Sunday, April 22, 2012

Keluhan Hati Fara Nasha







Bismillah...

Bersyukur ke hadratnya kerana masih lagi di beri nikmat hidup, kesihatan, dan sebagainya. Alhamdulillah kalimah keramat yang mampu saya lafazkan tatkala diri ini, tersepit pelbagai amanah dan tanggungjawab, namun masih lagi di beri kesempatan untuk menjegah blog yang sedia usang ini..

Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini, saya akui kadangkala diri ini langsung tidak terdaya untuk memikulnya selaku hamba ALLAH yang kerdil lagi hina. tatkala kesedihan dan tekanan menjegah diri, saya hanya mampu berserah segala - gala penyelesaian itu adalah dari ILLAHI..

Namun, di dalam kesibukan mengejar arus dunia yang semakin hari semakin canggih ini, dalam sedar atau tidak, kita banyak di lekakan dengan pelbagai "syaitan - syaitan dunia" yang langsung tidak kita sedari. amat mengecewakan apabila kita sebagai seorang yang beragama islam tewas dengan dugaan sekecil itu.

selaku sebagai seorang mahasiswa islam, saya akui perkara - perkara sebegitu memang sukar untuk di kawal bila mana antivirus "iman" tidak "power" untuk membunuh "virus - virus" yang degil.

  "bercouple & bertunang" bukan tiket untuk menghalalkan segala - gala.

perkara sebegini secara umumnya kita sudah maklum, "islam tidak pernah menghalalkan cara". namun kita perlu akui, islam tidak pernah menyusahkan hamba - hambanya..bagi saya, "bercouple" tidak salah, tetapi perlulah di garisi dengan garis panduan yang betul iaitu dengan cara berkahwin.

seterusnya, saya percaya ada segelintir masyarakat kita mengangap "bertunang" adalah satu tiket sebelum ke alam "perkahwinan". ada yang berpandangan apabila sudah "bertunang", sudah halal segala - galanya. boleh "bersayang, abang","berskype", dan sebagainya. saya tidak mahu menuduh sesiapa, tetapi amat mengecewakan saya apabila orang yang melakukannya adalah mahasiswa "islam" sendiri !

kemana hilangnya maruah kita sebagai mahasiswa "islam"? kita tahu melenting apabila ada sebahagian entiti memperlekehkan kita! tapi dalam sedar atau tidak kita sudah lama membawa fitnah ke dalam "ilmu & agama" kita!..

"Fitnah dunia"

fitnah sering berlaku di mana - mana sahaja, tidak kiralah di mana sekalipun kita berada. namun sekali lagi perkara yang mengecewakan saya adalah, tatkala fitnah itu bermaharajalela di dalam kalangan "mahasiswa islam".

kita belajar agama, kita tahu mana buruk mana yang baik, tetapi kita langung tidak pandai mengaplikasikan ilmu yang kita ada di dalam kehidupan seharian kita. sekali lagi kita "menzalimi ilmu" yang kita ada.!


perjalanan kehidupan banyak mengajar saya erti kematangan hidup, saya akui banyak kelemahan diri yang perlu di perbaiki. namun apabila diri di lontarkan pelbagai "fitnah" oleh sekelompok "mahasiswa islam".
pada mulanya diri ini longlai, tidak berdaya mengharungi seorang diri.

namun apabila segalanya saya serahkan kepada ALLAH, sekali lagi  saya yakin, semangatku kembali padu, jiwaku semakin tenang untuk meneruskan kehidupan pada hari yang mendatang. aku percaya dengan kata - kataNYA :

      "ALLAH tidak akan membebani seorang hamba itu, dengan bebanan yang tidak dia mampu".


# tatkala diri di "fitnah" untuk melakukan sesuatu perubahan,
aku percaya jika kawan - kawan tiada di sisi, tetapi ALLAH sentiasa di sisiku

aku yakin, apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan,
adalah untuk kemajuan, bukan berpaksikan hawa & nafsu semata.

aku adalah aku, berdiri di atas kaki sendiri,
tiada seorang entiti memaksa diri,
tiada seorang entiti mempermainkan diri!

segala keputusan dan pilihan adalah di tangan nafsi!

#tatkala perasaan kecewa menjegah diri,
"fitnah" di canang sana sini,
namun apa yang mengherankan diri,
orang yang membawa "fitnah" lebih mulia dari diri ini!

"betul orang kata rambut sama hitam, hati lain - lain"

* sangat terkilan, tetapi saya yakin ALLAH lebih tahu segala - galanya..

Keluhan hati Fara Nasha
Menanti Mujahid Kekasih ALLAH.
Peguam Syari'e bi'iznillah












































No comments:

Post a Comment