Saturday, February 25, 2012

Displin dalam bertunang

Bismillah...

Alhamdulillah bersyukur kerana di beri lagi nikmat bernafas di muka bumi ini. hari ini hatiku meronta - ronta untuk mengpost satu artikel mengenai "displin dalam bertunang". bagi diri ini perkara - perkara sebegini selalu di "take for granted" oleh semua masyarakat islam hatta pelajar jurusan agama khususnya.



BERTUNANG


Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Walaubagaimanapun disana terdapat tatasusila atau batas- batas terhadap perhubungan ini ,yang di katakan sebagai adab - adab bertunangan (ianya melibatkan kedua- dua belah pihak samada lelaki atau perempuan)



Adapun adab-adab semasa bertunangan boleh dibahagikan kepada 2 bahagian :

Adab dalam bergaul

maksud pergaulan disini ialah pertemuan ,perbincangan atau hubungan secara langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunangan masing -masing :


1 . Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh muhram (si perempuan ).seboleh -bolehnya pertemuan itu diadakan di rumah si perempuan


2 . Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah :" Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan. "


3 . perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.

4 . Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam . dan harus dingatkan bahawa aurat diantara keduanya adalah sama dengan aurat perempuan dengan lelaki ajnabi (muhram) hanya sekadar muka dan dua tangan sahaja.


5 . Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan

apa saja.

****kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah ,syak wasangka atau boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat maka ianya tidak diharuskan .




Tempoh pertunangan

Pada hakikatnya islam menggalakan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara- perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. Disini saya sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:


1 . Dalam tempoh pertungan yang lama , dibimbangi tersingkapnya keaiban pasangan yang boleh membawa putusnya hubungan pertungan dan kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasngan dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa padah pasanga itu sendiri.


2 . Tempoh yang lama mungkin memberi peluang kepada orang lain yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satu pasangan dan berusaha untuk memisah antara keduanya .


3 . Di bimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang tempoh pertunangan dengan kerapnya mengadaka pertemuan yang tak syarie. Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat dimani oleh Muhram.


4 . Lebih menenangkan gelodak jiwa dan perasaan rindu yang boleh mengganggu prestasi pelajaran dan juga kerja.



** serta banyak lagi.....


akhir kalam, jaga hati, jaga iman, jaga ahlak jangan fikir apabila telah bertunang kita bebas melukakan apa - apa sahaja. Ingat bertunang itu belum tentu lagi si "dia" akan jadi milik kita, sehinggalah di ijab kabulkan barulah si "dia" betul - betul milik kita..

-- peringatan untuk diri sendiri dan semua --

Fara Nasha
Hayy janubi Mafraq Jordan
universiti al al bayt JORDAN



Wednesday, February 22, 2012

Haruskah aku menerima?

Haruskah aku menerima cinta yang baru sekuntum bunga?
Haruskah aku menerima, cinta yang baru bertemu semula?
Haruskah aku menerima, cinta yang baru bersemi di jiwa?

Haruskah aku menerima senyuman yang baru mekar di bait bibirnya?
Haruskah aku menerima cinta, yang baru berputik di jiwa?
Haruskah aku menerima dengan perasaan yang bagai lautan gelora?

Haruskah aku menerima, kepada orang yang tidak pernah menyintaiku?
Haruskah aku menerima, ???

Semua itu adalah ketentuan yang ESA...
Aku tidak pasti kemana akan pergi perasaan ini..
Adakah akan berakhir @ aku senyap untuk diriku sahaja..

Cinta bagai berputik lagi..
Mekar mewangi di taman hati..
Namun ini adalah impian dan anganku..
Ingin memiliki SERIKANDA impian hati..

Aku tidak yakin dia akan menerimaku...
Keranaku tahu diri ini masih banyak kekurangan...
Aku tidak layak untuk bersama dengannya...
Aku tidak setanding dengan dirinya...

Sukar untuk aku ungkapkan..
Bahawa dia telah lama mencuri hati ini buat sekian kalinya...
Mungkin keputusanku hanyalah berserah kepada takdir illahi..

Hanya doa,, dan terus berdoa..
Keranaku khuatir jika dia tahu perasaan ini..
mungkin malu yang ku dapati..

Doa dan terus berdoa..
itu adalah pilihan dan jalan yang terbaik buatku...



*Buat sekian kalinya hati ini di curi
di tanah syam, bumi gersang mafraq Jordan..
HAYY JANUBI MAFRAQ
UNIVERSITI AL al BAYT JORDAN







Tuesday, February 7, 2012

Kau sahabat, kau temanku

Sahabat...
"Lama aku mencarimu, berharap kita bertemu
Berkeluh kesah sendu, bercerita ini itu
Sahabat...
Kau bagaikan irama dan lagu, buatku selalu rindu padamu
Kau bagaikan panorama, buatku bahagia dan berguna
kau juga Ibarat seni membelenggu jiwa...

Sahabat...
Rasa suka, rasa duka
Kita rasa bersama
Rindu, kasih dan cinta
Ibarat tali yang terikat
tidak boleh dipisahkan
Walau jarak teramat jauh
Kau tetap di dalam hatiku

akan aku abadikan bersamamu...


Temanku
Kau temanku yang paling baik
Kau temanku yang paling lucu
Kau temanku yang paling asyik
Meski terkadang menjengkelkan
Kau temanku yang paling unik
Kau juga temanku yang paling aneh
Kau berbeda dengan temanku yang lain




Sahabat...
Adalah satu jiwa yang menghuni dua tubuh
Bagai oksigen dalam air, dan hemoglobin dalam darah


...dan, Seorang sahabat adalah;
Sebuah dorongan saat kita berhenti
Sebuah tuntunan saat kita sedang mencari
Sebuah senyuman saat kita merasa sedih
Sebuah lagu saat kita merasa senang
Sebuah cahaya saat kita dalam gelap




Aku....
aku adalah aku....
aku mendambakan sahabat sejati..
untuk berjuang bersama di medan ini!
namun ku tahu itu adalah satu anganku..

mungkin itu adalah yang terbaik untukku..
mengembara seorang diri...
mencari sahabat penganti..
namun aku tidak boleh ketar berjuang di medan ini!
walaupun aku berjuang tanpa bersamamu wahai sahabat!..

aku yakin..
dengan janji tuhan
satu hari nanti kita akan berjuang bersama lagi!

jika bukan di medan ini
mungkin di medan masyarakat suatu hari nanti!..





Saturday, February 4, 2012

Semoga Fasal Thani lebih baik dari Fasal Awwal

Bismillah.........

alhamdulillah lagi beberapa jam sahaje lagi, sem baru akan membuka tirainya..  bercampur baur perasaan aku ni.. aish sudah takut ade seram ade, gembira ada.. mm semuanyalah ade.. tapi yang paling penting semoga azam baru aku sempena sem baru ni berjaya!.. bukan sekadar azam sahaja semoga aku akan pastikan aku lakukan untuk mengembara ilmu di bumi anbiya ini..

Di cabar sebelum tirai fasal thani  :

cabar mencabar adalah satu fenomena biasa bagi aku.. sebenarnya ianya bukan budaya yang tidak sihat malah bagi aku ia adalah daya saing supaya kita lebih maju di dalam pelajaran khususnya..
sebelum tirai fasal thani terbuka seluas - luasnya esok.. beberapa hari yang lalu aku di cabar oleh seorang sahabat @ adik. cabaran muadaal (pointer) fasli 80% untuk fasal thani ini.. alhamdulillah cabaran itu di sambut baik olehku.. bagiku itu adalah satu permulaan dan semangat baru sebelum fasal thani bermula.. namun sedikit terkilan apabila mengenangkan muaddal tarakami aku fasal awal sungguh mengecewakan 83% turun mendadak kepada 71.65%.. ya ALLAH sungguh lalai aku menuntut ilmu...

semoga fasal thani memberi harapan dan nafas baru di dalam hidupku. perjalanan di bumi anbiya ini memang sukar,tetapi jika kita berusaha sesukar manapun ianya akan pasti berjaya!.. semoga fasal thani ini aku mampu menaikan semula pointer itu..

soal hati :

apabila bercerita mengenai sem - sem yang lepas, aku rasa cabarannya lebih biasa. namun pasa fasal awal yang lepas cabaranya sikit luar biasa. tatkala berbicara mengenai soal hati. aku tertanya - tanya adakah aku layak untuk berbicara mengenai hal yang sedemikian?..

mungkin agak kelakar, namun demi menjaga hati - hati manusia.. fasal awal aku terpaksa menolak 3 hati manusia yang bergelar lelaki. mungkin ada yang mengatakan aku ego. namun aku masih tidak terbuka lagi hati ini untuk berbicara mengenainya.  mungkin bila sudah sedia satu hari  nanti aku akan terima sesiapa yang sahaja seadanya....



semoga fasal THANI lebih baik daripada fasal AWWAL :

insyaallah!!! fara boleh!!... semoga berbekalkan semangat dan azam baru semoga kali ini aku tidak leka di buai mimpi.. semoga aku akan lebih berjaya dari fasal lepas!!

semangat perlu ada, usaha seiring tawakal.. semoga ALLAH permudahkan urusanku dalam mengembara ilmu di tanah suci ini..

ALLAHUMMA ameen...

Perjalanan Mesti Diteruskan

bismillah...

alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH kerana masih lagi di beri nikmat untuk meneruskan kehidupan ini, bersyukur juga kerana di saat ini aku masih lagi bernafas dan dapat menghabiskan cuti dengan jayanya...
walaupun cuti kali ini agak membosankan namun aku rasa ukhuwah cuti kali ini adalah amat penting untuk aku meneruskan kehidupan ini...

esok 5/2/2012 bermulanya sem baru, insyaallah kali ini berbekalkan azam yang ada aku yakin dan pasti aku akan lebih fokus dalam mata pelajaran,.. namun pada kali ini suasana pembelajaran yang agak mencabar bagi aku kerana semakin naik sem, semakin susah subjek - subjek yang akan aku hadapi. insyaallah semoga ALLAH merahmati perjuagan ini.

aku hanyalah insan biasa, yang berdiri di atas diri sendiri, segala - galanya aku meminta pertolongan kepadanya yang esa.. kini aku sudah pun mencecah hampir 21 tahun, ya ALLAH sudah dewasa umurku ini, namun gerak kerja dakwah satu pun belum aku lakukan.. ya ALLAH ampunilah daku.....

perjuangan menegakkan ISLAM adalah matlamatku, namun aku hanyalah insan biasa yang perlu mempunyai daya kerjasama supaya misi dan visi dakwah itu berjaya. insyaallah cuti fasal thani bulan 6 ini.. aku ingin menebarkan misiku ini ke LUBNAN..

aku tidak tahu, kenapa hatiku terpanggil ke sana,.. aku ingin melawat / menziarahi saudara - saudara sesama islam di kem syatila (palestin) di LUBNAN. ya ALLAH semoga berjalanan itu di berkatimu..

semoga modul akan terus aku lakukan untuk menebarkan lagi sayap dakwahku ini... insyaallah semoga ALLAH merahmati perjuagan ini..

ALLAHUMMA AMEEN...