Sunday, November 18, 2012

Keikhlasan Seorang Hamba illahi

Bismillah

Alhamdulillah bersyukur ke atasNYA kerana telah memberikan sedikit ruang untukku melangkah sedikit kehadapan di dalam kehidupan..

Dalam melalui arus dunia perdana kini, aku akui memang sukar untukku mengharungi pelbagai mehnah dan cabaran. Namun dengan segala berkat dan kekuatan aku percaya ALLAH sentiasa bersama hamba - hambanya..

untuk menjalani bulan november ini memang satu pengalaman yang sukar untukku lupakan kerana pada bulan ini, adalah bulan kesibukan, kegembiraan, kedukaan dan pelbagai pahit manis rencah kehidupan

Aku akui, tatkala berbicara dengan hati kecil ini, kadang kala sukar untukku mengawal emosi.. Namun apabila aku bergelumang dengan rencah kehidupan ini, aku tertarik kepada seorang hamba ALLAH, dengan sifat keikhlasan, serta kebaikannya terpancar pada dirinya seorang hamba illahi..

sungguh ta'ajub dan malu bertandang di hati, apabila membandingkan dirinya dan diriku, aku akui aku terlalu banyak dosa, dan tidak setanding dengan dirinya..

sifat keikhlasan dan kebaikannya sungguh menenangkan hati, bukan di buat sendiri tetapi terlahir dari hati kecilnya seorang hamba illahi..

Ya ALLAH,
Bolehkah aku menjadi sepertinya?
terlalu bersabar di dalam setiap ujian
terpancar keikhlasan di dalam pekerjaan
terlahir kebaikan di dalam setiap amalan..


## sungguh tidak layak diri ini, untuk berkenalan dan bermesra bersamanya.. T_T




Fara Nasha

Hayy Janubi

** terjumpa permata hati ketika menjalankan tugas duniawi.. adakah dia atau tidak, ianya menjadi persoalan hati, berdoa dan terus berdoa untuk mendapat kepastian hakiki.. =)





















No comments:

Post a Comment