Bismillah.........
alhamdulillah lagi beberapa jam sahaje lagi, sem baru akan membuka tirainya.. bercampur baur perasaan aku ni.. aish sudah takut ade seram ade, gembira ada.. mm semuanyalah ade.. tapi yang paling penting semoga azam baru aku sempena sem baru ni berjaya!.. bukan sekadar azam sahaja semoga aku akan pastikan aku lakukan untuk mengembara ilmu di bumi anbiya ini..
Di cabar sebelum tirai fasal thani :
cabar mencabar adalah satu fenomena biasa bagi aku.. sebenarnya ianya bukan budaya yang tidak sihat malah bagi aku ia adalah daya saing supaya kita lebih maju di dalam pelajaran khususnya..
sebelum tirai fasal thani terbuka seluas - luasnya esok.. beberapa hari yang lalu aku di cabar oleh seorang sahabat @ adik. cabaran muadaal (pointer) fasli 80% untuk fasal thani ini.. alhamdulillah cabaran itu di sambut baik olehku.. bagiku itu adalah satu permulaan dan semangat baru sebelum fasal thani bermula.. namun sedikit terkilan apabila mengenangkan muaddal tarakami aku fasal awal sungguh mengecewakan 83% turun mendadak kepada 71.65%.. ya ALLAH sungguh lalai aku menuntut ilmu...
semoga fasal thani memberi harapan dan nafas baru di dalam hidupku. perjalanan di bumi anbiya ini memang sukar,tetapi jika kita berusaha sesukar manapun ianya akan pasti berjaya!.. semoga fasal thani ini aku mampu menaikan semula pointer itu..
soal hati :
apabila bercerita mengenai sem - sem yang lepas, aku rasa cabarannya lebih biasa. namun pasa fasal awal yang lepas cabaranya sikit luar biasa. tatkala berbicara mengenai soal hati. aku tertanya - tanya adakah aku layak untuk berbicara mengenai hal yang sedemikian?..
mungkin agak kelakar, namun demi menjaga hati - hati manusia.. fasal awal aku terpaksa menolak 3 hati manusia yang bergelar lelaki. mungkin ada yang mengatakan aku ego. namun aku masih tidak terbuka lagi hati ini untuk berbicara mengenainya. mungkin bila sudah sedia satu hari nanti aku akan terima sesiapa yang sahaja seadanya....
semoga fasal THANI lebih baik daripada fasal AWWAL :
insyaallah!!! fara boleh!!... semoga berbekalkan semangat dan azam baru semoga kali ini aku tidak leka di buai mimpi.. semoga aku akan lebih berjaya dari fasal lepas!!
semangat perlu ada, usaha seiring tawakal.. semoga ALLAH permudahkan urusanku dalam mengembara ilmu di tanah suci ini..
ALLAHUMMA ameen...
No comments:
Post a Comment