Saturday, January 19, 2013

Ukhuwah itu di cari atau di bina?

Bismillah...

Apa itu ukhuwah?

Pada hari ini, dunia sentiasa di penuhi dengan warna – warni ukhuwah dalam kehidupan seseorang manusia. Namun adakah kita mengerti apakah yang di maksudkan dengan ukhuwah itu sebenarnya?ukhuwah menurut imam Hasan al-Banna ialah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan akidah iaitu Islam. Ukhuwah bukanlah sesuatu yang boleh diada-adakan mahupun sesuatu yang boleh diwarisi tanpa memenuhi syarat-syaratnya yang tertentu.


 Hal ini kerana ukhuwah merupakan roh yang dihidupkan Allah dalam hati orang-orang beriman apabila Dia mengkehendaki agar mereka dekat dan bersatu.


“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain itu ibarat bangunan yang saling kuat menguatkan.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Dan apabila kita berukhuwah terdapat beberapa rukun yang kita perlu lazimi supaya kemanisan ukhuwah itu kita akan dapat rasai bersama. Antara rukun dalam berukhuwah adalah :


1.Ta’aruf bermaksud berkenal-kenalan bak kata orang, tak kenal maka tak cinta.


2. Tafahum pula bermakna saling faham-memahami. Dalam erti kata lain, seorang mukmin mestilah memahami saudaranya yang lain

 3. Ta’awun bermakna saling bantu membantu. Namun begitu, bantu membantu ini hanya terhad dalam hal kebaikan dan dalam usaha meninggalkan kemungkaran.

 Secara jelas, ukhuwah merupakan ikatan hati sesama orang mukmin yang diikat atas dasar akidah tauhid yang satu. Maka, ukhuwah Islamiyyah merupakan sifat yang mengiringi keimanan. Sebaliknya, ukhuwah yang dibina tanpa dasar keimanan hanya merupakan pertemuan dua pihak kerana kepentingan tertentu, saling bertukar budi serta hubungan yang dijalin tidak berkekalan.

Ukhuwah itu di cari atau di bina?

ukhuwah merupakan elemen penting dalam hal penyatuan umat Islam. Hanya dengan ukhuwahlah menjamin kebersamaan kita dalam menegakkan ad-deen dan menentang kemungkaran. Ketiadaan ukhuwah sesungguhnya merupakan kelemahan utama umat Islam pada hari ini.


“Muslim itu ibarat sebuah jasad, jika satu anggota merasa sakit maka sepanjang malam anggota yang lain akan turut berjaga malam menanggung kesakitan yang sama”. .


Sebenarnya dalam menjalinkan ukhuwah ianya bukanlah perlu di cari ataupun dibina, ianya haruslah selari antara kedua – duanya iaitu di cari dan di bina, serta kita juga perlu jelas dengan beberapa rukunnya, supaya kita tidak lari dari syariat berukhuwah kerana ALLAH.


Dalam melebarkan sayap ukhuwah ini, kita seharusnya mencari segenap ruang untuk memperluaskan sayap ukhuwah kita supaya matlamat jaringan antara sesama manusia itu di serata dunia.Setelah mencari serta melebarkan jaringan ukhuwah itu, kita seharusnya membina dan memupuk  serta menyemai satu persatu mengikut garis panduan syariat rukun yang telah di tetapkan.


Kesimpulannya dalam berukhuwah kita memerlukan dua elemen ini iaitu ukhuwah haruskan di cari serta di bina atas dasar syariat islamiah kerana ALLAH. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tidak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur, bertanya khabar, tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.


"Tidak beriman seseorang diantaramu hingga kamu mencintainya seperti kamu mencintai dirimu sendiri" (HR. Bukhari-Muslim)




Fara Nasha

Hayy Janubi

1 comment:

  1. salam maulidur rasul.. jemput melawat blog sy ye.. salam ukhwah.. :)

    ReplyDelete