Sunday, January 16, 2011

bezday yg ke 19~~ terima kaseh terutama roomate arabku~~





melayan perasaan

betol org cakap hidup tidak selalunya indah..mm hari ni hari yang paling giler sekalii yg penah aku buat tidak taw kenapa... bak kate kawan2 yg lain berani mati la.. haha ape3 pun da lepaskan sume tu rase macam xde bende yg terbeban. aq rase bahagia sekarang.. lawak3..nak wat mcm mne da terlepas ckp.. bende pon da berlaku xkan nak undur balek kot..

lepas satu, satu datang pening la..mmm.. pening da tak taw nak pikir ape entah.. mmm sdey pon ade nape la sggp aq ckp mcm tu..mesti la org xpecaya.. mmmmmmm

kenapala jadi mcm ni ade perasaan macam tak de perasaan.. sabar jela.. mmm sori tak taw nak ckp pe lg.. ape3 pon mood tgh sdey~~~ :(

Friday, January 14, 2011

Jihat si Musafir Cinta 4

Hari ini, hari terakhir program orentasi kami di jamiah mutah pagi – pagi lagi aku bangun untuk menunaikan ibadah wajibku sebagai seorang muslimah, setelah selesai menunaikan solat aku mengemas pakaian untuk di bawa pulang. Kami pelajar – pelajar mafraq di arahkan membawa barang terus ke jamiah kerana malam itu juga setelah selesai program kami akan terus pulang ke jamiah al bayt. Setelah selesai mengemas dan bersiap aku dan rakan serumahku turun ke bawah untuk menunggu coaster yang akan menjemput kami untuk pergi ke jamiah.
“cepat je kan masa berlalu, malam ni kita da nak balik mafraq da, rasa macam tak puas je duduk kat mutah ni”..saya berceloteh
“betul – betul sekejap je rasanya, macam tak pecaya pulak malam ni nak balik rasa macam baru je sampai semalam”.. balas liza.
Pritttttt….prittttttttttt… kedengaran bunyi hon di hujung jalan, rupanya coaster yang di tunggu tiba untuk membawa kami ke jamiah mutah. Ada seorang syabab keluar dan menyebut nama rumah yang akan naik coaster terlebih dahulu. Kedengaran bait busyra di sebut untuk menaiki coaster terlebih dahulu. Aku dan Liza segara mengangkat barang untuk pergi ke coaster tersebut. Tiba – tiba..
“liza, sekejap jangan naik dulu biar lambat – lambat sikit” beritahuku dengan muka yang merah padam.
“kenapa kau ni macam Nampak hantu je, ko o.k tak ni?” balas liza
“eh, aku o,k je. Lambat – lambatla sikit naik, janganla banyak Tanya”. Rungutku kepada liza
“o.k – o.k tuan puteri beta menurut perintah”. Seloroh liza
Kami orang terakhir masuk ke dalam coaster, pada mulanya liza mahu duduk di depan tapi aku menghalangnya. Akhirnya kami duduk di bahagian belakang sekali. Pada waktu itu aku berdebar – debar bagai hendak gugur jantungku ini, kerana syabab yang berada di depan itu adalah syafiq. Aku cuba mengelak untuk dia tidak dapat menghidu kehadiran aku di dalam coaster ini.
Perjalanan dari bait ke jamiah mengambil masa lebih kurang 10 minit lamanya. Suasana pagi di padang pasir sesungguhnya istimewa tidak terungkap dengan kata – kata. Tanah bersih tanpa rumput, meluaskan penglihatan dan mudah sekali menerbitkan rasa kekedirlan diri kepada allah s.w.t.
“jangan termenung lama – lama sekejap lagi kita da nak sampai jamiah ni.” Tegur Liza
Saya tersenyum, memandang sekeliling terlihat wajah kegembiraan di wajah masing – masing kerana program orentasi ini akan berakhir pada petang itu, aku pun bersabar menunggu untuk tiba di jamiah mutah. Pelbagai persoalan bermain di kepala. “Adakah dia tahu yang aku ada di dalam coaster ni?” . monologku sendirian.Dan jauh di sudut hatiku mengharapkan syafiq tidak dapat menghidu kehadiranku di dalam coaster itu.
Setelah sampai ke destinasi untuk kami meneruskan program terakhir kami. Aku terus ber gerak pantas menuju ke dewan masrah untuk mengambil tempat duduk, tiba – tiba.. kring…kring… satu meseg masuk ke dalam inbox..
“wahai sibiru da sihat ke? Makan ubat tak? Tido lena tak? Sejuk tak? From syafiq
“fuyoo,banyaknya dia Tanya mana satu nak jawab ni” bisiku dalam hati
Aku tersenyum sendirian di skrin telefon, rupanya dia dapat menghidu kehadiranku di dalam coaster sebentar tadi. Kalau tidak manakan bisa dia tahu yang aku memakai serba biru pada pagi itu.
“salam abang aisyah sakit kepala..” aku menghantar meseg kepada syafiq setelah habis program istana taksyi pada petang semalam. Cuaca yang agak tidak menentu menyebabkan aku berasa tidak selesa dan sakit kepala. Mungkin dia risau dengan keadaanku, itulah banyak soalan yang di acukan di dalam mesegnya. maklumlah dia bertugas sebagai AJK pengangkutan dan kebajikan. Pelajar – pelajar yang sakit adalah tanggungjawab dia sepanjang program berlangsung.
Aktiviti pagi tu bejalan seperti yang di jadualkan walaupun boring tetapi aku tetap betahan. Biasalah orentasi untuk pelajar universiti mesti input yang di beri dengan pelbagai slot pengenalan Jordan dan berkisar mengenai MSD (Malaysian student department). Badan inilah yang menjadi perantaraan pelajar menguruskan perihal – perihal pelajar di Jordan untuk berurusan seperti cop pengesahan, pinjaman, pertukaran university dan sebagainya.
Ada pelajar yang khusyuk mendengar dan ramai juga yang syahid di atas kerusi. Biasalah program – program seperti ini, pelajar – pelajar yang kurang perihatin mereka akan pandang mudah sahaja dan tidak mengambil berat tentang isi yang di sampaikan.
Petang itu program kebudayaan di jalankan ada kumpulan yang bernasyid, berpantun, berlakon, bersajak. Kumpulan saya di tugaskan untuk berlakon dengan tajuk kedatangan pelajar baru ke Jordan. Tidak semena – mena aku terpaksa membawa watak sebagai seorang pelajar dari sabah datang ke Jordan. Memang merapu sabahlah masa tu.
“sabah bah, kamu suruh aku jadi orang sabah, apa aku nak merapu ni, bahasa sabah pun aku tak penah cakap” rungutku kepada liza
“ko hentam jak,, apa yang kamu tahu kamu sebut yak” seloroh liza
Lawak rasanya, memengang watak sebagai orang sabah. Tapi aku cuba yang terbaik demi kumpulanku. Dan akhirnya kami Berjaya berlakon dengan baik dan menghiburkan hati para penonton. Maka berakhirlah program orentasi 2010/2011 sempena kehadiran pelajar baru ke Jordan. Petang itu kami pelajar al bayt terpaksa pulang ke medan perjuangan untuk meneruskan perjuangan kami yang belum selesai.

Aku sudah terbayang keadaan struktur bangunan jamiahku yang tidak ubah serupa dengan kilang. Segala – segalanya kotak tiada seni langsung seperti di jamiah mutah. Di al bayt semua bangunan baik dewan kuliah sehinggalah sakan semuanya serupa seperti kilang. tetapi yang membezakan hanya bangunan baru seperti bani hasyim, majmak quraisy, dan pejabat naib censolor..
Terkenang aku semasa berjalan bersama hani rakan satu sekolah menengah menuju ke dewan kuliah..
“kau tau tak masa mula – mula aku datang sini aku ingat an kilang, rupanya jamiah” rungut hani kepadaku
“kilang kau cakap, tergelak aku dengar, tula aku ingat an lagi canggih macam kat Malaysia, tapi aku rasa Malaysia la yang terbaik. Tapi perjuangan kita di sini mesti di teruskan biarlah macam kilang sekalipun tetapi ilmu yang di berikan sangat bernilai seperti berlian” balasku..
Kring….kring….tersedar aku dari lamunan sebentar tadi “sapa pulak yang call time busy – busy ni” rungutku.. aku terus memicit butang telefon.
“Assalamualaikum, aisyah da habis program ke?” Soal syafiq
A’ah da nak habis kenapa ye? Balasku,
Abang kat hospital ni hantar pelajar sakit. Rasa macam tak dapat je nak jumpa aisyah, bas datang pukul berapa? Soalnya lagi
“yeke?? (nada hampa)..tak pe lah kalau abang busy, aisyah tak kisah pun, aisyah tahu sapa lah aisyah ni kan..(nada merajuk).
“eh aisyah, jangan la cakap macam tu, takpe lah kalau tak de rezeki kali ni, mungkin hari lain, o.klah abang ada keje nak di buat ni ”. syafiq menghabiskan perbualanya.
akhirnya dengan izin allah bas kami datang lambat, kami terpaksa solat jama’ magrib dan isyak di mutah.. tiba – tiba kelihatan seorang syabab berjalan keluar dari dewan masrah dan melemparkan senyuman kepadaku. Aku tersipu malu dan ingin menyembunyikan senyuman itu kepada kawan – kawanku. Tetapi akhirnya dapat di hidu juga oleh kawan – kawanku yang berada di situ.
“uits suka Nampak, aku Nampak sapa yang senyum kat ko tadi” tegur siti.
“sapa tu pikah?, akak tak kenal pon”..sampuk kak laili
“mak cik, mulut ang senyap – senyap sudah, kak laili takde sapa – sapa pun” aku cuba menyembunyikan

“kak laili dah tahula aku bagitahu tadi..hehe” terang siti

“malu kot, adoi,,kak laili tu abang kita la takde apa – apa pun.” Balasku dengan perasaan malu.

“akak o,k je yang kau merah padam ni apasal?” sergah kak laili

“kita malu la dengan akak,” terangku

“takde apalah yang nak di malukan, biasalah manusiakan akak faham aisyah, aisyah buat – buat biasa je” balasnya.

satu senyuman yang di lemparkan kepadaku sudah cukup terubat kerinduan yang sekian lama terpisah dek kerana mengejar cita - cita. Aku berbangga kerana di kurniakan seorang teman seperti dia kerana dia telah banyak mengajar aku erti kehidupan dan kematangan. Teringat semasa berbual – bual dengannya, ketika itu kami masih menuntut di university tempatan di malaysia.

“ala abang rilex la, ambil diploma pun o.k apa. Nanti umur abang 21 da boleh ambil degree, lepastu baru boleh kahwin”..saya berceloteh kepadanya

“amboi senangnya mulut mak cik ni bercakap, aisyah ingat senang ke? Lepas habis degree tu belum tentu dapat kerja tau, nak bagi makan anak orang apa? Tak kan pasir kot?”. Soalnya

“betul jugak ek, sorila gurau – gurau je tadi, tapi kalau dah tu keputusan abang, aisyah da tak boleh nak buat apa – apa. Semoga Berjaya aisyah doakan”..balasku

Pemikirannya agak matang berfikir membuatkan aku terus berfikir. Aku agak takjub dengannya kerana walaupun dia adalah anak bongsu dalam keluarganya namun pemikirannya tidak seperti anak bongsu. Kebiasaannya anak bongsu terlalu manja dengan ibu bapanya sehinggakan mereka tidak boleh berdikari dengan sendiri selalu mengharap pertolongan dari orang lain walaupun dengan kerja yang senang.


kini saat yang di tunggu – tunggu pun tiba, masa untuk kami pelajar - pelajar mafraq balik ke medan perjuangan sebenar kami. Selepas berpelukkan dan berjabat tangan dengan rakan – rakan yang baru sahaja kenal di mutah, saya melangkah ke dalam bas dengan tenang.

“Bismillahitawakaltu ala allah,.. ke medan mafraq aku melangkah..

Perjalanan pada malam itu sungguh mendamaikan. Namun kelihatan semua pelajar keletihan kerana melakukan pelbagai aktivit dan berjaya menempuhi keseluruh program itu dengan jayanya. Perjalanan yang mengambil masa selama lima jam lamanya menyebabkan kami ada yang tertidur sepanjang perjalanan.

Mata saya asyik melihat suasana di sekitar jalan raya Jordan. Jordan tidak seperti Negara arab yang saya bayangkan. Tiada pohon tamar , tidak ramai yang berjubah , dan lebih menakjubkan saya tiada motosikal!.

Kebiasaanya di Malaysia motosikal menjadi pengangkutan utama selepas kereta, tetapi tidak seperti di Jordan, di sini mereka akan memandang aib kepada sesiapa yang membonceng motosikal, lebih – lebih lagi kaum wanita. Motosikal hanya di gunakan oleh syurtah – syurtah di Bandar – Bandar besar seperti Amman.

Jarang juga melihat wanita memandu kereta di lebuhraya. Mungkin kerata di sini kaum lelaki sangat mengihtiramkan para wanita. Sedangkan wanita yang berbasikal juga akan di pandang aib oleh mereka. Maka kadar kematian jalan raya adalah berkurangan berbanding di Malaysia kebanyakan para pembonceng motosikal yang di gelar “mat rempit” mati katak di jalan raya.





Kami tiba di mafraq tepat pada pukul 11.20 malam waktu Jordan. Jelas terpancar keletihan di wajah para peserta orentasi. Pada malam itu aku cuba untuk menghubungi aiman untuk memberitahu yang kami sudah sampai ke jamiah dengan selamatnya. Tetapi aku tidak berjaya menghubunginya mungkin sibuk agaknya.

“oh, baruku teringat dia terpaksa menghadiri program hari raya yang di sambut untuk pelajar – pelajar mutah malam ni, ” Bisiku dalam hati.

Saya meletakkan barang – ke dalam bilik dan mengeluarkan baju – baju kotor untuk di rendam. aku mengenakan pakaian tidur dan bersiap – siap untuk tidur. Tiba – tiba.. kring…kring…. Handsetku berbunyi, menandakan ada satu panggilan masuk, lalu ku picit butang telefon..
“assalamualaikum aisyah, maaf abang ada program tadi, aiyah da sampai mafraq ke?” Soalnya

“waalaikumussalam, owh yeke takpela, aah aisyah da sampai mafraq” balasku

Kami berbual agak lama pada malam itu, dan pelbagai soalan di acukan kepadaku. Salah satunya adalah.

“kenapa aisyah pilih al bayt, tak mutah?”..soalnya
“susahnya aisyah nak jawab soalan tu, mungkin belum tiba masanya untuk aisyah jawab kot”. Balasku.

Mungkin persoalan yang di tujukan ini akan terjawab bila tiba masa dan ketikanya. Untuk saat dan detik ini aku masih tidak boleh menjawab persoalan yang di acukan kepadaku.

“o.kla aisyah, abang tunggu jawapan dari aisyah je, abang da nak tidur ni, jaga diri elok - elok assalamualikum”. syafiq menghabiskan perbualan.

“insyaallah kalau aisyah dah sedia, abang pun jaga diri elok – elok. Waalaikumussalam”. Balasku di akhir perbualan.

Jawapan kenapa aku memilih jamiah al bayt tidak jamiah mutah kerana mungkin aku manusia biasa yang mempunyai perasaan yang tertarik kepada lelaki, dan sesungguhnya allah menjadikan manusia itu berjantina iaitu lelaki dan perempuan, dan allah juga menjadikan lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan juga akan tertarik kepada lelaki. Aku cuba menyembunyikan perasaan ini kerana ku khuatiri akan bergelumang dengan hawa nafsu syaitan yang tidak pernah berhenti memujuk dan mengoda manusia yang lemah sepertiku.

Dan aku juga tidak mahu perasaan yang sedikit ini akan bertukar menjadi maksiat hati kerana seringkali mengingatinya sekaligus melemahkan imanku. Mungkin dengan cara ini aku boleh untuk melupakannya buat seketika. Aku redha dengan ketentuan dari illah. Dan aku juga tahu yang aku sebenarnya tidak layak untuk memiliki hati seorang lelaki yang cukup sempurna dan baik bagiku. Mungkin dia lebih layak bersama permaisuri pilihan hatinya.
Hikmah allah adalah luas, mungkin ada sesuatu yang tidak di duga akan berlaku, aku redha di setiap ketentuan. Jika memang tercatat namanya dan namaku di luh mahfuz mungkin kami akan di satukan, dan jika dia bukan di takdirkan untukku aku redha dan berserah mungkin ada yang lebih terbaik allah jadikan untukku.

AKU SENTIASA MEMIKIRKAN SESUATU YANG TERBAIK UNTUK DIRIKU. DAN JIKA KEPUTUSAN INI MEMBUATKAN DIRIMU SEMAKIN MENJAUH DARIKU MAAFKAN AKU. MUNGKIN AKAN KUKUBURKAN HASRAT HATI NI UNTUK SELAMANYA JIKA BUKAN TAKDIR KITA UNTUK BELAJAR BERSAMA MUNGKIN IANYA HANYALAH SATU ANGAN - ANGAN SEORG HAMBA SEPERTIKU YG MUNGKIN TIDAK LAYAK BAGIMU ..AKU REDHA DGN SEGALANYA…
Ke bumi mafraq aku melangkah. Perjuangku masih belum selesai. Akan ku tinggalkan segala perasaan ini sementara. Kerana ku tahu jika aku menurutkan juga maka akan ku tumpas di medan ini. Maka perjuangan ini tiada maknya lagi bagiku.
Tetapi jika perasaan ini ku tepis serta bersemangatkan dengan semangat yang betul, maka di medan ini aku tidak gentar untuk bertarung dengan ilmu – ilmu yang mendatang. Sesungguhnya aku di hantar di sini untuk menyelamatkan anak – anak bangsa yang berada di luar sana. Ayuh! Bangun dari lamunan, tinggalkan kesemua kejahilan maka islam sebenar akan muncul semula. Jihat di jalan allah adalah sebenar – benar jihat.

Jihat si Musafir Cinta 3

Pada hari khamis kami betolak ke karak untuk mengadakan orentasi sempena pelajar baru. Perjalanan dari mafraq ke karak lebih kurang 5 jam lamanya. Permandangan sepanjang perjalanan sungguh mengujakan dan apa yang terlihat adalah padang pasir yang terbentang luas. Perasaan saya bercampur aduk, antara gembira dan bangga kerana akhirnya kami Berjaya menjejakkan ke bumi Jordan. Pada mulanya bas kami sesat. Tapi Alhamdulillah akhirnya kami sampai ke karak juga.

malam itu bas kami di sambut oleh pelajar mutah,, “ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada ikhwah dan akhwat sekalian, selamat datang ke bumi Jordan , ke bumi syam, Arduna Ardh al-ribath.” Kata beliau..saya mendengar suara itu dengan teliti, “mm rasa mcm penah je dengar je suara ni, tapi kat mana ek??” monolog diriku sendirian. Dan aku terus berpaling melihat gerangan siapa yang berkata – kata sebentar tadi. Masyallah ,!! “ni bukan ke syafiq?”

muka saya terus merah padam dan sengaja saya menyorok tidak mempamerkan diri. “ye betullah itu syafiq,tak salah lagi” monolog diriku seorang diri lagi. Lelaki yang sebentar tadi memberi ucapan semasa di dalam bas adalah orang ku kenali. “ya allah hampir setahun setengah aku terpisah dengannya,,mungkin ini suma takdir dalam kehidupan?”..sungguh tidak percaya kerana perpisahan yang dulu saya tangisi sudah kembali terubat.

Mengimbau kisah silam semasa di Terengganu di salah satu university tempatan, waktu itu saya baru sahaja selesai exam bahasa inggeris 1. Ketika keluar dari dewan utama kring…kring satu meseg masuk ke dalam inbox ku capai handset yang berada di dalam beg, dan ku buka “kenapa tak call syafiq semalam?” aku pelik setelah membaca meseg yang baru aku terima datangnya dari syafiq . Tiba – tiba saya teringat pada malam selasa “jangan lupa call syafiq hari khamis ni ada hal penting syafiq nak cakap”. Aku tersentak, dan pelbagai soalan bermain – main di dalam permikiranku.

Tanpa membuang masa aku terus menelefon syafiq untuk mendapatkan kepastian “assalamualaikum,maaf aisyah tak dapat call syafiq sebab busy sangat nak exam, kenapa ni apa yang penting sangat?” Tanya diriku ingin kepastian. “owh yeke aisyah exam, tak pela sebenarnya syafiq da tak ada kat universiti ,syafiq da kat uma ni” jawab syafiq. “syafiq nak pergi mana?” soalku terpinga – pinga. “ syafiq nak sambung pelajaran ke Jordan minggu depan” . berderai air mataku setelah mendengar ungkapan dari syafiq. Sungguh tidak percaya perkenalan kami hanya seketika sahaja, hadirnya hanya menambahkan sedikit perasaan suka duka dalam kehidupan.

“Uits aisyah jauh kau termenung dah jom turun orang – orang kat sana da tunggu kita semua dah tu” sapa siti yang berada di sebelahku, tersedar diriku dari lamuan seketika. “o.klah – o.klah jom –jom kita turun aku pun da tak sabar ni.”kedatagan kami di mutah di sambut dengan meriah sekali oleh pelajar – pelajar mutah. Kami di beri sedikit taklimat oleh senior – senior di masjid Syuhada yang berkisar mengenai air. “belajarlah berjimat menggunakan air, kita di Jordan ni kekurangan air. Mandi jika perlu dan ala kadar, tiga empat hari sekali pun tidak mengapa” kata AJK persatuan.

Haaa! Kami tercengang.

“Sukarnya mengubah tabiat mandi tiga empat kali dalam sehari kepada tiga empat hari dalam seminggu!!”

Pelbagai nasihat yang beliau sampaikan, kami mengangguk tanda faham, dan ada juga yang khusyuk dengan dunia sendiri di belakang

Setelah selesai taklimat kami di bawa pulang ke rumah pelajar – pelajar mutah untuk program tersebut.

“mmm..penat sungguh rasanya” monolog aku sendirian..sesudah tibanya di rumah penginapan kami aku terus meletakkan barang di dalam bilik dan duduk berehat bersama senior - senior. seronok rasanya dapat berkenalan dengan kawan – kawan dari jamiah yang berbeza – beza …kring…kring tiba – tiba handset aku berbunyi..ku lihat di muka skrin handset rupa - rupanya syafiq call.

Terlamun aku seketika, semasa aku meninggalkan meseg di inbox facebook, “salam abang aisyah da sampai Jordan, minggu depan ada orentasi di jamiah mutah, semoga kita dapat jumpa di sana”, beberapa hari kemudian aku lihat ada meseg di inbox facebooku “alhamdullillah akhirnya cita – cita aisyah untuk ke sini bejaya juga, ni no telefon 0773456789 abang nanti kalau ada apa – apa call je abang” . aku baca sambil tersenyum tersipu – sipu sendirian di muka skrin laptopku.

“Aisyah siapa yang telefon tu,nape tak angkat lagi telefon tu?”. Sampuk kak iza

“Opss telupa pulak..o.k- o.k kita nak angkatla ni” balasku sambil tersipu – sipu malu.

Assalamualaikum, ada apa abang telefon aisyah malam – malam ni? Soalku..

Abang tak Nampak aisyah pun tadi, sekarang aisyah tidur di bait mana?

“aisyah ada je kat belakang, aisyah sengaja tak nak bagi abang Nampak, sekarang aisyah tidur di bait umaira, o,kla abang da malam ni esok kalau ada rezeki kita jumpa la ye.. assalamualaikum” aku menghabiskan perbualan.

Malam itu kami tidur dengan lena sekali, tambah – tambahn di selubungi dengan hiram yang empuk. Cuaca pada malam itu agak sejuk kerana musim syita’ sedang merangkak meliputi malam kami.

Kedudukan mutah agak tinggi di atas bukit, di mutah juga hampir setiap tahun akan turun salji. Kadangkala pelajar – pelajar dari jamiah lain akan pulang ke mutah untuk bermain salji. Boleh di ibaratkan mutah seperti kampung halaman kami semasa di Jordan.

keesokan paginya terdengar kokokan ayam mengejutkan kami untuk bangun subuh dan menjalani program seterusnya. “akak, betul – betul macam kat kampung la kak ada bunyi ayam, bestnya”.. sampuk aku setelah keluar dari bilik. “ memangla kat sini kawasan perkampungan orang arab, seronok kat sini tenang je suasananya. Dah cepat pergi bersiap – siap sebentar lagi program da nak bermula,da lah awak tu bersiap macam pengantin” seloroh kak iza memecah keheningan pagi. “baik akak, pengantin nak siapla ni” sambungku menambah kenakalan.. Pagi itu program berjalan seperti biasa, kami pelajar – pelajar baru di tempatkan di masjid syuhada sementara menunggu coaster tiba untuk membawa kami ke jamiah.…

“cepat – cepat coaster da datang” sahut akak senior di tepi jalan..

coaster untuk mengangkut penumpang ke jamiah tiba di depan masjid syuhada dan terus membawa kami ke jamiah mutah..Setibanye di jamiah mutah kami berasa sungguh kagum kerana dengan seni bina yang cantik dan tersusun di atas bukit, Sungguh gah berdiri di atas bumi anbiya.

Subhanallah cantiknya jamiah mutah ini,seni rekaannya sungguh takjub bagi sesiapa yang melihatnya..

Terdetik di hati kecilku “ rasa macam nak belajar kat sini je.”..Tapi takdir allah lebih mengetahui segala – galanya. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya, maka aku sebagai seorang hamba perlu bersyukur kerana di tempatkan di Bandar mafraq jamiah al albayt.

Semasa program itu kami diperkenalkan dengan Exco MPPMJ ketika itu di ketuai oleh Muhammad syafiq pelajar mafraq tahun 3. Antara barisan pimpinan ketika itu adalah mohd nabil pelajar irbid tahun 3, muhamad azmudin pelajar mutah tahun 3 dan ramai lagi. Pelbagai slot penerangan mengenai Jordan di terangkan semasa orentasi. Dan di situ jugalah saya belajar mengenal kari ayam yang di masak dengan susu sebagai penganti kepada santan kelapa.

Seterusnya program bersama BKAN (badan kebajikan anak negeri) pun bermula. Pada ketika ini kami di bahagikan mengikut negeri masing – masing. Kring- kring handset aku berbunyi satu meseg masuk ke dalam inboxku..”gerangan siapa agaknya yang mengacau aku time – time program ni” desusku di dalam hati. Aku terus membaca meseg sebentar tadi,

“dia gadis bertudung merah.”. From syafiq

Aku tercari – cari syafiq, rupa – rupanya dia duduk di belakangku sambil memerhatikan tingkah laku ku..

“aiseh, wei cover aku jap..ada orang usha la”..beritahuku kepada siti tanda tidak selesa di perhatikan sebegitu, walaupun jauh aku memang tidak selesa di perhatikan oleh lelaki tambah – tambah orang yang aku kenal.

“sapa aisyah?” terpingga siti melihat gelagat pelik aku

“tolong jela nanti aku bagitahu kat ko”.. setelah selesai program tersebut aku lihat syafiq sudah tiada di tempat duduknya, “mungkin dia ada hal lain yang nak di uruskan” bisikku di dalam hati.

Setelah selesai solat zohor berjemaah, kami bersiap – siap untuk program seterusnya. Sementara itu sempat syafiq call aku menanyakan “aisyah da makan belum ni?” Dan pelbagai soalan di acukan kepadaku , mungkin risau agaknya lihat gelagat aku agak tidak selesa sepanjang program.

Begitu perihatin sekali syafiq menjaga aku, malu juga rasanya kerana perkenalan kami hanya dua bulan sahaja di universiti. Masa yang terlalu singkat dan pelbagai kenangan yang tercoret dengan kesingkatan masa itu.

Masih segar di ingatanku semasa kami terpaksa menolak kereta kancil yang di sewa, gara – gara terlupa hendak mengisi minyak. Kereta itu berhenti betul – betul di depan lampu traffic light. Malu rasanya menolak kereta ke tepi jalan, itulah pengalaman pertama aku dalam hidup menolak kereta yang kehabisan minyak.
Masa itu aku lihat syafiq bersungguh – sungguh menahan kereta lain untuk membeli minyak. Kelihatan jelas terpancar kesungguhan dan keikhlasannya untuk menolong kami untuk sampai ke destinasi.

“sapa yang dapat syafiq ni untungkan kak,” kataku

“kamulah yang untung sebab akak dari tadi perasan dia asyik pandang kamu je,kot – kot dia suka kamu kot” balas kak farhana

“eh, ada – ada je akak ni, mana adalah kita rasa dia mesti da ada orang lain da. Takkan la dia nak orang macam kita ni. Dah tak yah nak berangan” desusku.

“Uit aisyah dah jom program da nak bermula ni” sapa kak iza membangunkan aku dari lamunan. Aku segera bangun menyarungkan kasut dan terus ke dewan masrah untuk program seterusnya.

Petang itu program menara istana takasyi pun bermula. Pada mulanya aku blurr kenapa namanya istana takasyi?.Rupa – rupanya program ini berkisar tentang perjuangan para sahabat terdahulu. Kami di bahagikan kerja mengikut kumpulan untuk menyelesaikan dari cek point satu hingga ke cek point terakhir. Masa inalah kita dapat menilai kerjasama dalam kumpulan dan dapat melihat sejauh mana kita paham mengenai sejarah terdahulu.

Alhamdulillah akhirnya kami dapat menyelesaikan tugas sehingga ke cek point terakhir.

“memang betul – betul mencabar minda kot” rungutku.

“a’ah la,tiba – tiba dia suruh cerita pasal gubra mana la aku tahu,.tahu pun sikit – sikit je kalau tersalah fakta habis kita” sampuk liza rakan kumpulanku. Dia juga adalah pelajar mafraq yang datang ke Jordan awal dua bulan sebelumku. Liza datang ke Jordan sendirian semasa musim soifi.

Jihat si Musafir Cinta 2

Tanggal 16 september 2010 adalah masa yang di tunggu – tuggu berdebar rasanya untuk berpisah jauh degan family tercinta selama ini cuma beberapa bulan je ,tp kali ini mungkin perpisahan yang agak lama. Masa bersama family begitu cepat sekali, sukar bagiku untuk percaya rasa bagai kehidupan ini kurang bersama keluarga.

Maklumlah hidup remaja di habiskan di asrama.. masih tergiang – giang suara ustaz Razali semasa berceramah di musolla selepas magrib semasa aku di alam persekolahan “perasan tak kamu semua sebenarnya masa remaja kamu habis di asrama??” aku pun terpikir sendirian betul juga kata – kata ustaz ni, masa dengan family dalam setahun boleh di kira..

Tapi walaubagaimanapun aku bersyukur kerana di hantar ke sekolah berasrama kerana di situlah tempat aku berdiakari dan mengenal erti kehidupan. Bak kata pepatah “alah bisa tegal binasa” maka pergorbanan itu sebenarnya banyak mengajar kita kematangan di dalam kehidupan.

Malam sebelum terbang ke Jordan parent saya mengadakan sedikit kenduri doa selamat. Pada mulanya majlis ini memang tidak di rancang kerana masalah kewangan al maklumlah baru sahaja selesai hari raya aidilfitri. Abah juga risau sangat apabila memikirkan soal duit biasalah jordan bukan calang- calang Negara. Jordan adalah satu – satunya Negara yang mengunakan dinar iaitu perantaran emas sebagai matawang di Negara mereka. Saya berasa sedih kerana telalu menyusahkan mama dan abah. Tapi jauh di sudut hati mama dan abah mereka gembira kerana anaknya ada yang berjaya melanjutkan pelajaran di oversea. tergiang kata- kata abah pada malam itu “duit boleh di cari,angah tak payah nak risau – risau pasal duit yang penting angah belajar sungguh – sungguh”. Aku menundukkan kepala sambil berjanji akan belajar bersungguh – sungguh.





Pada pukul 6.30 pagi bersamaaan 16september 2010 adalah saat terakhir aku di bumi Malaysia. Pada pagi itu setelah selesai solat subuh saya terus bersiap – siap untuk ke KLIA. “angah barang –barang semua da o.k ke?? Jangan ada yang tertinggal” pesan mama pagi itu sebelum bertolak ke KLIA. sepanjang perjalanan saya sengaja menghiburkan hati dan sengaja menyembunyikan perasaan sedih kerana terpaksa berpisah bersama family dalam tempoh yang lama. Empat tahun bukan tempoh masa yang sekejap bagiku pada saat itu mungkin pada masa itu aku masih tidak boleh terima kerana terpaksa berpisah dengan family tercinta, tapi apakan daya perjuanganku masih belum selesai medan perjuanganku di bumi Jordan sedang marak memanggil – manggilku untuk ke sana.

Tepat pukul 10.30 pagi kami terpaksa pergi ke balai berlepas untuk menaiki kapal terbang. Setelah memakai tag nama travel kami di beri taklimat sedikit sebelum berlepas dan membaca doa yang di ketuai ustaz Ramli pegawai JAIS. Pada waktu itu hanya terlintas di fikiranku adalah keluargaku. Abah selalu pesan “ingat jaga solat lima waktu jangan lewat- lewatkan solat”. Masih segar di ingatanku pesanan abah itu, pasti akan ku sematkan di dalam diri ini insyaallah. Dan doa abah dan mama adalah bekalan untuku berjuang di bumi anbiya nanti.

Pesawat gufl air yang membawa kami dari KLIA ke BAHRAIN dan seterusnya ke AMMAN pada 16 september 2010 sepanjang perjalanan saya terasa sepanjang hari siang kerana waktu di setiap Negara berbeza, dan terasa agak letih even menaiki kapal terbang. Rombongan kami transit di Bahrain selama 5 jam. Setelah selesai solat zuhur di bahrain kami pelajar – pelajar di beri pilihan untuk melakukan apa sahaja selama 5jam sebelum pesawat ke Jordan tiba. Masa inilah kesemua pelajar ada yang pergi makan, ada yang pergi online dan saya dan kawan – kawan yang lain tidak melepaskan peluang untuk bergambar di airport Bahrain. Setelah habis waktu transit kami, ustaz ketua rombongan kami menyuruh kami berkumpul untuk menaiki pesawat seterusnya untuk ke Jordan.

“Ahlan wah sahlana wa marhaban bikum” Setibanya di amman kami di sambut oleh pelajar senior universiti masing- masing. tapi malangnya senior dari universiti Al bayt telah pulang terlebih dulu kerana flight kami lewat 5jam lamanya.Maka terpaksalah kami tidur di Irbid universiti yarmuok semalaman. Malam itu saya rasa sungguh bertuah kerana pertama kalinya dapat menghirup udara di bumi anbiya. sepanjang perjalanan ke Irbid yang ku nantikan adalah bantal dan tilam kerana terlalu letih seharian di dalam kapal terbang. Malam itu cuaca agak sejuk, dan keadaan sekeliling agak sunyi dan tenang. Keadaan jalan raya di Jordan tidak terlalu sesak seperti di bandaraya Kuala Lumpur. Sepanjang berada di universiti yarmuok tempat transit untuk seketika saya rasa sungguh seronok kerana akhirnya aku sudah dapat menjejakan kaki di bumi Jordan,..



Petangnya barulah ada pelajar senior university Al bayt iaitu ustaz hisyamudin menjemput kami di Irbid dan pergi ke Mafraq medan perjuangan sebenar kami. Masa inilah terasa takut sangat mungkin hendak pergi ke medan perjuangan yang sebenar. Dan kita juga tidak tahu apa ujian yang akan di uji seterusnya. Perjalanan ke Mafraq kali ini sungguh berbeza sekali sepanjang perjalanan adalah padang pasir. Di tepi – tepi jalan Cuma ada pengembala kambing dan unta. Tiada langsung pembangunan seperti perumahan dan bangunan di situ, adapun Cuma satu,dua rumah sahaja di atas bukit.

Saya terkesima, “uisy semua padang pasir, mana rumah?”.

“Kat sini ke tempat kita belajar nanti?”.. sampuk kak iza

Sepi seketika…masing - masing asyik melihat pemandangan sekitar mafraq di tepi tingkap pick up.


kali pertama kami di beri makan roti kubus oleh driver pik up. Pada mulanya saya blurr “roti ape ni? Tak kan nak makan mcm tu je?” soalku.. “entahla makan jela da orang arab ni bagi” jawab atikah semasa di dalam pick up.. dan setibanya kami melalui satu tempat ustaz hisyamuddin menyuruh kami berdoa kerana di tempat itu mustajab berdoa. Lalu saya terus berdoa di dalam hati. Dan jauh di sudut hati aku terasa rindu kampung halaman, tapi demi semangat juang akanku teruskan kehidupan pencarian ilmu ini walaupun sukar sekalipun.

Setelah tiba di Jamiah Al bayt kami di sambut oleh akak- akak senior yang belajar di situ. Kami di sambut dengan penuh kegembiraan oleh pelajar- pelajar Mafraq. Pada mula – mulanya aku di bumi Jordan perkara pertama yang aku rindu kan adalah family. Sedih sangat sehingga hampir setiap malam saya menangis teringatkan family di Malaysia, rasa down sangat pada mulanya, entah kemanakah agaknya hilang semangatku masa itu?? Musykil sungguh ,mungkin saya juga merindui kawan rapatku, Farhah Najihah yang berada di terengganu terasa janggal apabila tiada dia di sisi .” tak taw la macm mana nak teroskan kehidupan dan perjuangan kat sini” monolog aku sendirian. Kadangkala saya rasa down kadangkala saya rasa o.k. Mybe masih baru di sini, insyaallah semoga lama kelamaan saya akan selesa berada di sini.



Teringat kata – kata abang sahabatku sewaktu kenduri doa selamat di rumahku “mula – mula hidup kat sana memang sedih asyik teringat kat family,tapi nanti lama- lama o,kla” ujarnya…memang betul kata – kata abang kirin.. sekarang saya baru terasa sedih kerana terlalu jauh dengan family. Tapi dengan semangat perjuanganku sentiasa berdoa kepada ilahi. Untuk meredakan kesedihan ini. “ya allah kau pimpinlah daku berilah kekuatan kepadaku. untuk hadapi semua ini”. amin

Jihat si Musafir Cinta 1

Mungkin pada mulanya agak mustahil untuk aku percaya kerana selama ini memang impian aku teringin untuk melanjutkan pelajaran di Jordan. Dan akhirnya cita cita dan impianku selama ini menjadi kenyataan.pada mulanya agak sukar untuk aku menguruskan segala urusan seperti tiket flight, visa, dan sebagainya. Dengan semangat yg kental aku harungi pelbagai dugaan itu dengan gigih dan kesabaran yang tinggi.aku bermonolog sendirian “biasalah hidup mane yang tiada masalah betul tak??.. Dan ini impianku serta keputusanku untuk pergi ke tanah anbiya meneruskan perjuangan di medan ini..

Tatkala terkenang aku dengan soalan abah selepas aku pulang dari BTN.. “apa kerja yang angah boleh dapat lepas graduate nanti?”..aku cuma tersenyum dan segara menjawab..”soal kerja dan rezeki tu semuanya di tangan Allah,takkanla balik-balik je dari Jordan terus dapat kerjakan. Kita mesti mula dari bawah dulu seprti ustazah dan jurusan agama tidak hanya memokuskan kepada ustazah sahaja sebenarnya banyak je cabang yang kita boleh ceburi”..aku cuba untuk menyakinkan abah.. abah pun mengganguk tanda setuju..aku pandang ke cermin sisi kereta ayahku sambil tersenyum. Kereta serena biru yang di pandu oleh ayahku terus laju menyusuri jalan.

Begitulah pengalaman dalam kehidupan.Mungkin bagi aku ianya adalah satu cabaran dalam kehidupan. dan satu persatu aku tempuhi dengan sabar dan akhirnya Alhamdulillah kerana segalanya di permudahkan oleh Allah..aku bersyukur ke astas ilahi kerana segala urusan ku selama ini di permudahkannya. mungkin allah telah mentakdirkan aku untuk melanjutkan pelajaran di bumi bertuah iaitu Jordan.. Alhamdulillah bersyukur ke atasnya.

Masih segar lagi di ingatanku tatkala kami pelajar – pelajar ke timur tengah menanti surat tawaran dari KPT.surat tawaran pada tahun ini agak lambat di keluarkan aku pun tidak tahu apa masalah yang di hadapi oleh pihak atasan. Apabila call KPT mereka kata pihak Jordan lambat bagi respon. so kami tak boleh bagi sebarang keputusan kepada pelajar – pelajar yang ingin ke timur tengah pada sesi 2010/2011.
Sebelum itu aku masih lagi menuntut di salah sebuah universiti tempatan di malaysia di dalam program Diploma Pentadbiran . Ketika itu aku masih sembunyikan hasrat hatiku ke timur tengah even kawan rapat aku sendiri iaitu Farhah. Sehinggalah aku mendapat panggilan dari kpt mengarahkan aku untuk ke BTN di KLIA. Pada mulanya aku tidak mahu pergi kerana terpaksa ponteng kuliah selama 3 hari. Dan setelah berbincang dengan parents, mereka suruh pulang dan pergi ke BTN.

“mm..mcm mne aku nak buat alasan kat farhah ni jannah?. Aku kene balik!!.. tepinga- pinga jannah bila aku cakap yang aku terpaksa balik..” kenapa pulak ko kene balik mana ada cuti”.. balas jannah.“sebenarnya aku kene pegi BTN untuk pelajar – pelajar ke timur tengah.. sambil tersenyum jannah berkata “betulke fara??..ya allah syukur Alhamdulillah..la dah tukan cita – cita kau dari zaman sekolah lagi, mm oklah tak yah risaulah pasal farhah biar aku yang uruskan”.. “betul ni?? “ soalku menginginkan kepastian.. jannah tersenyum sambil berkata “insyallah..nanti bila da dpt surat tawaran jangan lupa bagitahu aku sudah la.”. “insyaallah aku tak lupa punyalah..” tersenyum lebar aku apabila jannah menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah yang sedang aku hadapi.

Masa berlalu begitu pantas sehingga aku tidak terasa yang ramadhan hampir melabuhkan tirainya. “Pejam celik pejam celik dah habis puasa,persiapan ke Jordan tak settle – settle lagi ni macam mana ni? ?takkanlah aku nak pergi tanpa persiapan.. Aisyah jangan lengah – lengah lagi,nak pergi empat tahun bukan empat hari..”wake up”monologku sendirian..

Maka operasi persiapan untuk ke Jordan mesti di uruskan dengan segera supaya tiada masalah lagi. Satu persatu aku susun supaya tiada yang tertinggal masa hari nak berlepas nanti. Seingat aku seminggu sebelum raya aidilfitri aku turun naik ke shah alam untuk settlekan tiket flight. Biasalah seminggu sebelum raya mana ada pejabat nak layan masing – masing sibuk untuk persiapan raya, aku je yang semangat time – time bulan puasa pergi ke shah alam. Dan akhirnya segala urusan itu aku dapat selesaikan sehari sebelum terbang. Alhamdulillah..
Teringatku semasa di shah alam, aku pergi ke sana seorang diri orang lain sibuk – sibuk raya aku awal – awal pagi dah tecacak di stesen KTMB Nilai untuk ke Shah Alam. Dengan suasana di stesen KTMB yang sesak itu aku redah jua demi perjuanganku ke JORDAN. Setibanya di Shah Alam aku di jemput oleh siti untuk terus ke pejabat JAIS.

Setibanya di pejabat JAIS aku pergi berurusan dengan kerani yang berada di situ, tetapi nasib tidak menyebelahi aku kerana ustaz yang bertugas pada hari itu sedang bermesyuarat, so terpaksalah aku tunggu untuk menyelesaikan urusan ini sehingga jam tempat menunjukkan pukul 1 petang, semasa aku melangkah untuk pulang aku di sapa oleh sepasang suami isteri “adik buat apa kat sini?” soal mak cik itu kepadaku, “ saya tengah uruskan tiket ke Jordan, mak cik pulak buat urusan apa?. Balasku.. “samalah mak cik pun tgh buat urusan tiket bayaran balik untuk anak mak cik”.. terang mak cik itu. “oh yeke, anak mak cik nak sambung belajar kat mana?” soalku kepada mak cik itu ..” isnyaallah kat universiti zaqaziq mesir bidang medic”..” bagusnya, ambil kos medic, Alhamdulillah semoga jadi doktor islam yang Berjaya”.. aku melemparkan senyuman kepada mereka berdua.

“adik datang sini seorang diri je ke?” soal pak cik tu pula. “ a’ah saya datang sendiri sebab ayah busy sikit nak buat persiapan doa selamat sikit kat rumah sebab esok pagi – pagi lagi saya dah nak bertolak ke KLIA”.. balasku kepada pak cik itu. ” esok ke adik nak pergi? Bagusnya pak cik kagum dengan adik, pak cik rasa memang pelajar – pelajar yang nak pergi ke oversea ni memang ada semangat jati yang tinggi dalam diri,tengoklah adik sendiri esok dah nak pergi hari ni sanggup pergi uruskan semua ni sendiri”..sahut pak cik itu,. “hehe, sebenarnya nak settlekan sebelum raya hari tu, tp time tu dyorg busy yelakan sape nak layan time – time nak raye.. o.kla pak cik, mak cik saya terpaksa pulang dulu ada urusan lain yang saya perlu selesaikan, sampaikan salam saya pada anak mak cik ye” aku menghabiskan hujah - hujahku..” baiklah pak cik dan mak cik mendoakan kejayaan adik di bumi Jordan itu insyaallah”.. aku tersenyum dan terus beredar, memandangkan masa telalu mencemburui aku untuk beramah mesra dengan mereka berdua. Aku terus ke stesen KTMB Shah Alam dan segera pulang ke rumah dengan segara kerana ingin menghabiskan mengemas saki baki barang – barang yang perlu di bawa, risau kalau – kalau ada yang tertingal.

Saturday, January 8, 2011

kesempurnaan

kadangkala kehidupan ini perlu dengan pengorbanan.. tiap kaki yang melangkah menuju untuk mencari cinta illah dan sahutannya pasti ada dugaan dan cabaran yang perlu di tempuhinya.. ALLAH telah berfirman di dalam al quran "allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan dia mampu untuk menempuhinya".. maka kita sebagai umat islam perlu bersabar dan menempuhi dugaan demi dugaan dengan sabar dan tenang. ingatlah semuanya datang dari allah. dia yang lebih mengetahui sesuatu.

Tatkala diri keseorangan, aku sentiasa tertanya - tanya, adakah sudah sempurna imanku, adakah sudah sempurna diri ini untuk mendambakan cinta sejati.. aku tercari - cari kemanakah itu semua.. aku perlu berusaha mencari cinta hakiki untuk melenyapkan cinta yang hanya khayalan dan tidak pasti ini.. kadangkala aku tersukur meratapinya..

aku seorang hamba yang lemah dan sentiasa mengharapkan pertolongan daripadanya. aku tidak mahu di lamun oleh duniaku sendiri, yang tidak pasti akan tercapai ataupun tidak. mencari kebenaran dalam kehidupan, mencari jawapan dalam permasalahan, itu yang mampu aku fikirkan dan juga segala - galanya aku berserah kepada yang maha esa. kurniakanlah diriku ini kekuatan untuk menempuhi segalanya. semoga aku tidak tersilap langkah lagi untuk meneruskan pertengahan perjalanan ini.. amin