Friday, January 14, 2011

Jihat si Musafir Cinta 1

Mungkin pada mulanya agak mustahil untuk aku percaya kerana selama ini memang impian aku teringin untuk melanjutkan pelajaran di Jordan. Dan akhirnya cita cita dan impianku selama ini menjadi kenyataan.pada mulanya agak sukar untuk aku menguruskan segala urusan seperti tiket flight, visa, dan sebagainya. Dengan semangat yg kental aku harungi pelbagai dugaan itu dengan gigih dan kesabaran yang tinggi.aku bermonolog sendirian “biasalah hidup mane yang tiada masalah betul tak??.. Dan ini impianku serta keputusanku untuk pergi ke tanah anbiya meneruskan perjuangan di medan ini..

Tatkala terkenang aku dengan soalan abah selepas aku pulang dari BTN.. “apa kerja yang angah boleh dapat lepas graduate nanti?”..aku cuma tersenyum dan segara menjawab..”soal kerja dan rezeki tu semuanya di tangan Allah,takkanla balik-balik je dari Jordan terus dapat kerjakan. Kita mesti mula dari bawah dulu seprti ustazah dan jurusan agama tidak hanya memokuskan kepada ustazah sahaja sebenarnya banyak je cabang yang kita boleh ceburi”..aku cuba untuk menyakinkan abah.. abah pun mengganguk tanda setuju..aku pandang ke cermin sisi kereta ayahku sambil tersenyum. Kereta serena biru yang di pandu oleh ayahku terus laju menyusuri jalan.

Begitulah pengalaman dalam kehidupan.Mungkin bagi aku ianya adalah satu cabaran dalam kehidupan. dan satu persatu aku tempuhi dengan sabar dan akhirnya Alhamdulillah kerana segalanya di permudahkan oleh Allah..aku bersyukur ke astas ilahi kerana segala urusan ku selama ini di permudahkannya. mungkin allah telah mentakdirkan aku untuk melanjutkan pelajaran di bumi bertuah iaitu Jordan.. Alhamdulillah bersyukur ke atasnya.

Masih segar lagi di ingatanku tatkala kami pelajar – pelajar ke timur tengah menanti surat tawaran dari KPT.surat tawaran pada tahun ini agak lambat di keluarkan aku pun tidak tahu apa masalah yang di hadapi oleh pihak atasan. Apabila call KPT mereka kata pihak Jordan lambat bagi respon. so kami tak boleh bagi sebarang keputusan kepada pelajar – pelajar yang ingin ke timur tengah pada sesi 2010/2011.
Sebelum itu aku masih lagi menuntut di salah sebuah universiti tempatan di malaysia di dalam program Diploma Pentadbiran . Ketika itu aku masih sembunyikan hasrat hatiku ke timur tengah even kawan rapat aku sendiri iaitu Farhah. Sehinggalah aku mendapat panggilan dari kpt mengarahkan aku untuk ke BTN di KLIA. Pada mulanya aku tidak mahu pergi kerana terpaksa ponteng kuliah selama 3 hari. Dan setelah berbincang dengan parents, mereka suruh pulang dan pergi ke BTN.

“mm..mcm mne aku nak buat alasan kat farhah ni jannah?. Aku kene balik!!.. tepinga- pinga jannah bila aku cakap yang aku terpaksa balik..” kenapa pulak ko kene balik mana ada cuti”.. balas jannah.“sebenarnya aku kene pegi BTN untuk pelajar – pelajar ke timur tengah.. sambil tersenyum jannah berkata “betulke fara??..ya allah syukur Alhamdulillah..la dah tukan cita – cita kau dari zaman sekolah lagi, mm oklah tak yah risaulah pasal farhah biar aku yang uruskan”.. “betul ni?? “ soalku menginginkan kepastian.. jannah tersenyum sambil berkata “insyallah..nanti bila da dpt surat tawaran jangan lupa bagitahu aku sudah la.”. “insyaallah aku tak lupa punyalah..” tersenyum lebar aku apabila jannah menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah yang sedang aku hadapi.

Masa berlalu begitu pantas sehingga aku tidak terasa yang ramadhan hampir melabuhkan tirainya. “Pejam celik pejam celik dah habis puasa,persiapan ke Jordan tak settle – settle lagi ni macam mana ni? ?takkanlah aku nak pergi tanpa persiapan.. Aisyah jangan lengah – lengah lagi,nak pergi empat tahun bukan empat hari..”wake up”monologku sendirian..

Maka operasi persiapan untuk ke Jordan mesti di uruskan dengan segera supaya tiada masalah lagi. Satu persatu aku susun supaya tiada yang tertinggal masa hari nak berlepas nanti. Seingat aku seminggu sebelum raya aidilfitri aku turun naik ke shah alam untuk settlekan tiket flight. Biasalah seminggu sebelum raya mana ada pejabat nak layan masing – masing sibuk untuk persiapan raya, aku je yang semangat time – time bulan puasa pergi ke shah alam. Dan akhirnya segala urusan itu aku dapat selesaikan sehari sebelum terbang. Alhamdulillah..
Teringatku semasa di shah alam, aku pergi ke sana seorang diri orang lain sibuk – sibuk raya aku awal – awal pagi dah tecacak di stesen KTMB Nilai untuk ke Shah Alam. Dengan suasana di stesen KTMB yang sesak itu aku redah jua demi perjuanganku ke JORDAN. Setibanya di Shah Alam aku di jemput oleh siti untuk terus ke pejabat JAIS.

Setibanya di pejabat JAIS aku pergi berurusan dengan kerani yang berada di situ, tetapi nasib tidak menyebelahi aku kerana ustaz yang bertugas pada hari itu sedang bermesyuarat, so terpaksalah aku tunggu untuk menyelesaikan urusan ini sehingga jam tempat menunjukkan pukul 1 petang, semasa aku melangkah untuk pulang aku di sapa oleh sepasang suami isteri “adik buat apa kat sini?” soal mak cik itu kepadaku, “ saya tengah uruskan tiket ke Jordan, mak cik pulak buat urusan apa?. Balasku.. “samalah mak cik pun tgh buat urusan tiket bayaran balik untuk anak mak cik”.. terang mak cik itu. “oh yeke, anak mak cik nak sambung belajar kat mana?” soalku kepada mak cik itu ..” isnyaallah kat universiti zaqaziq mesir bidang medic”..” bagusnya, ambil kos medic, Alhamdulillah semoga jadi doktor islam yang Berjaya”.. aku melemparkan senyuman kepada mereka berdua.

“adik datang sini seorang diri je ke?” soal pak cik tu pula. “ a’ah saya datang sendiri sebab ayah busy sikit nak buat persiapan doa selamat sikit kat rumah sebab esok pagi – pagi lagi saya dah nak bertolak ke KLIA”.. balasku kepada pak cik itu. ” esok ke adik nak pergi? Bagusnya pak cik kagum dengan adik, pak cik rasa memang pelajar – pelajar yang nak pergi ke oversea ni memang ada semangat jati yang tinggi dalam diri,tengoklah adik sendiri esok dah nak pergi hari ni sanggup pergi uruskan semua ni sendiri”..sahut pak cik itu,. “hehe, sebenarnya nak settlekan sebelum raya hari tu, tp time tu dyorg busy yelakan sape nak layan time – time nak raye.. o.kla pak cik, mak cik saya terpaksa pulang dulu ada urusan lain yang saya perlu selesaikan, sampaikan salam saya pada anak mak cik ye” aku menghabiskan hujah - hujahku..” baiklah pak cik dan mak cik mendoakan kejayaan adik di bumi Jordan itu insyaallah”.. aku tersenyum dan terus beredar, memandangkan masa telalu mencemburui aku untuk beramah mesra dengan mereka berdua. Aku terus ke stesen KTMB Shah Alam dan segera pulang ke rumah dengan segara kerana ingin menghabiskan mengemas saki baki barang – barang yang perlu di bawa, risau kalau – kalau ada yang tertingal.

No comments:

Post a Comment