Bismillah..
Dalam kesibukan final exam ini, hatiku sebenarnya keliru apakah sebenarnya yang bermain dengan perasaan diri ini..
lantas diriku mengadu kepada ilahi supaya menenangkan diri ini..
#alhamdulillah ketenangan itu aku kecapi dengan nikmat kurniaan ilahi..
EXAM
sungguh aku terlalu rungsing apabila berdepan dgnmu,
tapi aku yakin ALLAH sebaik - baik perancangan.
aku akan berusaha sehingga aku berjaya,
aku tak akan mengalah selagi aku tidak berusaha!
insyaallah kali ini daku yakin !
kejayaan itu pasti milikku lagi !
AWAK
kamu yang selalu membayangi hidupku !
sehingga aku jatuh dan tersunggkur dengan perasaanku sendiri..
aku tidak yakin sama ada kamu sedar atau tidak
yang aku sebenarnya mempunyai satu rasa seperti manusia lain..
Namun, segalanya aku serahkan kepada ilahi,
supaya rasa dan perasaaan ini tidak di tenggelami oleh nafsu dan syaitan..
lebih baik menyukai di dalam diam, daripadaku ungkapkan,
biar diri menahan segalanya, kerana ku yakin janji allah itu pasti,,
Doa juga adalah salah satu cara yang terbaik untuk semua umat manusia !
~doakan saya final exam ye ! :D ~
Fara Nasha
Hayy Janubi
Thursday, May 16, 2013
Saturday, January 19, 2013
Ukhuwah itu di cari atau di bina?
Bismillah...
Fara Nasha
Hayy Janubi
Apa itu ukhuwah?
Pada hari ini, dunia sentiasa di penuhi dengan warna – warni ukhuwah dalam kehidupan seseorang manusia. Namun adakah kita mengerti apakah yang di maksudkan dengan ukhuwah itu sebenarnya?ukhuwah menurut imam Hasan al-Banna ialah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan akidah iaitu Islam. Ukhuwah bukanlah sesuatu yang boleh diada-adakan mahupun sesuatu yang boleh diwarisi tanpa memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu.
Hal ini kerana ukhuwah merupakan roh yang dihidupkan Allah dalam hati orang-orang beriman apabila Dia mengkehendaki agar mereka dekat dan bersatu.
“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain itu ibarat bangunan yang saling kuat menguatkan.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Dan apabila kita berukhuwah terdapat beberapa rukun yang kita perlu lazimi supaya kemanisan ukhuwah itu kita akan dapat rasai bersama. Antara rukun dalam berukhuwah adalah :
1.Ta’aruf bermaksud berkenal-kenalan bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.
2. Tafahum pula bermakna saling faham-memahami. Dalam erti kata lain, seorang mukmin mestilah memahami saudaranya yang lain
3. Ta’awun bermakna saling bantu membantu. Namun begitu, bantu membantu ini hanya terhad dalam hal kebaikan dan dalam usaha meninggalkan kemungkaran.
Secara jelas, ukhuwah merupakan ikatan hati sesama orang mukmin yang diikat atas dasar akidah tauhid yang satu. Maka, ukhuwah Islamiyyah merupakan sifat yang mengiringi keimanan. Sebaliknya, ukhuwah yang dibina tanpa dasar keimanan hanya merupakan pertemuan dua pihak kerana kepentingan tertentu, saling bertukar budi serta hubungan yang dijalin tidak berkekalan.
Ukhuwah itu di cari atau di bina?
ukhuwah merupakan elemen penting dalam hal penyatuan umat Islam. Hanya dengan ukhuwahlah menjamin kebersamaan kita dalam menegakkan ad-deen dan menentang kemungkaran. Ketiadaan ukhuwah sesungguhnya merupakan kelemahan utama umat Islam pada hari ini.
“Muslim itu ibarat sebuah jasad, jika satu anggota merasa sakit maka sepanjang malam anggota yang lain akan turut berjaga malam menanggung kesakitan yang sama”. .
Sebenarnya dalam menjalinkan ukhuwah ianya bukanlah perlu di cari ataupun dibina, ianya haruslah selari antara kedua – duanya iaitu di cari dan di bina, serta kita juga perlu jelas dengan beberapa rukunnya, supaya kita tidak lari dari syariat berukhuwah kerana ALLAH.
Dalam melebarkan sayap ukhuwah ini, kita seharusnya mencari segenap ruang untuk memperluaskan sayap ukhuwah kita supaya matlamat jaringan antara sesama manusia itu di serata dunia.Setelah mencari serta melebarkan jaringan ukhuwah itu, kita seharusnya membina dan memupuk serta menyemai satu persatu mengikut garis panduan syariat rukun yang telah di tetapkan.
Kesimpulannya dalam berukhuwah kita memerlukan dua elemen ini iaitu ukhuwah haruskan di cari serta di bina atas dasar syariat islamiah kerana ALLAH. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tidak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur, bertanya khabar, tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.
"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim)

Sunday, January 13, 2013
Saat Diri Kecewa
Bismillah,
Terima kasih awak...
Terima kasih kerana mencuri hati saya,
Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya tersenyum
Terima kasih kerana menasihati saya
Terima kasih atas segala perhatian awak
Terima kasih kerana mewarna - warnikan kehidupan saya
Terima Kasih !!
Ya ALLAH,
aku lemah dalam menjaga hati ini,
ini bukan kali kedua aku jatuh tersungkur,
hampir sudah ketiga kali,
aku tidak berjaya menjaga hati ini..
Ya ALLAH,
segalanya aku berserah kepadamu
di atas kekecewaan ini,
aku rebah,
tidak tahu apa hala tujuku,
tapi ku pasti,
hala tuju masa depanku adalah peguam syarie
akan aku corakkan segala warna - warni kehidupan ini
dengan kerjaya masa depanku..
Ya ALLAH
tetapkanlah hati ini,
supaya lebih fokus dalam menuntut ilmuMU
supaya lebih kental dalam menjalani ujianMU
supaya lebih berhati - hati dalam jatuh hati,
supaya aku akan lebih dekat denganMU
Fokus belajar dan kerjaya serta masa depan fara ! 2013 azam baru perbetulkan misi belajar !!

Friday, January 11, 2013
Aku Gagal !
Bismillah..
Tatkala diri keseorangan Allah berikan daku ruang untuk berkawan,
Kawan yang memberi ilham untk daku terus kehadapan,
Dikau hadir bagaikan pelangi yang mencorakkan warna - warni kehidupan,
Sentiasa bersamaku tatkala daku senang dan susah menjalani kehidupan
Hari - hariku begitu indah walaupun diriku ini menelan segala mehnah,
Kau banyak mengajar aku erti kehidupan,
Memberi nasihat tidak jemu dan berterusan,
Walaupun baru enam jumaat kita berkenalan,
Namun segala petah dan gelagatmu daku sudah hafal,
Dengan kemanjaan kamu,kedegilan kamu, serta kenakalan kamu,
Gelagatmu itu membuatkan hari - hariku begitu indah dan ceria.
Semakin lama hariku bersamamu,
Hatiku rasakan sesuatu,
yang mana aku perlu tahu rasa itu tidak perlu hadir untuk aku dan kamu.
Aku cuba untuk melenyapkan perasaan itu,
Untuk menjaga hatiku supaya tenang dalam pencarian ilmu,
Namun aku tidak segagah seperti kamu,
Aku tidak berjaya menafikan warna - warni perasaan itu.
Aku gagal untuk menahan hatiku,
Aku gagal mengunci hatiku,
Agar tidak di curi Oleh Kamu.
Aku gagal................................
Maafkan Aku....
p/s : Ya ALLAH, pimpinlah daku dalam menjalani kehidupan ini, aku tidak mampu menjaga amanahmu ini iaitu hatiku, aku tidak mampu mengawal perasaanku, aku tidak mampu mengawal segala - galanya, ampunilah daku, berikanlah daku kekuatan, supaya hatiku tidak mudah jatuh kehati - hati orang yang bukan milikku.. ='(

Subscribe to:
Posts (Atom)