Bismillah,
Terima kasih awak...
Terima kasih kerana mencuri hati saya,
Terima kasih kerana memberi peluang untuk saya tersenyum
Terima kasih kerana menasihati saya
Terima kasih atas segala perhatian awak
Terima kasih kerana mewarna - warnikan kehidupan saya
Terima Kasih !!
Ya ALLAH,
aku lemah dalam menjaga hati ini,
ini bukan kali kedua aku jatuh tersungkur,
hampir sudah ketiga kali,
aku tidak berjaya menjaga hati ini..
Ya ALLAH,
segalanya aku berserah kepadamu
di atas kekecewaan ini,
aku rebah,
tidak tahu apa hala tujuku,
tapi ku pasti,
hala tuju masa depanku adalah peguam syarie
akan aku corakkan segala warna - warni kehidupan ini
dengan kerjaya masa depanku..
Ya ALLAH
tetapkanlah hati ini,
supaya lebih fokus dalam menuntut ilmuMU
supaya lebih kental dalam menjalani ujianMU
supaya lebih berhati - hati dalam jatuh hati,
supaya aku akan lebih dekat denganMU
Fokus belajar dan kerjaya serta masa depan fara ! 2013 azam baru perbetulkan misi belajar !!
No comments:
Post a Comment