Thursday, March 18, 2010

Imam Muhammad bin Idris Asy Syafi'ie R.a Pembangun Mazhab Syafie

Pendiri dan pembangun Mazhab Syafie ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi'ie bin sa'ib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Muhtalib bin Abdu Manaf. Dari pihak ibu ialah Muhammad bin Fathimah binte AbduLlah bin Al Hasan bin Al Husain al Sibthi bin Ali bin Abi Thalib r.a

As Syafi'e di lahirkan pada bulan Rejab tahun 150 hijrah di Kampung Ghuzah, wilayah Asqalan yang letaknya di dekat pantai Lautan Putih (laut mati) bahagian tengah Palestin.

Tempat kelahiran Imam Syafie sebenarnya bukanlah tempat kediaman ayahandanya kerana tempat ayahandanya adalah di Kota Mekah, daerah Hijjaz. Beliau lahir di Ghuzah (Ghaza) ketika kedua orang tuanya berada di kota tersebut untuk suatu keperluan. Kemudian kerana takdir ALlah S.W.T ayahandanya wafat di sana,s edangkan as Syafie masih dalam kandungan ibunya. Tidak beberapa lama, lahirlah beliau dalam keadaan selamat di Kampung Ghuzah, iaitu tempat kediaman seorang keluargannya. Dengan demikian, imam as syafie termasuk seorang warga negara Hijaz di Kota Mekah

Diriwayatkan ketika Imam As Syafie dilahirkan di kampung Ghuzah, ibunya memberi nama MUhammad. Berselang bebarapa hari sampailah berita dari negeri Baghdad Iraq bahawa Imam Abu Hanifah wafat dan telah dimakamkan di Baghdad sebelah timur.

Diriwayatkan ketika Imam As Syafie dilahirkan di kampung Ghuzah, ibunya memberi nama MUhammad. Berselang bebarapa hari sampailah berita dari negeri Baghdad Iraq bahawa Imam Abu Hanifah wafat dan telah dimakamkan di Baghdad sebelah timur.

Riwayat lain menerangkan bahawa pada saat kelahiran as Syafie, keluarga beliau telah mengadakan perkiraan bahawa hari wafatnya (meninggalnya) Imam Abu Hanifah adalah bertepatan dengan hari kelahiran as Syafie. Berdasarkan riwayat ini, sebahagian ahli tarikh (sejarah) mencatat bahawa hari lahir dan tahun kelahiran Imam Asy Syafie bertepatan dengan hari wafatnya Imam Abu Hanifah r.a sehingga muncul ungkapan."Telah tenggelam satu bintang dan muncul bintang yang lain."

Menurut riwayat lainnya, pada bulan dan tahun kelahiran Asy Syafie wafat pula Imam Ibnu Juraij al Makki r.a, seorang alim besar di Kota MEkah yang terkenal sebagai Imam Ahli Hijjaz.

Berdasarkan peristiwa kewafatan kedua imam besar itu, para ahli meramalkan bahaw aperiadi Asy Syafie akan menggantikan kedudukan mereka tentang kemahirannya dalam urusan ilmu pengetahuan agama..
Riwayat lain menerangkan bahawa pada saat kelahiran as Syafie, keluarga beliau telah

No comments:

Post a Comment