Saturday, December 15, 2012

Masalah Itu Manis


" Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang dengan mencuri hatinya 
andainya kamu tidak ikhlas menyintainya kelak kamu akan berlaku kejam 
dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita.."


Bismillah

Hari ini aku terleka dek kerana dunia yang sementara
Sibuk mencari cinta manusia yang tidak pasti kesudahannya

Hari ini aku di buai oleh dek kerana satu lamunan
Lamunan yang tidak tahu apakah realiti dan pengakhiran

Hari ini aku di himpit dengan pelbagai persoalan
Persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya semua insan

Hari ini aku di hujani dengan pelbagai rencah kehidupan
Rencah yang menjadi penentu adakah aku tabah menjalani masa depan

Hari ini aku di uji dengan godaan dunia yang amat menyakitikan
Godaan yang membawa aku mengerti sebuah kehidupan

Hari ini aku di lemparkan dengan pelbagai perasaan
Perasaan yang menjadi warna warni kehidupan

p/s : Sukar untuk di ungkapkan dengan kata - kata, apa yg mampu hanya ku luahkan sebagai kata, kamu adalah kamu, dan aku adalah aku, jangan jadikan ianya sebagai masalah dalam mencari cinta Illahi, aku hanya sebagai "SAHABAT" dan tidak lebih dari itu

tatkala usia meningkat dewasa, persoalan "CINTA" telah lenyap buat sementara, mungkin dek kerana masalah dunia yang perlu ku tangani demi kebaikan bersama..

~owh I have some problem now ! T_t , It not about "LOVE" ok ! ~





Fara Nasha

Hayy Janubi



Thursday, December 13, 2012

Dan kerana Tuhanmu Bersabarlah

Bismillah..

Dalam menempuhi ujian kehidupan kali ini,
aku jatuh tersungkur sekali lagi,
mengharapkan belas kassihan manusia yang sudi,

Kali ini ujian itu datang menimpa,
aku bagaikan rebah ke bumi sementara,
mencari hakikat perjuangan yang masih berbaki..

Diri ini longlai tidak bersuara,
hanya melihat lakonan dan gelagat manusia,
kali ini aku di uji dengan manusia
yang kurang adab dan kurang menghormati manusia

Dan kali ini juga aku tewas dalam menjalani ujian itu,
aku tidak terdaya menjalani ujian ini  seorang diri,
harapan ku serahkan segalanya kepada illahi,

Istikharah demi istikharah aku lakukan
demi untuk mencari keputusan dan penyelesaian,
bukan aku ingin lari dari masalah dan pertikaian

Namun hakikatnya diri ini
terlalu lemah dan terlalu longlai
apabila ujian itu aku tangani sendiri,
apakah yang harus aku lakukan?

Adakah dengan terus cara berdiam diri?
ataupun memendam seribu rasa kehidupan?
serta membiarkan keadilan tidak selalu pada diri?

Semakin banyak ku mengalah, semakin aku lemah dan kalah,

ya ALLAH,
aku tidak mampu menangani ujian ini sendiri,
aku perlu mencari satu solusi
agar semua hati tidak di sakiti.


#menjalani mehnah kehidupan bersendirian, aku tidak mampu selain mengharapkan bantuan dari illahi, aku perlu pantas membuat keputusan, agar istikhrah petunjuk jawapan memang tidak meragukan..



Fara Nasha

Hayy Janubi


.

Sunday, November 25, 2012

Menginsafi Kesilapan Diri

Bismillah

Beberapa hari sahaja bulan november akan berakhir, dan bulan yang nanti - nantikan untuk diriku akan tiba. Namun dalam menghitung hari menanti detik - detik berharga, saat aku di lahirkan ke dunia ini. Aku tertanya - tanya, :--

Adakah??
amalan kebaikanku sudah melebihi, daripada amalan keburukanku?

Adakah??
amalanku sudah mencukupi, untukku pulang menghadap illahi??

Adakah??
aku sudah bersedia menghadap illahi??

Apakah?
yang aku lakukan untuk agamaku sepanjang aku bernafas di bumi ALLAH ini?

Apakah?
jihad yang aku lakukan untuk menyambung rantai - rantai persaudaraan?

Apakah?
yang telah aku lakukan keatas diriku untuk manfaat kepada orang lain??

Ya ALLAH,

aku sungguh lemah, tatkala mencatit semula amalan diri, sungguh aku tidak layak untuk mengidam untuk ke syurgamu,

aku hina di sisimu, sendiri mengharap pertolongan darimu ya RABB..

Ya ALLAH

kau pimpinlah daku ke jalanNYA
agar aku bersama - sama dapat menjadi hamba yang taat kepadaMU

Ya ALLAH

Tatkala umur 22 tahun menjelma, aku ternanti - nanti siapakah yang akan menakluki hati kecil ini,
kurniakanlah aku seorang hamba yang dapat mengajar aku ke jalanMU,

seorang hamba yang dapat membimbingku,
seorang hamba yang mengajakku untuk berjihad kepadaMU

seorang hamba yang bersama - sama aku menengakkan syiarMU di bumi ini,
seorang hamba yang bersama - sama membantuku untuk menegakkan keadilan yang hakiki

ALLAHUMMAameen...

#whish untuk diri sendiri pon oke jugak.. ^__^
Fara Nasha
Hayy Janubi

** menginsafi diri tatkala hari ulang tahun kelahiran menjelma 3/12, seperti biasa aku menyambutnya untuk kali yg ke 3 di bumi perantauan tanpa keluarga tercinta..











Sunday, November 18, 2012

Keikhlasan Seorang Hamba illahi

Bismillah

Alhamdulillah bersyukur ke atasNYA kerana telah memberikan sedikit ruang untukku melangkah sedikit kehadapan di dalam kehidupan..

Dalam melalui arus dunia perdana kini, aku akui memang sukar untukku mengharungi pelbagai mehnah dan cabaran. Namun dengan segala berkat dan kekuatan aku percaya ALLAH sentiasa bersama hamba - hambanya..

untuk menjalani bulan november ini memang satu pengalaman yang sukar untukku lupakan kerana pada bulan ini, adalah bulan kesibukan, kegembiraan, kedukaan dan pelbagai pahit manis rencah kehidupan

Aku akui, tatkala berbicara dengan hati kecil ini, kadang kala sukar untukku mengawal emosi.. Namun apabila aku bergelumang dengan rencah kehidupan ini, aku tertarik kepada seorang hamba ALLAH, dengan sifat keikhlasan, serta kebaikannya terpancar pada dirinya seorang hamba illahi..

sungguh ta'ajub dan malu bertandang di hati, apabila membandingkan dirinya dan diriku, aku akui aku terlalu banyak dosa, dan tidak setanding dengan dirinya..

sifat keikhlasan dan kebaikannya sungguh menenangkan hati, bukan di buat sendiri tetapi terlahir dari hati kecilnya seorang hamba illahi..

Ya ALLAH,
Bolehkah aku menjadi sepertinya?
terlalu bersabar di dalam setiap ujian
terpancar keikhlasan di dalam pekerjaan
terlahir kebaikan di dalam setiap amalan..


## sungguh tidak layak diri ini, untuk berkenalan dan bermesra bersamanya.. T_T




Fara Nasha

Hayy Janubi

** terjumpa permata hati ketika menjalankan tugas duniawi.. adakah dia atau tidak, ianya menjadi persoalan hati, berdoa dan terus berdoa untuk mendapat kepastian hakiki.. =)





















Friday, November 2, 2012

Ya Allah Bolehkah Aku Mencintainya?


Ya Allah bolehkah aku mencintainya?
Ya Allah bolehkah aku menyayanginya?
Ya Allah bolehkah aku merindunya?
Bila rasaku ini mulai meluluhlantahkan segenap hatiku
aku tak sanggup untuk mulai menanggungnya sendiri
aku memerlu sandaran hati untuk menenangkan hatiku ini
kepada siapa aku akan melabuhkan cintaku ini?
dan sampai saat ini belum aku  temui jawapannya.
Jika memang dia yang dapat menjadi terbaik untuk dihatiku
kan kupasrahkan semua kepadaMu.
jikalah dia yang tepat KAU pilihkan untukku
tak kan kemana hatiku kan mencari sebuah tambatan hati.
Jika bukan dia yang untuk terbaik untukku
kan ku cuba untuk mengikhlaskan semua
meskipun sakit untuk menanggungnya.
Ya Allah.. jika memang Kau jodohkan dia kepadaku , temukanlah dia denganku di ikatan yang penuh kehalalan dan  barakah.. dimana kalau tidak di ikatan pernikahan…
Semoga cinta ini, sayang ini, rindu ini bersemi seindah mentari yang menyinari bumi…..
untuk membangun keluarga sakinah, mawadah dan warahmah kelak bersama suamiku nanti.

P/S : susah jugak nak menjaga hati ini, ya ALLAH~ AKU CINTA DIA..  =)

Fara Nasha
Hayy Janubi









.

Wednesday, October 24, 2012

Cinta Untuk Dia

Bismillah...

Tiada kata seindah bicara, yang ku nampak hanyalah dia,
hati terus tersenyum tanda bahagia,
namun aku tidak pasti adakah ia benar menjadi ketentuannya

ya ALLAH, adakah ini rasa cinta yang engkau berikan kepada semua manusia?
aku tertanya - tanya...
namun sedikit kekhuatiran terpekung di jiwa,
risau jika cinta ini di salurkan ke lembah hina..

Ya ALLAH, kau pimpinlah daku ke jalan itu,
supaya aku sentiasa bi bawah rahmatmu..


p/s : sedang mencari cinta di kala umur meningkat dewasa, bukan untuk sementara tetapi untuk ke akhirnya.. sebelum start kerjaya pasti akan ada peneman jiwa.. ALLAHUMMA ameen =)


Fara Nasha
Hayy Janubi

Friday, August 24, 2012

ilmu itu bukan hiasan !

Bismillah...

salam aidilfitri buat semua maaf zahir dan batin.. =)

tengah syok - syok beraya ni, tiba - tiba hati aku sedih taktaula kenapa..?? satu persatu ujian menimpa.. mungkin ujian itu mengajar aku lebih untuk berfikir bagaimana untuk mengaplikasikan ilmu yang aku pelajari.

untuk balik tahun ini, seperti biasa yangku harapkan adalah perubahan, tetapi tetap sama ! T_T mungkin aku pun salah, aku tak cuba untuk berubah juga..

aku hanya mampu berdoa, namun sedaya upaya juga untuk menegur tetapi usaha aku tipis.. hanya sia2x..
malu bertandang di hati tatkala tidak berjaya mengubah dengan ilmu yang di pelajari..

apalah gunenye jika segulung ijazah dari oversea, jika ilmu yang ada tidak di aplikasi di medan sendiri ! sejujurnya aku malu ! kecewa ! ='(

aku hanya mampu untuk berdoa dan terus berdoa, semoga ianya di beri petunjuk dan hidayah dari ALLAH..

ya ALLAH permudahkanlah urusanku,
urusan agamaMU..



Fara Nasha

SYAWAL AIR MATA
teratak ayahandabonda

Monday, August 6, 2012

Pengecutkah Saya?

Bismillah...

Dalam meniti kehidupan yang penuh mehnah kini,
aku akui, tatkala diri merenung jauh,
apakah kesalahan diri?

aku akui, tatkala di dalam berbicara,
mulut dan lidah tersalah kata,
mungkin ada yang manis dan ada juga yang pahit untuk di dengar..

tetapi?
aku manusia yang lemah..
tiada apa kudrat yang ada pada diri melainkan
pertolongan dari ilahi..

apabila diri telah di pertangungjawabkan,
tidak kiralah siapa,
ku pasti kau pun juga..
kita semua adalah khalifah di muka bumi
hamba ALLAH yang abadi..

apabila kita sudah memperakui khalifah itu,
maka seharusnya kita perlu melaksanakan
perbuatan amar ma'ruf nahi mungkar...

lantas diri terpanggil,
di saat diri sudah mencecah 21 tahun
aku di uji dengan pelbagai mehnah dan ujian
satu persatu aku lalui dengan tenang dan sabar..

namun dalam menghadapi ujian itu,
kadangkala aku tewas..
aku langsung tidak berani menegur,

mungkin kesalahan diri ini,
tidak langsung menggunakan kelebihan diri..

tetapi,
apa yang aku buat,
cuma penulisan yang sedikit ini..
sekadar ini sahaja yang aku mampu
untuk menegur...


maafkanlah diri ini wahai sahabat!
aku hina, aku lemah, aku tidak layak untuk semua itu.. ='(


Fara Nasha

Hayy Janubi Mafraq

#mohon maaf andai terkadang menegur tidak kene pada cara..
mungkin tidak rasional untuk saya menegur di blog bukan pada orangya..
**maafkan saya ! ='(














Thursday, August 2, 2012

Saat Kita Di Uji..

Bismillah...

warkah ini peringatan untuk kita bersama,
andai perjuangan itu senang pasti tiada yang akan kecundang,
andai persahabatan itu sakti pasti tiada siapa yang di sakiti.

tetapi,

jika manusia suka berandaian, pasti ianya tidak akan menjadi reality..
kerana perjuangan itu tersangat payah dan memerlukan pergorbanan
kerana persahabatan itu tersangat rapuh dan ia memerlukan sokongan..

sahabat,
hari ini aku tahu kau tengah di uji,
hari ini aku tahu kau sedang berasa hati
dan hari ini aku tahu kau masih ternanti - nanti..

maaf sekali lagi andai warkah ini menganggu dan terlalu puisi buat kau !..
aku bukanlah seorang yang pandai menegur, dan juga bukan seorang pengkritik..

tetapi hari ini, saat ini, aku terpaksa menegur perbuatan itu, kerana aku  khuatir jika tidak dosa itu aku berkongsi bersama..

sejujurnya aku kecewa kerana sedikit pun kau tidak jujur dengan aku, terlalu banyak rahsia yang kau pendam sampaikan aku tertanya - tanya?? tetapi tuhan maha kaya, segalanya di bongkar depan mata. dan segala persoalan telah terjawab sendiri.


kenapa aku senyap & menyendiri?

sejujurnya itu bukan aku, mesti kau tahukan? kalau aku marah pasti aku akan senyap dan terus menyendiri. mungkin sejak akhirnya ni, aku terlalu banyak masalah dan papper work yang perlu di selesaikan. dan mungkin sedikit sebanyak menganggu emosi aku.

tetapi, aku lihat kau semakin hari semakin pelik? handset tidak pernah lekang dari telinga, tak kiralah waktu apa pun.. pada mulanya aku bersangka baik, "mungkin borak dengan kawan kot malam - malam ni".. tetapi akhirnya tekaan aku tipis.

sejujurnya aku tak kesah, kau nak "in relation" dengan sesiapa pun sebab itu hak kau,.. tapi kau kene ingat hak ALLAH kene jaga.. kita pelajar agama "syariah".. oversea lagi tu? takkan kita pun nak buat benda sama macam orang lain..

**jangan ZALIM dengan ILMU yang kita ada !

#kita belajar fiqh ahwal syahsiah 1 sama2x
#tanzim usrah sama2x

banyak yang sama, takkan sedikit pun ilmu itu tidak terkesan pada diri?

memang lumrah bercouple kene ?

memang lumrah bercouple kene bergayut berjam - jam ea?
memang lumrah bercouple kene jumpa kat jamiah kat mana - mana tempat free ea?
memang lumrah bercouple kene letak gamba besar pakwe or makwe kat dalam bilik ea?
memang lumrah bercouple bile lepas jumpa nanti lelaki jalan depan perempuan jalan belakang ea?
memang lumrah bercouple kene mention kat facebook ea?

owh, macam ni ke? cara couple student "syariah?" waaa so sweeeeet >.<"  !

Mungkin persoalan ini kau boleh jawab sendiri, kenapa aku senyap dan kenapa aku menyendiri. ada sedikit terkilan di dalam hati, tatkala melihat sahabat sendiri begitu,sebab suatu ketika dahulu kau pernah marahkan seseorang dengan perbuatan itu, tetapi kini ujian itu berkunjung pula pada dirimu.. mungkin ujian bercouple itu tidak terkene lagi pada diri aku ! namun sekiranya aku di uji tegurlah aku !..




p/s : maaf sekali lagi andai warkah ini menganggu ruang rehatmu !
terbanglah jauh wahai sahabat, tetapi ingatlah sejauh manapun kita terbang di langit itu,
jangan lupa pada tanah yang terlalu banyak berbakti pada kita semua manusia..

kita student agama, kita bukanlah prefect sangat, ramai lg student course lain yang perfect dari kita.
tetapi, kita student agama, kita belajar ilmu agama, kat tanah syam bumi anbiya barakah lagi tu, so jangan sesekali kita ZALIMI ILMU itu..



Fara Nasha

Hayy Janubi Mafraq Jordan

Aku bukan "syadid" & "warak"
tetapi aku semakin banyak ILMU yang
aku dapat semakin takut aku dengan ALLAH.


#KITA PENYELAMAT ANAK BANGSA ! TAKKAN KITA NAK BUAT PERKARA YANG SAMA??

selamat berfikir & beramal !

***doakan aku chambering lawyer dan seminar lawyer balek nanti ! =)














Tuesday, July 24, 2012

Bulan Ibadah

Bismillah

alhamdulillah pejam celik, pejam celik dah pun masuk 5 ramadhan, sekejap je kan kan kan..  penat tu xyah cakaplah, lagi - lagi puasa time soifi musim panas ni, lepas je balek kelas kompem tidooo.. haha (jangan tiru perbuatan ini)..

serious berpuasa kat tanah anbiya bersama kawan - kawan sangat2x berbeza sekali, dengan berpuasa di tanah air sendiri. tahun ni saya baru terasa kehangatan puasa tu, berdikari betul, dulu masa puasa kat rumah tym buka puasa mama yang buat, tym sahur siap mama tanya lagi nak makan nasi atau nak minum air je, kalau malas sgt mintak makan nestum je, haha..

tapi kat sini, semua berubah takdenye mama nak dtg masakan, semua kene buat sendiri, dari masak juadah berbuka sehinggalah sahur semua made by tangan sendiri..haha kalau tak buat laparlah jadinye.. >.<

hidup perantawan, memang macam tu, berdikari sudah tentu, benda yang tak tahu semua kene jadi tahu.. haha..tapi seyez sronok ! pengalaman ~.~

okelah mengarut bnyk sgt pulak dah xde input pon..haha oke salam ramadhan ^_^

ps :

#banyakan bace quran
#berzikir
#berdoa
#berpuasa..
#qiam
#tidooo...lalala ^_^





Thursday, July 19, 2012

Agenda Ramadhan

Bismillah...


Alhamdulillah kini ramadhan telah tiba, bersyukur kepada yang esa kerana di beri keizinan untuk bertemu dengan bulan yg mulia ini buat sekiannya. 


Di hari jumaat yang mulia , bulan ramadan yang berkat ini saya memohon seinfiniti kemaafan kepada semua. maka jadikanlah bulan ramadan kali ini, sebagai bulan tarbiyah tempat madrasah kita supaya dapat menampal atau menebus kembali kesilapan kita di ramadan - ramadan yang lepas.


Bulan Ramadhan sudah pun menjelma. Pernahkah kita merindukan Ramadhan di antara sebelas bulan yang lainnya? Atau bergembira dengan kedatangannya? 


Jika ya. !!


 Beruntunglah lantaran Rasulullah SAW telah memberikan kabar gembira tentang kedatangannya. Rasulullah SAW memberi kabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, 


“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).


Bulan Ramadhan juga dengan segala kelebihan dan keutamaannya adalah satu proses tarbiyah yang datangnya langsung dari Allah SWT. Hasil dari proses tarbiyah tersebut adalah lahirnya pribadi mukmin yang bertaqwa.. 


selamat berpuasa ! (=


#p/s ---> puasa kali ini, saya ada agenda tersendiri, dan saya juga ada impian dan hajat sendiri, mungkin di bulan yg mulia dan barakah ini saya akan berdoa dan terus berdoa kepadaNYA (=
Doakan saya ye !..






















Monday, July 16, 2012

Kata Hati


mungkin ALLAH memahami
apa yang terkandung di dalam hati..

seusai pagi hati terdetik,
aku cuba untuk memadamkan "ia" di dalam hati,
namun tidak sempatku padam,
ALLAH telah memakbulkan
apa yang terlintas di hati..

aku tidak pasti,
adakah "ia" hanyalah kebetulan?
ataupun takdir dalam kehidupan?

kadangkala bukan niat hati untuk memikirkan
fikiran langsung tidak cuba untuk menyelesaikan
tapi, mimpi telah menceritakan..

setiap kali malam menjelma,
mimpi mula memainkan cerita,
tetapi mungkin itu hanya sekadar mainan !

#adakah dia mempunyai "kata hati" yang serupa?
aku belum pernah cuba untuk berbicara melalui hati,
kerna aku belum yakin.
tetapi mungkin aku berbicara hati kepada ilahi
keranaku yakin dialah tempat luahan yang terbaik !



p/s : cerita stesen bas ! tak jumpe punya kat warung kopi ! keh2x..

Fara Nasha
Hayy Janubi Mafraq.

Monday, June 25, 2012

Bercerita dengan Hati


Andai cinta itu suci,
akanku luahkan segala hasrat hatiku ini padamu,
namunku tidak mampu,
hanya kudratku mengadu hasrat hatiku ini padaNYA..

Andai memori silam itu kembali,
tidakkan aku putar ia ke memori itu,
keranaku tidak mahu hati ini selalu bercerita tentangmu..
kernaku tidak sanggup membebankan kamu dengan dosaku.

Andai hati ini sepi,
akanku jaga bersama kalam dari penciptamu,
bukan bermain sambil bercerita dengan hati,
tentang betapa kagumnya aku kepadamu..

Andai dalam menjaga hati ini,
kadangkala aku alpa,
hati selalu mengajakku untuk bercerita tentangmu,
sedangkan aku haruslah mengajak hati ini
untuk bercerita tentang kehebatan penciptamu..

hati ini selalu tersenyum,
tatkala melihat kamu bahagia,
hati ini selalu akan bersemangat
tatkala melihat kamu bermujahadah..


tapi kenapa?
hati ini memilih kamu?
aku tertanya - tanya...
adakah hati ini salah memilih?
sedangkan banyak lagi insan yang boleh di pilih...

Hati,..
aku berharap kau tidak telalu berharap dengan pilihan ini,
aku khuatir kerana kita telah dikecewakan dengan harapan itu,
aku tidak mahu ianya berulang kembali,
yang aku mahu kau selalu gembira bersamaku untuk hari - hari mendatang...


ps : kepada kamu, aku akan selalu berdoa kepada pencipta kita,
supaya pilihan aku ini, akan di timbang tarakan, aku tidak terlalu berharap, kerana engkau pun
punya pilihan untuk memilih dan berharap untuk menjalani hidupmu..

-- Tiada siapa yang tahu nota hati ini, melainkan pencipta kita semua --



Saturday, June 9, 2012

Sujud Terakhirku

Bismillah....

ya ALLAH,
kenapa hatiku ini meonta - ronta,
mengharapkan kepastian serta keredhaanmu..

ya ALLAH,
aku hanyalah manusia yang lemah..
berdiri berpaksikan kudratmu.
mengharapkan segala pertolongan darimu..

ya ALLAH,
kini baruku berasa,
hidup di dunia ini memerlukan seorang pendamping,
seorang mujahid yang setia menemani,
setia berkorban demi agamamu..

ya ALLAH,
apakah yang telah melanda diri ini?
tatkala melihat perasaan hati,
kadangkala indah, kadangkala sepi..

ya ALLAH,
aku cuba untuk menipu diri ini,
cuba untuk melenyapkan perasaan ini,
namun aku tidak berjaya,
kadangkala aku cemburu, kadangkala aku gembira
tatkala melihat si "dia" sedang gembira..

ya ALLAH,
seinfiniti kesyukuran, kerana kau telah memberikan aku segumpal perasaan ini,
namun aku tidak yakin, aku mampu atau tidak untuk menjaganya.
aku mahu belajar dari diri sendiri,
belajar dari cinta itu,
supaya keredhaan mu akan ku kecapi..

ya ALLAH,
siang dan malamku ku panjatkan doaku kepadamu,
tidak lekang dari bibirku menyebut nama seorang mujahid itu di dalam doaku,
namu ya ALLAH, aku hanyalah aku,
hanya mampu berserah kepadamu,

kerna ku percaya,
segala pergantungan hanyalah padamu,
bukan pada manusia yang janjinya palsu.

ya ALLAH,
jika benar mujahid di dalam doaku itu,
di perkenankan hidup bersamaku,
aku mahu, dia menjadi pendampingku,
untuk terus dekat kepadamu.

untuk terus berjuang bersama - samaku untuk agamamu,
tiada lain yang ku pinta wahai mujahid,
diri ini hanya insan biasa,
tiada rupa, dan tiada juga harta,

aku tidak mahu, kamu menyukai aku kerana semua itu,
kerna aku insan yang hina dan juga miskin di sisiNYA.

yang aku mahu, kau menjadi imamku,
menjadi perisai perangku untuk bersama - samaku,
berjuang mempertahankan agama yang mulia itu..

tujuan matlamatku mungkin berbeza denganmu,
aku punyai prinsip hidup sendiri,
punyai pendirian hidup setegas diri ini,

maafkan aku, jika haluan dan cara kita berbeza
tapi yang pasti matlamat dan hadaf kita serupa !

ya ALLAH...
perkenankanlah.........



p/s : wahai mujahid itu, aku menunggumu
siang dan malamku, di setiapkali sujud terakhirku,
tidak pernah lekang dari bibirku menyebut namamu di dalam doaku,
jika itu, takdir yang ALLAH telah tentukan, tiada apa yang mampu ku ucapkan
hanyalah doa kesyukuran kepada pencipta kita yang maha kuasa..


Fara Nasha
Hayy Janubi

**menanti mujahid itu



















Tuesday, June 5, 2012

Belajar dari cinta

Bismillah..

syukur ke hadratnya kerana masih di beri nafas untuk meneruskan kehidupan ini. Alhamdulillah2x..
entry mengenai cinta sekali lagi, cinta yang membuat aku tertanya - tanya, adakah dia mempunyai hati dan persaan yang sama.

susah untukku akui, tatkala melihat diri yang egois ini, mungkin cinta dan perasaan itu kurniaan ilahi, maka aku semadikan di dalam hati. puasku selami diri ini, untuk menghilangkan rasa cinta  yang tersimpul di dalam diri. bukan ku tidak sudi, tetapi cukuplah diri ini menyempurnakan cinta diri kepada ilahi..

perjalanan yang ku lalui, penuh pancaroba, kadangkala aku jatuh di medan sendiri, mengharapkan cinta yang pasti,bukan cinta manusia khayalan hakiki. aku akui, diri ini tidak layak mencerobohi perasaan yang mula mekar di dalam diri,  tatkala melihat dia semakin gigih menimba ilmu, semakin bersemangat untuk merubah diri kearah kebaikan nafsi, tahniah! namun di sebabkan egois diri, lantaran hati ini terpaksa melenyapkan perasaan ini.

diri ini, tidak cukup sempurna untuk menandingi dirinya. aku kagum dengan dirinya, berilmu, berbudi bahasa, berakhlak mulia, cukup tidak setandingi dengan diri ini yang hina. Mimpi akan ku biarkan ianya mimpi, mungkin ianya bukan kenyataan untuk diri. Tetapi aku yakin dengan kurniaan ILAHI, jika tiba saatnya nanti pasti akan ku temui cinta seorang lelaki sejati..

#sukar untuk menterjemahkan perasaan ini, sungguh tidak layak menerima cintanya yang suci. aku akur dengan ketentuan ilahi, mungkin perasaan sedikit ini, akan ku kuburkan di pasak bumi. bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi,. tetapi jika di pendam dan di luahkan kepada ILAHI pasti cinta itu akan lebih suci..



Fara Nasha
Hayy janubi Mafraq

Friday, June 1, 2012

Aku menunggumu kerana ALLAH, duhai calon imamku





Ini bukan sekadar kata..
Agar kamu jatuh hati padaku..
Namun ini adalah kejujuranku..
Mengapa aku berkata seperti ini ?
Kerana aku menyukai orang yang mencintai-NYA
Mencintai RASUL-NYA..
dan dengan keteguhanmu bisa mengajakku untuk semakin mencintai-NYA..
AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH
Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu ..mengapa demikian?
Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku..
dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH..


AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH
Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian.. tetapi mengapa ?
Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan..
dan kerananya ku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku..
yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA.
Aku tahu terlalu banyak yang harus kuperbaiki
Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu..
Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA ..
Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan untuk selamanya..
Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal dan menerima kekurangan diri ..
Bila benar ada dalam hidupku..
Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita dijalan yang lebih diredhai-NYA…
Aku mencintaimu kerana ALLAH..
Aku merindukanmu kerana ALLAH..
Aku menunggumu kerana ALLAH..
Di raga manakah kamu bersemayam ?
Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin..
Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. .
Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA. .
YA ROBBI. .
Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku…
Bila saudara dan teman tak lagi cukup menemani kehidupanku…
Maka hari itu yang aku tunggu..
Penantiku pasti kerana ENGKAU tidak pernah alpa dalam berjanji dalam kalam-MU..

Tuesday, May 29, 2012

ya ALLAH, aku cinta dia















Ya Allah,
 Aku cinta dia yang ketakwaannya menjadikan dia luar biasa.'
 Aku cinta dia
 dengan kesederhanaannya
 Aku cinta dia dengan keindahan akhlaknya.
 Aku cinta dia dengan tutur santun bahasanya.

Tapi,
aku tidak pasti dia milikku ataupun tidak.
 Ikhlaskan aku, Tuhan ku. Sungguh ku pasrah terhadap keputusan Mu.
 Tapi Allah, izinkanlah aku menangis sekedar menangisi rapuhnya hatiku,

Ya Allah..
Jika memang dia bukan milik ku,
jangan beri aku harapan dalam hati.
Jika memang dia tak akan kembali,
 jangan dia Engkau hampirkan ke sini lagi.
 Engkau Maha tahu apa yang ada dalam hati ku, tapi ku ridha dengan keputusan-Mu Biarkanlah,
ku gantikan cinta ini dengan cinta-Mu, sebuncah rindu yang melebur menjadi rindu kepada-Mu. ”Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.”(Q.S Al-Baqarah:2)



Fara Nasha
hayy janubi mafraq

Sunday, May 20, 2012

Adakah Dia bakal Imamku?







Bismillah...


first thing first, mohon kemaafan seandainya warkah ini tersentuh hati sesiapa, yang pasti ianya tiada kene mengena antara hidup dan mati,..hehe ^_^


untuk mengisi kekosongan masa, sempena final exam ni, just tinggal empat lagi papper, sebelum berakhirnya tirai fasal thani 2012 kali ini..


Alhamdulillah2x  tu sahaja yang mampu di lafazkan kerana sudah selesai dua papper dengan jayanya.. bersyukur kepadaNYA kerana memudahkan urusan dunia ini..


untuk kali ini, mungkin satu coretan kenangan akan saya tinggalkan di dalam hidup, dan mungkin pemuda ini bukan di takdirkan untukku, tapi saya percaya dengan janjiNYA, segalanya akan terjawab kelak.. DIA telah merancang sebaik - baik perancangan untuk hamba - hambanya.


tetapi, pemuda ini telah mencuri hati ini buat sekian kalinya, mungkin perasaan ini akanku biarkan ianya berlalu dan pergi, kerana diri ini tidak yakin akan  memiliki hati sucinya,..


terima kasih buat sekian kalinya kerana telah hadir untuk mewarna - warnikan kehidupanku ini.. bersyukur ke atas ilahi kerana telah menemukan kami di alam ini..


ramai, yang kata kamu semakin berubah ke arah positif?, tapi saya masih di kaburkan lagi dengan ini, tetapi jika ianya benar, berusahalah dan teruskanlah perjuangan bersama ilmu - ilmu di sini, semoga apabila kita sampai di medan sebenar kelak, kita bersama - sama dapat bertempur di dalam masyarakat kelak.


akhirnya....



buat bakal imamku, 
akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku,
agar tibanya saat ijab kabul itu, 
aku takkan memberatimu memikul dosa dosaku, 
dosa auratku, dosa lidahku
aku mengharapkan solehmu,
 meskipun aku bukanlah solehah,   
  akann ku cuba menjadi isteri solehah, 
agar kita sama sama mampu membina istana d akhirat..
aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum 
kepada seorang lelaki bernama suami. 
yang ingin dibimbing itu aku. ♥ ;)


"tidak  ditemuykan jalan lain oleh  dua  orang  yang  bwecinta,
 kecuali BERNIKAH" -ibnu majah








                                       #sekadar hiasan =)













Fara Nasha
Hayy Janubi Mafraq









Saturday, May 12, 2012

Sejarah Hitam Malaysia


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah hari berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969". Semua ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

PUNCA-PUNCA TERCETUSNYA PERUSUHAN

1. Layanan berat sebelah oleh tentera Jepun pada zaman pendudukan Jepun telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.

2. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

3. Pihak pembangkang mengeluarkan slogan-slogan sensitif semasa perarakan apabila mereka memperoleh pencapaian yang gemilang dalam pilihan raya pada 10 MEI 1969.

4. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

5. Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

6. UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang...



kini sejarah itu telah lama berlalu, maka segala yang buruk itu kita jadikan sempadan dan yang baik  kita tauladan.. mari bersama bersatu untuk negara kita malaysia!

---> ayuh! kita tawan putrajaya! 
kembalikan pemimpin berwibawa di malaysia!





Fara Nasha
Hayy Janubi Jordan















Friday, May 11, 2012

Cinta Si Warna Biru

#Persahabatan kita di Uji

Teman,
Terlebih dahulu inginku memohon seinfiniti kemaafan
andai warkah ini menganggu ruang hidupmu..
andai warkah ini, menganggu waktu sibukmu..

Teman,
maafkanlah diri ini,
seandainya pernah menguris hati dan perasaanmu
aku, adalah manusia biasa,
yang mengharap sepenuh pergantungan kepada yang ESA..

Namun ku akui, tatkala diri ini lemah dan di uji,
aku mencari - cari kemanakah kekuatan diri..
namun aku langsung tidak menjumpai..

sewaktu aku di uji dan mengetahui punca di lemparkan sebegini,
aku tidak menyalahkan sesiapa kecuali pada diri,
aku cuba untuk mencari kekuatan diri,
namun diri ini hanyalah manusia yang lemah,
diri ini jatuh, lantas air mata membasahi pipi..

selama tiga minggu aku mencari kekuatan diri,
namun sedikit pun tidak ku jumpai,
di saat itu aku tersangat lemah..
tiada siapa di sisi, tiada siapa yang peduli..

aku meratapi hari demi hari di tanah ini seorang diri,
cuma mengharapkan sepenuhnya kepada ILLAHI,
aku langsung tidak menyalahkan dirimu,
kerana aku amat menghormatimu sebagai sahabatku,.

hari semakin hari aku lalui,
semakin banyak yang aku selongkari tentang fitnah diri,
mulai hari itu, aku mulai hilang kepercayaan kepada manusia di duniawi..
kerana lemparan itu di beri oleh manusia yang sangatku cintai dan kagumi..


tapi...
tidak mengapa teman,
aku redha dengan suratan perajalanan ini..
hidup tidak selalunya cerah, kadang - kala kita akan di uji jua di medan sendiri..



Teman,
Matahari silih berganti, bulan pula akan bersedia mengambil posisi,
begitu juga di dalam persahabatan ini..
akan ku biarkan segala yang pahit di bawa oleh bulan untuk melenyapkannya di kala malam sunyi,
dan akan ku bawa segala yang manis bersama sinar mentari setiap hari..



Akhirnya Teman,
Mohon seinfiniti kemaafan sekali lagi,
segala yang terjadi aku tidak pernah menyalahkan komuniti,
kecuali menyalahkan terhadap kecuaian diri..
mungkin ku akui, ada yang cemburu pada diri,
lantas mereka mencemari perhubungan ini..

Teman,..
aku tersangat rindukan saat kita bersama,
mengharungi suka dan duka bersama,
gelak tawa bersama,
di saat itu kita berkongsi pelbagai memori bersama,..

Teman...
semoga kita lebih matang melayari perhubungan ini,
yang keruh biarkan ia pergi bersama ombak tsunami,
yang indah kita semadikan di sanubari,
semoga ALLAH merahmati perhubungan persahabatan ini..







# terpaksa menyembunyikan kekusutan sewaktu di minta memberikan pandangan sebagai seorang mahasiswa islam,..

**Maaf sekali lagi, aku tidak sanggup lalui detik - detik sebegini lagi,
kamu pun lebih memahami diri, apabila di timpa masalah pasti akan memikirkannya seinfiniti.
aku tidak mahu melukai hati sesiapa, aku cuba untuk menjaga hati semua manusia,
tetapi mungkin di saat ini aku tersungkur dengan diri sendiri, aku tidak dapat menjaga
semua hati insan di sisi.. aku tidak kesah, jika keadilan ini tidak berpihak pada diri, biarkan keadilan itu
akan di nilai oleh masa dan ketika sendiri..

 Maafkan diri ini ='( ...

#hanya ku pinta padamu, maafkan diri ini...
aku akui aku memang tidak dapat jadi sahabat yang terbaik untuk dirimu..
serba salah selalu menyelubungi diri, maaf sekali lagi..




Fara Nasha
Hayy Janubi

**Gelombang imtihan nihaie..
ayuh MUMTAZ sekali lagi..



































































































Wednesday, May 9, 2012

Warkah buatmu Sahabat

Bismillah...




Mungkin semua tertanya - tanya kenapa saya still letak di FB saya gambar UNISZA, status study di UNISZA, walhal kini saya sudah dua tahun tinggalkan UNISZA, dan saya juga telah berada di bumi yang telah saya impi - impikan sejak tingkatan 3 lagi iaitu JORDAN.


pengalaman dan perjalanan hidup memang betul - betul mengajar saya erti kehidupan. di UNISZA saya belajar erti kematangan hidup. saya belajar erti "berdikari", "kerjasama","tolong - menolong", dan yang paling penting erti "persahabatan".


ye! memang di JORDAN pun ada semua itu, mungkin suatu hari nanti apabila saya sudah tiada di bumi ini saya akan mengenangkan semula. "JORDAN" adalah tempat yang tidak akan saya lupakan sepanjang hidup saya! 


berbalik kepada UNISZA tadi, saya tersangat kagum dengan erti "PERSAHABATAN" disini.. pada mulanya dari selangor ke terengganu seorang diri. dan first day dalam kelas pun saya sendiri. saya langsung tidak mengenali sesiapa pun di bumi terengganu itu. sesudah hari berganti hari, ALLAH itu maha adil, DIA mengurniakan saya seorang Sahabat yang sangat memahami.






sejak itu kami sentiasa bersama. sampaikan ada yang mengatakan kami "adik -beradik" lain emak dan ayah. Dia melengkapi kekurangan diri ini. suka duka kami lalui bersama, kami berkongsi minat dan cita - cita yang sama.. 








Hari tidak selalunya cerah, dengan di takdirkan ALLAH kami terpisah juga di bumi yang fana ini. mungkin perpisahan ini akan mengajar kesetiaan di dalam "persahabatan"..









Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya.
 Memang benar kata hatiku,
 kau hanya tetamu hatiku yang singgah hanya seketika.
 Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.

Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim. 
Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. 
Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. 
Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup
 hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.


Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam.
 Ada mulanya dan tiada penghujungnya,
 seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya.
 Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya.
 Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan.
 Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. 


Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, 
aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika.




p/s : Masih terkenang tatkala diri ini di timpa kemalangan sewaktu final exam
 kemalangan mengakibatkan diri ini tidak boleh berjalan,
 awak bersusah payah membantu saya, awak sanggup bangun awal hantar saya pergi ambil exam,
 yang pada itu exam bermula pada pukul 10pagi,  awak sanggup pergi bersama saya seawal jam 7pagi.
 pada waktu itu saya akui diri ini degil, walhal boleh sahaja saya menggunakan "wheel chair" untuk ke dewan peperiksaan.
tetapi di saat itu saya cuba kuatkan diri untuk  berjalan kaki menggunakan "tongkat" ke dewan peperiksaan.
dan di saat itu juga kemanisan ukhuwah terasa. dan kini akan ku sematkan ianya dan akan terus berkekalan hingga ke syurga..

kami semua satu keluarga "diploma Pentadbiran Islam".. Semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan hingga ke akhirnya... terima kasih YA allah... =)

Fara Nasha 
AL al Bayt Universiti JORDAN
Fiqh Wa Usuluh..