Friday, January 11, 2013

Aku Gagal !

Bismillah..


Tatkala diri keseorangan Allah berikan daku ruang untuk berkawan,
Kawan yang memberi ilham untk daku terus kehadapan,
Dikau hadir bagaikan pelangi yang mencorakkan warna - warni kehidupan,
Sentiasa bersamaku tatkala daku senang dan susah menjalani kehidupan

Hari - hariku begitu indah walaupun diriku ini menelan segala mehnah,
Kau banyak mengajar aku erti kehidupan,
Memberi nasihat tidak jemu dan berterusan,

Walaupun baru enam jumaat kita berkenalan,
Namun segala petah dan gelagatmu daku sudah hafal,
Dengan kemanjaan kamu,kedegilan kamu, serta kenakalan kamu,
Gelagatmu itu membuatkan hari - hariku begitu indah dan ceria.

Semakin lama hariku bersamamu,
Hatiku rasakan sesuatu,
yang mana aku perlu tahu rasa itu tidak perlu hadir untuk aku dan kamu.

Aku cuba untuk melenyapkan perasaan itu,
Untuk menjaga hatiku supaya tenang dalam pencarian ilmu,
Namun aku tidak segagah seperti kamu,

Aku tidak berjaya menafikan warna - warni perasaan itu.
Aku gagal untuk menahan hatiku,
Aku gagal mengunci hatiku,
Agar tidak di curi Oleh Kamu.


Aku gagal................................
Maafkan Aku....

p/s : Ya ALLAH, pimpinlah daku dalam menjalani kehidupan ini, aku tidak mampu menjaga amanahmu ini iaitu hatiku, aku tidak mampu mengawal perasaanku, aku tidak mampu mengawal segala - galanya, ampunilah daku, berikanlah daku kekuatan, supaya hatiku tidak mudah jatuh kehati - hati orang yang bukan milikku.. ='(

Fara Nasha

Hayy Janubi














No comments:

Post a Comment