Tuesday, July 26, 2011

DI SEBALIK 9 JULAI

Di sebalik kekacauan perhimpunan bersih, rupa – rupanya kita di tenggelami dan di kaburi dengan berita – berita dunia, yang melibatkan Negara – Negara islam sendiri antaranaya adalah :

1. Perpecahan Sudan.
Kemerdekaan Sudan selatan daripada Sudan menjadikan Negara ini bukan lagi negara terbesar di bumi Africa. Setelah selama 20 tahun mengharungi peperangan saudara antara kerajaan utara yang mana majoritinya adalah Arab Muslim dan selatannya pula yang terdiri daripada pemberontak Kristian, ia berakhir dengan pemisahan wilayah selatan itu daripada kerajaan islam.

Situasinya hampir sama dengan kemerdekaan Timur Timor daripada Indonesia beberapa tahun yang lalu. Peperangan antara kedua-dua pihak melangkaui batas kemanusiaan hingga menyaksikan ICJ mengeluarkan waran tangkap kepada Presiden Sudan Omar Basyhir.
Berita ini disambut dengan kesedihan oleh ummat islam kerana wilayah kristian yang merdeka itu menyimpan kira-kira 80% sumber minyak Sudan. Namun, salah siapa?



2. Revolusi Syria dan Libya.


Pihak pembangkang Syria berpakat untuk tidak menyertai dialog kebangsaan tajaan pemerintah. Hingga kini angka korban di bumi Syam itu mencecah ribuan. Wartawan dihalang daripada membuat liputan, hanya video-video telefon bimbit sahaja menjadi bahan tontonan masyarakat dunia ke atas apa yang berlaku di sana.

Basyar Asad dan konco-konconya Syiah Alawin memang benar-benar menjajah bumi barakah itu. Kini rakyat bangkit dan meneruskan perjuangan menuntut reformasi pemerintahan. Sudah berpuluh-puluh ribu ahli politik dan ulama yang syahid dan hilang sejak pemerintahan singa itu, negara yang dikenali silent kingdom itu kini bergegar.

Berbanding dengan Libya yang dikenakan tindakan oleh Majlis Keselamatan PBB, nampaknya usaha tersebut sukar di Syria kerana mendapat sokongan daripada Rusia dan China. Kesudahannya apa yang berlaku di Syria, Allah sahaja yang tahu.

Situasi yang berbeza di Libya, saat-saat ini, Gadafi masih cuba meniupkan semangat kepada rakyatnya agar menyokong beliau. Dengan seruan jihad menentang kuffar, Gadafi begitu terdesak dengan pemberontak yang diisytiharkan pemerintah yang sah oleh dunia hanya beberapa km sahaja daripada Tripoli.


Apa yang sedang berlaku di atas dunia ini? Kadang kala kita keliru apa yang sudah berlaku dan sedang berlaku, persoalannya disini adakah semua permasalahan ini ada kaitan antara satu sama lain? Ataupun ada dalang di sebalik apa yang sedang berlaku?

No comments:

Post a Comment