Hari ini, hari terakhir program orentasi kami di jamiah mutah pagi – pagi lagi aku bangun untuk menunaikan ibadah wajibku sebagai seorang muslimah, setelah selesai menunaikan solat aku mengemas pakaian untuk di bawa pulang. Kami pelajar – pelajar mafraq di arahkan membawa barang terus ke jamiah kerana malam itu juga setelah selesai program kami akan terus pulang ke jamiah al bayt. Setelah selesai mengemas dan bersiap aku dan rakan serumahku turun ke bawah untuk menunggu coaster yang akan menjemput kami untuk pergi ke jamiah.
“cepat je kan masa berlalu, malam ni kita da nak balik mafraq da, rasa macam tak puas je duduk kat mutah ni”..saya berceloteh
“betul – betul sekejap je rasanya, macam tak pecaya pulak malam ni nak balik rasa macam baru je sampai semalam”.. balas liza.
Pritttttt….prittttttttttt… kedengaran bunyi hon di hujung jalan, rupanya coaster yang di tunggu tiba untuk membawa kami ke jamiah mutah. Ada seorang syabab keluar dan menyebut nama rumah yang akan naik coaster terlebih dahulu. Kedengaran bait busyra di sebut untuk menaiki coaster terlebih dahulu. Aku dan Liza segara mengangkat barang untuk pergi ke coaster tersebut. Tiba – tiba..
“liza, sekejap jangan naik dulu biar lambat – lambat sikit” beritahuku dengan muka yang merah padam.
“kenapa kau ni macam Nampak hantu je, ko o.k tak ni?” balas liza
“eh, aku o,k je. Lambat – lambatla sikit naik, janganla banyak Tanya”. Rungutku kepada liza
“o.k – o.k tuan puteri beta menurut perintah”. Seloroh liza
Kami orang terakhir masuk ke dalam coaster, pada mulanya liza mahu duduk di depan tapi aku menghalangnya. Akhirnya kami duduk di bahagian belakang sekali. Pada waktu itu aku berdebar – debar bagai hendak gugur jantungku ini, kerana syabab yang berada di depan itu adalah syafiq. Aku cuba mengelak untuk dia tidak dapat menghidu kehadiran aku di dalam coaster ini.
Perjalanan dari bait ke jamiah mengambil masa lebih kurang 10 minit lamanya. Suasana pagi di padang pasir sesungguhnya istimewa tidak terungkap dengan kata – kata. Tanah bersih tanpa rumput, meluaskan penglihatan dan mudah sekali menerbitkan rasa kekedirlan diri kepada allah s.w.t.
“jangan termenung lama – lama sekejap lagi kita da nak sampai jamiah ni.” Tegur Liza
Saya tersenyum, memandang sekeliling terlihat wajah kegembiraan di wajah masing – masing kerana program orentasi ini akan berakhir pada petang itu, aku pun bersabar menunggu untuk tiba di jamiah mutah. Pelbagai persoalan bermain di kepala. “Adakah dia tahu yang aku ada di dalam coaster ni?” . monologku sendirian.Dan jauh di sudut hatiku mengharapkan syafiq tidak dapat menghidu kehadiranku di dalam coaster itu.
Setelah sampai ke destinasi untuk kami meneruskan program terakhir kami. Aku terus ber gerak pantas menuju ke dewan masrah untuk mengambil tempat duduk, tiba – tiba.. kring…kring… satu meseg masuk ke dalam inbox..
“wahai sibiru da sihat ke? Makan ubat tak? Tido lena tak? Sejuk tak? From syafiq
“fuyoo,banyaknya dia Tanya mana satu nak jawab ni” bisiku dalam hati
Aku tersenyum sendirian di skrin telefon, rupanya dia dapat menghidu kehadiranku di dalam coaster sebentar tadi. Kalau tidak manakan bisa dia tahu yang aku memakai serba biru pada pagi itu.
“salam abang aisyah sakit kepala..” aku menghantar meseg kepada syafiq setelah habis program istana taksyi pada petang semalam. Cuaca yang agak tidak menentu menyebabkan aku berasa tidak selesa dan sakit kepala. Mungkin dia risau dengan keadaanku, itulah banyak soalan yang di acukan di dalam mesegnya. maklumlah dia bertugas sebagai AJK pengangkutan dan kebajikan. Pelajar – pelajar yang sakit adalah tanggungjawab dia sepanjang program berlangsung.
Aktiviti pagi tu bejalan seperti yang di jadualkan walaupun boring tetapi aku tetap betahan. Biasalah orentasi untuk pelajar universiti mesti input yang di beri dengan pelbagai slot pengenalan Jordan dan berkisar mengenai MSD (Malaysian student department). Badan inilah yang menjadi perantaraan pelajar menguruskan perihal – perihal pelajar di Jordan untuk berurusan seperti cop pengesahan, pinjaman, pertukaran university dan sebagainya.
Ada pelajar yang khusyuk mendengar dan ramai juga yang syahid di atas kerusi. Biasalah program – program seperti ini, pelajar – pelajar yang kurang perihatin mereka akan pandang mudah sahaja dan tidak mengambil berat tentang isi yang di sampaikan.
Petang itu program kebudayaan di jalankan ada kumpulan yang bernasyid, berpantun, berlakon, bersajak. Kumpulan saya di tugaskan untuk berlakon dengan tajuk kedatangan pelajar baru ke Jordan. Tidak semena – mena aku terpaksa membawa watak sebagai seorang pelajar dari sabah datang ke Jordan. Memang merapu sabahlah masa tu.
“sabah bah, kamu suruh aku jadi orang sabah, apa aku nak merapu ni, bahasa sabah pun aku tak penah cakap” rungutku kepada liza
“ko hentam jak,, apa yang kamu tahu kamu sebut yak” seloroh liza
Lawak rasanya, memengang watak sebagai orang sabah. Tapi aku cuba yang terbaik demi kumpulanku. Dan akhirnya kami Berjaya berlakon dengan baik dan menghiburkan hati para penonton. Maka berakhirlah program orentasi 2010/2011 sempena kehadiran pelajar baru ke Jordan. Petang itu kami pelajar al bayt terpaksa pulang ke medan perjuangan untuk meneruskan perjuangan kami yang belum selesai.
Aku sudah terbayang keadaan struktur bangunan jamiahku yang tidak ubah serupa dengan kilang. Segala – segalanya kotak tiada seni langsung seperti di jamiah mutah. Di al bayt semua bangunan baik dewan kuliah sehinggalah sakan semuanya serupa seperti kilang. tetapi yang membezakan hanya bangunan baru seperti bani hasyim, majmak quraisy, dan pejabat naib censolor..
Terkenang aku semasa berjalan bersama hani rakan satu sekolah menengah menuju ke dewan kuliah..
“kau tau tak masa mula – mula aku datang sini aku ingat an kilang, rupanya jamiah” rungut hani kepadaku
“kilang kau cakap, tergelak aku dengar, tula aku ingat an lagi canggih macam kat Malaysia, tapi aku rasa Malaysia la yang terbaik. Tapi perjuangan kita di sini mesti di teruskan biarlah macam kilang sekalipun tetapi ilmu yang di berikan sangat bernilai seperti berlian” balasku..
Kring….kring….tersedar aku dari lamunan sebentar tadi “sapa pulak yang call time busy – busy ni” rungutku.. aku terus memicit butang telefon.
“Assalamualaikum, aisyah da habis program ke?” Soal syafiq
A’ah da nak habis kenapa ye? Balasku,
Abang kat hospital ni hantar pelajar sakit. Rasa macam tak dapat je nak jumpa aisyah, bas datang pukul berapa? Soalnya lagi
“yeke?? (nada hampa)..tak pe lah kalau abang busy, aisyah tak kisah pun, aisyah tahu sapa lah aisyah ni kan..(nada merajuk).
“eh aisyah, jangan la cakap macam tu, takpe lah kalau tak de rezeki kali ni, mungkin hari lain, o.klah abang ada keje nak di buat ni ”. syafiq menghabiskan perbualanya.
akhirnya dengan izin allah bas kami datang lambat, kami terpaksa solat jama’ magrib dan isyak di mutah.. tiba – tiba kelihatan seorang syabab berjalan keluar dari dewan masrah dan melemparkan senyuman kepadaku. Aku tersipu malu dan ingin menyembunyikan senyuman itu kepada kawan – kawanku. Tetapi akhirnya dapat di hidu juga oleh kawan – kawanku yang berada di situ.
“uits suka Nampak, aku Nampak sapa yang senyum kat ko tadi” tegur siti.
“sapa tu pikah?, akak tak kenal pon”..sampuk kak laili
“mak cik, mulut ang senyap – senyap sudah, kak laili takde sapa – sapa pun” aku cuba menyembunyikan
“kak laili dah tahula aku bagitahu tadi..hehe” terang siti
“malu kot, adoi,,kak laili tu abang kita la takde apa – apa pun.” Balasku dengan perasaan malu.
“akak o,k je yang kau merah padam ni apasal?” sergah kak laili
“kita malu la dengan akak,” terangku
“takde apalah yang nak di malukan, biasalah manusiakan akak faham aisyah, aisyah buat – buat biasa je” balasnya.
satu senyuman yang di lemparkan kepadaku sudah cukup terubat kerinduan yang sekian lama terpisah dek kerana mengejar cita - cita. Aku berbangga kerana di kurniakan seorang teman seperti dia kerana dia telah banyak mengajar aku erti kehidupan dan kematangan. Teringat semasa berbual – bual dengannya, ketika itu kami masih menuntut di university tempatan di malaysia.
“ala abang rilex la, ambil diploma pun o.k apa. Nanti umur abang 21 da boleh ambil degree, lepastu baru boleh kahwin”..saya berceloteh kepadanya
“amboi senangnya mulut mak cik ni bercakap, aisyah ingat senang ke? Lepas habis degree tu belum tentu dapat kerja tau, nak bagi makan anak orang apa? Tak kan pasir kot?”. Soalnya
“betul jugak ek, sorila gurau – gurau je tadi, tapi kalau dah tu keputusan abang, aisyah da tak boleh nak buat apa – apa. Semoga Berjaya aisyah doakan”..balasku
Pemikirannya agak matang berfikir membuatkan aku terus berfikir. Aku agak takjub dengannya kerana walaupun dia adalah anak bongsu dalam keluarganya namun pemikirannya tidak seperti anak bongsu. Kebiasaannya anak bongsu terlalu manja dengan ibu bapanya sehinggakan mereka tidak boleh berdikari dengan sendiri selalu mengharap pertolongan dari orang lain walaupun dengan kerja yang senang.
kini saat yang di tunggu – tunggu pun tiba, masa untuk kami pelajar - pelajar mafraq balik ke medan perjuangan sebenar kami. Selepas berpelukkan dan berjabat tangan dengan rakan – rakan yang baru sahaja kenal di mutah, saya melangkah ke dalam bas dengan tenang.
“Bismillahitawakaltu ala allah,.. ke medan mafraq aku melangkah..
Perjalanan pada malam itu sungguh mendamaikan. Namun kelihatan semua pelajar keletihan kerana melakukan pelbagai aktivit dan berjaya menempuhi keseluruh program itu dengan jayanya. Perjalanan yang mengambil masa selama lima jam lamanya menyebabkan kami ada yang tertidur sepanjang perjalanan.
Mata saya asyik melihat suasana di sekitar jalan raya Jordan. Jordan tidak seperti Negara arab yang saya bayangkan. Tiada pohon tamar , tidak ramai yang berjubah , dan lebih menakjubkan saya tiada motosikal!.
Kebiasaanya di Malaysia motosikal menjadi pengangkutan utama selepas kereta, tetapi tidak seperti di Jordan, di sini mereka akan memandang aib kepada sesiapa yang membonceng motosikal, lebih – lebih lagi kaum wanita. Motosikal hanya di gunakan oleh syurtah – syurtah di Bandar – Bandar besar seperti Amman.
Jarang juga melihat wanita memandu kereta di lebuhraya. Mungkin kerata di sini kaum lelaki sangat mengihtiramkan para wanita. Sedangkan wanita yang berbasikal juga akan di pandang aib oleh mereka. Maka kadar kematian jalan raya adalah berkurangan berbanding di Malaysia kebanyakan para pembonceng motosikal yang di gelar “mat rempit” mati katak di jalan raya.
Kami tiba di mafraq tepat pada pukul 11.20 malam waktu Jordan. Jelas terpancar keletihan di wajah para peserta orentasi. Pada malam itu aku cuba untuk menghubungi aiman untuk memberitahu yang kami sudah sampai ke jamiah dengan selamatnya. Tetapi aku tidak berjaya menghubunginya mungkin sibuk agaknya.
“oh, baruku teringat dia terpaksa menghadiri program hari raya yang di sambut untuk pelajar – pelajar mutah malam ni, ” Bisiku dalam hati.
Saya meletakkan barang – ke dalam bilik dan mengeluarkan baju – baju kotor untuk di rendam. aku mengenakan pakaian tidur dan bersiap – siap untuk tidur. Tiba – tiba.. kring…kring…. Handsetku berbunyi, menandakan ada satu panggilan masuk, lalu ku picit butang telefon..
“assalamualaikum aisyah, maaf abang ada program tadi, aiyah da sampai mafraq ke?” Soalnya
“waalaikumussalam, owh yeke takpela, aah aisyah da sampai mafraq” balasku
Kami berbual agak lama pada malam itu, dan pelbagai soalan di acukan kepadaku. Salah satunya adalah.
“kenapa aisyah pilih al bayt, tak mutah?”..soalnya
“susahnya aisyah nak jawab soalan tu, mungkin belum tiba masanya untuk aisyah jawab kot”. Balasku.
Mungkin persoalan yang di tujukan ini akan terjawab bila tiba masa dan ketikanya. Untuk saat dan detik ini aku masih tidak boleh menjawab persoalan yang di acukan kepadaku.
“o.kla aisyah, abang tunggu jawapan dari aisyah je, abang da nak tidur ni, jaga diri elok - elok assalamualikum”. syafiq menghabiskan perbualan.
“insyaallah kalau aisyah dah sedia, abang pun jaga diri elok – elok. Waalaikumussalam”. Balasku di akhir perbualan.
Jawapan kenapa aku memilih jamiah al bayt tidak jamiah mutah kerana mungkin aku manusia biasa yang mempunyai perasaan yang tertarik kepada lelaki, dan sesungguhnya allah menjadikan manusia itu berjantina iaitu lelaki dan perempuan, dan allah juga menjadikan lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan juga akan tertarik kepada lelaki. Aku cuba menyembunyikan perasaan ini kerana ku khuatiri akan bergelumang dengan hawa nafsu syaitan yang tidak pernah berhenti memujuk dan mengoda manusia yang lemah sepertiku.
Dan aku juga tidak mahu perasaan yang sedikit ini akan bertukar menjadi maksiat hati kerana seringkali mengingatinya sekaligus melemahkan imanku. Mungkin dengan cara ini aku boleh untuk melupakannya buat seketika. Aku redha dengan ketentuan dari illah. Dan aku juga tahu yang aku sebenarnya tidak layak untuk memiliki hati seorang lelaki yang cukup sempurna dan baik bagiku. Mungkin dia lebih layak bersama permaisuri pilihan hatinya.
Hikmah allah adalah luas, mungkin ada sesuatu yang tidak di duga akan berlaku, aku redha di setiap ketentuan. Jika memang tercatat namanya dan namaku di luh mahfuz mungkin kami akan di satukan, dan jika dia bukan di takdirkan untukku aku redha dan berserah mungkin ada yang lebih terbaik allah jadikan untukku.
AKU SENTIASA MEMIKIRKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU. DAN JIKA KEPUTUSAN INI MEMBUATKAN DIRIMU SEMAKIN MENJAUH DARIKU MAAFKAN AKU. MUNGKIN AKAN KUKUBURKAN HASRAT HATI NI UNTUK SELAMANYA JIKA BUKAN TAKDIR KITA UNTUK BELAJAR BERSAMA MUNGKIN IANYA HANYALAH SATU ANGAN - ANGAN SEORG HAMBA SEPERTIKU YG MUNGKIN TIDAK LAYAK BAGIMU ..AKU REDHA DGN SEGALANYA…
Ke bumi mafraq aku melangkah. Perjuangku masih belum selesai. Akan ku tinggalkan segala perasaan ini sementara. Kerana ku tahu jika aku menurutkan juga maka akan ku tumpas di medan ini. Maka perjuangan ini tiada maknya lagi bagiku.
Tetapi jika perasaan ini ku tepis serta bersemangatkan dengan semangat yang betul, maka di medan ini aku tidak gentar untuk bertarung dengan ilmu – ilmu yang mendatang. Sesungguhnya aku di hantar di sini untuk menyelamatkan anak – anak bangsa yang berada di luar sana. Ayuh! Bangun dari lamunan, tinggalkan kesemua kejahilan maka islam sebenar akan muncul semula. Jihat di jalan allah adalah sebenar – benar jihat.
No comments:
Post a Comment