kadangkala kehidupan ini perlu dengan pengorbanan.. tiap kaki yang melangkah menuju untuk mencari cinta illah dan sahutannya pasti ada dugaan dan cabaran yang perlu di tempuhinya.. ALLAH telah berfirman di dalam al quran "allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dia mampu untuk menempuhinya".. maka kita sebagai umat islam perlu bersabar dan menempuhi dugaan demi dugaan dengan sabar dan tenang. ingatlah semuanya datang dari allah. dia yang lebih mengetahui sesuatu.
Tatkala diri keseorangan, aku sentiasa tertanya - tanya, adakah sudah sempurna imanku, adakah sudah sempurna diri ini untuk mendambakan cinta sejati.. aku tercari - cari kemanakah itu semua.. aku perlu berusaha mencari cinta hakiki untuk melenyapkan cinta yang hanya khayalan dan tidak pasti ini.. kadangkala aku tersukur meratapinya..
aku seorang hamba yang lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripadanya. aku tidak mahu di lamun oleh duniaku sendiri, yang tidak pasti akan tercapai ataupun tidak. mencari kebenaran dalam kehidupan, mencari jawapan dalam permasalahan, itu yang mampu aku fikirkan dan juga segala - galanya aku berserah kepada yang maha esa. kurniakanlah diriku ini kekuatan untuk menempuhi segalanya. semoga aku tidak tersilap langkah lagi untuk meneruskan pertengahan perjalanan ini.. amin
No comments:
Post a Comment