Thursday, April 1, 2010

sUMbAnGaN AL-FARABI


Al-Farabi, dikenali sebagai Al-Pharabius di Barat, menyumbang dalam
bidang falsafah, mantik, sosiologi dan sains. Beliau terkenal sebagai
"Guru Kedua" (al-Mou'allim al-Thani) sementara "Guru Pertama" ialah
Aristotle. Abu Basr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi dilahirkan
berdekatan Karab di Turkistan pada 870 C.E. Nenek moyangnya berasal
dari keturunan Parsi dan bapanya adalah seorang Jenderal. Setelah
menamatkan pelajarannya di Farab & Bukhara, beliau berpindah ke
Baghdad untuk menyambung pengajiannya. Beliau meninggal dunia di
Damascus pada 950 C.E.

Di peringkat awal kerjayanya, al-Farabi adalah seorang Qadi (Hakim).
Kemudian beliau menukar profesi sebagai seorang guru. Beliau
menunjukkan persaingan yang hebat dalam menguasai pelbagai bahasa.
Oleh kerana bakatnya yang luar biasa dalam bidang sains dan falsafah,
beliau menarik perhatian Raja Saif al-Daula di Halab (Aleppo). Namun,
nasib tidak menyebelahinya dan beliau menjalani pelbagai dugaan
hingga pernah suatu masa menjadi seorang pekebun.

Sumbangan al-Farabi adalah dalam bidang mantik, falsafah dan
sosiologi. Tambahan lagi, beliau memberi sumbangan yang amat besar
dalam bidang ilmu hisab, sains, perubatan dan muzik. Beliau juga
mengarang ensiklopedia. Dalam bidang mantik, beliau membuat pengajian
sistematik dengan membahagikan subjek kepada 2 kategori :
  • Takhayyul
(pendapat/ idea) dan Thubut (bukti / dalil).
  • Beliau menggabungkan
teori Platonik dan Aristotle dengan teologi dan menulis komentar
tentang fizik, mantik dan meteorologi. Al-Farabi yakin dan percaya
bahawa falsafah dan Islam wujud dalam harmoni.

Karangannya, Kitab al-
Ihsa al-'Ulum mengemukakan prinsip-prinsip dasar dan klasifikasi
sains daripada perspektif yang baru.

Al-Farabi menulis beberapa buah buku dalam :
bidang sosiologi, 'Ara Ahl
al-Madina al-Fadila' (Bandar Contoh) adalah yang terkenal. Ia adalah
sumbangan terbesar dalam bidang sosiologi dan sains politik. Beliau
juga mengarang buku untuk bidang metafizik dan psikologi termasuk
hasil kerja aslinya.

Al-Farabi menyatakan bahawa seorang individu itu
tidak akan meraih kejayaan dan kesempurnaan tanpa menerima bantuan
daripada individu-individu yang lain. Adalah fitrah manusia untuk
bergaul dan berganding bahu bersama manusia lain untuk melakukan
sesuatu pekerjaan, justeru mencapai kesempurnaan. Setiap manusia
perlu tinggal bersama-sama masyarakat di sekelilingnya. Dalam
karangannya yang lain pula, beliau menulis… "arahan dan fatwa dalam
teori sains patut diserahkan kepada imam dan pemerintah negara atau
kepada mereka yang mempelajari teori-teori sains…merekalah yang
sepatutnya disuruh memburu ilmu tersebut dan membentuk siifat-sifat
mereka daripada zaman kecil hingga mereka besar dan matang."

Beliau mahir dalam muzik dan menyumbang karyanya serta mencipta
beberapa alat muzik. Al-Farabi mampu membuat penontonnya tertawa atau
menangis hanya dengan memainkan alat muziknya. Karangannga tentang
muzik, 'Kitab al-Musiqa' amat terkenal

Al-Farabi menulis banyak buku dalam pelbagai bidang termasuk
sumbangan aslinya. 117 buah buku dikatakan berjaya bertahan. 43 di
antaranya adalah mengenai mantik, 7 tentang sains politik dan
kesusilaan, 11 menyentuh tentang metafizik dan 28 buah buku mengenai
perubatan, sosiologi, muzik dan komentar.

Buku beliau yang bertajuk 'Fusus al-Hikam' telah digunakan sebagai
bahan teks falsafah buat beberapa abad di Eropah. Beliau banyak
mempengaruhi bidang sains dan falsafah untuk beberapa abad lamanya.

No comments:

Post a Comment