Tuesday, July 26, 2011

AMBIGA SEBAGAI KETUA



Datuk Ambiga juga merupakan peguam kepada Lina Joy yang mana ingin keluar dari agama islam melalui mahkamah sivil. Dikalangan mereka juga ada yang menimbulkan isu bahawa kita memberi penghormatan ataupun berketuakan dengan seorang yang kafir.
Jika di teliti dan di fahami, ada benar juga apa yang di katakan yang mana kita memberi penghormatan tehadap beliau.
Kita perlu ingat,selain wakil hak asasi manusia di PBB, datuk ambiga juga adalah Bekas Presiden Majlis Peguam yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.

Terdapat 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan antaranya :



1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.



2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Di sini jelas sekali, apa yang kita lihat perjuangan ambiga yang mana seolah – olah ingin menghapuskan islam di bumi Malaysia. Berbalik kepada BERSIH sebentar tadi, jika perhimpunan itu berjaya di laksanakan mungkin ada sesuatu yang tidak di duga akan berlaku. Kemungkinan besar ambiga ingin menjadi ketua dalam sesebuah parti. Hal ini, memang tidak logic namun tidak mustahil akan berlaku. Jika kita lihat, di mana beliau berjaya menarik puluhan ribu rakyat untuk berhimpun pada 9 julai yang lalu.

Di sini saya bukan hendak memburukkan mana – mana pihak, namun kita perlu ingat, cara kita bercakap, berfikir serta menyuarakan sesuatu perlulah berdasarkan fakta. Jika di teliti latar belakang Ambiga ini sungguh mustahil untuk kita percaya namun semua fantasi sudah menjadi reality dimana tindakan – tindakan beliau adalah :

1.Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorg wanita islam yg murtad.

2. Menganjurkan forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan org bukan islam masuk islam.

3. Pendokong dan Penggerak IFC (Inter Faith Comission/Suruhanjaya Antara agama) yg pernah mengatakan bahawa perceraian dalam islam adalah zalim dan juga menyokong pluralisme agama.

4. Menawarkan khidmat guaman percuma kepada umat islam yang nak murtad sekiranya dibawa ke mahkamah persekutuan.

5. Penyokong kuat kpd seorng wanita India yg nak mohon jadi peguam syarie, namun permohonan beliau ditolak.

Inilah perjuangan beliau, saya khuatir jika perhimpunan itu berjaya, mungkin akan berlaku sedikit kekacauan di pihak ambiga. Bukanlah saya menyokong kerajaan 100% namun, pada hari ini kita perlu berfikir secara rasional serta menilai dan melihat kes – kes sebegini dari pelbagai sudut. Jangan menerima dan menilai dari satu sudut sahaja.

Mungkin ada cara lain untuk kita atasi, selain daripada berhimpun. ini adalah pandangan saya,saya tidaklah menyebelahi mana - mana pihak, cuma ingin berkongsi buah fikiran bersama. semoga kita semua dapat mencari satu jalan supaya SPR akan terus bersih dari segala - galanya.

No comments:

Post a Comment