Tuesday, July 26, 2011

Mahasiswa peneraju masa depan negara

Salam satu Malaysia

Isu bersih di lihat dengan pelbagai perspektif berdasarkan dasar latarbelakang masyarakat yang berbeza. Ada yang melihat bersih mengikut emosi tanpa menyiasat apa motif bersih diadakan, ada yang melihat bersih dari sudut perlembagaan dan undag – undang Negara. Namun segala perspektif dan pandangan itu adalah satu method untuk kita gabungkan, berdasarkan kefahaman setiap individu.

MAHASISWA SEBAGAI PENGERAK

Pada hari ini, kita sudah jelas yang mana mahasiswa adalah satu agen utama untuk mengerakan dasar kemajuan Negara pada masa akan datang.
Berbalik kepada isu bersih sebentar tadi, kadangkala kehidupan mahasiswa yang menjadikan university sebagai hamba, tanpa menghiraukan dunia luar adalah sangat tidak bagus, hal ini kerana sebagai mahasiswa kita perlu mengetahui isu semasa baik di dalam dan di luar negara.

Saya melihat dari satu sudut yang mana ramai mahasiswa kita yang menyokong serta memperjuangkan demostrasi bersih ini. Namun apabila di tanya apakah matlamat serta tuntutan bersih? , mereka diam seribu bahasa.

Mahasiswa inikah yang akan kita lahirkan?

Mahasiswa yang mandom, serta tidak menilai sesuatu berita itu mengikut dasar fakta dan berfikir. Namun mengambil berita itu tanpa membuat sebarang penilaian dan kajian mengenai kesahihan berita tersebut.

Kadangkala sedih apabila melihat kehidupan mahasiswa di luar sana. Mereka suka menerima sesuatu berita yang belum pasti kesahihannya tanpa membuat sebarang kajian dan penilaian.

Itu yang saya dapat lihat, baik mahasiswa luar Negara mahupun dalam Negara sama sahaja tiada lebih dan kurangnya..

setelah di lontarkan pelbagai tomahan yang mana mengatakan mahasiswa mandom, lesu , serta tidak berdaya saing.. mampukan kita sebagai mahasiswa duduk diam sahaja??
bangkitlah wahai anak bangsa! untuk memartabatkan lagi maruah bangsa!

No comments:

Post a Comment