Sunday, April 29, 2012

Semakin Hampir


Aku lahir ke atas dunia dengan izinMU,
 Lahirku saat rasul dan sahabat, para tabi' dan tabi'en telah tiada,
 Zamanku adalah Zaman pemerintahan ISLAM TIDAK LAGI BERKUASA.

Aku terbit di tengah masyarakat islam,
Namun islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka,

aku kuatkan azam untuk menyertai mereka,
cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini.
generasi seusiaku yang sakit,
 lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu.
 sibuk dengan cinta yang penuh noda,

aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna.
 namun aku sedar  bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna.
 dan tugasku adalah berusaha.

gagal jatuh di cela tak di terima itu perkara biasa.
 aku terus berdoa agar aku di tetapkan hati.
 bukan nilaian harta yang aku cari, bukan juga kerana nama ingin di kenal sebagai insan yang baik dan mulia. cukuplah redhamu sebagai harga.
bantulah hambamu ini,
 sedarkanlah generasiku.
aku yakin islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti!

Fara Nasha
Hayy janubi Mafraq Jordan


No comments:

Post a Comment