua itu. Tapi sekarang ni dah ada orang masuk meminang saya. Apa harus saya lakukan. Saya tak nak kecewakan hati kedua orang tua saya. Awak maafkan saya!”
…………………………………………………………………………………………………………………..
“kamu berdua memang sepadan. Bagai pinang di belah dua. Bagai cicin dan permata,” kata ilyani sambil meneliti gambar yang aku berikan.
“yani, jangan main – main ni soal masa depan aku ni!” balasku
“kau suka dia tak?”
Dahiku berkerut dan terdiam apabila mendengar soalan yang di ajukan oleh ilyani.
“orang kata, diam tanda suka. Betul tak?”
“mmm,entahlah, masalahnya aku tak pernah kenal farhan pun, tiba – tiba nak kahwin dengan dia, macam mana tu. Kau tak rasa pelik ke?”
“kenapa kau cakap macam tu?, nadia, allah menciptakan manusia berpasang pasangan dan saling melengkapi bukan?, dan perkahwinan adalah satu proses kita berkenalan tanpa melakukan sebarang maksiat. Ingat tu!”
Aku diam membatu, memikirkan apa yang di lontarkan oleh ilyani sebentar tadi.
“isthikharahlah, insyallah allah akan tunjukkan yang terbaik!.. tegas ilyani.
“baiklah”. Balasku
Tiga minggu berlalu begitu sahaja, kali ini aku mesti yakin dengan keputusanku, keputusan yang akan mengubah masa depanku, dan kali ini aku tidak mahu mengecewakan sesiapa. aku yakin allah lebih mengetahui segala – galanya yang terbaik untukku.
Seperti firmannya di dalam surah al baqarah,
“ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, allah lah yang lebih mengetahui”.
Justeru aku akan berusaha untuk menerima sesiapa sahaja yang telah allah catatkan namanya untuk menjadi pendampingku. Insyaallah.
Setelah aku memberitahu keputusanku kepada kedua ibu bapaku, mereka begitu gembira mendengar jawapan dariku setelah sekian lamanya. Maka majlis perkahwinan kami akan berlangsung pada bulan depan.
…………………………………………………………

Seperti yang di rancang, majlis perkahwinan kami berlangsung dengan penuh meriah sekali. Hatiku berdebar – debar untuk menjadi raja sehari. Ramai tetamu yang hadir pada hari itu.
“aku terima nikahnya nadia bt zamri dengan mas kahwin RM300 tunai”.. lafaz farhan
“sah”…
Dengan sekali lafaz, aku telah pun sah menjadi isteri kepada muhamad farhan bin arif. Jantung ku berdebar – debar semasa acara membatalkan air sembahyang.
“terima kasih kerana sudi menjadi suami abang”. Bisik farhan kepadaku sambil mencium dahiku lembut.
“terima kasih juga kerana sudi menjadi pendamping hidup nadia.” balasku
Selesai sudah majlis perkahwinan kami, kini aku akan memikul beban yang lebih berat iaitu menjadi seorang isteri .
Malam itu, kami sekeluarga mengemas rumah setelah selesainya majlis pada petang tadi. Aku dan suamiku mengemas di bahagian depan rumah.
“sudah – sudahlah tu farhan, ada orang yang kemaskan nanti, kamu tu letih pergi rehat”.. ujar mak
“tak ada lah mak, sikit je ni, sekejap lagi farhan berhentilah.” Farhan melemparkan senyuman kepada emak.
“err, abang”. Suara ku kaku
“ye, sayang.”
“berhentilah, mari sini minum air yang nadia buat ni”.
“o.k sayang.” Balas suamiku
Farhan terus datang dekat menghampiriku dan terus duduk di sebelahku tanpa di pinta.
“mmm, sedapnya, sayang ke yang buat?” soal suamiku manja
“yela, habis sapa lagi.” Balasku manja
“lah, patutlah sedap, manis macam tuannya.”
“eh, ada – ada je abang ni. Mmm, nadia nak tanya sikit boleh tak.” soalku
“boleh, tanya jelah sayang, kalau soalan tu abang boleh jawab abang jawab,” suamiku melemparkan senyuman kepadaku.
“mmmm, macam mana abang yakin yang nadia ni jodoh abang?, mm kenapa tiba – tiba je abang terus nak kahwin dengan nadia, pastu dah la kita tak pernah jumpa dan tidak pernah kenal pun?..soalku panjang lebar
Suamiku tergelak, mendengar soalan yang bertubi – tubi yang kau lontarkan kepadanya.
“hahaha, sebab tak kenal la abang nak kahwin dengan nadia, kan ada pepatah melayu cakap tak kenal maka tak cinta”. Balas suami ku pendek
“mmm, sebenarnya dulu nadia ada minat kat seseorang, tapi nadia tak pernah kenal pun dia. Tapi tiba – tiba dia menghilang entah kemana, nadia sedih sangat, tapi insyaallah sekarang nadia akan cuba menyintai abang sepenuh hati nadia.” Aku cuba berterus terang.
“oh, yeke?..nadia kenal dia kat facebook ke?, dan namanya king black, betul tak?. Soal suamiku ringkas.
“a’ah, mana abang tahu ni?” aku terperanjat dengan apa yang di katakan oleh suamiku.
“sebenarnya abanglah king black tu, mesti nadia tertanya –tanyakan kemana king black tu menghilangkan?. Abang sebenarnya bukan menghilang tapi masa tu, abang di mesir menyambung pengajian dan setelah selesai abang tunaikan janji abang untuk melamar nadia menjadi isteri abang. Tapi sekarang nadia tak perlu risau sebab king black tu dah ada di sisi nadia untuk selamanya”.. balas suamiku.
Aku terkejut dengan kata – kata yang di lontarkan oleh suamiku sebentar tadi.
“ya allah, betulke ni?,, ke nadia bermimpi sekarang.” Soalku meminta kepastian
“betul nadia, pecayalah. King black yang dulu nadia kenal di alam maya, sekarang dah pun ada di depan nadia, dan akan sentiasa menemankan nadia untuk selamanya.”
Suamiku memelukku erat, dan mencium dahiku lembut.
“terima kasih ya allah, kerana segalanya telah kau rancang dengan rapi, orang yang dulu aku sayang telah pun menjadi suamiku”. Bisiku dalam hati.

Wednesday, February 16, 2011

sebuah pengembaraan.

hari ini kakiku melangkah utk berjuang demi ilmu mu..
saat ini aku bertekad utk memperjuangkan agamamu..
dan pada detik ini aku akan terus tekad utk memperjuangkan ilmu ini,
walaupun sesudah mana pun aku akan terus berjuang demi agama ini.
ya allah
saat ini aku amat memerlukanmu,
tempat untkku mengadu,
tempt utku meluahkan segala gala..
ya allah
rahmatilah perjalanan dan pengembaraan ilmu.

Friday, January 28, 2011

perasaan~~

susahnya aku nak tipu diri sendiri,
kenapa aku jadi macm ni..
sering kali menanti - nanti

sudah ku janji dalam hidup ku ini
jangan melakukan kesalahan itu sekali lagi
namun aku tidak terdaya untuk menepis lagi

aku tidak mampu menahan perit yang ku rasa
kenapa aku begini??
sering mengingati benda yang tidak pasti

aku amat lemah untuk menepis semua ini..
kenapa??
persoalan itu sering di timbulkan dalam diri ini
aku tertanya - tanya,
apakah hikmah di sebalik semua ini??

cinta itu datang lagi
kenapa selalu menghantui diri ini?
aku tidak mampu untuk mengungkapkan segalanya

mungkin aku yang bersalah
untuk saat ini,
aku sering berfikir untuk melenyapkan semua itu
dari dalam kamus hidupku

namun tidak ku mampu untuk lakukan semua itu
perasaan itu selalu menghantuiku
selalu menemaniku di kala aku memerlukannya..

aku amat lemah!........
ya allah bantulah hambamu...

Thursday, January 27, 2011

Cerpen Sebenar Jihad Si Musafir Cinta~~

Mungkin pada mulanya agak mustahil untuk aku percaya kerana selama ini memang impian aku teringin untuk melanjutkan pelajaran di Jordan. Dan akhirnya cita cita dan impianku selama ini menjadi kenyataan.pada mulanya agak sukar untuk aku menguruskan segala urusan seperti tiket flight, visa, dan sebagainya. Dengan semangat yg kental aku harungi pelbagai dugaan itu dengan gigih dan kesabaran yang tinggi.aku bermonolog sendirian “biasalah hidup mane yang tiada masalah betul tak??.. Dan ini impianku serta keputusanku untuk pergi ke tanah anbiya meneruskan perjuangan di medan ini..

Tatkala terkenang aku dengan soalan abah selepas aku pulang dari BTN.. “apa kerja yang angah boleh dapat lepas graduate nanti?”..aku cuma tersenyum dan segara menjawab..”soal kerja dan rezeki tu semuanya di tangan Allah,takkanla balik-balik je dari Jordan terus dapat kerjakan. Kita mesti mula dari bawah dulu seprti ustazah dan jurusan agama tidak hanya memokuskan kepada ustazah sahaja sebenarnya banyak je cabang yang kita boleh ceburi”..aku cuba untuk menyakinkan abah.. abah pun mengganguk tanda setuju..aku pandang ke cermin sisi kereta ayahku sambil tersenyum. Kereta serena biru yang di pandu oleh ayahku terus laju menyusuri jalan.

Begitulah pengalaman dalam kehidupan.Mungkin bagi aku ianya adalah satu cabaran dalam kehidupan. dan satu persatu aku tempuhi dengan sabar dan akhirnya Alhamdulillah kerana segalanya di permudahkan oleh Allah..aku bersyukur ke astas ilahi kerana segala urusan ku selama ini di permudahkannya. mungkin allah telah mentakdirkan aku untuk melanjutkan pelajaran di bumi bertuah iaitu Jordan.. Alhamdulillah bersyukur ke atasnya.

Masih segar lagi di ingatanku tatkala kami pelajar – pelajar ke timur tengah menanti surat tawaran dari KPT.surat tawaran pada tahun ini agak lambat di keluarkan aku pun tidak tahu apa masalah yang di hadapi oleh pihak atasan. Apabila call KPT mereka kata pihak Jordan lambat bagi respon. so kami tak boleh bagi sebarang keputusan kepada pelajar – pelajar yang ingin ke timur tengah pada sesi 2010/2011.
Sebelum itu aku masih lagi menuntut di salah sebuah universiti tempatan di malaysia di dalam program Diploma Pentadbiran . Ketika itu aku masih sembunyikan hasrat hatiku ke timur tengah even kawan rapat aku sendiri iaitu Farhah. Sehinggalah aku mendapat panggilan dari kpt mengarahkan aku untuk ke BTN di KLIA. Pada mulanya aku tidak mahu pergi kerana terpaksa ponteng kuliah selama 3 hari. Dan setelah berbincang dengan parents, mereka suruh pulang dan pergi ke BTN.

“mm..mcm mne aku nak buat alasan kat farhah ni jannah?. Aku kene balik!!.. tepinga- pinga jannah bila aku cakap yang aku terpaksa balik..” kenapa pulak ko kene balik mana ada cuti”.. balas jannah.“sebenarnya aku kene pegi BTN untuk pelajar – pelajar ke timur tengah.. sambil tersenyum jannah berkata “betulke fara??..ya allah syukur Alhamdulillah..la dah tukan cita – cita kau dari zaman sekolah lagi, mm oklah tak yah risaulah pasal farhah biar aku yang uruskan”.. “betul ni?? “ soalku menginginkan kepastian.. jannah tersenyum sambil berkata “insyallah..nanti bila da dpt surat tawaran jangan lupa bagitahu aku sudah la.”. “insyaallah aku tak lupa punyalah..” tersenyum lebar aku apabila jannah menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah yang sedang aku hadapi.

Masa berlalu begitu pantas sehingga aku tidak terasa yang ramadhan hampir melabuhkan tirainya. “Pejam celik pejam celik dah habis puasa,persiapan ke Jordan tak settle – settle lagi ni macam mana ni? ?takkanlah aku nak pergi tanpa persiapan.. Aisyah jangan lengah – lengah lagi,nak pergi empat tahun bukan empat hari..”wake up”monologku sendirian..

Maka operasi persiapan untuk ke Jordan mesti di uruskan dengan segera supaya tiada masalah lagi. Satu persatu aku susun supaya tiada yang tertinggal masa hari nak berlepas nanti. Seingat aku seminggu sebelum raya aidilfitri aku turun naik ke shah alam untuk settlekan tiket flight. Biasalah seminggu sebelum raya mana ada pejabat nak layan masing – masing sibuk untuk persiapan raya, aku je yang semangat time – time bulan puasa pergi ke shah alam. Dan akhirnya segala urusan itu aku dapat selesaikan sehari sebelum terbang. Alhamdulillah..
Teringatku semasa di shah alam, aku pergi ke sana seorang diri orang lain sibuk – sibuk raya aku awal – awal pagi dah tecacak di stesen KTMB Nilai untuk ke Shah Alam. Dengan suasana di stesen KTMB yang sesak itu aku redah jua demi perjuanganku ke JORDAN. Setibanya di Shah Alam aku di jemput oleh siti untuk terus ke pejabat JAIS.

Setibanya di pejabat JAIS aku pergi berurusan dengan kerani yang berada di situ, tetapi nasib tidak menyebelahi aku kerana ustaz yang bertugas pada hari itu sedang bermesyuarat, so terpaksalah aku tunggu untuk menyelesaikan urusan ini sehingga jam tempat menunjukkan pukul 1 petang, semasa aku melangkah untuk pulang aku di sapa oleh sepasang suami isteri “adik buat apa kat sini?” soal mak cik itu kepadaku, “ saya tengah uruskan tiket ke Jordan, mak cik pulak buat urusan apa?. Balasku.. “samalah mak cik pun tgh buat urusan tiket bayaran balik untuk anak mak cik”.. terang mak cik itu. “oh yeke, anak mak cik nak sambung belajar kat mana?” soalku kepada mak cik itu ..” isnyaallah kat universiti zaqaziq mesir bidang medic”..” bagusnya, ambil kos medic, Alhamdulillah semoga jadi doktor islam yang Berjaya”.. aku melemparkan senyuman kepada mereka berdua.

“adik datang sini seorang diri je ke?” soal pak cik tu pula. “ a’ah saya datang sendiri sebab ayah busy sikit nak buat persiapan doa selamat sikit kat rumah sebab esok pagi – pagi lagi saya dah nak bertolak ke KLIA”.. balasku kepada pak cik itu. ” esok ke adik nak pergi? Bagusnya pak cik kagum dengan adik, pak cik rasa memang pelajar – pelajar yang nak pergi ke oversea ni memang ada semangat jati yang tinggi dalam diri,tengoklah adik sendiri esok dah nak pergi hari ni sanggup pergi uruskan semua ni sendiri”..sahut pak cik itu,. “hehe, sebenarnya nak settlekan sebelum raya hari tu, tp time tu dyorg busy yelakan sape nak layan time – time nak raye.. o.kla pak cik, mak cik saya terpaksa pulang dulu ada urusan lain yang saya perlu selesaikan, sampaikan salam saya pada anak mak cik ye” aku menghabiskan hujah - hujahku..” baiklah pak cik dan mak cik mendoakan kejayaan adik di bumi Jordan itu insyaallah”.. aku tersenyum dan terus beredar, memandangkan masa telalu mencemburui aku untuk beramah mesra dengan mereka berdua. Aku terus ke stesen KTMB Shah Alam dan segera pulang ke rumah dengan segara kerana ingin menghabiskan mengemas saki baki barang – barang yang perlu di bawa, risau kalau – kalau ada yang tertingal

...............................................................

Tanggal 16 september 2010 adalah masa yang di tunggu – tuggu berdebar rasanya untuk berpisah jauh degan family tercinta selama ini cuma beberapa bulan je ,tp kali ini mungkin perpisahan yang agak lama. Masa bersama family begitu cepat sekali, sukar bagiku untuk percaya rasa bagai kehidupan ini kurang bersama keluarga.

Maklumlah hidup remaja di habiskan di asrama.. masih tergiang – giang suara ustaz Razali semasa berceramah di musolla selepas magrib semasa aku di alam persekolahan “perasan tak kamu semua sebenarnya masa remaja kamu habis di asrama??” aku pun terpikir sendirian betul juga kata – kata ustaz ni, masa dengan family dalam setahun boleh di kira..

Tapi walaubagaimanapun aku bersyukur kerana di hantar ke sekolah berasrama kerana di situlah tempat aku berdiakari dan mengenal erti kehidupan. Bak kata pepatah “alah bisa tegal binasa” maka pergorbanan itu sebenarnya banyak mengajar kita kematangan di dalam kehidupan.

Malam sebelum terbang ke Jordan parent saya mengadakan sedikit kenduri doa selamat. Pada mulanya majlis ini memang tidak di rancang kerana masalah kewangan al maklumlah baru sahaja selesai hari raya aidilfitri. Abah juga risau sangat apabila memikirkan soal duit biasalah jordan bukan calang- calang Negara. Jordan adalah satu – satunya Negara yang mengunakan dinar iaitu perantaran emas sebagai matawang di Negara mereka. Saya berasa sedih kerana telalu menyusahkan mama dan abah. Tapi jauh di sudut hati mama dan abah mereka gembira kerana anaknya ada yang berjaya melanjutkan pelajaran di oversea. tergiang kata- kata abah pada malam itu “duit boleh di cari,angah tak payah nak risau – risau pasal duit yang penting angah belajar sungguh – sungguh”. Aku menundukkan kepala sambil berjanji akan belajar bersungguh – sungguh.





Pada pukul 6.30 pagi bersamaaan 16september 2010 adalah saat terakhir aku di bumi Malaysia. Pada pagi itu setelah selesai solat subuh saya terus bersiap – siap untuk ke KLIA. “angah barang –barang semua da o.k ke?? Jangan ada yang tertinggal” pesan mama pagi itu sebelum bertolak ke KLIA. sepanjang perjalanan saya sengaja menghiburkan hati dan sengaja menyembunyikan perasaan sedih kerana terpaksa berpisah bersama family dalam tempoh yang lama. Empat tahun bukan tempoh masa yang sekejap bagiku pada saat itu mungkin pada masa itu aku masih tidak boleh terima kerana terpaksa berpisah dengan family tercinta, tapi apakan daya perjuanganku masih belum selesai medan perjuanganku di bumi Jordan sedang marak memanggil – manggilku untuk ke sana.

Tepat pukul 10.30 pagi kami terpaksa pergi ke balai berlepas untuk menaiki kapal terbang. Setelah memakai tag nama travel kami di beri taklimat sedikit sebelum berlepas dan membaca doa yang di ketuai ustaz Ramli pegawai JAIS. Pada waktu itu hanya terlintas di fikiranku adalah keluargaku. Abah selalu pesan “ingat jaga solat lima waktu jangan lewat- lewatkan solat”. Masih segar di ingatanku pesanan abah itu, pasti akan ku sematkan di dalam diri ini insyaallah. Dan doa abah dan mama adalah bekalan untuku berjuang di bumi anbiya nanti.

Pesawat gufl air yang membawa kami dari KLIA ke BAHRAIN dan seterusnya ke AMMAN pada 16 september 2010 sepanjang perjalanan saya terasa sepanjang hari siang kerana waktu di setiap Negara berbeza, dan terasa agak letih even menaiki kapal terbang. Rombongan kami transit di Bahrain selama 5 jam. Setelah selesai solat zuhur di bahrain kami pelajar – pelajar di beri pilihan untuk melakukan apa sahaja selama 5jam sebelum pesawat ke Jordan tiba. Masa inilah kesemua pelajar ada yang pergi makan, ada yang pergi online dan saya dan kawan – kawan yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar di airport Bahrain. Setelah habis waktu transit kami, ustaz ketua rombongan kami menyuruh kami berkumpul untuk menaiki pesawat seterusnya untuk ke Jordan.

“Ahlan wah sahlana wa marhaban bikum” Setibanya di amman kami di sambut oleh pelajar senior universiti masing- masing. tapi malangnya senior dari universiti Al bayt telah pulang terlebih dulu kerana flight kami lewat 5jam lamanya.Maka terpaksalah kami tidur di Irbid universiti yarmuok semalaman. Malam itu saya rasa sungguh bertuah kerana pertama kalinya dapat menghirup udara di bumi anbiya. sepanjang perjalanan ke Irbid yang ku nantikan adalah bantal dan tilam kerana terlalu letih seharian di dalam kapal terbang. Malam itu cuaca agak sejuk, dan keadaan sekeliling agak sunyi dan tenang. Keadaan jalan raya di Jordan tidak terlalu sesak seperti di bandaraya Kuala Lumpur. Sepanjang berada di universiti yarmuok tempat transit untuk seketika saya rasa sungguh seronok kerana akhirnya aku sudah dapat menjejakan kaki di bumi Jordan,..



Petangnya barulah ada pelajar senior university Al bayt iaitu ustaz hisyamudin menjemput kami di Irbid dan pergi ke Mafraq medan perjuangan sebenar kami. Masa inilah terasa takut sangat mungkin hendak pergi ke medan perjuangan yang sebenar. Dan kita juga tidak tahu apa ujian yang akan di uji seterusnya. Perjalanan ke Mafraq kali ini sungguh berbeza sekali sepanjang perjalanan adalah padang pasir. Di tepi – tepi jalan Cuma ada pengembala kambing dan unta. Tiada langsung pembangunan seperti perumahan dan bangunan di situ, adapun Cuma satu,dua rumah sahaja di atas bukit.

Saya terkesima, “uisy semua padang pasir, mana rumah?”.

“Kat sini ke tempat kita belajar nanti?”.. sampuk kak iza

Sepi seketika…masing - masing asyik melihat pemandangan sekitar mafraq di tepi tingkap pick up.


kali pertama kami di beri makan roti kubus oleh driver pik up. Pada mulanya saya blurr “roti ape ni? Tak kan nak makan mcm tu je?” soalku.. “entahla makan jela da orang arab ni bagi” jawab atikah semasa di dalam pick up.. dan setibanya kami melalui satu tempat ustaz hisyamuddin menyuruh kami berdoa kerana di tempat itu mustajab berdoa. Lalu saya terus berdoa di dalam hati. Dan jauh di sudut hati aku terasa rindu kampung halaman, tapi demi semangat juang akanku teruskan kehidupan pencarian ilmu ini walaupun sukar sekalipun.

Setelah tiba di Jamiah Al bayt kami di sambut oleh akak- akak senior yang belajar di situ. Kami di sambut dengan penuh kegembiraan oleh pelajar- pelajar Mafraq. Pada mula – mulanya aku di bumi Jordan perkara pertama yang aku rindu kan adalah family. Sedih sangat sehingga hampir setiap malam saya menangis teringatkan family di Malaysia, rasa down sangat pada mulanya, entah kemanakah agaknya hilang semangatku masa itu?? Musykil sungguh ,mungkin saya juga merindui kawan rapatku, Farhah Najihah yang berada di terengganu terasa janggal apabila tiada dia di sisi .” tak taw la macm mana nak teroskan kehidupan dan perjuangan kat sini” monolog aku sendirian. Kadangkala saya rasa down kadangkala saya rasa o.k. Mybe masih baru di sini, insyaallah semoga lama kelamaan saya akan selesa berada di sini.



Teringat kata – kata abang sahabatku sewaktu kenduri doa selamat di rumahku “mula – mula hidup kat sana memang sedih asyik teringat kat family,tapi nanti lama- lama o,kla” ujarnya…memang betul kata – kata abang kirin.. sekarang saya baru terasa sedih kerana terlalu jauh dengan family. Tapi dengan semangat perjuanganku sentiasa berdoa kepada ilahi. Untuk meredakan kesedihan ini. “ya allah kau pimpinlah daku berilah kekuatan kepadaku. untuk hadapi semua ini”. amin



..................................................................................


Pada hari khamis kami betolak ke karak untuk mengadakan orentasi sempena pelajar baru. Perjalanan dari mafraq ke karak lebih kurang 5 jam lamanya. Permandangan sepanjang perjalanan sungguh mengujakan dan apa yang terlihat adalah padang pasir yang terbentang luas. Perasaan saya bercampur aduk, antara gembira dan bangga kerana akhirnya kami Berjaya menjejakkan ke bumi Jordan. Pada mulanya bas kami sesat. Tapi Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke karak juga.

malam itu bas kami di sambut oleh pelajar mutah,, “ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada ikhwah dan akhwat sekalian, selamat datang ke bumi Jordan , ke bumi syam, Arduna Ardh al-ribath.” Kata beliau..saya mendengar suara itu dengan teliti, “mm rasa mcm penah je dengar je suara ni, tapi kat mana ek??” monolog diriku sendirian. Dan aku terus berpaling melihat gerangan siapa yang berkata – kata sebentar tadi. Masyallah ,!! “ni bukan ke syafiq?”

muka saya terus merah padam dan sengaja saya menyorok tidak mempamerkan diri. “ye betullah itu syafiq,tak salah lagi” monolog diriku seorang diri lagi. Lelaki yang sebentar tadi memberi ucapan semasa di dalam bas adalah orang ku kenali. “ya allah hampir setahun setengah aku terpisah dengannya,,mungkin ini suma takdir dalam kehidupan?”..sungguh tidak percaya kerana perpisahan yang dulu saya tangisi sudah kembali terubat.

Mengimbau kisah silam semasa di Terengganu di salah satu university tempatan, waktu itu saya baru sahaja selesai exam bahasa inggeris 1. Ketika keluar dari dewan utama kring…kring satu meseg masuk ke dalam inbox ku capai handset yang berada di dalam beg, dan ku buka “kenapa tak call syafiq semalam?” aku pelik setelah membaca meseg yang baru aku terima datangnya dari syafiq . Tiba – tiba saya teringat pada malam selasa “jangan lupa call syafiq hari khamis ni ada hal penting syafiq nak cakap”. Aku tersentak, dan pelbagai soalan bermain – main di dalam permikiranku.

Tanpa membuang masa aku terus menelefon syafiq untuk mendapatkan kepastian “assalamualaikum,maaf aisyah tak dapat call syafiq sebab busy sangat nak exam, kenapa ni apa yang penting sangat?” Tanya diriku ingin kepastian. “owh yeke aisyah exam, tak pela sebenarnya syafiq da tak ada kat universiti ,syafiq da kat uma ni” jawab syafiq. “syafiq nak pergi mana?” soalku terpinga – pinga. “ syafiq nak sambung pelajaran ke Jordan minggu depan” . berderai air mataku setelah mendengar ungkapan dari syafiq. Sungguh tidak percaya perkenalan kami hanya seketika sahaja, hadirnya hanya menambahkan sedikit perasaan suka duka dalam kehidupan.

“Uits aisyah jauh kau termenung dah jom turun orang – orang kat sana da tunggu kita semua dah tu” sapa siti yang berada di sebelahku, tersedar diriku dari lamuan seketika. “o.klah – o.klah jom –jom kita turun aku pun da tak sabar ni.”kedatagan kami di mutah di sambut dengan meriah sekali oleh pelajar – pelajar mutah. Kami di beri sedikit taklimat oleh senior – senior di masjid Syuhada yang berkisar mengenai air. “belajarlah berjimat menggunakan air, kita di Jordan ni kekurangan air. Mandi jika perlu dan ala kadar, tiga empat hari sekali pun tidak mengapa” kata AJK persatuan.

Haaa! Kami tercengang.

“Sukarnya mengubah tabiat mandi tiga empat kali dalam sehari kepada tiga empat hari dalam seminggu!!”

Pelbagai nasihat yang beliau sampaikan, kami mengangguk tanda faham, dan ada juga yang khusyuk dengan dunia sendiri di belakang

Setelah selesai taklimat kami di bawa pulang ke rumah pelajar – pelajar mutah untuk program tersebut.

“mmm..penat sungguh rasanya” monolog aku sendirian..sesudah tibanya di rumah penginapan kami aku terus meletakkan barang di dalam bilik dan duduk berehat bersama senior - senior. seronok rasanya dapat berkenalan dengan kawan – kawan dari jamiah yang berbeza – beza …kring…kring tiba – tiba handset aku berbunyi..ku lihat di muka skrin handset rupa - rupanya syafiq call.

Terlamun aku seketika, semasa aku meninggalkan meseg di inbox facebook, “salam abang aisyah da sampai Jordan, minggu depan ada orentasi di jamiah mutah, semoga kita dapat jumpa di sana”, beberapa hari kemudian aku lihat ada meseg di inbox facebooku “alhamdullillah akhirnya cita – cita aisyah untuk ke sini bejaya juga, ni no telefon 0773456789 abang nanti kalau ada apa – apa call je abang” . aku baca sambil tersenyum tersipu – sipu sendirian di muka skrin laptopku.

“Aisyah siapa yang telefon tu,nape tak angkat lagi telefon tu?”. Sampuk kak iza

“Opss telupa pulak..o.k- o.k kita nak angkatla ni” balasku sambil tersipu – sipu malu.

Assalamualaikum, ada apa abang telefon aisyah malam – malam ni? Soalku..

Abang tak Nampak aisyah pun tadi, sekarang aisyah tidur di bait mana?

“aisyah ada je kat belakang, aisyah sengaja tak nak bagi abang Nampak, sekarang aisyah tidur di bait umaira, o,kla abang da malam ni esok kalau ada rezeki kita jumpa la ye.. assalamualaikum” aku menghabiskan perbualan.

Malam itu kami tidur dengan lena sekali, tambah – tambahn di selubungi dengan hiram yang empuk. Cuaca pada malam itu agak sejuk kerana musim syita’ sedang merangkak meliputi malam kami.

Kedudukan mutah agak tinggi di atas bukit, di mutah juga hampir setiap tahun akan turun salji. Kadangkala pelajar – pelajar dari jamiah lain akan pulang ke mutah untuk bermain salji. Boleh di ibaratkan mutah seperti kampung halaman kami semasa di Jordan.

keesokan paginya terdengar kokokan ayam mengejutkan kami untuk bangun subuh dan menjalani program seterusnya. “akak, betul – betul macam kat kampung la kak ada bunyi ayam, bestnya”.. sampuk aku setelah keluar dari bilik. “ memangla kat sini kawasan perkampungan orang arab, seronok kat sini tenang je suasananya. Dah cepat pergi bersiap – siap sebentar lagi program da nak bermula,da lah awak tu bersiap macam pengantin” seloroh kak iza memecah keheningan pagi. “baik akak, pengantin nak siapla ni” sambungku menambah kenakalan.. Pagi itu program berjalan seperti biasa, kami pelajar – pelajar baru di tempatkan di masjid syuhada sementara menunggu coaster tiba untuk membawa kami ke jamiah.…

“cepat – cepat coaster da datang” sahut akak senior di tepi jalan..

coaster untuk mengangkut penumpang ke jamiah tiba di depan masjid syuhada dan terus membawa kami ke jamiah mutah..Setibanye di jamiah mutah kami berasa sungguh kagum kerana dengan seni bina yang cantik dan tersusun di atas bukit, Sungguh gah berdiri di atas bumi anbiya.

Subhanallah cantiknya jamiah mutah ini,seni rekaannya sungguh takjub bagi sesiapa yang melihatnya..

Terdetik di hati kecilku “ rasa macam nak belajar kat sini je.”..Tapi takdir allah lebih mengetahui segala – galanya. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, maka aku sebagai seorang hamba perlu bersyukur kerana di tempatkan di Bandar mafraq jamiah al albayt.

Semasa program itu kami diperkenalkan dengan Exco MPPMJ ketika itu di ketuai oleh Muhammad syafiq pelajar mafraq tahun 3. Antara barisan pimpinan ketika itu adalah mohd nabil pelajar irbid tahun 3, muhamad azmudin pelajar mutah tahun 3 dan ramai lagi. Pelbagai slot penerangan mengenai Jordan di terangkan semasa orentasi. Dan di situ jugalah saya belajar mengenal kari ayam yang di masak dengan susu sebagai penganti kepada santan kelapa.

Seterusnya program bersama BKAN (badan kebajikan anak negeri) pun bermula. Pada ketika ini kami di bahagikan mengikut negeri masing – masing. Kring- kring handset aku berbunyi satu meseg masuk ke dalam inboxku..”gerangan siapa agaknya yang mengacau aku time – time program ni” desusku di dalam hati. Aku terus membaca meseg sebentar tadi,

“dia gadis bertudung merah.”. From syafiq

Aku tercari – cari syafiq, rupa – rupanya dia duduk di belakangku sambil memerhatikan tingkah laku ku..

“aiseh, wei cover aku jap..ada orang usha la”..beritahuku kepada siti tanda tidak selesa di perhatikan sebegitu, walaupun jauh aku memang tidak selesa di perhatikan oleh lelaki tambah – tambah orang yang aku kenal.

“sapa aisyah?” terpingga siti melihat gelagat pelik aku

“tolong jela nanti aku bagitahu kat ko”.. setelah selesai program tersebut aku lihat syafiq sudah tiada di tempat duduknya, “mungkin dia ada hal lain yang nak di uruskan” bisikku di dalam hati.

Setelah selesai solat zohor berjemaah, kami bersiap – siap untuk program seterusnya. Sementara itu sempat syafiq call aku menanyakan “aisyah da makan belum ni?” Dan pelbagai soalan di acukan kepadaku , mungkin risau agaknya lihat gelagat aku agak tidak selesa sepanjang program.

Begitu perihatin sekali syafiq menjaga aku, malu juga rasanya kerana perkenalan kami hanya dua bulan sahaja di universiti. Masa yang terlalu singkat dan pelbagai kenangan yang tercoret dengan kesingkatan masa itu.

Masih segar di ingatanku semasa kami terpaksa menolak kereta kancil yang di sewa, gara – gara terlupa hendak mengisi minyak. Kereta itu berhenti betul – betul di depan lampu traffic light. Malu rasanya menolak kereta ke tepi jalan, itulah pengalaman pertama aku dalam hidup menolak kereta yang kehabisan minyak.
Masa itu aku lihat syafiq bersungguh – sungguh menahan kereta lain untuk membeli minyak. Kelihatan jelas terpancar kesungguhan dan keikhlasannya untuk menolong kami untuk sampai ke destinasi.

“sapa yang dapat syafiq ni untungkan kak,” kataku

“kamulah yang untung sebab akak dari tadi perasan dia asyik pandang kamu je,kot – kot dia suka kamu kot” balas kak farhana

“eh, ada – ada je akak ni, mana adalah kita rasa dia mesti da ada orang lain da. Takkan la dia nak orang macam kita ni. Dah tak yah nak berangan” desusku.

“Uit aisyah dah jom program da nak bermula ni” sapa kak iza membangunkan aku dari lamunan. Aku segera bangun menyarungkan kasut dan terus ke dewan masrah untuk program seterusnya.

Petang itu program menara istana takasyi pun bermula. Pada mulanya aku blurr kenapa namanya istana takasyi?.Rupa – rupanya program ini berkisar tentang perjuangan para sahabat terdahulu. Kami di bahagikan kerja mengikut kumpulan untuk menyelesaikan dari cek point satu hingga ke cek point terakhir. Masa inalah kita dapat menilai kerjasama dalam kumpulan dan dapat melihat sejauh mana kita paham mengenai sejarah terdahulu.

Alhamdulillah akhirnya kami dapat menyelesaikan tugas sehingga ke cek point terakhir.

“memang betul – betul mencabar minda kot” rungutku.

“a’ah la,tiba – tiba dia suruh cerita pasal gubra mana la aku tahu,.tahu pun sikit – sikit je kalau tersalah fakta habis kita” sampuk liza rakan kumpulanku. Dia juga adalah pelajar mafraq yang datang ke Jordan awal dua bulan sebelumku. Liza datang ke Jordan sendirian semasa musim soifi.

.......................................................................


Hari ini, hari terakhir program orentasi kami di jamiah mutah pagi – pagi lagi aku bangun untuk menunaikan ibadah wajibku sebagai seorang muslimah, setelah selesai menunaikan solat aku mengemas pakaian untuk di bawa pulang. Kami pelajar – pelajar mafraq di arahkan membawa barang terus ke jamiah kerana malam itu juga setelah selesai program kami akan terus pulang ke jamiah al bayt. Setelah selesai mengemas dan bersiap aku dan rakan serumahku turun ke bawah untuk menunggu coaster yang akan menjemput kami untuk pergi ke jamiah.
“cepat je kan masa berlalu, malam ni kita da nak balik mafraq da, rasa macam tak puas je duduk kat mutah ni”..saya berceloteh
“betul – betul sekejap je rasanya, macam tak pecaya pulak malam ni nak balik rasa macam baru je sampai semalam”.. balas liza.
Pritttttt….prittttttttttt… kedengaran bunyi hon di hujung jalan, rupanya coaster yang di tunggu tiba untuk membawa kami ke jamiah mutah. Ada seorang syabab keluar dan menyebut nama rumah yang akan naik coaster terlebih dahulu. Kedengaran bait busyra di sebut untuk menaiki coaster terlebih dahulu. Aku dan Liza segara mengangkat barang untuk pergi ke coaster tersebut. Tiba – tiba..
“liza, sekejap jangan naik dulu biar lambat – lambat sikit” beritahuku dengan muka yang merah padam.
“kenapa kau ni macam Nampak hantu je, ko o.k tak ni?” balas liza
“eh, aku o,k je. Lambat – lambatla sikit naik, janganla banyak Tanya”. Rungutku kepada liza
“o.k – o.k tuan puteri beta menurut perintah”. Seloroh liza
Kami orang terakhir masuk ke dalam coaster, pada mulanya liza mahu duduk di depan tapi aku menghalangnya. Akhirnya kami duduk di bahagian belakang sekali. Pada waktu itu aku berdebar – debar bagai hendak gugur jantungku ini, kerana syabab yang berada di depan itu adalah syafiq. Aku cuba mengelak untuk dia tidak dapat menghidu kehadiran aku di dalam coaster ini.
Perjalanan dari bait ke jamiah mengambil masa lebih kurang 10 minit lamanya. Suasana pagi di padang pasir sesungguhnya istimewa tidak terungkap dengan kata – kata. Tanah bersih tanpa rumput, meluaskan penglihatan dan mudah sekali menerbitkan rasa kekedirlan diri kepada allah s.w.t.
“jangan termenung lama – lama sekejap lagi kita da nak sampai jamiah ni.” Tegur Liza
Saya tersenyum, memandang sekeliling terlihat wajah kegembiraan di wajah masing – masing kerana program orentasi ini akan berakhir pada petang itu, aku pun bersabar menunggu untuk tiba di jamiah mutah. Pelbagai persoalan bermain di kepala. “Adakah dia tahu yang aku ada di dalam coaster ni?” . monologku sendirian.Dan jauh di sudut hatiku mengharapkan syafiq tidak dapat menghidu kehadiranku di dalam coaster itu.
Setelah sampai ke destinasi untuk kami meneruskan program terakhir kami. Aku terus ber gerak pantas menuju ke dewan masrah untuk mengambil tempat duduk, tiba – tiba.. kring…kring… satu meseg masuk ke dalam inbox..
“wahai sibiru da sihat ke? Makan ubat tak? Tido lena tak? Sejuk tak? From syafiq
“fuyoo,banyaknya dia Tanya mana satu nak jawab ni” bisiku dalam hati
Aku tersenyum sendirian di skrin telefon, rupanya dia dapat menghidu kehadiranku di dalam coaster sebentar tadi. Kalau tidak manakan bisa dia tahu yang aku memakai serba biru pada pagi itu.
“salam abang aisyah sakit kepala..” aku menghantar meseg kepada syafiq setelah habis program istana taksyi pada petang semalam. Cuaca yang agak tidak menentu menyebabkan aku berasa tidak selesa dan sakit kepala. Mungkin dia risau dengan keadaanku, itulah banyak soalan yang di acukan di dalam mesegnya. maklumlah dia bertugas sebagai AJK pengangkutan dan kebajikan. Pelajar – pelajar yang sakit adalah tanggungjawab dia sepanjang program berlangsung.
Aktiviti pagi tu bejalan seperti yang di jadualkan walaupun boring tetapi aku tetap betahan. Biasalah orentasi untuk pelajar universiti mesti input yang di beri dengan pelbagai slot pengenalan Jordan dan berkisar mengenai MSD (Malaysian student department). Badan inilah yang menjadi perantaraan pelajar menguruskan perihal – perihal pelajar di Jordan untuk berurusan seperti cop pengesahan, pinjaman, pertukaran university dan sebagainya.
Ada pelajar yang khusyuk mendengar dan ramai juga yang syahid di atas kerusi. Biasalah program – program seperti ini, pelajar – pelajar yang kurang perihatin mereka akan pandang mudah sahaja dan tidak mengambil berat tentang isi yang di sampaikan.
Petang itu program kebudayaan di jalankan ada kumpulan yang bernasyid, berpantun, berlakon, bersajak. Kumpulan saya di tugaskan untuk berlakon dengan tajuk kedatangan pelajar baru ke Jordan. Tidak semena – mena aku terpaksa membawa watak sebagai seorang pelajar dari sabah datang ke Jordan. Memang merapu sabahlah masa tu.
“sabah bah, kamu suruh aku jadi orang sabah, apa aku nak merapu ni, bahasa sabah pun aku tak penah cakap” rungutku kepada liza
“ko hentam jak,, apa yang kamu tahu kamu sebut yak” seloroh liza
Lawak rasanya, memengang watak sebagai orang sabah. Tapi aku cuba yang terbaik demi kumpulanku. Dan akhirnya kami Berjaya berlakon dengan baik dan menghiburkan hati para penonton. Maka berakhirlah program orentasi 2010/2011 sempena kehadiran pelajar baru ke Jordan. Petang itu kami pelajar al bayt terpaksa pulang ke medan perjuangan untuk meneruskan perjuangan kami yang belum selesai.

Aku sudah terbayang keadaan struktur bangunan jamiahku yang tidak ubah serupa dengan kilang. Segala – segalanya kotak tiada seni langsung seperti di jamiah mutah. Di al bayt semua bangunan baik dewan kuliah sehinggalah sakan semuanya serupa seperti kilang. tetapi yang membezakan hanya bangunan baru seperti bani hasyim, majmak quraisy, dan pejabat naib censolor..
Terkenang aku semasa berjalan bersama hani rakan satu sekolah menengah menuju ke dewan kuliah..
“kau tau tak masa mula – mula aku datang sini aku ingat an kilang, rupanya jamiah” rungut hani kepadaku
“kilang kau cakap, tergelak aku dengar, tula aku ingat an lagi canggih macam kat Malaysia, tapi aku rasa Malaysia la yang terbaik. Tapi perjuangan kita di sini mesti di teruskan biarlah macam kilang sekalipun tetapi ilmu yang di berikan sangat bernilai seperti berlian” balasku..
Kring….kring….tersedar aku dari lamunan sebentar tadi “sapa pulak yang call time busy – busy ni” rungutku.. aku terus memicit butang telefon.
“Assalamualaikum, aisyah da habis program ke?” Soal syafiq
A’ah da nak habis kenapa ye? Balasku,
Abang kat hospital ni hantar pelajar sakit. Rasa macam tak dapat je nak jumpa aisyah, bas datang pukul berapa? Soalnya lagi
“yeke?? (nada hampa)..tak pe lah kalau abang busy, aisyah tak kisah pun, aisyah tahu sapa lah aisyah ni kan..(nada merajuk).
“eh aisyah, jangan la cakap macam tu, takpe lah kalau tak de rezeki kali ni, mungkin hari lain, o.klah abang ada keje nak di buat ni ”. syafiq menghabiskan perbualanya.
akhirnya dengan izin allah bas kami datang lambat, kami terpaksa solat jama’ magrib dan isyak di mutah.. tiba – tiba kelihatan seorang syabab berjalan keluar dari dewan masrah dan melemparkan senyuman kepadaku. Aku tersipu malu dan ingin menyembunyikan senyuman itu kepada kawan – kawanku. Tetapi akhirnya dapat di hidu juga oleh kawan – kawanku yang berada di situ.
“uits suka Nampak, aku Nampak sapa yang senyum kat ko tadi” tegur siti.
“sapa tu pikah?, akak tak kenal pon”..sampuk kak laili
“mak cik, mulut ang senyap – senyap sudah, kak laili takde sapa – sapa pun” aku cuba menyembunyikan

“kak laili dah tahula aku bagitahu tadi..hehe” terang siti

“malu kot, adoi,,kak laili tu abang kita la takde apa – apa pun.” Balasku dengan perasaan malu.

“akak o,k je yang kau merah padam ni apasal?” sergah kak laili

“kita malu la dengan akak,” terangku

“takde apalah yang nak di malukan, biasalah manusiakan akak faham aisyah, aisyah buat – buat biasa je” balasnya.

satu senyuman yang di lemparkan kepadaku sudah cukup terubat kerinduan yang sekian lama terpisah dek kerana mengejar cita - cita. Aku berbangga kerana di kurniakan seorang teman seperti dia kerana dia telah banyak mengajar aku erti kehidupan dan kematangan. Teringat semasa berbual – bual dengannya, ketika itu kami masih menuntut di university tempatan di malaysia.

“ala abang rilex la, ambil diploma pun o.k apa. Nanti umur abang 21 da boleh ambil degree, lepastu baru boleh kahwin”..saya berceloteh kepadanya

“amboi senangnya mulut mak cik ni bercakap, aisyah ingat senang ke? Lepas habis degree tu belum tentu dapat kerja tau, nak bagi makan anak orang apa? Tak kan pasir kot?”. Soalnya

“betul jugak ek, sorila gurau – gurau je tadi, tapi kalau dah tu keputusan abang, aisyah da tak boleh nak buat apa – apa. Semoga Berjaya aisyah doakan”..balasku

Pemikirannya agak matang berfikir membuatkan aku terus berfikir. Aku agak takjub dengannya kerana walaupun dia adalah anak bongsu dalam keluarganya namun pemikirannya tidak seperti anak bongsu. Kebiasaannya anak bongsu terlalu manja dengan ibu bapanya sehinggakan mereka tidak boleh berdikari dengan sendiri selalu mengharap pertolongan dari orang lain walaupun dengan kerja yang senang.


kini saat yang di tunggu – tunggu pun tiba, masa untuk kami pelajar - pelajar mafraq balik ke medan perjuangan sebenar kami. Selepas berpelukkan dan berjabat tangan dengan rakan – rakan yang baru sahaja kenal di mutah, saya melangkah ke dalam bas dengan tenang.

“Bismillahitawakaltu ala allah,.. ke medan mafraq aku melangkah..

Perjalanan pada malam itu sungguh mendamaikan. Namun kelihatan semua pelajar keletihan kerana melakukan pelbagai aktivit dan berjaya menempuhi keseluruh program itu dengan jayanya. Perjalanan yang mengambil masa selama lima jam lamanya menyebabkan kami ada yang tertidur sepanjang perjalanan.

Mata saya asyik melihat suasana di sekitar jalan raya Jordan. Jordan tidak seperti Negara arab yang saya bayangkan. Tiada pohon tamar , tidak ramai yang berjubah , dan lebih menakjubkan saya tiada motosikal!.

Kebiasaanya di Malaysia motosikal menjadi pengangkutan utama selepas kereta, tetapi tidak seperti di Jordan, di sini mereka akan memandang aib kepada sesiapa yang membonceng motosikal, lebih – lebih lagi kaum wanita. Motosikal hanya di gunakan oleh syurtah – syurtah di Bandar – Bandar besar seperti Amman.

Jarang juga melihat wanita memandu kereta di lebuhraya. Mungkin kerata di sini kaum lelaki sangat mengihtiramkan para wanita. Sedangkan wanita yang berbasikal juga akan di pandang aib oleh mereka. Maka kadar kematian jalan raya adalah berkurangan berbanding di Malaysia kebanyakan para pembonceng motosikal yang di gelar “mat rempit” mati katak di jalan raya.





Kami tiba di mafraq tepat pada pukul 11.20 malam waktu Jordan. Jelas terpancar keletihan di wajah para peserta orentasi. Pada malam itu aku cuba untuk menghubungi aiman untuk memberitahu yang kami sudah sampai ke jamiah dengan selamatnya. Tetapi aku tidak berjaya menghubunginya mungkin sibuk agaknya.

“oh, baruku teringat dia terpaksa menghadiri program hari raya yang di sambut untuk pelajar – pelajar mutah malam ni, ” Bisiku dalam hati.

Saya meletakkan barang – ke dalam bilik dan mengeluarkan baju – baju kotor untuk di rendam. aku mengenakan pakaian tidur dan bersiap – siap untuk tidur. Tiba – tiba.. kring…kring…. Handsetku berbunyi, menandakan ada satu panggilan masuk, lalu ku picit butang telefon..
“assalamualaikum aisyah, maaf abang ada program tadi, aiyah da sampai mafraq ke?” Soalnya

“waalaikumussalam, owh yeke takpela, aah aisyah da sampai mafraq” balasku

Kami berbual agak lama pada malam itu, dan pelbagai soalan di acukan kepadaku. Salah satunya adalah.

“kenapa aisyah pilih al bayt, tak mutah?”..soalnya
“susahnya aisyah nak jawab soalan tu, mungkin belum tiba masanya untuk aisyah jawab kot”. Balasku.

Mungkin persoalan yang di tujukan ini akan terjawab bila tiba masa dan ketikanya. Untuk saat dan detik ini aku masih tidak boleh menjawab persoalan yang di acukan kepadaku.

“o.kla aisyah, abang tunggu jawapan dari aisyah je, abang da nak tidur ni, jaga diri elok - elok assalamualikum”. syafiq menghabiskan perbualan.

“insyaallah kalau aisyah dah sedia, abang pun jaga diri elok – elok. Waalaikumussalam”. Balasku di akhir perbualan.

…………………………………………………………………………………………….......
Sewaktu di Malaysia,

Aku merenung kembali setelah syafiq pergi jauh meninggalkanku. Aku menangung sedih bersendirian tiada siapa yang tahu. Aku tetap bersabar menghadapinya dengan sendiri tiada siapa yang tahu bagaimanakah peritnya perasaan ini. Semasa aku masih di Malaysia teringat pada suatu hari aku cuba untuk menlenyapkannya dalam kamus hidupku.
Malam itu aku melayari internet seperti biasa, sambil meninjau – ninjau “wall” di “facebooku”. Tiba – tiba ,

Dia : salam….. tengah buat apa awak?
Saya : ??? wasalam.. tengah duduk – duduk je.. boleh tahu tak ni siapa?
Dia : eh, maaf saya pun tak kenal awak. Tapi bolehkan kalau kite jadi kawan?
Saya : o.k boleh je.. selamat berkenalan.. 

Pada malam itu,dan saat itu tanpa ku sedari ada sesorang yang akan mengubah kehidupanku yang dahulunya suram, gelap gelita , tanpa cahaya tetapi hadirnya dirinya kehidupanku bersinar semula bagaikan pelita mendapat minyak gasnya.
…………………………………………………………………………………………………


Seperti biasa aku membuka akaun facebookku untuk ‘berchating” dengan kawan – kawan lamaku. “ Cuti semesta yang membosankan” desusku. Lama aku termenung di depan skrin laptopku untuk memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk mengisi kebosanan semasa cuti ini. Tiba – tiba chating facebooku terdapat meseg from kau aku.
“siapa dia ni??” bisiku sendirian..
Tanpa membuang masa aku membalas mesegnya. Dan terus berkenalan melalui facebook dan dia terus menjadi kawanku di yahoo messenger.
Disinilah segalanya tercipta. Aku langsung tidak sedari yang dia telah mengetuk pintu hatiku yang sekian lama tertutup.
Dia adalah seorang mahasiswa dari universiti al azhar mesir, yang mengagumkan aku dia adalah seorang pelajar jurusan syariah di salah sebuah universiti tertua di dunia. Bukan calang – calang orang yang boleh memasuki ke universiti ini tanpa mempunyai kecekalan dan ketabahan yang kuat.
Al azhar adalah salah sebuah universiti yang tertua di dunia. Ia merupakan university kedua tertua ditubuhkan yang masih beroperasi selepas universiti al Qarawiyin. Universiti al-Azhar dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa dulu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang islam termasuk pendidikan.

Hari berlalu tanpa ku sedari detik – detiknya berlalu dengan pantas. Pada waktu itu hampir setiap hari kami “berchating” dan saling bertukar – tukar pendapat mengenai isu semasa.
Hatiku terhibur apabila dia begitu petah melayan kerenahku yang masih keanak – anakan ini.
“aisyah, belajar kat mana?” soalnya
“aisyah belajar kat dalam Negara je, tak macam farid pandai” jawabku
“eh, tak adalah semua orang pandai, farid ni pun rezeki je tuhan nak bagi belajar kat sini” balasnya
Keakraban kami semakin utuh, sehingga tidak menyedari yang 2009 hampir melabuhkan tirainya. Kini 2010 hampir menjeguk untuk menaiki tahtanya. Kini usia kami semakin meningkat dia sudah pun memasuki alam 20 an dan aku masih belasan tahun.
Kami menjalani kehidupan seperti biasa. Aku sering tertnya – Tanya kenapa aku boleh menerima dia untuk hadir dalam hidupku sedangkan dia tidak pernah aku kenali. Pada suatu hari tiba – tiba
“buzz”
“uit, “ sapaku
“buzy ke?. farid ada soalan ni?”
“tak lah, aisyah xbusy pun, mm ape soalannya?”
“apa pendapat aisyah tentang kahwin?”
“aik,?? Macam pelik je ayat tu? Farid nak kahwin ye?
“eh, tak adalah, farid nak mintak pendapat aisyah je?
“entahlah, bagi aisyah kahwin semasa belajar tidak perlu kot, sebab kahwin memang seronok tapi kehidupan selepas kahwin tu banyak lagi cabarannya. Farid kene ingat tu bukan senang nak pikul satu tanggungjawab dan amanah yang besar ni”.
“wow, panjangnya aisyah bersyarah, baik ustazah, farid faham”
“tak adalah ini Cuma pandangan aisyah je, orang lain tak tahu macam mana”
“o.k”
Aku menghabiskan perbualanku di yahoo messenger, terus aku sign out messenger dan terus tidur.

Hari demi hari aku tertanya – Tanya :
“farid siapa pun engkau?, mengapa aku rasa begitu padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu,membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menangung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkan dirimu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di dalam hatiku, sedang citaku hanya satu. Menjadi suri di hatimu” desus hatiku.

“hei, makruh senyum sorang – sorang”.. tegur najihah, bergurau.
“merepek je ko ni, mana ada hukum kata makruh senyum sorang – sorang. Buku fiqh mana kau belajar ni?”
“eh, semestinya buku fiqh ciptaan aku” selorohnya.
Tersedar aku dari lamunanku.
“sorylah, tadi aku mengelamun sekejap”.
“mm, dah agak dah, fikirkan sapalah agaknya kawan aku ni, fikir pasal prince tom yam ko ke?”
“aish, tau – tau je ko ni, bocor sudah rahsia aku” aku buat muka
“eleh, ko kawan aku la, semua kat fikiran kau aku boleh bace, dah tak payah nak sembunyi – sembunyi lagi dari aku”
“oh, yeke kau dah tahu aish, malunya aku” merah padam mukaku
“eleh, habis tu kau pikir apa?? Kalau tak fikirkan prince tom yam kau tu?”
“entahlah jiha, aku sebenarnya keliru sekarang, satu – satu datang makin tak paham aku, mmm”
“oh, yeke mmm, macam nilah aku rasa baik kau tak yah fikir semua tu, kita tenang – tenang dulu ni baru satu masalah yang datang, kalau ada banyak lagi tak kan kau nak selesaikan dengan termenung je?”
“o.klah, terima kasih,ni yang sayang ko lebih ni” aku melemparkan senyuman kepada najihah
“oh, baru nilah nak sayang aku? Ni yang nak merajuk ni”.. najihah buat muka
“hehe, takdelah sebenarnya lama dah sayang kau tapi malu je nak cakap” aku gelak besar.
“yela – yela, aku terima. Mmm, ingat satu je pesan aku, sepertimana firman allah di dalam surah al baqarah ayat yang bermaksud allah tidak akan menguji hambanya jika hambanya itu tidak mampu memikul bebanan itu. So, orang – orang yang terpilih je allah akan bagi ujian, dan ujian itu sebenarnya mengajar kita hidup dan erti kematangan dalam kehidupan”. Sambung najihah.
“baiklah, jiha aku paham sekarang, aku akan tempuhi ujian ini dengan sabar”.
Aku tersenyum mendengar kata – katanya sebentar tadi, dialah najihah sahabatku dunia akhirat. Aku suka mendengar kata – katanya, penuh hemah, sarat hikmah. Dialah yang banyak membantuku. Dialah pencetus semangatku. Dialah sahabt yang menerangi jalan yang kelam. Sebagaimana kata – katanya sebentar tadi, tidak semua orang akan di uji dengan ujian allah, dan tidak semua orang mampu untuk di uji dengan bebanan sebegitu, tetapi Cuma manusia yang terpilih sahaja allah akan menguji dengan ujian berdasarkan kemampuan hambanya. Terus aku menjadi tekad dengan pendirian aku, aku mesti bersabar!
Najihah kembali menyambung kerjanya. Aku masih seperti tadi memikir – mikirkan apakah sebenarnya yang berlaku pada diri ini. Aku bagaikan tidak keharuan.
“tenanglah wahai hati” bisikku dalam hati kecilku.

………………………………………………………………………………………………..
Aku hanya seorang insan biasa, cukuplah di kenali sebagai Aisyah. Aku bukanlah berasal dari keluarga yang punya latar belakang yang alim dan warak. Bahkan aku juga tidak berperwatakan seperti orang yang alim. Tetapi aku bersyukur kerana di kurniakan keluarga yang masih menjaga amalan kami sebagai seorang muslim. Dan aku juga bersyukur kerana di kurniakan ibu bapa yang masih ingin mendalami dan ingin menyelami ilmu – ilmu syariah islam.
“terima kasih allah” bisikku.

“Aisyah ! cepatlah kita dah lambat ni,” jerit najihah
“Ye, sekejap dah nak siap dah ni”. laungku
Aku terkocoh – kocoh mengenakan tudung berwarna putih sementara kakiku cepat menyarung stoking. Terus aku keluar dari bilik melangkah untuk pergi ke kuliah.
Pagi itu aku kelewatan kerana keletihan di sebabkan program – program di universiti. Hampir setiap hari aku mengunci alarm di handsetku, entah mengapa tiba – tiba hari ini aku langsung tidak mendengar alarmku berbunyi.
Kami terus berjalan kaki menuju ke kelas untuk kuliah hari ini. Setibanya di kelas aku terkejut kerana tiada sesipa pun yang datang Cuma sekumpulan kecil pelajar sahaja yang hadir.
“mana yang lain?” soalku
“tak sampai lagi la.” Balasnya
Aku melihat jam tangan di tangan kananku dan terus berkata
“dahsyat betul, aku ingat aku orang terakhir tadi yang datang ke kelas , rupanya ada lagi yang lambat”.
“mmmm, biasalah tu, sama ada bangun lambat atau bersolek lambat” balas jiha.
Tepat pukul 8 pagi kelas berjalan seperti biasa, ruang yang kosong sudah di penuhi dengan pelajar – pelajar yang baru sahaja hadir. Pensyarah memulakan kelas dan mula bersyarah mengenai subjek usul fiqh pada hari itu. Walaupun agak sukar pada mulanya untukku memahami subjek ini. Namun lama kelamaan aku jadi jatuh cinta dengan subjek usul fiqh di sebabkan banyaknya hukum – hakam yang belum aku ketahui.
“wei, kelas dah habis jom pergi makan aku dah lapar sangat ni”. Soal anis sahabatku
“mmm, jomlah aku pun sama lapar ni.” Balas jannah
“o.klah kalau macam tu korang – korang semua laparkan? Jom kita pergi kafe. Kafe mana nak pergi ni? Soalku
“kafe baru jelah, kau ni macam tak biasa” balas jiha.
“baik, boss” selorohku
Kami berenam iaitu aku,najihah, syahirah, anis, amalina, jannah pergi ke kafe untuk mengisi perut kerana kelaparan.
Pada hari itu aku memilih nasi ayam sebagai makanan tengah hariku, lalu menyelok saku mencari wang kertas RM5. Tangan kananku menghulur wang kepada seorang lelaki yang bertubuh tinggi. Selepas baki duit bertukar tangan, aku terus beredar dari situ. Rimas dengan pelajar – pelajar yang ramai ingin membeli makanan.
Tiba – tiba mata kecilku terlihat pada satu sudut.
“uit,jiha macam ada iras – iras farid kan?” soalku
“yang mana satu? Kau ni kemana saja farid” desus najihah
“tak delah cuba kau tengok betul – betul” balasku
“mmm, a’ah adalah sikit – sikit iras prince tom yam kau tu”
“hah, kan aku dah cakap, ingat aku mabuk sangat ke dengan prince tom yam tu” selorohku
“o.k – o.k aku yang salah” ketawa najihah kecil.
Tiba – tiba….
“Jiha, aisyah copeklah hah eden dah lapar ni” laung lin
“yola – yola, den datang ni” balas jiha
Kami pun beredar dari situ dan terus pergi ke meja untuk menikmati makanan tengah hari iaitu nasi ayam dan sahabat – sahabtku yang lain memilih pelbagai makanan yang ada di jual di kafe itu.
Keakraban persahabatan kami makin akrab walaupun tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum ini dan mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun semua itu tidak kami persoalkan dalam menjalinkan persahabatan.
Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang banyak membantuku dalam menghadapi ujian yang mendatang. Merekalah yang selalu mendampingku di kala aku bersedih, di kala aku kesusahan. Teringatku semasa syafiq pergi jauh meninggalkanku. Kawan – kawanku yang banyak memberi semangat untukku meneruskan kehidupan ini. Walaupun aku hanya kenali syafiq Cuma beberapa bulan namun kesannya cukup mendalam dia banyak memberi nasihat untukku supaya berubah menjadi wanita yang solehah.
Namun setelah syafiq pergi jauh, Cuma beberapa kali sahaja dia menanyakan khabarku di email.
“mungkin dia sibuk kot” desusku dalam hati
…………………………………………………………………………………………………
Grrrrr…………grrrrrrrrrrr…. Handsetku bergetar
“eh,sapelah yang bagi meseg kat aku petang – petang ni” berontakku
“salam,
Perjumpaan bersama senior sem 3 petang ini di foyer asrama” dari nazirul
“aish,kacau betul aku nak rehat petang – petang ni”…rungutku..
Petang itu tanpa membuang masa aku pergi ke foyer asrama untuk perjumpaan bersama senior. Pada mulanya aku tertanya – tanya “kenapa ada perjumpaan??” soalku
Rupa – rupanya, senior semester 3 hendak mengadakan program sempena perpisahan bersama senior semester 6. Setelah mendapat persetujuan ramai untuk mengadakan annual dinner bersama senior semester 6, bertemakan hitam merah di hotel beach resort kuala Terengganu.
pada mulanya kami tidak setuju untuk mengadakan program ini kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti di universiti. Tetapi demi senior kami korbankan juga untuk kali terakhir perjumpaan kami bersama mereka sebelum graduate
hari berganti hari, program annual dinner bersama senior yang din anti – nantikan itu sudah tiba, pada malam itu , sementara hendak bersiap – siap, sempat aku mengusik kawan aku
“jiha, awatnye macam berdebar – debar je ni? Macam nak pergi kahwin la pulak” gurau ku
“dah kau tu macam pengantin..hahah” balasnya
Tergelak besar kami pada malam itu. Pada malam itu aku mengenakan jubah berwarn hitam merah dan kawan – kawan yang lain ade yang mengenakan baju kurung tradisional.
Setelah sampai ke hotel, kami di sambut dengan penuh meriah. Pada malam itu aktiviti berjalan dengan lancar sekali. Dan masa yang dinanti – nantikan adalah senior semester 6 untuk membuat persembahan buat kali terakhir mereka sebelum konvo. Tiba – tiba mata ku terpandang kepada sesuatu sudut sambil berkerut – kerut dahiku berfikir.
“iras siapa muka senior aku ni??, macam penah jumpa dia, tapi dekat mana ye?? Aku keliru
“uit, mak cik, kenapa muka berkerut - kerut tu??” soal najihah, sahabatku.
“tekejut aku, kau ni lain kali bagi salam dulu, aish kacau aku tengah feeling.” Gurauku
“eh, sory – sory, asal kau ni aku tengok macam hilang suami je?” sampuk najihah
“ceh, macam mana suami aku nak hilang, kahwin pun belum lagi..haha.. bukanlah aku jadi macam ni sebab, kau tengok sana tu, penah nmpak tak mamat tu?” soalku
“yang mana satu ni ramai sangat tu”…soal najihah
“yang pakai baju melayu merah ala – ala melayu terakhir tu la, nmpak tak?, aku rasa macam penah Nampak dia tapi dekat mana ye? Balasku
“oh, Nampak – Nampak, sekejap aisyah, aku tengok pun macam aku pernah Nampak dekat mana ek?” …mmmmmm… hah! Ni lah yang kita Nampak dekat kafe hari tu ingat lagi tak? Yang kau kata mamat ni macam prince tom yam alam maya kau tu?” Celoteh najihah panjang lebar.
“yeah! Betul – betul, mamat ni la yang kite Nampak hari tu kat kafe, aku ingat.. mmm.. terkejut aku, punya lah aku fikir lama – lama tadi. Aku ingatkan prince tom yam aku. Tapi tak logic sebab prince tom yam aku dekat mesir. Tak kan dia nak datang annual dinner kita ni!”.. balasku.
“haha, betul – betul, tak ada kena mengena kalau prince tom yam kau nak datang. Majlis ni untuk course kita je”..sampuk najihah
“a’ah, ye tak ye jugak, sengal aku ni..hahaha”
Kami ketawa terbahak – bahak selepas berbual mengenai isu sebentar tadi. Pening juga aku bila memikirkan kerana muka senior aku ini ada iras – iras farid yang di gelar prince tom yam alam mayaku.
……………………………………………………………………………………………….


Angin mulus berdesir lembut, mengelus wajahku, terasa dingin. Suasana hari jumaat yang tenang sekali terasa mendamaikan begitu, sejuk bayu terasa meresap ke kalbu, membelai atma. Alangkah tenangnya, baru perasaan itu meresap ke dalam jiwaku. Pagi itu aku berfikir sungguh indah ciptaan allah, dan allah sangat sayangkan hamba – hambanya. Segala – galanya punya rahsia di sebalik kejadiannya. Aku terleka melayan perasaanku. Aku tersenyum sendiri, alangkah damainya.
“hei, kenapa tersengih sorang – sorang ni aisyah?” sampuk jannah
“aish, kau ni kacau aku tengah feeling”..balasku
“kau ni banyak berfikirlah. Kenapa ni?” soal jannah
“entahlah, aku lihat semua ciptaan allah ni ada rahsia di sebalik kejadian, betulkan?? Macam tu jugak dengan masalah hati dan perasaan aku ni, mungkin ada rahsia di sebalik apa yang berlaku, betul tak? Soalku
“betul – betul, pandai pun kawan aku ni, dah – dah , aku ada sesuatu ni, kau dengar lagu, mungkin akan lebih tenang sikit kot” balas jannah
“lagu apa pula ni??” soalku
“dengar je lah lepas ni baru tahu” balas jannah
“o.k nanti aku dengar, terima kasih”..aku melemparkan senyuman
“sama – sama”
Jannah terus beredar dan menyambung kerjanya sebentar tadi. Aku terus mencapai mp3 ku untuk mendengar lagu yang jannah berikan padaku sebentar tadi.
Sejurus itu air mataku terus mengalir, deras. Tali yang menjerut jiwaku, yang membelit kalbuku selama ini sudah terlerai semuanya, bagaikan gusar dahulu lesap, hilang di telan madah pujangga yang di lafazkan oleh jannah, lagu yang di berikan sangat mendalam maknanya bagiku. Seakan – akan memahami masalah yang sedangku lalui. Lagu “permata di cari” nyanyian dehearty mengusap – usap gegendang telingaku.



Hadirnya tanpaku sedari,
Mengamit kasih cinta bersemi
Hadirnya insan padaku ini,
Anugerah kurniaan illahi,
Lembut tutur bicaranya,
Menarik hatiku untuk mendekatinya,
Kesopanannya memikati hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini,
Ya allah jika dia benar untukku dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
Jika dia bukan milikku damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu.
Dialah permata yang di cari selama ini baru ku temui
Tapi ku tak pasti rencana illahi
Apakah dia kan ku miliki,..
………………………………………………………………………………………………
“wei mak cik, berangan Nampak!? Sergah jannah
“kau nasib baik jantung aku masih o.k, kalau tak dah inalillah dah aku tahu tak?” aku berpura – pura marah. Jannah tergelak dan aku terus tersenyum.
“apa kau fikir?” soal jannah
“tak adalah aku tengah dengar lagu yang kau bagi ni, suka aku dengar maksudnya, terima kasih sangat”. Balasku
“oh, yeke, habis dah o.k sikit masalah yang datang tu?” soal jannah
“entah aku masih keliru, yang mana satu jadi pilihan hati aku, antara Jordan dan mesir, mmm susah lah nak buat keputusan”. Balasku
“oh, maknanya antara duala ni ye? Mmm istikharahlah, mana tahu allah bagi petunjuk, segala – galanya kita kene berbalik kepadanya”. Jannah melemparkan senyuman kepadaku.
“baiklah, aku akan cuba, tapi boleh tak kalau aku tekad ambil farid?” soalku
“mmm, ikut kau la,kau serasi dengan siapa?. Kalau dengan farid teruskan jelah”. Balas jannah
“tu la, aku memang dah tertarik dengan dia, aku tak tahu kenapa, tapi dia tak tahu pun yang aku ni suka dekat dia. Macam mana ni?” soalku
“mmm, takpelah simpan je dalam hati, kau nak tahu tak, adah hadis mengriwayatkan yang bermaksud “ seseorang yang menyimpan perasaan cinta dan memendamnya dengan menjaga kehormatan dirinya hingga ajal menemukannya, dia di kira syahid!” terang jannah kepadaku.
Aku menghayati setiap bait – bait yang di lontarkan jannah kepadaku. Pandanganku di halakan ke jalan hadapan kolej kediamanku. Mengutip keinsafan, mengharap makfirahnya. Kalau semalam hatinya di curi, tetapi hari ini hatinya bermujahadah, kalau semalam cintanya kabur, hari ini cintanya pasti !

Di manakah letaknya sebuah cinta yang sejati
Andai hadirnya Cuma sementara
Tiada yang abadi diriku tersisih
Menangih sebutir harapan selalu merintih
Namun tiada jawapan lalu ku ber alih
Temui kasih yang tiada tandingan
Satu selamanya
Ya allah
Kemanakah hilangnya cinta sejati
Ku mencari kasih tulus suci
Ku bahagia kau selalu menemaniku di kala hatiku
Sunyi…..

…………………………………………………………………………………………………





Kenapalah aku menyukai orang yang langsung tidak pernahku kenali? Aku tertanya – tanya kepada diriku sendiri. Haruskah aku berbuat demikian, tanpa dia sedari yang aku mula menyintainya. Ya ALLAH dugaan apakali ini, mampukah aku untuk laluinya.
Farid kenapa engkau selalu hadir di kala aku perlukan seorang teman untuk berkongsi cerita?
mengapa engkau hadir di kala aku bermurung kesedihan?
mengapa engkau hadir di kala aku memerlukan seorang untuk mendampingiku?
Engkau terlalu baik denganku, sehingga aku kelemasan menangung rindu yang penuh sarat, kerana berbicara tanpa wajahmu. Engkau selalu ada untukku.
Syafiq, terlalu banyak nasihat yang engkau telah berikan kepadaku,
Engkau telah banyak mengajarku erti kematangan dalam hidupku
Walaupun perkenalan kita hanyalah sementara, tetapi hadirmu jua membuatkan hidupku ceria dan bahagia.
Ya ALLAH apa harusku lakukan untuk menepis segala rasa cinta dan sayang ini, aku tidak mampu untuk menangungnya sendiri.
Andai ini satu ujian bagiku, aku redha dengan segala – galanya. Mungkin ujian ini akan mengajarku erti kematangan hidup. Walaupun aku keliru untuk memilih, kerana kedua – duanya adalah baik dan tidak layak bagiku untuk memiliki hati suci seorang lelaki yang baik seperti mereka berdua.








Kata pujangga ,


" Cinta letaknya di hati ,

Meskipun tersembunyi namun getarannya nampak sekali ,

Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus memberi kesan kepada tindakan ,

Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis ,

debu beralih emas ,

keruh menjadi bening ,

sakit menjadi sembuh ,

penjara menjadi telaga ,

derita menjadi nikmat

dan ,

kemarahan menjadi rahmat ,

Cinta mampu melembutkan besi ,

menghancurkan batu karang ,

membangkitkan yang mati

dan ,

meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin.

Inilah dahsyatnya cinta ! ” ( Jalaluddin Rumi ) .



Namun hati-hati juga dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu.


" Sungguh menyakitkan mencintai sseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya "

Hati . . . sungguh sinonim dengan cinta. Aku punya cinta, begitu juga engkau dan dia. Masing-masing dikurniakan rasa cinta dan kasih dihati. Cintailah sesiapa pun namun jangan sesekali membelakangkan Si Pemilik Cinta itu sendiri. Hanya Dia pemilik cinta dan hanya Dia yang berkuasa meniup dan menarik semula nikmat cinta itu.


Jawapan kenapa aku memilih jamiah al bayt tidak memilih jamiah mutah kerana mungkin aku manusia biasa yang mempunyai perasaan yang tertarik kepada lelaki, dan sesungguhnya allah menjadikan manusia itu berjantina iaitu lelaki dan perempuan, dan allah juga menjadikan lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan juga akan tertarik kepada lelaki. Aku cuba menyembunyikan perasaan ini kerana ku khuatiri akan bergelumang dengan hawa nafsu syaitan yang tidak pernah berhenti memujuk dan mengoda manusia yang lemah sepertiku.

Dan aku juga tidak mahu perasaan yang sedikit ini akan bertukar menjadi maksiat hati kerana seringkali mengingatinya sekaligus melemahkan imanku. Ya muqallib qulub sabith qulubana ‘ala dinika, amin.Mungkin dengan cara ini aku boleh untuk melupakannya buat seketika. Aku redha dengan ketentuan dari illah. Dan aku juga tahu yang aku sebenarnya tidak layak untuk memiliki hati seorang lelaki yang cukup sempurna dan baik bagiku. Mungkin dia lebih layak bersama permaisuri pilihan hatinya.
Hikmah allah adalah luas, mungkin ada sesuatu yang tidak di duga akan berlaku, aku redha di setiap ketentuan. Jika memang tercatat namanya dan namaku di luh mahfuz mungkin kami akan di satukan, dan jika dia bukan di takdirkan untukku aku redha dan berserah mungkin ada yang lebih terbaik allah jadikan untukku.
Ke bumi mafraq aku melangkah. Perjuangku masih belum selesai. Akan ku tinggalkan segala perasaan ini sementara. Kerana ku tahu jika aku menurutkan juga maka akan ku tumpas di medan ini. Maka perjuangan ini tiada maknya lagi bagiku.
Tetapi jika perasaan ini ku tepis serta bersemangatkan dengan semangat yang betul, maka di medan ini aku tidak gentar untuk bertarung dengan ilmu – ilmu yang mendatang. Sesungguhnya aku di hantar di sini untuk menyelamatkan anak – anak bangsa yang berada di luar sana. Ayuh! Bangun dari lamunan, tinggalkan kesemua kejahilan maka islam sebenar akan muncul semula. Jihad di jalan allah adalah sebenar – benar jihad.

AKU SENTIASA MEMIKIRKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU. DAN JIKA KEPUTUSAN INI MEMBUATKAN DIRIMU SEMAKIN MENJAUH DARIKU MAAFKAN AKU. MUNGKIN AKAN KUKUBURKAN HASRAT HATI NI UNTUK SELAMANYA JIKA BUKAN TAKDIR KITA UNTUK BELAJAR BERSAMA MUNGKIN IANYA HANYALAH SATU ANGAN - ANGAN SEORG HAMBA SEPERTIKU YG MUNGKIN TIDAK LAYAK BAGIMU ..AKU REDHA DGN SEGALANYA…