Tuesday, July 26, 2011

TUNTUTAN BERSIH 2.0



Selaku mahasiswa luar Negara, saya berpandagan tuntutan ini adalah satu kewajipan yang patut kerajaan nilai demi kemaslahatan bersama. Lewat ini, kalau kita membaca akhbar ataupun mendengar berita di radio mahupun televisyen, berita mengenai Perhimpunan BERSIH 9 Julai 2011 menjadi tajuk wajib. Bagi mereka yang jarang mengambil tahu hal-ehwal semasa, pendek kata BERSIH ini adalah suatu perhimpunan demi menyuarakan 8 tuntutan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah tuntutan mereka:

1. Bersihkan senarai pengundi.
2. Mereformasi undi pos.
3. Menggunakan dakwat kekal.
4. Masa kempen minima 21 hari.
5. Media yang bebas dan adil.
6. Pengukuhan institusi awam.
7. Hentikan rasuah.
8. Hentikan politik kotor.

“SALAH satu daripada lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah penggunaan dakwat kekal kepada mereka yang telah membuang undi. Tuntutan penggunaan dakwat kekal ini telah disuarakan oleh Bersih bagi tujuan menghalang pengundian dua kali. Amalan ini telah dipraktikkan oleh beberapa negara termasuk India, negara pengamal demokrasi terbesar dunia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada awalnya bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal ini. Malah kerajaan BN yang menang selesa pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 turut mempersetujuinya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Abdul Raman Suliman dalam jawapannya di Dewan Rakyat pada 5 September 2007 berkata, keputusan untuk menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada PRU ke-12 (8 Mac 2008) bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.”

Jika di fikir secara teliti terdapat beberapa isu yang mempunyai keraguan. saya berpendirian terdapat sedikit keraguan di bahagian tuntutan bersih 2.0 iaitu pengunaan dakwat kekal. Pada hari ini saya bukanlah berpihak pada mana – mana pihak. Tetapi setelah di fahami dan di kaji, saya berpendapat pengunaan dakwat kekal masih lagi perlu di kaji.

Atas rasional, saya katakan mengikut kepada factor masyarakat Malaysia yang beragama islam. Jika pengunaan dakwat kekal ini di sahkan. Saya khuatir akan berlaku tidak sah apabila seseorang itu hendak berwudu’. Hal ini kerana pengunaan dakwat kekal itu masih lagi ragu – ragu untuk di gunakan.

Majlis fatwa juga belum memberi sebarang jawapan mengenai isu ini. Mengikut laporan, ujian keatas dakwat kekal perlu di lakukan di tiga buah makmal. Dan setiap ujian di dalam 1 makmal memakan belanja berpuluh – puluh ribu ringgit.

No comments:

Post a Comment