Saturday, February 4, 2012

Perjalanan Mesti Diteruskan

bismillah...

alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH kerana masih lagi di beri nikmat untuk meneruskan kehidupan ini, bersyukur juga kerana di saat ini aku masih lagi bernafas dan dapat menghabiskan cuti dengan jayanya...
walaupun cuti kali ini agak membosankan namun aku rasa ukhuwah cuti kali ini adalah amat penting untuk aku meneruskan kehidupan ini...

esok 5/2/2012 bermulanya sem baru, insyaallah kali ini berbekalkan azam yang ada aku yakin dan pasti aku akan lebih fokus dalam mata pelajaran,.. namun pada kali ini suasana pembelajaran yang agak mencabar bagi aku kerana semakin naik sem, semakin susah subjek - subjek yang akan aku hadapi. insyaallah semoga ALLAH merahmati perjuagan ini.

aku hanyalah insan biasa, yang berdiri di atas diri sendiri, segala - galanya aku meminta pertolongan kepadanya yang esa.. kini aku sudah pun mencecah hampir 21 tahun, ya ALLAH sudah dewasa umurku ini, namun gerak kerja dakwah satu pun belum aku lakukan.. ya ALLAH ampunilah daku.....

perjuangan menegakkan ISLAM adalah matlamatku, namun aku hanyalah insan biasa yang perlu mempunyai daya kerjasama supaya misi dan visi dakwah itu berjaya. insyaallah cuti fasal thani bulan 6 ini.. aku ingin menebarkan misiku ini ke LUBNAN..

aku tidak tahu, kenapa hatiku terpanggil ke sana,.. aku ingin melawat / menziarahi saudara - saudara sesama islam di kem syatila (palestin) di LUBNAN. ya ALLAH semoga berjalanan itu di berkatimu..

semoga modul akan terus aku lakukan untuk menebarkan lagi sayap dakwahku ini... insyaallah semoga ALLAH merahmati perjuagan ini..

ALLAHUMMA AMEEN...

2 comments:

  1. ya Allah...semoga semuanya berjalan lancar. seronoknya rasa :) kadang2 program seperti ini lebih membuatkan kita rasa insaf dan mempunyai kesedaran yang lebih tinggi untuk berjuang demi Islam :)

    ReplyDelete
  2. terima kaseh..insyaallah semoga usia muda kite ni xberlalu begitu sahaja.. :)

    ReplyDelete