Monday, April 30, 2012

Pilihanraya Kampus PRISMA Jordan



Pengalaman saya sepanjang bekerja menjadi SPR PRISMA, pilihanraya kampus 2012/2013 memang seronok. hanya lafaz kesyukuran mampuku lafazkan kehadratnya di atas segala urusan..

Pada mulanya memang sukar untukku menerima lamaran ini di sebabkan kekangan "imtihan" yang sedang bergelut dengan diri. namun di sebabkan keikhlasan dan rasa tanggungjawab bersama aku menerima lamaran ini dengan hati yang terbuka.

pada tanggal 10 april 2012, meeting pertama di adakan di bayt PRISMA. pada mulanya aku langsung tidak tahu siapa yang akan bekerja dengan team SPR kali ini.  "first meeting" yang agak terkejut sebab allah memberikan kami sekeluarga oratorian bekerja bersama di dalam team SPR.

so, tiada masalah, kerana kami sudah saling faham memahami antara satu sama lain. gerak kerja seterusnya kami lakukan demi PRISMA tercinta. dari "pembersihan data sehinggalah hari mengundi dan pengumuman calon" kami lakukan dengan teliti.

di sebalik itu juga, pelbagai kutukan, kritikan orang luar terhahap team SPR. tetapi kami sedaya upaya untuk kuatkan diri. namun saya akui, kadangkala diri ini cepat melenting tatkala kritikan itu tidak relevan ataupun sekadar gurauan oleh pihak yang tidak bermoral dan bertauliah !

berjalan waktu malam menghantar borang, tatkala orang lain sebuk menelaah buku pelajaran, berjalan pada waktu petang mengutip borang tatkala orang lain sebuk berehat dan bermain. namun penat lelah itu saya tidak rasakan kerana keikhlasan menghilangkan segala keletihan.

tatkala menghitung hari untuk tamatnya perjalanan SPR ini, tiba - tiba diri ini di "fitnah" oleh sekelompok mahasiswa islam. pada mulanya saya lumpuh seolah - olah tiada kaki, semangat yang membara terpadam sendiri. saya bagaikan lalang yang di tiup angin. kesedihan di saat itu hanya ALLAH sahaja yang tahu. namun segalanya di atasi dengan "matang".
mungkin ada yang cemburu pada diri ini. saya akui, dengan sikap yang mudah mesra dengan semua orang dan suasana, mungkin tidak semua orang boleh mengikuti diri ini. di sebabkan itu "fitnah" di beri.


aku terus bersabar, menghitung hari untuk menghabiskan perjalanan SPR ini. aku cuba untuk kawal emosi & diri supaya lebih rasional dan profesional. memang sukar untuk memuaskan hati semua orang. tapi saya cuba untuk memuaskannya dan ahkirnya tidak berjaya.lantas diri ini kecewa. Namun saya yakin ALLAH sentiasa ada di sisi diri, DIAlah yang lebih tahu segala - galanya yang terbaik untuk diri.

tanggal 27 april 2012,  seusai meeting bersama calon yang menang, maka berakhirnya kerjaku ini. ALHAMDULILLAH syukur ke hadratmu YA ALLAH kerana memudahkan urusan ini. namun di hati kecil ini, aku sangat berpuas hati bekerja dengan team SPR kali ini. terima kaseh semua ! ukhuwah sampai ke syurga.


credit to : abg aiman, kak minah, wewe, tuan suady, bro jepah, nida, tieya, afifah, mek ti, azrin, syamim, raihan, hasyimi, nawawi, munaya, sakinah, =)



No comments:

Post a Comment